Pages

Jun 28, 2013

Pengubat Stress ;D

Assalammualaikum. Hai.

HewHewHew. Nampak sangat Mak Arissa semalam stress kan? Huhu. Ok. Actually, bukanlah stress mana pun. Kerja tak begitu banyak. Tapi..tengah PMS katanya. Hormon haru biru. Jangan berani nak buat pasal, kang ada yang kena siku. Huhuhu. Dah time bendera jepun naik, memang haram lah bagi kita kaum wanita nih nak solat. Istighfar je lah banyak-banyak. Atas sebab Mak Arissa nih lone ranger, idak lah balik ke rumah terus. Al-maklum, Aeon tak sampai 10 minit dah boleh sampai katanya kan. 

Bila dah jiwa kacau. Mak Arissa nih suka pergi tempat yang boleh menenangkan fikiran, tempat yang boleh memotivasikan, tempat yang boleh mengamankan, tempat yang boleh menerujakan dan tempat yang sunyi. Lepas merayau-rayau tengok benda yang sama di Aeon, Mak Arissa masuk MPH. Ha.. Itulah tempatnya. Hahaha. Rasa macam teruja gila tengok buku-buku yang ada. Tak kurang tak lebih dari keterujaan merembat pakaian Arissa time sales. Hahaha. Tapi, Mak Arissa nak masuk MPH kena fikir ada tak budget untuk ke situ. Kalau nan-hado? Buat tambah stress, baik tak payah masuk. =P (nasib baik semalam dah gaji. hahahaha. dah terlari budget. =_=')

approx: RM200
(less 10% for each book - discount next entry)
Meh nak ajak tengok satu-satu buku. Hahaha. Nak tunjuk cover depan je. Hihi. Kalau diizinkan Allah, saya harap sangat saya boleh kongsikan juga apa yang saya dah baca. InsyaAllah. ^_^

Kita bicara tentang pancaroba, kita berkata tentang malapetaka, tapi hati masih terleka. Kita tewas dalam gembira, kita tersungkur ketika derita. Namun, andai ujian itu membawa kita ke pintu kesedaran, maka ujian itu sebenarnya manis. ALLAH tidak pernah menjadikan sesuatu itu sia-sia. Sesungguhnya, dunia adalah tempat ujian, akhirat jua tempat kebahagiaan abadi.
Masuk-masuk MPH, terus nampak yang ini. Best Seller katanya. Haruslah lokasi yang strategik. Yer dak? Tertarik of course lah sebab kita manusia hari-hari di uji. Cuma yang membezakannya ialah kecil atau besarnya ujian yang Allah beri. Ketika PMS, Allah juga sedang menguji tahap kesabaran kita. Kan? Hehe.

.... Szzzzap! Kepala terpelanting ke sebelah kiri hadapan dengan darah memancut keluar. Allahu Akbar, kesannya menusuk nun jauh di hati. 
Okay. Ini MKI. Saya peminat MKI dan isterinya Roza. Buku-buku mereka bercerita tentang apa yang mereka lalui. Penceritaan yang begitu santai, mudah dan jelas yang mana setiap kisah itu pasti akan dikongsikan segala apa yang tersirat. Alhamdulillah. Lengkap travelog Roza dan buku MKI dalam simpanan. Semoga bermanfaat untuk semua orang yang membacanya. Aamiin. ^_^

Cerita Kak Wan lahir daripada suara seorang wanita yang dikentalkan oleh dugaan. Meskipun beliau pernah berada di puncak - Kak Wan tetap menjadi seorang Kak Wan, sikit pun tak berubah. Dan apabila puncak tersebut diruntuhkan - beliau masih lagi seorang Kak Wan. Kak Wan bercerita tentang kenangan, idealisme, malah suka dan duka yang beliau lalui. Citra Pesona Seorang Wanita diluncurkan untuk ditelusuri bersama.
Mungkin ada yang cakap, apa hal pulak nak baca kisah tentang dia ni? Ok. Ketepikan soal politik. PRU dah berlalu. Kita doakan yang terbaik buat negara dan rakyat kita. Ok? Hehe. Kenapa? Saya ingin tahu tentang wanita ini. Wanita yang saya rasa dia punya kekuatan, kesabaran, kecekalan, dan ketabahan yang luar biasa. Huhuhu. Erm. Entah. Saya sekadar mahu tahu. Alah. Sama seperti kita baca Dr.M In The House. Ha gittew kan. Kita nak tahu. Dah kebetulan ada buku nya. Tak ada, tak lah nak baca. Hihihi.

Many of us live our lives entrapped by the same repeated patterns of heartbreak & disappointment. Often, we have no idea why this happens. Reclaim Your Heart is about freeing the heart from this slavery. It is about the journey in & out of life's most deceptive traps. This book was written to awaken the heart and provide a new perspective on love, loss, happiness & pain. A manual of sorts, Reclaim Your Heart will teach readers how to live in this life without allowing life to own you. It is a manual of how to protect your most prized possession - the heart.
Haha. Buku ini honestly, saya memang tertarik sejak tengok di Instagram Dena Bahrin & Lisa Surihani. Ok. Attitude ini tak baik. Tengok orang glamor baca, kau pun nak baca. Hahaha. Eh. Tak lah melulu nak beli terus tanpa tengok apa yang patut kan. Hehehe. Well, tajuk of course menarik tertarik. Reclaim Your Heart. Dan bila baca sinopsis - ok, this is mine! Hehe. Tapi, buku nih mesti lambat nak habis sebab bahasa orang putih. Hahaha. 

dan setelah hampir 27 tahun usia ini, pada 26 Jun 2013 hati tergerak untuk jadi Member MPH. hahaha.
I'm officially MPH Member~! Yeay! =P
satunotahati: semoga dapat menguruskan masa dengan baik.
satu lagi buku is on the way. tak sabar. ;D

XOXO,
Mak Arissa.

Jun 27, 2013

This Coming July~~

Assalammualaikum. Hai.

proses motivation tanda cinta kepada kerjaya. tehehehehe. love gitu bijik mata ha. :p

Phew! This will be the busiest month ever.

Me: Bos, nanti kita pergi sama negeri kan? Nasib baik.
Bos: Aah. Tapi, kita sampai sana berpecah. Group lain.
Me: Alah.. Baru je nak happy sekali ngan bos.
Bos: Takpo la. Nanti I nak bagi U ke Gua Musang. I KB.
Me: Ha? Dah kenapa?
Bos: I nak expose U to industry.
Me: Ohh. Ok.
(Me belek-belek jadual.) 
Me: Eh. Sambut puasa kat tempat orang lah kita bos.
Bos: Yer lah. (gelak2)
Me: Alah. Bos takper. Seronok negeri sendiri.
Bos: Bakpo lak. Negeri ja. Anak bini sini.
Me: Yelah. Sama2 lah kita di negeri orang.
(Me tengok-tengok lagi jadual.)
Me: Nanti bagitau awal-awal tau nak pergi pukul berapa semua. Saya kan dari Ipoh.
Bos: Ha. Yelah memang nak kena set awal.
(Nak keluar dari bilik bos tapi mata tengok jadual lagi.)
Me: Bos. Survey start Isnin. Maknanya kita kena gerak hari Ahad lah kan?
Bos: Aah la. Ahad.
Me: Ala bos…. Birthday saya tuh.
Bos: Haha. Sambut dalam keto je la.
Me: Sampainya hati. Kecewa saya ni bos. Hahaha.

Huhuhu. Sentap tau uols. Udah la puasa kat tempat orang. Ya, memang kalau tak pergi buat survey pun puasa pertama kat tempat orang tapi KL dah kira tempat bermastautin. So, dah bukan tempat orang dah. Huhu. Birthday pun tak dapat nak bersama suami dan anak. Ya, walaupun encik suami bukan jenis nak celebrate nak suruh tiup lilin bagai tapi at least boleh request nak pergi makan kat mana nak makan apa. Ha.. Weols kan suka menternak lemak. Orang lain ternak kambing kami ternak lemak. Huhuhu.

Puasa nih maknanya saya kena banyak-banyak bersabar. Kena pandai kawal emosi. HewHewHew. Ujian bulan puasa buat saya. Puasa itu ibadah wajib. Tuntutan kerja juga ibadah – amanah. Semoga kami yang bertugas dalam survey nih dipermudahkan segala urusan dan mendapat keberkatanNya. Semoga juga saya tidak merungut-rungut sepanjang tempoh itu. Kang sipi tak pasal kang puasa. Rugi hoi. Huhu. Please be nice to me wahai warga kilang semuanya. KuiKuiKui. 

Tapi kan, kalau uols tengok tuh. Seminggu saya di negeri orang dan maybe will be back on Sabtu. Otak saya dok terfikir. Sempat ke tidak nak balik Ipoh. Seminggu tempat orang, seminggu office dan seminggu lagi tempat orang lagi. Maksudnya, cuti cuma Ahad. Huhuhu. Nak proses mendobi lagi. Heh! Awal-awal dah stress. Macam mana? Huhu.(nanti nak story apa saya buat kalau saya stress. hahaha.) Bak kata saya awal tadi, kena banyak-banyak sabar. Kena setiap hari remind diri sendiri, ikhlaskan hati kerana Allah SWT. InsyaAllah.

satunotahati: shall I request makan-makan in advance? hewhewhew.
makan jer lah tahu. huhuhu.

XOXO,
Mak Arissa.

Jun 24, 2013

Garlic Oil?

Assalammualaikum. Hai. 

Alah.. Mesti korang dah lama tahu akan benda bernama Garlic Oil / Garlic Socks ni kan? Mak Arissa nih memang selalu ketinggalan. Hahaha. Konon macam anak sihat sentiasa. Walhal setiap kali tak sihat, pergi jumpa doktor dekat Poliklinik Kembar tu ha. Setia kata nya. Kui3. 

Baru tahu yang Garlic Oil/Garlic Socks nih boleh legakan batuk dan selsema. HewHewHew. So, kebetulan Arissa sekarang ada selsema dan batuk sedikit. Apa lagi. Mak nya mula mahu mencuba. Hahaha. Mak Arissa nih paling extreme pun tahu tenyeh kunyit hidup kat hidung anak kalau selsema. Haha. Tapi, tak pernah buat lagi pun. Huhu. Saya buat Garlic Oil je. Garlic Socks? Tak yakin nak bagi direct kt tapak kaki Arissa, stocking berlubang tak ada. Maka, oil je lah. :p

'Panggang Garlic'

Sehingga hitam begini

Tenyeh dalam minyak. Siap!!

Simple je ha. Tak perlu pening-pening. Jimat pun jimat. Hahaha. So, minyak nih saya sapu dekat dada Arissa. Depan dan belakang. And then tapak kaki. Saya baru buat semalam, Alhamdulillah semalam batuk nya cuma 2 atau 3 kali. Hingus pun berkurang. Taik hidung sudah tentu berkurang jugak. Serius mujarab. Dengan izin Allah. Alhamdulillah. 

Bagi sesiapa yang tak tahu. Boleh juga cuba.  Tapi sama-sama kita doakan semoga anak-anak kita sihat walafiat. 

satunotahati : insurans tak review lagi. 
auntie GE Arissa menunggu. hihi.

XOXO, 
Mak Arissa. 

Jun 23, 2013

Pneumococcal Vaccine

Assalammualaikum. Hai. 

Terlebih dahulu mari kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah buat adik Aqil Hamzah. Arissa, on her 1 year 4 months baru inject Pneumococcal Vaccine setelah membaca sampai pening lalat dan bertanya sampai orang menyampah. Haha. Ya ampun ibu'-ibu'. Ai is emak yang agak paranoid gitu. Hehehe. Dan thanks buat Umi Qi sebab share information berkenaan ini dengan terang dan jelas sekali. Antara Prevenar dan Synflorix. 

Arissa inject lebih kurang 10 hari yang lepas. Malas nak tengok kalendar. Lupa. Hahaha. Mak nya ni ha call KPJ untuk confirm kan ada tak Vaccine nih. Sebab mama Zahrah ada pergi Ar Ridzuan stok Vaccine dah habis. Alhamdulillah. Rezeki Arissa dapat suntikan Prevenar yang terakhir - maksudnya, itu satu-satunya stok yang tinggal. Synflorix ada 5 kalau silap. Syukur. 

Sudah tentu yang bawa pergi inject itu adalah ayah dan mak tok nya. Oh. Kami buat injection ini pun setelah bincang dengan mak tok nya jugak. Mak tok nya memang menyokong lah kan. Kita berikhtiar. Kan mencegah itu lebih baik dari merawat. Ha.. Selebihnya, tawakal. Semuanya ada hikmah dari Almah SWT. :) 

Arissa terdemam jugak lah lepas inject. Dedar kata orang Perak. Tapi demam itu bukan sebab itu aje, kalau dah terliur-liur, nangis-nangis gosok gusi. Paham-paham aje lah budak yang nak tumbuh gigi nih. Arissa tinggal lagi gigi geraham. Yang lain dah semua. Jenuh bergaduh nak gosok gigi nya sebab dia nak gosok sendiri. Bukan nya ketap gigi tapi tutup mulut dengan rapat. Huhu. 

Dan selain dari demam lepas inject, Arissa mungkin jugak kena 'keteguran'. Mungkin. Tak dapat dikenalpasti seratus peratus. Alhamdulillah. Sekarang dah ok. Ayah nya pun dah boleh tidur dengan lena. Huhu. Emaknya yang berada di kejauhan dok susah hati tapi tido tu boleh kata lena jugak la. KuiKuiKui. :p 

By the way, thank you so much buat semua mommies yang willing to share about this vaccine. Of course la mommies gojez kan? ^_^ Obses kot dah dengan group gojez nih. Haha. Walaupun Arissa lambat sikit tapi yelah, better late than never. Yer dak? Apa pun, sama-sama kita doakan supaya anak-anak sihat walafiat hendaknya.

satunotahati : sentap mak Arissa tengok mommies gathering ramai2 tau. 
semoga panjang umur murah rezeki nanti kita jumpa juga.
InsyaAllah. 

XOXO,
Mak Arissa. 

Jun 21, 2013

Balik Raya!! ^__^

Assalammualaikum. Hai.

Selamat Hari Raya!!

Hehe. Puasa ganti beberapa hari lagi nak habis. Ramadhan dah dekat. Mood raya dah switch on. Melampau hokeyh!!! (=_=') Ini semua sebab SURPRISE atas meja semalam. Saya dah terima tiket raya kami tiga beranak. Hoyeaaahhh! Alhamdulillah. Jimat banyak. Syukur. Terima kasih Ya Allah. ^___^

Cuti raya saya dah lama dah approved by bos besar. Hehe. Weols akan balik Sarawak 7 Ogos, balik Perak 14 Ogos dan masuk kerja 19 Ogos. Ehem3! Ada 5 hari extra hokeyh. Otak rasa macam nak plan macam-macam. Haha. Konon nya! Tapi duduk rumah santai-santai pun best. Kaaannn?? ;D

Ya Allah, pertemukan kami semula dengan Ramadhan. Kurniakan kami kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menjalankan ibadah Mu. Jadikan kami hamba Mu yang redha dengan setiap ketentuan Mu. Dan hanya pada Mu jua kami memohon petunjuk hidayah. Ramadhan.. Kami merindui mu...

satunotahati: berjumpanya dengan Ramadhan kali ini bermakna setahun sudah kami LDR.
terima kasih Ya Allah kerana menganugerahkan kami kekuatan ini.
dan terima kasih atas didikan Mu yang tiada tolok bandingnya.

XOXO,
Mak Arissa.

Jun 20, 2013

SOGO Warehouse Sales

Assalammualaikum. Hai.

Warehouse Sales Exclusive katanyerr. Nasib baik Mak Arissa nih jenis yang berdegil jugak. Redah naik ke Tingkat 7 nak pergi tengok. Seperti yang dijangka, tak ada SCard pun tak apa. Maybank Debit Card is acceptable. HAHAHA. Warehouse Sales bermula hari ini sehingga 23 June tau! Siapa yang rajin pergi window shopping macam saya nih - korang dialu-alukan. Wakakakaka.[Isnin lepas hampa tengok baju kurung dekat mydin yang semuanya 50% size L ke atas. (=_=')]

Well, dah nama pun mak mak kan. Sudah semestinya tujuan utama nak tengok baju dak musyuk masyam ittew. Tengok juga barang mak dan ayah nya, tapi tak berkenan. Baju yang saya ambil untuk Arissa juga sebenarnya nak baju buat tukar-tukar. Mak Arissa dah rembat baju jalan-jalan / baju raya masa JCard Day minggu lepas. HewHewHew. Bahaya dok KL nih. Kalau saya ada transport, silap-silap yang dekat Shah Alam / Sungai Buloh / Seremban saya sanggup redah. Hahaha. (Ok, drama! =P)

cer teka berapa kos nih? hihihi.
Ha.. Inilah dia hasil rembat malam nih. Well, saya kan cucu sulung dan saya ada 6 orang cousins yang kecik-kecik, comel-comel. Haha. So, Kakak Long depa nih rembat lah sehelai seorang. BUM uols. RM119 jadi RM20 katanyer. Kata nyerrrrr. Hahaha. Baik kan Kakak Long depa nih? Hahahaha. Dan yang 5 helai di sebelah itu sudah tentunya baju Arissa. Mak nyer dah beli legging 8 pasang, so kena lah pilih baju pulak. Murah-murah aje uols. Baju tu RM8 - RM10 aje. Baju untuk buat tukar-tukar. Tenderly & Disney. ;)

Itu jer lah pun yang Mak Arissa nih rembat selain dari storage box dan alas kaki untuk letak kat rumah sewa ni ha. Hahaha. Tak boleh lama-lama sangat. Tengah bulan ni hoi! Encik Suami redha aje lah wife nyer ni ha. Esok kena kerlip-kerlip kan mata tengok husband sebab Isnin nanti nak duit belanja. Wakaka. =P


Baju Jalan-Jalan / Baju Raya
Katanyerr saja baju raya. Haha. Mak Arissa yang kena menahan rasa dari nak anak pakai baju nih. Dah siap-siap simpan dalam almari Arissa supaya tak nampak di mata. Huhu. Ha..Ni baju-baju yang saya rembat dekat JCard Day Taman Maluri minggu lepas. Nasib baik Aeon Maluri kecik sajo. Kalau tidakkkk.... Mesti lebih dari ini yang saya berjaya rembat. Teruja mak oi bila tengok MIKI, Hush & Polo itu 70% semuanya. Haha. (Tapi kalau kena tipu, padan muka mak Arissa. Kaaaann? Hihi.) Arissa kemain suka malam tu tengok baju-bajunya. Siap angguk-angguk lagi. Cantik sangat lah konon nya. Hehehe.

Phew! Inilah dia kalau shopping barang-barang anak. Tiap-tiap minggu pun ai boleh uols. Ada atau tak sahaja 'kertas' nya. Haha. Nasib baik tak pakai kredit kad. Kalau tak, lagi haru. Huhuhu. Kena stop dah. Nek Wan Arissa dah marah-marah kat Mak Arissa sebab beli baju Arissa banyak sangat. Budak cepat membesar katanya. Huhuhu. Baik lah makkkk! =D

satunotahati: jiwa rasa meronta nak ke warehouse sales Mamalove, MyDear & BabyOutlet.
agak-agak ayah Arissa nak tak? hew hew hew.

XOXO,
Mak Arissa.

Jun 19, 2013

Gojes Blogger Supermom & Baby

Assalammualaikum. Hai. 

Ehem! Gojes saaangaaatt kononnya Mak Arissa nih kan. Wahaha. Perasaan gojes sangat. Hihi. Tapi, a BIG THANKS to Mami Fayel. Mami dah sekarang sebab Fayel dok sebut Mi Mi aje. Hihi. Mami Fayel yang masuk kan kita dalam group Gojes nih. N bak kata Erin. Nak show off sikit, saya ahli Gojes!! Wakakaka.

Baca salasilah group Gojes dari Erin memang saya cakap 'oooo gitu rupanya'. A very BIG THANKS pada Cik Na yang dah buat group nih. Ada banyak manfaat nyer. Saya pun ada buat sesi luahan perasaan gitu kat group dan tempat mohon pendapat. Love to the max Mommies semua. 

Penghuni group Gojes ni 100++. Rata-rata nya dari area KL & Selangor (eh yeke?) Haha. Saya dok KL tapi anak suami kat Ipoh. Kalau kami tiga beranak dah dok KL, nak aje join gathering. Macam Sabtu ni ha. Saya ngan Arissa confirm blur tak tau nak buat apa sebab ayah nya buat job. Kalau dekat KL tu leh drive 15 minute. Confirm weols join. 

Saya sayang sangat mommies dekat group Gojes. Sebab semuanya ambil berat antara satu sama lain. Sometime, even saya sendiri boleh rasa ibarat 'cubit paha kiri paha kanan terasa'. Ha gitu. Dan kalau masing2 ada info terbaru, memang akan share. Especially what is good or otherwise to ur kids. Bak kata Diya, 'sharing is sexy'. Ha.. Syoknya, walaupun masing2 ada pendirian sendiri tapi dalam group ni semua free to give their opinion. Dengan cara yang berhemah. :)

Dan.. Lagi suka kalau masa malas nak dig information then pasti akan ada mommies yang willingly share diorang nyer experience dan pembacaan untuk yang lain. Wahhh!!! Masa tu rasa macam ah nak peluk mommies nih ketat2. Hahaha. Especially macam isu vaccine untuk anak, halal haram semua tuh kan. Contohnya Umi Qi, bila saya banyak tanya dia terus tepek link blog dia. Ha.. Kan ai tak perlu nak google sangat baru nak jumpa entri Umi Qi kan. Hahaha.

Dan.. Dan.. Dan.. Group Gojes nih dah ada produk sendiri uols. Produk gittew. Haha. Sticker kereta dan Fridge Magnet. FM elok je dekat peti sejuk kat rumah tuh. Tapi sticker yang sepatutnya nak lekat kat Cik Puan Ava rupa2nya Encik Suami tak ingat mana dia letak. Huwaa. Sedih tau. Takpe. Takpe. FM ada lagi. Huhu. Dan sekarang rasa tak sabar lak nak tunggu raya nak bagi duit raya dengan sampul eksklusif group Gojes. Hihihi. (Mood raya switch on hari ni).

Product Gojes ;) 

Macam2 benda nak cerita pasal group Gojes nih tau. Dan saya harap sangat one day Arissa leh jumpa kawan2 semua. Ini masing2 tengok gambar. Kalau layan blog dengan Arissa, tengok jer kawan tak kira muda dari dia atau sebaliknya - semua dia kata 'baby' dan kemudian angguk2. Kau angguk tu tandanya handsome & pretty lah tu. Berkenan sangat katanyer. :p

Kesimpulan yang saya boleh buat, disini juga mommies berkongsi suka duka. Dah rasa macam satu keluarga. Walaupun ada  dok tersentap dengan Mak Senduk, tapi mommies tetap nak order bedak Tanaka. Hahaha. Kan Atia kan? Haha. Eh. Saya memang happy with them. They made my day. Yes. Seriously! Walaupun pernah pening2 lalat bersama Leenda dok kira duit. Heh. Awak tak kira lagi kan? P kira balik lagi sekali. Hew Hew Hew.

Kesempatan ini juga, jom kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah buat anak2 kita Aqil Hamzah dan Zuyyin. Semoga mak ayah kepada anak2 ini terus tabah. Dan sama-sama jugak kita doakan semoga Rafif segera sembuh.

satunotahati: thanks korang! 
dan sorry tak semua nama yang tersenarai.
yang tersenarai pun tak link.
almaklum guna hp aje.
huhuhu.

XOXO, 
Mak Arissa.

Jun 14, 2013

contest baby ceria by http://barangbabymurah.blogspot.com

Assalammualaikum. Hai.

Ehem! Mak Arissa try contest lagi kali nih. Kali ini contest dari mak si Adelia, pemilik blog http://sweetlikekisses.blogspot.com dan FB Bajubaby Atasrak tuh. Kenal? Kot tak kenal pi terjah blog n page tu cepat2 sekodeng. Hew Hew Hew.

Adelia yang comey itu! ;)

Ha.. Budak ini pun comey jugak!! #Ehh??!! Haha.
jom jom mommies!! mari membeli barang baby dengan harga borong,minimum 1barang di blog: 
http://barangbabymurah.blogspot.com

Rompers Arissa memang beli dekat mak Adelia nih. Puas hati uols. Rompers walaupun tak boleh pilih tapi design yang mak Adelia pilih memang memuaskan hati kita, menepati citarasa. Ambil kesempatan, thanks Pia!! :)

Eh. Korang nak join contest sekali pun boleh. Terjah je blog barangbabymurah.blogspot.com atau sweetlikekisses.blogspot.com - dua2 ada syarat peraduan. Contest ni sampai 7 Julai nanti. Ehem3! Kot rezeki birthday mak Arissa siapa tau. Yer dak? Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tak siapa tahu. Lalalala.

Hadiah nyer menarik uols. Eh. I mean sangat menarik da boom! Ni ha...

1.rocker fishes price newborn to todder(biru).
2. Trunki bag (pink,merah,purple,kuning,biru)
3. Ergo carrier (hitam,pink,grey,hijau,biru)
4.toys storage(pooh,cars,princess)
5.playmat mothercare(pink, lion)
6.toilet train toddler
7.elc purple with hanging toys

Menarik tak hadiahnya? Kaaannn? I told you. Hihi. Kalau korang, korang berkenan yang mana? Ehem! Ehem! Ehem!

Saya kalau menang nak TOYS STORAGE PRINCESS sudah. Hahaha.

Eh. Kalau dapat no 2 pun ok. Trunki bag. I kan suka cuti2 dalam Malaysia nih. Haha. Saguhati dapat rompers. Rompers pun okay apa. Dah tau kualiti rompers depa so ok sangatlah kan. Hihi. Berangan nih. Kiranya tak dapat no 1 dapat saguhati pun jadi. KahKahKah.

Part merapu memang no 1. Huhuhu. So ini info mak yang join contest dan anak yang dijoinkan.

Mak: 
Dayang Rosmieyatie Awang Bakar

Anak: 
Nur Arissa Batriesya Mohd Fadhlil Rahman

satunotahati : suka2 join sebab mommies gijes ramai yang join.
ai kan bajet gojes jugak walaupun tak. :p

XOXO,
Mak Arissa.

Jun 9, 2013

Aquaria KLCC

Assalammualaikum. Hai. 

Semalam kami buat a day trip to KL bersama adik2 ipar dua orang. Sebenarnya, tujuan utama nak hantar Cik Puan Ava ke Klang. Selesai sudah semua urusan, tiba masa nya Cik Puan Ava ke Sarawak. Semoga dipermudahkan segalanya oleh Allah SWT sehingga Cik Puan Ava sampai ke tangan mak bapak. (Dalam hati banyak senyum).

jumpa raya nanti cik puan ava

We ols kan selalu menyelam sambil minum air. So, ambil kesempatan jalan2 pergi Aquaria. Sambil bawa Arissa sambil bawa adik ipar cuti sekolah dan beli barang. Tak ada lah banyak beli barang nye. Trip singkat begitu lah. Semuanya terhad. Tehehe. Dapatlah dia grab backpack Camel satu. Hahaha.


Gambar di Aquaria tak berapa banyak dan tak semengah sebab Cik Anak adalah sangat takut dengan ikan-ikan yang lebih besar dari beliau. Hahaha. Mak Ayah Arissa dok wa..wow.. Arissa pulak dok menjerit, dok merengek, dok nangis apatah lagi bila ikan2 tersebut seakan-akan mahu ke arah beliau. Mak Arissa suka betul gelak kan anak nya. Hahaha. 


Dah sudah ke Aquaria, ke Sogo konon nak cari juga baju Arissa. Tapi tak ada yang berkenan. Acu Arissa nak cari sandal katanya. Tak jumpa. Sandal orang tua je ada. Hahaha. Mak Ayah Arissa dah tak cari apa dah. Hew Hew Hew. Kali ni fokus kat SEG pula. Al maklum, gaji 'besar' sangat. Kena bahagi betul2. Sebut pasal gaji pejam celik dah 10 bulan dah jadi orang gomen. Haha. (Apa kaitan tah?)


Stress bila odw nak ke LRT Masjid Jamek. Phew! Konon mcm nak ronda2 kat Pasar Malam belek apa yang berkenan. Tetapi, tak boleh tahan dengan crowded plus susah hati muka banyak muka foreigner. Dok macam2 baca ayat kat Arissa. #Ehh. Hehe. (Bila tah nak buat Pneumococcal Vaccine nih.) Huhu. Then, cepat2 terus cross crowded. Lega bila dah masuk dalam perut LRT nak ke KL Sentral. 


Arissa? Me myself kagum dengan anak sendiri. Huhu. Sepanjang hari tak tidur. Aktifnya dari pagi sampai ke malam. Mak nyer kemain confident masuk ETS sekejap kompom tidur. Sangkaan meleset. Arissa  main lagi sampai pukul 1130. Train kami pukul 1005 gerak. Kami semua dah surrender tapi tak dia. Huhu. Anak. Anak. Tapi syukur. Dia tak ada nak meragam bagai. Bak kata mak, dia dah biasa berjalan. Hohoho.

Sekarang? Arissa tengah tidur. Kalau tak tidur, xd mak nak tengok hp ni ha. Dia conquer. Tak layan dah tab tok. Yerla mak tau hp mak laju layan youtube. Hahaha. (Ini kenyataan bukan berlagak.) Petang ni baru nak jalan2 dalam Ipoh lak. Hew Hew Hew. Nak ikut tok n mak tok nyer shopping mopping barang ateh n pokde nak masuk belajar. Hehehe. 

satunotahati: bulan puasa dah dekat.
arissa pun kena puasa jalan2.
sebab raya nak jalan2 kat tanah air.
hehehehe.

XOXO, 
Mak Arissa. 

Jun 5, 2013

Di Sebalik Kejadian Itu

Assalammualaikum. Hai.

Hihi. Kejadian lah saangat kan? Haha. Di sebalik kewujudannya Cik NoteII Mak dan Cik Bracelet Arissa ialah.....

Ayah Arissa tukar motosikal baru walaupun baru beberapa bulan sudah beli LC dan sekarang tukar ke Future. Hew Hew Hew. So, seorang suami yang adil dan saksama haruslah memberikan sesuatu buat isteri dan anak nya. Nanti kalau berangan nak kahwin lagi satu beria cakap dia adil. Kann? #Ehh. Tetiba melalut.

By the way, terima kasih lagi sekali buat encik suami dan juga Encik Future. Haha. Kalau bukan kerana Encik Future, lambat lagi Mak Arissa nak merasa NoteII dan Arissa dapat rantai tangan sebelum raya. Hihi. Bukan ke setiap kejadian itu ada hikmah semuanya. So, ada hikmah buat kami anak beranak bila Encik Future masuk dalam keluarga kami. Ha gittew. Haha.

Encik Future In Da Family

Alhamdulillah. Tidak ada perkataan yang lebih baik untuk diucapkan. 

satunotahati: sedang merangka perjalanan satu hari di Kuala Lumpur.
menyelam minum air katanya.

XOXO,
Mak Arissa.

Jun 3, 2013

NAB : Demand

Assalammualaikum.  Hai.

Entri kedua hari ini. Haha. Semangat berkobar hari ini kan. Hahahaha. Gigih sampai kejang jari-jemari pun tak apa katanya. Since dah semangat nih meh la kita bercerita yang mana rasa larat. Haha.

Kan cakap dah tadi kan. Arissa ada bahagiannya. Mak Arissa dapat Cik Puan Note II. Arissa pulak dapat.....

































Pilihan Hati Nur Arissa Batriesya
Serius! Ini pilihan hati anakanda. Pada mulanya kami pakaikan gelang tangan yang plain dengan satu loceng, dia geleng kepala. Tak mahu pakai. Tapi bila yang ini, sambil orang pakaikan dia angguk-angguk kepala. Bila orang nak cabut, dia terus angkat alihkan tangan tak bagi. Hew Hew Hew.

Kami pun tak sangka anakanda bertindak balas begitu sekali. Haha. Kemain anakanda seorang nih. Lepas nih tak ada kah nak usik gelang mak dan mak tok nya nak pakai jugak. Hahaha. Anak oh anak. Awak memang dah besar. Tapi belum masanya jugak mak nak biar awak pakai barang kemas hari-hari. Tunggu hari raya nanti lah ye. Hahaha.

satunotahati: Allah tak bagi apa yang kita mahu kerana Allah bagi apa yang kita perlu.

XOXO,
Mak Arissa. 

New Family Member

Assalammualaikum. Hai.

Family member gittew. Haha. No! No! No! Don't get me wrong. Arissa belum nak dapat adik lagi. Even Arissa pun kata, mak rehat dulu ye. #EH? Haha.

Jodoh dengan S Advance tak berapa nak panjang. Bukan tak suka. Bukan tak elok. Bukan tak sayang. Cuma nak screen yang lebih besar. Hehe. Nak tab tapi malas nak ke hulu ke hilir bawa dua benda. 

New Family Member

Encik Suami, thank you so much. I LOVE IT and I LOVE YOU MORE. Alhamdulillah. Rezeki Mak Arissa. Wahaha. Arissa pun ada bahagian dia. Ayah apatah lagi kan. Hehe. Alhamdulillah. ^_^

Eh. Nampak tak header baru kita tu? Bertambah-tambah semangat nak update entri baru (semangat sat je kebiasaannya). Huhu. Murah jer tau dengan Umie Mumtaz Aqilah. I like!!

Eh ok lah. ETS stuck nih. Lambat lah masuk office sat g. Haih. Ok then. Jumpa lagi.

satunotahati: terima kasih ya Allah atas nikmat kurnia Mu.

XOXO,
Mak Arissa.

Blog design by Rainy Day