Pages

May 1, 2013

Insurans Buat Puteri Hati

Assalammualaikum. Hai.

Alhamdulillah. Walaupun dah agak lambat; Nur Arissa Batriesya dah 1 tahun 3 bulan (insurans untuk anak boleh buat sejak umur 14 hari - maaf kalau tersilap.), akhirnya saya berjaya juga ambil insurans untuk beliau. Zaman sekarang penyakit macam-macam dan saya sangat susah hati okay. Huhu. Bukan nak anak tak sihat tapi sebagai persediaan. Semoga Arissa sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah. InsyaAllah.

Dua kali nak jumpa Qyla, tapi kedua-duanya tak menjadi. Sepatutnya nak jumpa Ahad lepas Maghrib di Mydin Ipoh, tapi petang tuh ayah saudara tenat so kami nak gerak balik kampung. Tak sampai sekerat perjalanan, kami dapat panggilan ayah saudara meninggal. Al Fatihah buat arwah abah.

Takdir Allah, jodoh kami berjumpa rupanya di KL. Haha. (ayat tak boleh blah). Sebetulnya hati dah kuat nak ambil dari dia. Dia agent full time yang super cool dan sempoi okay. I just hate those yang explained the policies with their formal way yang obviously memang rupa orang nak jual produk. Faham x? Huhu.

Saya akan share serba sedikit tentang insurans bila saya dapat dah polisi kat tangan. Well, hari ni kan cuti. Bayar semalam memang tak lah nak proses hari ni kan. Qyla pun baru sampai Penang ha. Hihihi. Hope nanti masa Qyla nak hantar polisi, semuanya dipermudahkan nak jumpa dengan Arissa. Hehe.

Kalau nak tahu serba sedikit apa yang saya ambil untuk Arissa, feel free je nak email kat dayangmtib@gmail.com atau wechat DYatie7786. Tak kisah nak share general info kalau anak sama-sama baya ngan Arissa ha. Sebab InsyaAllah kalau tak ada penyakit, sama semuanya. Bukan nak bagitau details. In general dan secara informal. Means - secara ringkas nya. Haha. Tak luak pun. Hihi.

satunotahati: eh? saya bukan agen insurans tau.
kalau nak jadi agen jangan as part timer.
kena full time.

XOXO,
Mak Arissa.

4 comments

Pinkbubblegumprincess said...

bagus polah dr kecik,, murah...bgs mak arissa tok hehe

With Julia said...

Bagus amik insurans utk anak...sediakan payung sebelum hujan kan...salam kenal dari mommy blogger gojes dear :)

Fifi Nadhrah said...

fifi ade untuk fifi dengan DH je.. untuk ufairah tak ambil pon lagi..

Qyla Aqilah said...

Alamak..malu nyer..hahah thanks Dayang, yup jodoh di KL..can't wait to see u and and ur lil Arissa..hihi

Blog design by Rainy Day