Pages

Apr 2, 2013

NAB Tukar Susu

Assalammualaikum. Hai.
 
Bersiaran dengan email sebab tiada gambar untuk dikongsi. Lupa nak tangkap gambar stok susu tempoh hari. Haha. By the way, Arissa dah tukar susu. Sebelum ini Arissa minum Anmum dari kecik sampai lah dia umur setahun. Cuma bila dah setahun dia agak kerap kembung malam. Tak pernah terfikir pun tentang kemungkinan susu tak kena dengan Arissa sebab kebiasaan orang cakap cirit, muntah dan rashes tanda-tandanya.
 
Sejak Mama Fayel masukkan kita dalam group FB Mommies Gojez tu, saya minta pendapat. Saya suka tanya kat situ sebab semua diorang sempoi. Sempoi yang amat. Tanya je soalan InsyaAllah pasti terjawab. Hihi. Then, Cik Na pun bagitau yang anak Cik Na susu yang ke-8 baru sesuai tak ada masalah kembung dah. Susunya ialah, Dumex Dugro - katanya anak nak susu yang murah. Hehe.
 
Pada mulanya saya nak cuba satu persatu susu yang terpilih. Tapi kebetulan tempoh hari saya kena kayap dan susu Arissa pulak dah habis, maka setelah hampir satu jam saya berdiri di depan himpunan susu formula - maka saya decide nak ikut Cik Na. Takut tak terdaya kalau tiba-tiba anak tak 'ngam' dengan susu yang dipilih, siapa nak tolong jaga. Dah lah saya dah serupa orang yang baru lepas bersalin (lebih teruk sebenarnya).
 
So, kami ambil Dumex Dugro yang ada ekstrak kurma (kenapa saya google tak jumpa gambar eh? hahaha.) Baunya macam IceCream vanilla. Rasanya saya memang tak boleh blah. Saya la. Hihi. Alhamdulillah Arissa ok je minum. Alhamdulillah Arissa dah tak kembung lagi. Alhamdulillah. Syukur sangat. Tak ada dah dia nak bangun tengah malam cari tangan ayah dia bawa ke perut. Haha. Comel! Tapi Arissa ubatnya cukup sapu minyak kat perut terus tidur nyenyak. Hihi.
 
Ayah Arissa of course senyum lebar bila dah tukar Dumex Dugro. Sebab harga Anmum dengan Dumex Dugro memang jauh beza kan. Sekarang saya tengah tunggu sample Karihome untuk sampai ke rumah. Tempoh hari mereka hantar sampel yang untuk umur 12 tahun ke atas. Adoi. APTB la. Siapa entah yang nak minum air tuh. Saya pun dah lupa letak kat mana. Hihi.
 
Walaupun saya rasa ralat tukar susu Arissa tapi as long as dia sihat, dia selesa saya bersyukur sangat. Mungkin nutrien memang tak sama kandungannya, cuma saya serahkan pada Allah SWT. Kita dah buat yang terbaik untuk anak. Selebihnya kita serahkan kepada Nya. Semua datang dari Dia kan. Duit lebih tu boleh hala ke lain.
 
satunotahati: semalam menangis encik suami hantar gambar anak.
dua minggu duapuluhempatjam bersama memang nikmat.
nikmat kurnia Allah SWT kepada hambaNya.
 
XOXO,
Mak Arissa.

2 comments

Mimy Hamid said...

karihomme blh mintak sampel ye nak try la..fayel setia anmum lg..cuma hari tu dia rampas minum susu coklat anmum anak asuuh tok mak dia..kena sembelit...

fifi said...

hai.. :)

saya pun tengah nak cari untuk anak saya.sebelum ini dia bf jer.anmum dengan enfagrow dia reject..

Blog design by Rainy Day