Pages

Apr 23, 2013

NAB: Teluk Batik Part 1

Assalammualaikum. Hai.

Bersempena dengan Ulangtahun Perkahwinan Encik Suami dan Cik Isteri pada 25 Mac 2013, kami akhirnya berjaya juga untuk bercuti meluangkan masa bersama Nur Arissa Batriesya. Ikut perancangan awal, kamu mahu ke Penang selepas saya balik dari Langkawi yang sepatutnya saya pergi tu. Tapi dah kena kayap, Langkawi pun tidak - Penang sementelah lah. Kan? Hihi.

So awal bulan April hari tu, kami pun ke Teluk Batik. Mulanya nak ke Pangkor. Tapi bila fikirkan pergi hari ini balik esok, maka kami ke Teluk Batik sajo. Next time, maybe! Tunggu Arissa besar sikit hajat besar di hati nak ke Pulau Redang. Leh Arissa snorkeling sama-sama. Hahaha. Besar hajat tuh kononnya! Pergi Teluk Batik pun Nek Wan Arissa marah hoi. kui3.

Banyak jugak dugaan nak pergi nih. Hihi. Balik Ipoh hari Jumaat husband kata ayah mentua bagitau yang lori nak angkut barang-barang tak pakai kat rumah mentua akan datang pagi Sabtu. So kami tawakal. Kalau sebelum tengahari settle, kami pergi. Kalau tak, kami pasrah. Haha. Eh, anniversary kali nih Mak Arissa melting sikit sebab Encik Suami yang wish sebelum saya. Hak3. Terus saya hilang romantik dengan berkata "eh! awak ingat rupanya?" Hahaha. 

Ok lah. Meh layan. Of course gambar anak je lah kan. Anniversary tahun pertama, Arissa usianya 2 bulan. Anniversary tahun kedua, Arissa sudah 1 tahun 2 bulan. There's no candle night dinner for us, maybe bila dah masing-masing pencen nanti. Haha. Tetapi, dengan ada nya Nur Arissa Batriesya disisi - kami panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran atas nikmat kurnia yang Allah SWT berikan kepada kami. Alhamdulillah. :)

Moh ler layan gambar anak kecintaan!!

Sabtu

Lokasi 1 : Pantai Teluk Batik
ini adalah muka nak minum air soya. si comot!

menuju ke pantai

first time hoi kaki pijak pasir laut

dak ngelat kena peluk cium

happy Arissa - 1

happy Arissa - 2

happy Arissa - 3

anak dan mak

sipi sipi muka nakey

seronok dapat yang dia nak

cak!
 Lokasi 2 : Marina Waterpark

ayah eksaited. anak takut.

tengok muka cuak!

muka tarak senyuuummm. hahaha.

takut bebeno..
 Ahad

Lokasi : Pantai Teluk Batik

takut saangat anakanda! hihi.




perhatikan kaki dia dari sini. tak  bergerak!





sampailah akhirnya dia berpaut sungguh-sungguh. hahaha.

marah! hihi

seee!!! terus happy.

muka baanyaakk senyum

mak: Arissa tak boleh takut dengan air laut sebab Arissa lahir kat kampung kita kat Sarawak tau. maknanya kita ni 'anak laut'. tapi takper, mak faham Arissa kecik lagi. nanti balik Sarawak kita ajak Nek Aki Nek Wan picnic eh!

satunotahati: anniversary yang bertemankan seorang puteri anugerah Illahi.
menikmati ciptaan Allah yang indah, lautan luas terbentang.
semoga kebahagiaan ini berkekalan hingga akhir hayat.
InsyaAllah. Terima kasih Ya Allah.

2 comments

adyna said...

Best nye.. Insyaallah skol pun bt hari keluarga kat teluk batik Sabtu nie

aThidEaN said...

wah menarik.kitaorg pon nak gi gak. panas sgt tak kat teluk batik tu?

Blog design by Rainy Day