Pages

Mar 10, 2013

Warna Vs Aura

Assalammualaikum. Hai.

Hehehe. Tiba-tiba nak kongsi pasal Warna & Aura. Kebetulan terbaca dalam Majalah Wanita housemate. So, meh la kongsi. Semoga bermanfaat. InsyaAllah. ;D

Well, tak perlu nak bagitau semua orang dah tau yang warna ni memainkan peranan dalam menyerlahkan penampilan seseorang. Kan? Kalau warna yang dull pilihan nya maka kita tengok pun ada rupa dull sikit. Kalau cerah warna nya maka kita tengok macam ceria je orang nya. Ha, gittew.

PUTIH

Of course semua orang maklum - putih lambang kesucian. So, sebaiknya kita guna pakaian/aksesori yang warna putih on Monday sebab Isnin permulaan hari which is very important to get back our mood. Tak mau la Monday Blues kan. Hehe. Masuk office on Monday, kerja ada banyak yang tunggu untuk kita settle kan. So kita kena ready dari semua aspek fizikal, mental & rohani. Katanya, kalau guna pakaian warna putih akan buat kita rasa polos & ready nak berdepan dengan apa je benda dengan tenang. InsyaAllah.

MERAH JAMBU

Orang Sarawak kata warna KALAS. Hihihi. Sesuai sangat pakai pakaian warna merah jambu atau boleh ganti dengan warna purple on Tuesday. Konon nya, warna ni akan buat kita lebih ceria & kelihatan lebih muda dari usia sebenar. Auwww! Hihihi. Warna merah jambu/purple ni mewakili kasih sayang dan tumpuan serta memberikan aura positif pada kita. So, secara tidak langsung kita akan rasa gembira dan selesa. Best kan? 

BIRU

Warna biru ni khabarnya boleh melancarkan/memudahkan komunikasi. So, disarankan mesyuarat dijalankan pada hari Rabu sebab pakar motivasi percaya akan kelebihan aura warna biru ni akan menghasilkan idea yang lebih bagus dan keputusan yang tepat. Kata nya, warna biru boleh mendorong kita berfikiran rasional dan membuat keputusan yang tepat. Nak rasional, pakai la biru setiap hari. Hihi.

KUNING

Kita digalakkan pilih warna kuning atau oren sebagai tema on Thursday sebab warna ni akan memantulkan tenaga dan menjana pemikiran yang lebih kreatif & kritis. Warna ni akan buat kita ceria dan bergerak aktif yang mana ia mendorong tubuh kita kekal bertenaga dengan pemikiran yang cergas sepanjang hari.

HIJAU

Warna kegemaran Rasulullah SAW. Tengok pun tenang kan? Jumaat nih hari last kita bekerja so otak pun dah letih plus tepu. So sesuai sangat nak pakai baju hijau sebab warna ni insyaAllah boleh memberikan ketenangan diri dan mengembalikan keseimbangan rohani, emosi dan jasmani. 

MERAH
Of course lambang berani. Hehehe. Pakai warna merah hari Sabtu sebab kita dah bersama keluarga - masa rehat/santai. So, penggunaan warna ni boleh bangkitkan aura keberanian, kemewahan & tuah kepada si pemakai. Boleh lah weekend cuba buat sesuatu yang baru bersama keluarga kan.

HITAM 

Okay. Hitam. Sesuai sangat untuk rehatkan otak, emosi dan fizikal. Warna ni akan buat kita berada dalam zon selesa dan privasi. Kira nya kita berehat secukupnya supaya kita dapat kembali tenaga sambil merencana hari akan datang.

Best kan tips ni? Kalau banyak baju dalam almari tuh, try la tips ni. Saya tak ada baju warna hitam, kuning dan hijau. Hahahahaha. So, tak berapa nak berjaya kalau nak follow. Kui. Kui. Kui.

satunotahati: saya main hentam je labu baju warna apa pun pergi kerja.
hahahahahahaha.

XOXO,
Mak Arissa.

1 comment

humble.yat said...

my favour colour is blue..dalam almari pun banyak baju biru...hehe kereta biru, hpon biru signing pen biru haha..pendek kata sume la..

tapi tak tau apa pun maksudnya, cuma bagi saya biru itu sedamai langit-bebas. biru itu juga setenang laut..so saya rasa cool bila pakai baju biru..:-)

salam kenal..suka juga baca tulisan mama arissa ni..cool macam warna biru..:-)

Blog design by Rainy Day