Pages

Mar 8, 2013

Tak Sesuai Anmum?

Assalammualaikum. Hai.

Dah lebih sebulan berlalu. Tempoh hari, bermula 25 Jan (birth date anakanda) Arisa dah mula tak sihat. Began with batuk dan kemudian demam. Agak extreme bila Arissa batuk kemudian muntah. Dah banyak kali Arissa muntah kat tempat public. Kadang-kadang, tak batuk pun Arissa termuntah. Tak ke risau? Huhu.

Bila dah drag sampai dua minggu tak sihat-sihat, mak Arisa nih lagi la risau. Tambahan pula bila anak kawan masuk wad lebih dari tiga hari sebab ada infection pada paru-paru. Tak mak Arissa nih cuak? Huhu. Macam-macam dalam kepala otak bila dia dah sihat tapi ada juga muntah cuma tak kerap.

So, kami decided ke Klinik Pakar Kanak-Kanak di Tambun. Ramai yang suggest doc apa entah kat Wangsa Maju nun ha. Kami kat Ipoh. Jauh bebeno. Huhu. Oh. Masa tanya pendapat mommies, ada yang cadang untuk buat nebulizer & tukar susu - Sustagen / Enfalac. Time nih tak tahu lagi punca anak muntah. Agak-agak je sebab anak ada kahak (neb) dan muntah (susu x sesuai).

Dah tanya doc berkenaan dengan anak muntah berkemungkinan sebab susu yang tak sesuai. Doc kata tak sebab Arissa baru je lepas tak sihat. Still ada kahak. Setiap anak nih berbeza. Doc kata Arissa pandai sebab buang kahak melalui muntah. Baguslah Arissa muntah. Kahak terbuang. Asalkan anak tak lembik.

Tanya juga bila masa nya anak-anak akan buat nebulizer. Doc cakap nebulizer hanya akan dibuat sekiranya anak macam bernafas tak lepas yang membawa maksud - ada kahak menyekat saluran pernafasan. Boleh agak tak macam mana? Bunyi macam ala-ala semput tuh ha...

Saya tanya juga tentang pemberian susu formula. (ye, susu ibu terbaik.) Then doc senyum sambil cakap, zaman saya dulu minum Lactogen je semua sihat walafiat. Hehe. Katanya, susu yang mahal disebabkan oleh kajian yang mendalam untuk imitate susu ibu which is mean almost likely susu ibu. Tak akan ada yang exactly sama. 

Harga susu yang mahal dianggap lebih agak menyerupai susu ibu. Dan pemilihan susu untuk anak adalah terpulang pada kemampuan/keselesaan sendiri. Senang cerita, ukur baju badan sendiri. Ha gittew. So, kami pun still continue dengan Anmum Langkah 3 - selagi masih ada rezeki Arissa. Ehehe.

Ahad lepas try juga survey Anmum vs Enfalac vs Sustagen vs S-26. Compare kandungan/komposisi nutrisi yang ada kat kotak / tin tuh. Tengok secara rawak je. Hehe. Saya rasa Anmum melebihi yang lain. So masa tu rasa macam 'ok saya yakin nak teruskan Arissa minum Anmum.' Hahahaha.

satunotahati: selagi mampu selagi Arissa tak bermasalah.
selagi itu mak ayah teruskan dengan susu itu.
tak apa budget lebih ke situ.
demi mu wahai anak ku.

XOXO,
Mak Arissa.

2 comments

erna said...

tiada pengalaman membeli susu. apapun, ada juga kwn2 yg anak minum anmum rata-rata ckp ok :)
semoga arissa membesar sihat sayang..

RieNa said...

tak nak cuba halibs? :)

Blog design by Rainy Day