Pages

Mar 27, 2013

Sakit Kayap

Assalammualaikum. Hai.

Macam saya cakap kat 'satu nota hati' sebelum ini, saya nak cerita pasal sakit kayap. Encik Suami cakap apa, "tak rock ah kalau bagitau bos kena sakit kayap". Haha. Memang lah kan. Saya pun gelak. Kui3. Tapi, walaupun namanya tak rock sakit nya. Siapa yang pernah kena je tahu. Stress ooo. 

It was happened around 2 weeks ago. Memang ada satu 'biji' at my back dan badan masa tu memang lenguh-lenguh plus sakit-sakit sendi. I thought stress sebab banyak sangat kerja so badan tak berapa nak boleh terima sangat jadilah macam tu.

Jumaat, saya notice macam ada rashes - normal rashes pada paha kiri. Assumed normal rashes sebab tak gatal, tak sakit. Ahad saya pergi Purple Walk yang wajib itu. Tanya senior tentang 'biji' at my back dan dia terus cakap macam kayap. Dup Dap jantung mak Arissa tau.

Encik suami suruh saya balik. Sebab saya seorang dekat KL. Tak tahu nak ke mana. Plus masa lepas saya pergi panel clinic tak ada doc perempuan saya memang rasa 'very the down'. Tak tahu hala tuju. Duduk dengan fikiran kosong dekat bus stop. Hoho. Ko hado?

So, Isnin saya pergi jumpa pakar kulit. Kebetulan doc tak ada di Ipoh on Monday, so kami kejar doc sampai ke Taiping. Haha. Doc cakap, kayap ini datangnya dari virus herpes dan boleh berpunca dari stress. Ha.. Stress pun boleh buat kayap tau. Kome jangan stress tau. Huhu.

Doc tu terror. Tengok je biji at my back terus cakap, "ini kayap". Ngeh3. Dan masa dia bagitau cara nak sapu ubat, dia cakap nanti u akan nampak macam rupa ular. Sebab itu orang cakap macam ular. Tapi, saya tak nampak pun rupa ular. Haha. Bintik2 halus tu macam memenuhi ruang. :p

Soalan bodoh yang saya tanya. Eh. Tak lah bodoh tapi nak dapatkan kebenaran. "doc. betul ke orang cakap kalau kayap ini bercantum boleh mati?" Korang, doc tu gelak tengok muka saya sambil geleng. "tidak. tidak. kayap tidak akan bercantum. dia pasti hanya akan separuh je." Saya? Malu la.. Hihi.

Doc suruh saya berehat sepenuhnya. "bagi isteri u berehat betul2. jangan suruh dia buat kerja. jangan suruh dia shopping. layan dia macam puteri." Encik suami sengih jer la tapi saya degil tak nak hantar Arissa pergi rumah ibu. Alah. Setakat nak buat susu, masak lunch, dengan bagi mandi. Kan?

But seriously, memang sakit lepas bersalin tu lebih ringan rasanya sebab saya kena di bahagian paha termasuk celah lipatan. Wow double Wow!! Encik suami, "kenapa saya tengok awak dah rupa orang baru lepas bersalin berjalan." Sakit satu. Satu lagi takut gelembung air pecah. Dah la gemuk. T___T

Tapi kan, tak ada lah rehat sangat. Hoho. Asyik drove sana sini. Nasib baik boleh drove yer dak? Adik ipar lah yang teman. Oh! Stress lagi bila makan pun susah hokey! Masa berpantang at least boleh juga makan ikan bilis ke ayam ke ikan ke. Ini tidak. Vegetarian terus. Hamek kau! >_<

Saya kena makan 4 jenis ubat - antiviral, antibiotik, sakit urat & pain killer. Mentua buatkan air penawar tempoh hari. Alhamdulillah. Sabtu lepas dah kering juga. Cuma masih ada beberapa gelembung air yang buat doc bagi lagi MC 5 hari. Sekarang memang nak tunggu kering. Satu lagi azab - gatal! 

Memang, nak kena sentiasa selawat sepanjang kena kayap nih. Sakitnya memang mengundang stress. Alhamdulillah suami banyak sangat membantu. Suami lah yang pagi-pagi sebelum pergi kerja sapukan ubat, balik kerja sapukan ubat lagi. Dan suami juga tempat saya melampiaskan marah. =_='

Alhamdulillah. Till pagi ini, ketika entri ini ditaip - saya cuma menanti keringnya gelembung air yang telah pecah. Eh. I'm supposed to be at Langkawi hari ni. Alhamdulillah. Allah listened to my kata hati tak nak pergi tapi dengan cara Allah menduga saya dengan kayap nih. InsyaAllah terhapus dosa2 kecil.

Kalau tak sakit, saya tak mungkin dapat uruskan wish saya tu secepat ini. Semuanya ada hikmah disebalik satu kejadian. Kan? Oh. Saya memang duduk rumah mentua 2 minggu ini. At least, ada orang yang boleh tengok-tengok Arissa masa mandi ke, atau membroot ke. Hoho.

Ok lah. Tak ada gambar lagi untuk tatapan. Malas nak transfer ke laptop. Gambar kayap? Korang google jer lah na. Tapi saya yang mild je. Hihi. (takut gambar kayap kat google).

satunotahati: nak pergi urus wish hari ni.
insyaAllah hari ini selesai.
dalam hati ada senyum.

XOXO,
Mak Arissa.

7 comments

Fifi Nadhrah said...

moge cepat sihat mama arissa..

Nursaila Norman said...

cepat sembuh dyg :) risau pulak,sbb mcm soalan yg dyg tny kat doc tu..saila pernah dgr gak pasal hal tu..cepat sembuh, amin..

hafisha said...

get well soon..im suffering from kayap now, pls doa 4 me too.

A Rahmani said...

Salam semua. Saya ada hasilkan krim yang telah terbukti berkesan untuk kayap. Disapu pada kayap terasa sejuk saja. Hilang rasa gatal dan pedih. Dalam masa 1 @ 2 hari insyaAllah kering, kulit boleh dikoyak keluar tnggal kulit baru. Hubungi saya untuk mencubanya. Jenama Krim Mutiara Bumi. Harganya cuma 12.00 saja..Hj Man 013438413..T kaseh. 

Anonymous said...

Krim mutiara bumi utk kayap, hubungi hj man 0134389413..tk

Anonymous said...

Maaf no hp silap, betulnya 0134389413..tk

Armel Aisya said...

Mak sya kena . Rasa nak nangis bila tau ๐Ÿ˜ž๐Ÿ˜ž๐Ÿ˜ž๐Ÿ˜ž pastu u mkn apa wktu sakit tu

Blog design by Rainy Day