Pages

Feb 20, 2013

Spontan : Syukur

Assalammualaikum. Hai.

Puan : Best kan macam mereka yang kat luar tuh.
Encik : Ye ke Dayang. Banyak masa ye.
Puan : Tau tak pe. Nak duduk di tempat diorang je.
Encik : Diorang pulak nak duduk di tempat puan Dayang.
Puan : Errr. *terkedu*


Terkedu sebab seolah-olah saya macam tak bersyukur dengan nikmat kurnia yang Allah beri. Kita seringkali disuruh untuk melihat mereka yang berada di bawah kita supaya kita terus bersyukur dengan nikmat Allah. Tapi kali ini tiba-tiba saya nak berada di tempat mereka. Mungkin inilah yang pernah suami sebut, "kita seringkali terliur melihat kepunyaan orang lain. dan kita terlupa bahawa orang lain sangat menginginkan apa yang telah kita miliki."

Semuanya sebab.... Ketika saya begitu sibuk dengan coding, mapping, forecasting, under-declaring, exports, imports, transshipment, reports & etc., mereka sempat buat kuih pelita untuk juadah satu office makan waktu petang. Haha. Sedih ok. Sedih bukan sebab tak dapat makan tapi sedih tengok semua muka ceria kat luar. Well, bilik saya depan cermin belakang pun cermin. So, saya boleh nampak dengan jelas apa sahaja yang staffs saya buat dan mereka juga boleh tengok apa saya buat. Haha. 

Since dah terlepas cakap hari tu so saya tak ulas panjang-panjang. Cuma tambah bebel kat Encik tersebut. Haha. Seriously, lately saya jadi makcik yang kuat membebel. Dan saya memang kena control temper. Kalau tak control, saya mungkin dah boleh marah orang sesuka hati. Tapi hari tu dah tinggikan suara juga. Huhu. Bila dah puas membebel, saya keluar dari bilik Encik cakap minta maaf. Hahahaha. Takut okey! Kot-kot nanti tak sempat masuk bilik sendiri dah meninggal. Ha...

Ermm. Jom kita sama-sama muhasabah diri. Dan ingat janganlah selalu sangat nak tengok mereka yang berada diatas kita. Takut nanti akan timbul iri, sakit hati dan banyak lah benda negatif. Bersyukur dengan apa yang kita miliki. Pasti kita bahagia. InsyaAllah.

satunotahati : seakan tidak sabar menanti Mac. eh?

XOXO,
Mak Arissa.

1 comment

Nora Karim said...

Betul. kita selalu terlupa untuk bersyukur...

Blog design by Rainy Day