Pages

Feb 28, 2013

Hidup : Staffs Celcom Yang....

MALAS
(mungkin)

Assalammualaikum. Hai.

Sambung cerita kecewa semalam. Balik dari Sogo, terus direct ke KLCC. Punca? Tanya Celcom kat sana nak upgrade data plan beserta call, katanya tak boleh. Sebab? Diorang branch. Kena ke Celcom Centre / Dealer. Ringankan mulut bertanya, dapat info kat KLCC ada. So, semangat mak jemah nak ke KLCC kan? Hihi. Perjalanan tak bermotif. =P

Sampai-sampai dah jumpa Celcom. Masuk lah. Hati dah bunga-bunga nih konon nya sekejap lagi settle lah urusan kan. Huhu. Tanya lah kat staff dia tentang plan tu. Saya pilih plan data RM68 sebulan dengan kapasiti 3GB yang memberikan 1000 minit free call & 1000 free SMS tak memilih network. Saya pun tanya macam mana. Staff tu macam tak berapa reti jawab. Baru kot. Then saya tanya, "I nak guna plan ni untuk existing number. how?"

Staff tu tanya staff lagi sorang. Cong ceng cong ceng bahasa diorang. Tahu tak apa jawapan staff ti dekat saya? "kami tak ada sistem untuk existing number. kena number baru." Kalau ikut kan hati nak je cakap 'NENEK LU!'. Reason tu menipu kot. Saya pun cakap la, "kenapa kawan saya boleh. dia guna existing number. ok je." Tau dak apa dia jawab? "dia buat dekat branch kot."

Serius rasa macam nak sekeh. Saya lawan balik lah. Branch sah sah memang tak buat. Saya dah tanya dua tempat - branch. Dah pernah call Celcom Service tanya. Nak masuk kan plan internet kat existing number memang kena pergi Centre sahaja. Boleh pulak dia jawab macam tu, kan? So, saya pun cakap lah kawan saya buat kat Centre. Dia pun cakap, "eh ye ke. kami pun dealer. tapi tak ada sistem tu. dia buat dekat Pavillion kot."

One more reason yang memang unacceptable. Fuhh! Serius. Masa tu saya dah cakap agak kasar dan meninggikan suara jugak. "eh. kawan I tak ada nya buat kat Pavillion. dia buat dekat Sarawak. lagi la. Sarawak. macam mana dia boleh." Dengan muka kelat dia cakap, "Sarawak ah? tak tau oo. sini tak ada sistem tu". CIS!! Saya dah boleh agak saya akan dapat jawapan yang mengecewakan bila tengok muka staff yang dia tanya tadi jawab dengan dahi berkerut.

Saya faham. Nak masuk kan plan ke existing number might be agak rumit compare tu register kan nombor baru. Maksud nya ada lebih kerja sikit lah kan. Tetapi, kalau rasa PEMALAS sangat. Please jangan bagi alasan yang tak masuk akal. Please lah. Dan sememangnya saya kecewa. Saya dah lah pengguna setia Celcom. Setia ok! Balik rumah, roommate pun pelik bila saya cerita. Dan dia juga cakap, "diorang malas nak layan sebab nak tambah benda tu agak rumit sedikit". 

Serius. Frust weh. Haaaannggiiiin jugak lah. Erm... Siapa kerja Celcom nih? Tolong advice sikit? Hehe. Ok lah. Hari ini sambung kursus lagi. Ini pun satu hal jugak. Huhu. Macam mana kerja yang berlambak nak siap kalau asyik kursus lepas tu ada majlis yang wajib pergi lepas tu ada yang kena lawatan industri lepas tu.... Oh! Saya memang suka membebel. Till then. Bye! :D

satunotahati: instagram saya? drosmieyatie
saya dah mula bebel banyak d twitter jugak. DYatieLee

XOXO,
Mak Arissa.

1 comment

Fifi Nadhrah said...

kalau fifi.. depandepan staff tu fifi akan call 1111 ngadu.. buatbuat tanye terus report name pegawai tu.. padan muke.. malas sangat!~

fifi pernah kene.. tapi berkaitan broadband.. geram sangat!~

Blog design by Rainy Day