February 4, 2013

Hidup : Njoi Astro

Assalammualaikum. Hai.

Korang tahu pakej Njoi Astro? Mesti tak tahu punya sebab korang pasang Astro. Hehe. By the way, just nak share sedikit pasal Njoi Astro nih. Kami baru tahu tentang ini bila Njoi dah dipasang di rumah kami. Kami dapat free je uols. Kalau tak dapat free, jangan mimpi lah nak ada 'piring' kat atap rumah tu ha. Buat bazir duit bayar bulan-bulan je. Kui. Kui. Kui. Sayang duit weh! Bukan kedekut. Haha.

Macam mana kami boleh dapat free? Itu cerita encik suami. Alih-alih dapat call nak pasang kat rumah. Percuma, kami terima. Lalalala. Then, pada mulanya kami - "well, benda free memang pelik-pelik. njoi namanya." Hahaha. Tapi pada hari yang sama kami keluar dan terjumpa satu bunting yang tulis tentang Njoi tuh. Haha. Rupa-rupanya memang ada pakej Njoi dari Astro.  Kui. Kui. Kui. Memang buta Astro. Tengok Astro kat rumah mak sendiri je katanya. Itu pun setahun sekali. Haha.

Njoi ni merupakan servis satelit percuma dari Astro. Kalau tak silap (tak sure sebab dapat percuma), bayar untuk kali pertama sahaja. Then enjoy lah bersama Njoi. Haha. Bagus sebab sejak piring Astro mendominasi setiap atap rumah, siaran bagi pengguna tiada piring terganggu. Sejauh mana kesahihan saya kurang pasti tapi ini jelas atau mungkin sahaja semuanya kebetulan? So, walaupun bukan Astro at least ada piring atas atap. Ada decoder yang menghias almari kosong. Hihi.

Sedihnya. Bila nak tengok TV8 & NTV7; non-hado. Tak subscribe katanya. Kenapa entah? Sedangkan realitinya NTV7 dan TV8 itu channel sedia ada. Kan? Tapi, mungkin sahaja business strategy. Dapat free nak bising-bising pula kan? Ngeh. Ngeh. Ngeh. Tapi seriously memang pelik. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya OASIS boleh tengok. Boleh tengok rancangan kegemaran - Tanah Kubur. Anakanda tercinta juga boleh khusyuk depan tv bila time Hafiz Hamidun dalam Indahnya Iman.

Njoi nih boleh la tengok Prima, Oasis, Awani, CCTV, Tutor (UPSR, PMR, SPM), Bernama +++ dan radio-radio sekalian. Ok lah tu bagi pengguna yang dapat free macam kami. Haha. Tapi, kan baik kalau dalam Njoi ni ada Astro First & Astro Best sekali. Boleh dapat duit lebih. Hihi. Sebak tengok filem-filem baru di pawagam - encik suami kata puasa. Nak bawa anakanda tercinta silap-silap orang dengar suara dia je terjerit-jerit. Hohoho.

Ada yang cakap, "pasang je lah Astro. ambil basic package. kedekut sangat pun." Haish! Memang kami kedekut. Haha. Nak bayar basic package boleh beli Anmum anakanda yang 1.2kg tau. Sayang oh nak bazir duit bagi Astro walhal nak tengok hujung minggu je (sekarang alasan hujung minggu, masa berdua alasan nak tengok malam je). Haha. So, sekarang tengok aje apa yang ada depan mata. Walau encik suami asyik teringat-ingat dengan Running Man. Hihi.

So, Njoi. Not bad. Ok la. Sesuai sangat bila kawasan rumah kita susah benar nak dapat siaran yang clear. Tapi, NTV7 & TV8 tak ada lah. Siapa yang ada anak nak UPSR, PMR atau SPM boleh lah juga take this opportunity nak bagi anak belajar walaupun selalunya betul saya tengok benda yang sama. Tapi ok lah kan. Kalau rasa nak variety, beli la kad pra bayar. Kami tak pernah buat. Baru tahu je pun. Hihi. Plus tak mungkin lah nak bazir RM20 untuk itu. Njoi Mustika? Citra selalu jugak repeat banyak kali. Warna saya tak minat lawak-lawak bagai nih. Njoi Indo? Oh. Buat pening kepala je. Njoi Sukan? Tak ada siapa yang minat tengok sukan. Indo Cina? Lagi la. Hahahaha.

Kalau nak tahu lebih, pergi sini : NJOI ASTRO

satunotahati: siapa kita kini adalah siapa kita pada satu ketika dulu.
Alhamdulillah.

XOXO,
Mak Arissa.

23 comments

  1. Jiran selang dua bijik rumah ada pakai NJOI ni.. dulu tak tahu apa benda, sebab takkan nak sibuk g tanya lak, hihi.. tapi baru2 ni ada masuk iklan kat tv, baru la tahu.. free utk selama-lamanya eh? best la camtu..

    ReplyDelete
  2. Hahaha. Itu lah. Saya memang tak pernah tahu benda alah NJOI nih. Tahu ASTRO je sebab mak sendiri salah seorang pengguna tegar. Haha. Kata nya begitu. InsyaAllah. Tapi tak tahu la kemudian.. huhu...

    ReplyDelete
  3. Memang jahat astro ni. Channel sampah dia bagi padahal media prima dan al-hijrah yang memang sudah free kena subscribe lagi. Terpaksalah guna aerial tulang ikan lagi.

    ReplyDelete
  4. Just to share.. kalau dulunya memang dah ada set astro, tak payah pasang yang lain. Call aje customer service njoi dan menggunakan set yang sedia ada kita hanya perlu bayar RM99 sahaja. So tak perlu membazir untuk upah pemasangan lago yang RM280 or RM388. Lagi jimatkan!

    ReplyDelete
  5. kat rumah pun baru pasang astro njoi guna dekoder astro silver yg lama.mmg kena bayar rm99 tp mmg susah sbb nak bercakap dgn customer servis tu asyik bz je.kena tunggu lagi 3 hari lepas upgrage akaun lama ke akaun njoi nak dpt no akaun baru lepas tu nak kena update dekoder.astro ria agaknya mmg nak masuk njoi kot tp masih x dpt tgk lagi la mcm ntv7 dgn 8tv tu.

    ReplyDelete
  6. astro njoi ni mmg x njoi sama je mcm astro biasa pun tp sbb dah free terima je la apa yg kluar kat tv tu TP YANG BERBAYAR TU xkan nak senyap je .siaran sampah mmg byk untuk cerita yg berulang2 dengan alasan itu mmg standart tv berbayar utk penonton yg baru je melanggan siaran tersebut.cerita best2 mmg xde sgt utk pakaej astro skang ni sbb yang best semua pergi HD. axn 701 skang mcm hampeh sbb cerita skang yg best semua pergi kat axn beyonce, astro ria bantai kluar mcm2 aznil, kenangan afnil la track selebriti yang kategori lapuk (artis malaysia mana la popupar sgt hangat sekejap je, gosip je lebih).astro prima pulak dah ada ben10 la,wrestling tu boleh la terima tapi jangan la siaran tv ni jadi siaran sampah

    ReplyDelete
  7. SEPERTI YANG DIJANGKA ASTRO RIA AKHIRNYA KLU NAK TGK KENA BELI TOP UP... PANDAI-PANDAI, SIARAN KLU BEST TAKPE LA PULAK.RM2 UTK 2 HARI KLU 30 HARI DAH RM60.PAKEJ FAMILY BARU RM37.95 + RM4.95 = RM42.90.BERBALOI KE KLU NAK BELI PREPAID UTK SIARAN NJOI UTK ASTRO RIA JE.NI KE DIKATAKAN KHIDMAT SOSIAL DAN TANGGUNGJAWAB KEPADA MASYARAKAT kononnya alasan dapat merapatkan jurang digital di antara penduduk miskin dengan masyarakat bandar di negara ini.BUAT UNTUNG DALAM SENYAP ASTRO.NTV7 dgn 8TV entah bila dapat tgk kat njoi ni silap2 media prima bersekongkol dan astro buat prepaid top up kok nak tgk siaran diorg ni.....entah la

    ReplyDelete
  8. tempoh hari ada pergi check kat web astro njoi cari tmpt jualan prepaid card astro kat kuala pilah tp bila pergi tauke kedai tu cakap takde jual abis tu bt apa kau bt iklan dalam website kau ada jual...ngok2 betul la. saja nak test tambah siaran tambahan yelah mana best dan "ENJOY" njoi ni.

    ReplyDelete
  9. alhamdullillah ntv7, 8tv dgn tv al-hijrah dah masuk astro njoi.mmg ditunggu2 siaran ni klu diikutkan pun bukannye best pun tp lagi best la dr siaran yg lain tu....mekasih byk2 la astro sbb dah bagi siaran ni tak payah nak pasang arial berceracak atas bumbung tu.sekarang ni rasa mmg berbaloi dan sgt2 dicadangkan pada semua yg nak berjimat utk pasang tv.klu nak pasang, pasang sekarang sebelum astro ambik kesempatan naikan harga lepas ni boleh la tambah siaran lain pulak ye astro.jgn la kedekut sangat yek.......

    ReplyDelete
  10. tadi check kat website astro njoi tgk apa perkembangan terbaru sekali tgk ada logo tv al jazeera bukan tv al hijrah ke?.ini mesti kes main pulun je letak logo tv
    http://www.astro.com.my/njoi/

    ReplyDelete
  11. astro njoi very bad servis...dari awal bulan 5 smp skrg register x pasang2 lagi...bila col tya log report...procedure bila log report ambil masa 14 hari...habis tu repor yg sebelum ni buat pe...bodoh betul nak tipu org...klu x boleh supply jgn promosi bagai nak gila...menyusahkan org je...tapi yg peliknya boleh bg alasan x masuk otak..x dpt hubungi...tp sms tiap2 bulan boleh plak masuk...

    ReplyDelete
  12. klu ikutkan dulu rasanye takde masalah sgt kat pengeluar sbb sy dulu keje kat kilang ehem, ehem ambik tender jadi pengeluar dekoder untuk astro untuk beyonce dgn njoi sbb masa tu mmg banyak sgt pengeluaran mmg tak mnang tangan.tp la kot astro risau jugak la mana la tahu pelanggan makin merosot semua nak pakai njoi je.kos hidup nak kira jugak kan takkan kos tv je

    ReplyDelete
  13. http://www.astronjoi.com untuk maklumat lanjut mengenai Astro Njoi.

    ReplyDelete
  14. baru merancang nak bertukar ke NJOI ni..

    ReplyDelete
  15. Register Astro nJOI now at a special price of RM180 instead of RM308 only at http://njoi.my
    While stocks last. Now with 22 TV channels and 20 radio stations

    Daftar nJOI Astro untuk RM180 sahaja. Harga Asal RM308 hanya di http://njoi.my
    Stocks terhad. Kini dengan 22 sauran TV channels dan 20 saluran radio

    njoi.my

    ReplyDelete
  16. bila dah dok kl ni astro njoi kat kg takde siapa nak tolong update.yelah siaran tak best siapa nak tengok tp yang sakit hati tu bila tak update seminggu je siaran terus hilang dan terpampang perkata this channel your not subscribed. ape kebendenye kata percuma.aku dah naik muak nak telefon customer servis njoi sbb nak tunggu dia angkat tepon mmg bz memanjang je.

    ReplyDelete
  17. bila bil astro dah naik ni rasa2nya mmg bagus la tgk njoi yg tak berapa enjoy ni.takpe la janji dpt jimat belanja bil untuk astro.mana larat nak bayar bil aje.yg astro naikkan kos rm2 lagi dlm bil rasanye cuma nak kasi pelawak bertambah kaya buat lawak bodoh.modal nak byr pelawak yg masuk bertanding maharaja lawak mega lepas tu tahun depan raja lawak.skang ni kumpul modal untuk byr peserta akademi fantasia yg dah tak berapa laku tu.penonton tgk je la sambil keluar duit utk tgk siaran yg diulang tayang beratus kali dgn alasan itu mmg standard tv berbayar.alasan terbaru astro nak meningkatkan lagi mutu penyiaran....ye ke bukan nak mengayakan lagi datuk ananda krisnan tu ke lagi....mana2 yg rasa menyampah tu pasang je la njoi ni kok nak jimat klu benci sgt potong je la

    ReplyDelete
  18. Haah...susah betul nak dapatkan top-up Njoi ni...tapi saya dah jumpa satu dealer ni...slalu call ada je stok top-up..nak register baru pon bole..cuba gi www.nirozcomm.com

    ReplyDelete
  19. ada la bercadang nak pasang astro tp bila teringat pasal budjet terus hilang semangat.promosi astro punya la byk tp yang best pasang astro beyone byr rm50 je untuk set dan pemasangan tp package diorg yg tetapkan tp klu nak free bulan2 pasang la astro njoi tp kena byr rm480 utk dekoder baru @ rm180 untuk decoder terpakai.....bijak2

    ReplyDelete
  20. skrng ni sesiapa ada decoder lama astro yg x aktif boleh dpt njoi percuma asalkan ada kad pintar yg x rosak(xde pun xpe boleh mintak yg baru),piring astro yg masih terpacak atas bumbung dengan dekoder yg masih boleh pakai.boleh register kat website astro njoi isi form kat situ.rasa2 x kena byr pun sbb kata percuma tp utk masa2 hadapan xtahu la den

    ReplyDelete
  21. sampai skang menunggu bila astro nak bagi kad astro utk aktifkan deckoder yg x akfif.betul ke tidak ni mcm bohong je?

    ReplyDelete
  22. Hi Guys,

    Saya baru install Njoi baru-baru ini. Tapi susah nak dapatkan FREE channel untuk 30 hari seperti di janji-janjikan di njoi website. Sudah call banyak kali, tapi dorg bagi tau akan call balik..Tp xjuga call..Email sudah pun hantar..Tp juga balas.

    Astro menang servis tak ok lah..Tak ada langsung after sales service.

    Kalo sudah mo bagi FREE napa mo tunggu lagi 48 jam? Lagi kena call customer service baru dorg activatekan..Sepatutnya, on the spot activate masa installation.

    ReplyDelete
  23. Hi Guys,

    Saya baru install Njoi baru-baru ini. Tapi susah nak dapatkan FREE channel untuk 30 hari seperti di janji-janjikan di njoi website. Sudah call banyak kali, tapi dorg bagi tau akan call balik..Tp xjuga call..Email sudah pun hantar..Tp juga balas.

    Astro menang servis tak ok lah..Tak ada langsung after sales service.

    Kalo sudah mo bagi FREE napa mo tunggu lagi 48 jam? Lagi kena call customer service baru dorg activatekan..Sepatutnya, on the spot activate masa installation.

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day