Pages

Feb 5, 2013

Anak : A Moment To Remember [1]

Assalammualaikum. Hai.

Tatkala Mommy Cha dan Mimy sibuk dengan persediaan majlis Mikha dan Fayel, saya juga bersedia untuk bawa Arissa jalan-jalan sempena hari lahirnya. Kalau Arissa mengerti agak-agak dia akan tanya tak, "kenapa mak lain dari yang lain?" Haha. By the way, saya punya reason yang munasabah bagi saya walaupun tak munasabah bagi yang lain nya. Hihi. 

So, destinasi yang kami pilih ialah Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang. Pada mulanya, saya memang nak bawa Arissa ke USS. Well, anak dah kotakan janji (konon nya) boleh berjalan sebelum 1 tahun. But then, after few discussions dengan senior mummies dan beberapa orang kawan yang dah pergi - she's not suitable yet to be there. Bukan faham apa pun. Berjalan je yang dia tahu. 

Kenapa Colmar Tropicale? Sebab nak menikmati keindahan alam semesta ciptaan Nya dan juga bangunan ilham manusia. Tak dapat ke France, ke tempat ala-ala France pun ok. Kah. Kah. Kah. Dan of course nak bagi Arissa berjalan sepuas-puasnya tanpa nak risau ada kenderaan lalu-lalang. Kawasan kecil bagi kami tapi sudah tentu luas bagi Arissa. Takut jatuh je la. =P

Pagi Jumaat (25 Jan 2013), kami bertolak dari Ipoh. Sedihnya, early in the morning Arissa macam ada tanda-tanda tak sihat. Batuk kecil. Kelakar nya, dia merengek-rengek bila part dari kaki Bukit Tinggi nak sampai ke Colmar Tropicale. Tunggu sampai tak sampai. Mabuk oh! Saya pun pening. Arissa merengek-rengek. Pening jugak kot. Tak reti nak cakap dia merengek. Hihi.

Sampai, kami terus check in. Bergolek-golek atas katil. Dan Arissa juga sudah tentu lagi happy. Mau tidak. Lebih kurang 5 jam duduk dalam kereta. Duduk atas katil besar, tilam empuk - bukan main syok lagi dia golek-golek pusing-pusing main-main. Layan la ragam anakanda tercinta saya nih. Hihihi.















satunotahati: senyum tawa arissa buat hati mak ayah gembira.
Ya Rabb, izinkan kami membahagiakan dia.
hingga hujung nyawa.
insyaAllah.

XOXO,
Mak Arissa.

6 comments

EdatUzair said...

bestnya....

LYAfrina said...

alahai..comelnyer arissa...
setiap ibubapa ada cara tsendiri kan...

D Yatie said...

best sangat bagi kami.. ^^

D Yatie said...

terima kasih auntie.. hehehe...
tu la.. ;D

humble.yat said...

wah comelnya arissa..lawala photoshot ngan bantal tu..:-)
semoga sihat selalu..:-)

D Yatie said...

Hehehe. Terima kasih. InsyaAllah semoga kita sama2 sihat.

Blog design by Rainy Day