Pages

Feb 20, 2013

Anak : Instinct

Assalammualaikum. Hai.

Pejam celik, dah tujuh bulan saya jadi weekend wife / mother. Kadang-kadang, rasa tak percaya saya boleh bertahan sehingga hari ini. Tipu kalau saya tak pernah down. Selalu. Terutamanya bila saya stress di tempat kerja dan balik rumah cuma berdepan dengan housemate. Obviously, ini perasaan seorang wanita yang dah kahwin dan beranak. Tak lengkap sehari tak berjumpa dengan cinta hati. Tapi, apakan daya. Ini yang telah tertulis dalam perjalan kehidupan kami sehingga ke hari ini.

Nur Arissa Batriesya. Arissa bukan lagi bayi yang kulit nya masih kemerah-merahan. Kulit Arissa akan jadi kemerahan bila berpanas. Haha. Arissa juga bukan lagi anak yang tidak bergerak kemana-mana bila berada atas tilam. Arissa sudah begitu bijak turun dari katil yang kira-kira 15 inci tinggi nya. Dia juga bukan lagi anak yang tak peduli akan sesiapa pun mahu menuju ke pintu pagar. Dia kini begitu pantas mengejar dengan kedua-dua belah kaki sambil mulut bising membebel nyaring.

Setiap pagi Isnin, bila saya tinggalkan Arissa. Arissa masih tidur. Saya akan bergerak dari rumah lebih kurang pukul 4.30 pagi. Arissa tidur nyenyak sekali. Cium pipi kiri kanan dahi hidung mulut. Arissa tak terusik. Mimpi indah barangkali. Berat rasa hati. Air mata mungkin dah kering untuk mengalir setiap hari Isnin. Sebelum ini, ada sekali Arissa bangun seawal empat pagi dengan tiba-tiba sewaktu saya tengah bersiap. Dia bangun terus menghadiahkan senyuman.

Dan Isnin lepas, Arissa bangun sebelum empat pagi. Tiba-tiba. Arissa baring elok di tepi saya dan peluk saya. Seakan-akan dia tahu sekejap lagi mak nak pergi. Saya pergi mandi, Arissa menangis nak ikut. Encik suami pujuk. Sepanjang saya bersiap, Arissa nak dekat dengan saya. Apatah lagi bila lihat saya pasang tudung. Mak Tok Arissa ambil Arissa sebelum kami bergerak. Bawa Arissa masuk bilik. Sedih. Serius sangat sedih. Lebih sedih dari tinggalkan dia ketika dia tidur.

kami pagi itu
Saya tahu. Bila Arissa bangun tidur setiap pagi Isnin, dia akan rasa kehilangan saya. Dia tidak akan bertanya sekarang, tapi saya tahu dalam hati dia tertanya-tanya, "kenapa mak tak ada lagi?" Hari ini dia tidak boleh bertanya, tapi sebaik sahaja Allah pinjamkan nikmat bercakap - saya pasti dia akan bertanya, "kenapa mak nak pergi?" atau "boleh tak mak tak payah pergi?" atau "mak, ica nak ikut." Saya sangat pasti akan itu. Instinct. Mak yang mengandung, melahirkan dan menyusukan. 

Ok. Pagi nanti bengkak mata masuk pejabat. Hoh! Mommies, Relatives and Friends : Mohon doakan yang terbaik untuk kami. Semoga Allah mengembalikan saya kepada suami dan anak saya. InsyaAllah. Aamiin Ya Rabb.

satunotahati : dalam usaha mencapai WISH yang terbesar tahun ini.

6 comments

Aty_Fared said...

Sayu pulak rase hati bace...bertabahlah yer awak...

Fifi Nadhrah said...

ala.. menangis fifi bace entry ni.. terbayang arissa.. sedihnye.. :(

Sunah Sakura said...

huhu..kitak keja apa kak? sedih ati baca...insya'Allah kelak Allah bantu...niatkan semua kerana Allah kay kak... :)

D Yatie said...

yer aty.. mmg sentiasa bertabah.. insyaAllah.. :(

D Yatie said...

fifi.. kita mmg menangis masa taip enti nih.. isk. isk. isk.

D Yatie said...

kmk peg tadbir d lembaga kayu sunah.. yalah dik.. Allah dah berik kmk kekuatan tok, kmk bersyukur gilak2.. dan kamek yakin Allah akan berik yang lebih baik utk kmk akn datang.. InsyaAllah

Blog design by Rainy Day