Pages

Feb 26, 2013

Anak : 1 tahun 1 bulan

Assalammualaikum. Hai. 

Dah sebulan dah berlalu rupa nya. Rasa nak ulang balik saat-saat bercuti tempoh hari. Cerita tentang itu pun tak habis lagi sebenarnya. Ada lagi dua part mungkin. Haha. Nanti-nanti saya 'tepek' kan gambar ok. Eh. Anak pun dah banyak benda yang dia tahu. Mak yang lambat loading dekat blog. Sedih. Konon je kata nak update sentiasa tak kira di mana saja. Konon! Huhu.

By the way, since 25 Jan 2013 sampai lah dalam lebih kurang 8 / 9 Feb hari itu Arissa tak sihat. Batuk. Kahak. Muntah. Sampaikan nak tukar susu. Takut susu tak sesuai. Rupanya tidak. Nanti nak cerita masa bawa Arissa pergi jumpa pakar kanak-kanak ye. Basi memang basi tapi nak kongsi jugak. Hihi. Macam lah ada orang kisah, yer dak. Huhu.

Sepanjang dah jadi little toddler nih, Arissa memang semakin ligat. Itu yang dapat lebam sebiji kat tepi mata tu ha. Haha. Arissa memang tak reti nak duduk diam. Berjalan. Berlari. Selagi tak over exhausted, selagi itu dia akan berjalan, berlari, membebel, bekerja, dan berpeluh. Kui. Kui. Kui. Susah dah nak bagi tidur siang. So saya memang biarkan dia sepuas-puasnya bermain sebab at last dia akan mengalah, pergi baring dekat sebelah, golek-golek korek biji mata mak, korek hidung ayah dan kemudian. BismikaAllahhumaahyawaamut. Hehehe. Sama juga dengan malam.

Still tak berapa pandai bertutur. Jerit panggil ayah. Mendayu-dayu sebut ibu ibu bila kena paksa makan ubat. Dan jarang sekali sebut mak. Isk. Isk. Isk. Tak apa lah anak oi. Asalkan masih kenal mak ni ha setiap kali malam Jumaat kamu terbangun dari tidur. Hihi. Tak boleh tengok orang bersiap-siap, ke hulu ke hilir dia ikut orang tu. Sambil-sambil sentuh kaki konon nak bagitau nak ikut lah tuh. Hihi. Kalau tak di bawa, memang menangis lah dia. Dah biasa petang-petang tak ayah yang bawa jalan, atok & mak tok yang bawa pergi jalan. Mahu tak nya anakanda tu terbiasa. Huhu.

Bila ditanya mana Ateh, Arissa akan terus pergi ke pintu bilik Ateh nya - ketuk sambil membebel. Kalau saya ada, baik Mak Tok, Tok, Ateh, Acu, Pokde, Maklong - semua tak layan. Hihi. Kecuali mereka pakat pakai lawa-lawa atau bertudung. Terus lupa mak. Haha. Kalau dia nak sesuatu contoh nya nak air masak. Arissa tak reti lagi buka cover straw. So, dia akan datang pada kita, ambil tangan kita dan letak botol air masak dalam tapak tangan kita. Bila kita tak layan, dia akan jerit-jerit menangis. Hihi.

Dah terror sangat turun katil. Mula macam unbelieveable sebab tilam 11 inci, divan dalam lebih kurang 8 inci kot. Elok dia terjun dengan cara kaki menjulur terlebih dahulu. Tergantung-gantung sekejap adjust bontot adjust perut, terus sampai bawah sambil gelak-gelak. Nak panjat tak boleh lagi. Tilam paras hidung. Kah. Kah. Kah. Oh! Diapers sekarang tak boleh lambat sikit tukar sebab dia akan rasa tak selesa sangat sampai nangis-nangis. Kecik-kecik dah pandai tahan kencing sebab sebaik sahaja buka diaper tak sampai satu minit, dia akan terkencing. Banyak. Haha. 

Makan? Pantang tunjuk yang kita makan. Semua dia nak join. Semua dia nak ngendeng. Orang makan pedas, dia pun makan. Walaupun dah nangis sebab pedas, tapi tetap nak lagi. Huhu. Kalau tak bagi? Hehehe. Menangis lah jawab nya. Tak nak dah makan bubur. Nak makan nasi butir-butir. Nak makan sendiri. Tapi mak saya tak percaya lagi. Dah cuba tapi tak banyak masuk dalam mulut. Banyak jatuh atas lantai. Camner nak bagi makan sendiri? Huhu. Kalau roti ke, biskut ke. Memang makan sendiri. Itu pun saya masih juga takut-takut.

Oh..sekarang dah boleh minta tolong ambil barang. Contoh nya barang dia bersepah. Suruh ambil bagi dekat ayah. Tapi, bila di suruh buang sampah. Haha. "arissa tolong buang dalam tong sampah ye. kat dapur." Dia jalan pergi, kemudian buat u-turn sambil gelak-gelak. Haha. Entah. Sampai sekarang saya tak tahu kenapa. Kalau buat sekali tak pe. Dua tiga kali. Kui. Kui. Kui. Kalau kita bagi kunci rumah dekat dia, dia akan pergi dekat grill depan act like nak buka pintu pagar tuh. Haha. Pada mula nya saya tak perasan, intai dari dapur tengok dia tengah khusyuk dengan kunci serta pagar. =P

Dan Arissa dah pandai geleng kepala bila dia tak nak. Contohnya time makan, "arissa nak lagi tak?" Sepantas kilat dia geleng kepala sambil menyengih. Actually mak nya dah tahu dia tak nak lagi. Sebab dah main-main dengan nasi. Saja suka nak tengok dia geleng kepala. Muahaha. Then bila mak & ayah nya pura-pura gaduh tepuk tampar, siapa yang jerit minta tolong dekat dia akan dapat habuan kena tamparan tak kira kat mana dia dapat sampai. Kebiasaannya dekat pipi. Haha. Apa pun tak boleh anakanda seorang tuh. Mangsa yang jadi sasaran. Pemangsa dia dok sayang. Haih. Kui. Kui. Kui.

Sekarang kalau nak mandi, cakap je jom mandi. Dia akan bangun join ke bilik kami. Then masa nak buka baju pun dah faham arahan angkat tangan, angkat kaki. Dan kalau dia nampak seluar, dia akan cuba nak pakai seluar walaupun tak pernah berjaya. Lebih extreme bila dia suka sarung seluar kecik atas kepala. Haha. Nanti mak sarungkan syria kat anakanda ye. Jangan over tau nak ye. Hihihi. Eh, cerita tentang anak memang tak akan habis. Haha.

selalu tengok saya comel comel kan. tengok la bila saya main. hahaha.

jangan kata tak kenal saya pulak. hahahahaha.
apa pun saya mesti maintain comey. ahahahahaha.
satunotahati: Alhamdulillah. Allah kurniakan rezeki untuk kami sekeluarga.

tahun ini mulai bulan ini encik suami akan sibuk di hujung minggu.
orang lain co pilot, encik suami co photographer.
ada siapa-siapa nak quotatation.
boleh email saya.

XOXO,
Mak Arissa.

p/s : jemput juga jenguk Arissa's Gallery

6 comments

~Leyyatasha~ said...

comel je arissa.same la dgn anak sy, melasak dah skrg.naik turun katil cm xde pape je.kite yg seriau takut jatuh.mmg, kalo cerita sal anak mmg xpnh nk abes.

Fifi Nadhrah said...

ufairah pulak.. berjalan tak lepas lagi.. baru berdiri nak imbang badan.. tapi mulut.. bising ya amat.. hahaha..

mama ila said...

amboi arissa..nak makan sendiri yer..hihihi..comel...

D Yatie said...

kan? itu la.. dia steady je panjat sana sini.. kita Ya Allah.. kaki kita yg menggeletar.. isk isk isk..

D Yatie said...

hehehe.. tak per.. sat g pndai dh la tu.. nt mak ny kejo sana sini.. hahaha

D Yatie said...

hehehe.. tu la mama ila.. kemain lagi anak sorang tu.. :D

Blog design by Rainy Day