Pages

Jan 21, 2013

Milestone : 11 Months Nur Arissa Batriesya

Assalammualaikum. Hai. 

Entri yang diisi dengan gelagat Nur Arissa Batriesya ketika usianya 11 bulan. By the way, ada certain yang tak berjaya untuk dirakam seperti bila seseorang bagitau Arissa flying kiss, Arissa akan buat flying kiss sambil membunyikan bibir (tak reti nak explain. soon kalau ada video akan di upload juga). Hehe.

Dengan je seseorang sebut perkataan azan, Arissa akan buat angkat tangan letak di kedua-dua belah telinga. Macam bilal yang nak laungkan azan. Gitteww! Apatah lagi kalau dengan azan, Kelakarnya, hari tu kami berdua syok dengar Indahnya Iman di Oasis. Zikir Ya Allah. Tiba-tiba Arissa angkat tangan macam orang nak bang. Haha. Ayah Arissa cakap, "eh, awak tu perempuan". Haha.

She'll gave you her kiss when you asked her to do so. Tak payah nak hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Bagitau je sayang mak / sayang ayah / sayang bla bla bla - Arissa akan kejar pipi orang tu. Kalau susah sangat dia nak dapat, once dapat dia bagi terus gigitan maut. Hoho. Ayah Arissa selalu cakap, "orang selalu gigit Ica, Ica diam tak marah. tapi kalau ica gigit orang, orang mesti marah. sebab Ica gigit sekuat hati. orang gigit, gigit-gigit sayang". Hehe

Pandai mengajuk cousin nya menangis. Semalam, cousin nya tak sihat. So, mood tak berapa baik. Nangis aje. Nangis lebih kurang macam melalak jugak. Tiba-tiba, bila mak cousin nya angkat cousin nya ke bilik, Arissa yang tengah makan bersama saya turun dari sofa dan jalan kedek-kedek sambil jerit "uwa~~~". Semua terkejut dan gelak satu rumah. Bukan main lagi dia menyengih dan ajuk lagi. Hahaha. Apa lagi mak tok nya kena suh dia diam. Bahaya! =P

Ok, ini lah certain videos Nur Arissa Batriesya. 3 hari lagi dah nak setahun. 

goyang-goyang badan bila dengar musik
bagi dengar zikir terapi hamidun
elok berteleku tengok video
huhuhu

sesi bersalaman yang diakhiri dengan nak gigit
abaikan suara bonda yang kalah siti nurhaliza
hahahahahhaha

zaman awal-awal menapak
nampak ayah makan
terus jadi tak berdaya
huhuhuhu

sabtu, teman bonda buka gate untuk ayah
semangat sungguh berjalan
nampak kereta konon2 nak berlari
tapi tak berapa nak sedar diri
huhuhuhu

semalam, offer handphone ayah laju je
sampai kat mak terus buat u-turn
huhuhuhhu

satunotahati : selipar nyot nyot Arissa jenama Ben10! hahahaha. 
dah nama pun duduk dengan ayah, selipar pun tak bertali.
Arissa pun konon-konon dah begitu hebat berlari.
selipar tak tercabut dari kaki.
hhihihihihihi.

XOXO,
Mak Arissa. 

1 comment

suSueEmiMie said...

Byk aksi dah..nt mak dia xlarat ngejo..dh pndai b'lari tu..

Blog design by Rainy Day