Pages

Jan 7, 2013

Kerja : Bukan Rezeki

Assalammualaikum. Hai.

2013, day 7th. How's our life has been so far? :)

Alhamdulillah. Kita masih lagi diberi peluang untuk berada di atas muka bumi Allah melaksanakan tanggungjawab kita sebagai hambaNya. Alhamdulillah. Kita diberikan kesihatan yang baik untuk memudahkan kita menjalankan ibadah kepadaNya. Alhamdulillah. Kita masih diberi peluang untuk menikmati setiap apa yang dipinjamkan Allah kepada kita.

2012, dalam suka ada duka. Ecewah! Hehe. Semua orang ada kisah suka duka. Kan? Last time saya pernah cerita yang saya ada attend satu interview kat sini dan bertapa saya mengharapkannya disini. Selepas interview, saya sememangnya dah jangka saya tidak mungkin berjaya memandangkan soalan yang diberikan adalah berkisar dengan 'kenapa awak nak jawatan ini sedangkan awal sudah memegang jawatan 41'. Ya! Itu sahaja soalannya yang berpusing-pusing. Apatah lagi, penghujung temuduga saya dihadiahkan dengan jawapan yang membuatkan air mata mula bergenang. Ouch!

Sebenarnya, keputusan tersebut dah keluar lama. 22 November 2012. Even dengan kawan baik saya, Zulliana saya tak cerita. Sebab kononnya tak nak rasa sedih. Nak make it silence. Saya masih ingat hari itu. Kawan saya SMS - result dah boleh check katanya. Seluruh badan saya menggeletar seiring dengan degupan jantung yang begitu pantas. Teragak-agak nak semak. Tangan menggigil. Kaki seakan-akan tak berpijak pada bumi. Huhu. Buat pertama kali saya begitu resah gelisah kelam kelibut gundah gulana. Tapi, saya kuatkan hati juga sebab semak lambat atau cepat - result won't change.

Air mata saya terus jatuh bila tengok perkataan DUKACITA. Called Encik Suami dan menangis. Seriously I'm so frustrated and disappointed. Frust of course sebab dukacita. Disappointed atas sebab penemuduga itu betul-betul maksudkannya. Saya tahu rezeki itu datangnya dari Allah. Tapi saya masih ingat lagi bagaimana perjalanan temuduga saya yang totally and obviously different dengan orang lain. Orang lain soalan berkenaan dengan ekonomi, ETP, current issues dan berkenaan dengan organisasi tersebut. But, mine? Tapi Alhamdulillah. Walaupun kecewa tapi saya redha.

Bukan mudah untuk menanam sifat redha. Apatah lagi dalam masa beberapa minit. Tapi entah saya sendiri kurang pasti dari mana datangnya rasa itu. Saya pejam mata. Saya tarik nafas panjang. Dan saya terbayangkan segala nikmat kurnia yang Allah berikan buat saya. Maka inilah salah satu ujian buat saya pula. Sedikit ujian. Pasti akan ada manisnya selepas ini. Pasti akan ada nikmat yang lebih besar dari apa yang saya nikmati sekarang. Dan atas sebab bukan mudah itu lah, saya hanya berupaya untuk menulis tentang ini disini. Dan mungkin juga kerana hari ini lah hari yang sepatutnya, ketika entri ini dalam draft - petang tadi Zulliana call dan bertanya tentang ini. Hari ini.

Tak dinafikan. Setiap kali saya teringat akan hal ini hati saya bagi dicarik ditusuk. Sebab itu juga saya tak punya kekuatan untuk bercerita disini. Sebab saya suka baca semula apa yang saya tulis dan kemudian saya akan 'geram' sendiri. Masih menjadi tanda tanya dalam diri saya. Kenapa menjadikan jawatan yang saya ada sekarang sebagai kekangan. Kenapa tidak berlaku adil dengan saya kerana ini melibatkan kerjaya. Kenapa juga tidak mengukur kepada pendidikan dan pengetahuan saya. Walau sebanyak mana persoalan, saya juga tidak akan mendapat jawapannya. Pernah sekali terlintas dalam fikiran saya, seandainya pada hari itu saya tidak berterus-terang - adakah saya berjaya?

Jumaat lepas, seorang kawan Encik Suami kata 'tak payah la kerja KL' bila dia tengok saya baru sampai Ipoh dalam lebih kurang pukul 10. Jawapan saya ringkas sahaja kepada semua yang bertanya, 'rezeki saya di KL'. Ya. Itulah realiti yang kami perlu berdepan. Kalau ikut hati nak bersama suami dan anak saya sanggup letak jawatan. Tapi, I'm stick to this. Please do not being so selfish. Jika suami kita redha, then go for it. Remember what your parents did last time. Jadilah kebanggaan mereka dan balaslah pengorbanan mereka. Redha suami yang kita damba. Kegembiraan mak bapa juga yang kita minta.

Dalam rasa kecewa, saya pasti ada yang tersenyum gembira mendengar perkhabaran ini dari saya. Entah-entah ada yang berkata padan muka. Well, we couldn't expect everyone surrounding will love you. Kan? Tak ramai yang dengan ikhlas memahami. Saya pun sebenarnya serik. Serik dengan manusia yang macam very closed to you dan baik dengan you but actually dia lah manusia yang duri dalam daging, tikam dari belakang dan etc. Lebih kecewa bila manusia penuh dengan hasad dengki. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang penuh dengan hasad dengki.

Okay then. "hope hope so! publish!" hahahaha. Lisa Surihani katanya. Kui3.

notadyatie: Thanks Zue. Saya rindu kamu. Isk. Isk. Isk. Thanks for all prayer. May Allah granted our prayer this year. Arissa nak adik. :)

XOXO,
Mak Arissa.

5 comments

MumMe said...

ya dik,redha itu ubat segala sakit...right after interview,sampai rumah akak terus menghadap Allah, jika ini bukan rezeki ku aku redha ya Allah...jadi kembalilah akak menjadi seorang guru tadika pd hari ini...
cheer up,no more sadness k...

Anonymous said...

Dayang,
You go girlz! I knew you stronger enuff than me kan?well done and jgn risau, sejauh mana kita berjalan... Pasti ada yg lebih baik menanti kita... Then, life must go on!

Oh i really2 miss u too..td sambil drive sempat plan nk amek annual leave jumaat n lunch dgn u.. Nanti i text u when okeh!

Auw... Arissa nk adik da?? Aunty zue xterkejar la mak arissa camnie huhu... Doakan aunty zue ok,luv u both! Xoxo

Nursaila Norman said...

entah kenapa perenggan terakhir dyg tu dah cukup meluahkan segala isi hati saila, yg saila tanggung beberapa hari ni..mmg baru beberapa hari je,tp saila dh sampai tahap sgt,sgt down. bila terbaca ayat duri dlm daging,tikam belakang saila jd lemah sgt. seharian menangis di pejabat hanya kerana manusia jenis mcm ni.

saila nak jauh dr org yg ada mslh hati ni :(

LYAfrina said...

setiap ujian itu sbg tanda sayang dariNya...
adakalanya kt masih x nampak himahnya... t pasti di penghujungnya..kt akan bsyukur.dgn apa y berlaku..mungkin kt akan mperolehi sesuatu y lebih baik

Pinkbubblegumprincess said...

pun sik suka org dengki,,..huhu sabar jak yati..

Blog design by Rainy Day