Pages

Jan 15, 2013

Kerja : Bengkel

Assalammualaikum. Hai.

Program : Bengkel Pemantapan Portal
Tempat : Thistle Resort, Port Dickson
Masa : 13 Jan - 15 Jan 2012

Nak masuk lima bulan bekerja, rasa-rasanya dah beberapa bengkel / kursus / seminar yang saya wajib attend. Semuanya related with kerja. Walaupun sebenarnya tak berapa nak hakiki. Nak pergi kursus kahwin semula, dah kahwin. Kui Kui Kui. So, Ahad lepas dengan tergopoh-gapah saya dari Ipoh ke KL, dari KL Sentral ke Pangsapuri Cahaya, dan dari Pangsapuri Cahaya ke Menara PGRM sebab nak bertolak ke PD jam 2 petang. Saya bertolak dari Ipoh jam 9 pagi.

Bengkel ni khusus untuk kami pentadbir portal nak bagi expert nak 'cantik'kan portal. Tapi bukanlah nak hias-hias bagai tuh. Kalau part design layout, memang blog ni semalam juga dah melletttoppp design. Haha. Tujuannya nak memantapkan lagi pengisian portal terutamanya dari segi kandungan dan pengemaskinian. Part saya sudah tentu ruangan statistik yang tak berapa nak kemas tuh. Kui Kui Kui. At least ada daripada tak ada. Haha. Nampak sangat macam melepaskan batuk di tangga. (=_=')

Eh. Entri ini bukan pasal report tau. Haha. Just nak share dengan korang Thistle Resort. Resort nih rasanya tak lah macam Avilion / Lexis yang saya teringin sangat nak pergi tuh. Tapi tak ada lah tak best. Best jugak. Cuma pantai je bagi saya tak best. Mungkin sebab saya asal dari tepi laut so demand / expectation part laut / pantai tu lebih. Huhu. Pantai dekat area resort ni agak pendek. Ada satu bar yang malam-malam ada live band, ada satu swimming pool yang hanya untuk orang dewasa dan beberapa bilik sauna. Lebih kurang 500m dari situ ada 2 buaian 'handmade'. Haha.

Bilik memang luas. Since kami package beramai-ramai so harga tak sama. Saya pun tak pergi tanya di kaunter sebab saya tak rasa nak ajak family datang sini. Kah Kah Kah. Kejam tak? =P Tapi puas hati lah kalau nak bawa anak sebab boleh la dia berlari-lari bebas dalam bilik. Bilik air pun luas ha. Hehe. Ada corridor. Kalau menghadap laut, extra RM80 kot. Bilik kami semua menghadap pada golf yang tak berapa nak besar. Aircond rasanya centralized sebab walaupun kami adjust ke 16 dc, aircond tetap ke 24 dc. Just nice. Tak sejuk. Tak panas. :)



Swimming pool sudah tentu ada untuk dewasa dan kanak-kanak. Area paling dalam untuk dewasa kalau tak silap 2.5m kot. Dan wajib guna proper attire - swimming suit la kan. So, dua hari kat situ saya cuma nampak foreigners je yang mandi. Kami kalau boleh terjun dengan pakaian biasa rasa-rasanya semua dah terjun masuk dalam pool sebaik saja habis kelas. Itu kalau. At last, kami buat kuak lentang kat atas katil dalam bilik je lah. Haha. Itupun letih oh. Rasa malas nak siap-siap masuk kelas balik bila dah malam. Perut pulak asyik je penuh. Mau tak rasa nak jadi ular sawa. Huhu.


Agak banyak juga kemudahan. First floor ada ruang anak-anak bermain. Ada juga permainan video yang  kena beli token. Kiranya kalau bawa Arissa pergi, cuaca tak berapa nak elok kat luar boleh lah buat indoor activities. Services? Alhamdulillah. Nice. Foods? Walaupun rasanya tak begitu banyak variety macam di Concorde Hotel tempoh hari (suka sangat nak compare. huhu.), but still tekak boleh terima. Sedap jugak. Dan overall? Boleh tak kalau saya bagi 3 Star? Hoho. Real Star saya tak pasti. Silalah tengok pada website ye. Hehe.

Btw, this resort is recommended buat those yang nak tenangkan fikiran sambil dengar bunyi air laut yang menenangkan, jauh dari hiruk pikuk kota. Bagi kami yang pergi untuk berbengkel, nak kata stress itu tak lah. Tapi kiranya walaupun atas urusan kerja tapi jiwa tenang. Faham tak maksud saya? Hehe.

satunotahati: kalau nak bercuti di pantai, better balik Sarawak. dok umah nek wan. lalala.

XOXO,
Mak Arissa.

No comments

Blog design by Rainy Day