Pages

Jan 3, 2013

Keluarga : Kekasih2 Hati

Assalammualaikum. Hai.

kekasih-kekasih hati yang kurang sihat

Hari-hari terakhir 2012, Encik Suami dan Arissa diuji dengan sakit - demam ada, batuk ada dan muntah pun ada. Encik Suami demam setelah Arissa. Jangkit katanya. Huhu. Agaknya letih sangat jaga Arissa yang tak sihat tiga hari kot plus otak dok berputar ligat fikir pasal anak. Kot la. =P

Cuti tahunan saya dah habis. Almaklum, cuti 10 hari sahaja tahun lepas sempena 4 hari bekerja. 7 hari dah pakai masa cuti raya. Petang Ahad, kedua-dua kekasih hati saya tidur. Sayu hati tengok kekasih-kekasih hati. Terfikir esoknya dah Isnin, kena balik KL. Isk. Isk. Isk. Ada yang cadangkan kepada saya ambil MC. Tapi, saya bukan jenis yang pandai tipu. Huhu. Sementara mereka tidur, saya pula ligat berfikir nak cuti ke tak. Nak ambil MC ke nak minta CR Lewat. 

Dalam pukul 5.30 petang, Encik Suami bangun tidur dan terus tanya, "nak balik ke tak? nak beli tiket." Saya pun menyuarakan isi hati. Encik Suami suruh fikir. Depan saya terbentang Staff Zone. Muahaha. Dah lama sangat Encik Suami cakap sambil gelak-gelak bila saya minta pendapat, "kalau awak balik esok, tak payah balik terus." Hamboih! Itu bukan pendapat, itu ugutan. Lama-lama tak dapat keputusan lagi, "awak balik lah esok. saya pergi beli tiket."

Sentap Mak Arissa tau. Terus diam. Merajuk. Ngeee. Dengan penuh kasar Encik Suami pujuk. Haha. Tak agak-agak nak gurau. Huhu. Saya tekad nak cuti. Apply CR Lewat. Biarlah gaji kena potong sehari. Asalkan tak menipu. Asalkan hati tenang. Asalkan jujur. Kan? Then, mesej TKP dan P. Alhamdulillah P kata 'K' dan TKP kata 'no prob dayang. take care.' Fuh!! Alhamdulillah. Memang hati bunga-bunga senyum memanjang. Encik Suami tanya, "kenapa senyum2 nih?" Ngeee.

Kami packed barang nak balik rumah sendiri. Haha. Encik Suami dah beransur sihat dan Arissa jugak. Mak Arissa memang semangat nak balik rumah sendiri lah. Seronok sebab boleh dengan bebasnya bermain tiga beranak. Seronok sebab boleh masak untuk Encik Suami dan Arissa ikut gerak hati sendiri. Tapi, Isnin kami tiga beranak makan di Ayam Penyet Mydin. Err. Kami suami isteri je. Arissa dah kenyang makan bubur nasi carrot ikan merah di rumah. Hehehe.

Seronok boleh masakkan sup ayam untuk suami ikut versi orang tak sihat letak halia banyak-banyak (okay fine! dah tulis nih baru perasan kenapa ada sesuatu yang kurang dalam sup. tak letak lada hitam. hahahaha.). Siang esoknya masak bubur nasi ayam tofu kentang. Hihihi. Itu versi campak-campak jer. Alhamdulillah. Kali ini Arissa boleh habiskan semua bubur (lebih kurang satu genggam beras). Seronok sangat tengok Arissa makan. A day before bagi dia makan rolled oat. Selera jugak. ^_^

Dalam rasa seronok sebenarnya sangat susah hati bila dua-dua tak sihat. Tak menang tangan. Encik Suami kata, barulah jadi seorang mak yang sibuk. Beberapa bulan kebelakangan ini kan selalu free je duduk rumah. Haha. Lama tak sibuk macam tuh. Ralat rasanya. Hihi. Part paling sukar bila kita serba salah tak tahu nak layan siapa dulu dan siapa lebih. Nak sama rata? Itu sukar. Sebelah anak. Sebelah suami. Mak duduk tengah terkebil-kebil tengok siling. Huhu.

Alhamdulillah on 1st Jan 2013,both sudah sihat. InsyaAllah. Encik Suami sedikit sebanyak dapat rasa macam mana seorang mak sakit-sakit boleh jaga anak, boleh layan suami. Dan Arissa jugak, tak apa sayang. Batuk itu sebenarnya nak bina antibodi penghalang batuk dalam badan kamu. InsyaAllah lepas ini kamu kuat. Thanks sebab sangat behave sepanjang kurang sihat. Ibu SMS mak, 'rindu Ica'. Dah seminggu tak jumpa. Huhu. Kalau Ibu pun rindu apatah lagi Mak kan?

satunotahati: inilah yang dinamakan setelah hujan Allah hadirkan pelangi yang indah.
boleh tak kaitkan ?
hehehe.

XOXO,
Mak Arissa.

5 comments

Nursaila Norman said...

byk sungguh pengorbanan both of u kan.. rezeki masing2,take care dyg :))

Mimy Hamid said...

demam rindu mak pun yer jugak tu..take care arissa

D Yatie said...

@Nursaila Norman betul tu saila...and endingnya, kami menjadi lebih matang. Alhamdulillah. :)

D Yatie said...

@Mimy Hamid Mungkin jugak la mama fayel.. :(

puansazusarin said...

comellah patung arrisa =)

Blog design by Rainy Day