Pages

Jan 18, 2013

Hidup : Master?

Assalammualaikum. Hai.

Frankly, jiwa nak belajar masih tinggi menggunung. Perasaan konon-konon nak ada title Dr. depan nama Dayang memang masih menebal. (kah kah kah). Alhamdulillah. Biarpun sekarang dah memegang status mak tapi semangat itu masih ada. Cuma....

8 jam yang diperuntukkan membuat kerja office seakan-akan tak mecukupi. Kadang-kadang, kena bawa kerja balik rumah walaupun sebenarnya lebih kerap bawa je kerja balik rumah then kerja itu duduk dalam beg tanpa diusik walau sedikit. Huhu. Buat penat bahu memikul papers je. =_='

Next Monday, saya ada exam. Well, dah nama pun orang gomen katanya. Nak kena duduk exam dan kursus untuk confirm. Tak lulus tak confirm. Probation aje lah kau sampai tiga tahun. Hoho. Tapi, baca baru beberapa slide. Itu pun slide tentang bahagian sendiri. Bahagian lain tak tengok lagi. Memang tak boleh blah. Apa tah nak jadi. Isk. Isk. Isk.

Papers ada 2. Satu tentang organisasi (objektif) dan satu lagi tentang undang-undang yang berkaitan (esei). Tang objektif tak tau boleh tembak nak A ke B ke C ke D ke. Tapi tang esei, undang-undang pulak tu ha. Nak tembak macam mana? Walau diberi M16, tidak mampu ku menembak. 

Sekarang pun sibuk dengan coding. Sejak November tahun lepas sibuk dengan kapal. Baru-baru ini balik pukul 1 pagi sebab nak prepare untuk pembentangan dengan KSU on the next day. Ouch! Masa tu memang saya ibaratkan diri seperti si tikus mondok sebab duduk di kalangan para pengarah dan timb. pengarah. Angguk angguk geleng geleng jer lah lebih. Huhu.

Weekend dah ulang alik ke Ipoh. Penat. Seriously. But, demi cinta dan kasih sayang seolah-olah lupa apa itu penat. So, macam mana nak sambung belajar balik? Aduiiiii. Salah satu kelemahan mungkin saya tak berapa boleh menguruskan masa dengan baik lagi. Lepas tu bila dah balik rumah macam nak free kan mind tak nak tengok papers yang bisa buat kepala berat. Boleh? Haha.

Seronok bila tengok members yang dah graduated semula dengan Master. Best! Tahniah korang. Then rasa macam best bila tengok members yang jadi lecturer. Haha. Padan muka kat diri sendiri dulu ada peluang jadi pendidik, kau lari tak sampai seminggu. Kah. Kah. Kah. Well, pendidik itu mulia kerjanya. Kalau setakat nak gaji besar, rasa-rasa mulia tak kita? Ikhlas tak kita? =P

Master oh Master. Bilakah ku bisa menggenggam Master. Haha. Btw, kalau saya nak sambung belajar for free (tanggung by organisasi) - of course saya perlu confirm dan berkhidmat selama lima tahun. Argh! Lima tahun tu lama. Lepas tu ada beberapa tahun lagi kot baru boleh ambil PHD. PHD berangan nak buat kat oversea. Boleh? Hahaha. (aircond 24dc pun menggigil, inikan pulak yang negatif dc - berangan lebih!) 

satunotahati : encik suami dah boleh sambung belajar. tapi seolah-olah macam ada kekangan juga sebab kalau sambung belajar, perlu korbankan weekend. dan kata encik suami, weekend sahaja lah quality time yang ada untuk bersama anak dan isteri. huhu. tapi, masih dalam pertimbangan agaknya. hehe. untuk masa depan bagi saya tak apa lah berkorban. kan?

XOXO,
Mak Arissa.

No comments

Blog design by Rainy Day