Monday, October 29, 2012

Anak : Mengetepikan Prinsip

Assalammualaikum. Hai. 

Semua orang nak yang terbaik untuk anak-anak termasuk saya. Dan oleh yang demikian, saya punya prinsip sendiri dalam membesarkan Nur Arissa Batriesya. Walaubagaimanapun, segala prinsip tersebut saya terpaksa ketepikan memandangkan saya berjauhan dengan anak. Anak dibawah jagaan dan seliaan orang lain. Adalah tidak adil juga bagi saya untuk menyusahkan orang lain semata-mata untuk mentaati prinsip saya. Huhu.

Anak saya dah tidur dalam buai. Maksudnya, kalau masuk buai cepatlah dia lena. Nak pastikan Arissa tidur lama, Arissa perlu dibawa keluar dari buai dan tidur di bawah. Arissa tidak akan tidur lama dalam buai sekiranya dibiarkan. Selalunya anak-anak lain akan tidur lebih lama dalam buai. Tapi, Arissa sebaliknya. But still, tak jadi masalah kalau nak tidurkan cara biasa. Cuma agak lambat sebab dia asyik nak main. Ligat nak memanjat, nak berdiri. Huhu. Arissa mula masuk buai bila dia demam, cirit dan kembung dalam seminggu tempoh hari. Semua jadi serba tak kena bila Arissa susah nak tidur.

Anak saya juga sudah makan instant food yang juga bermula sejak Arissa tak sihat tempoh hari. Arissa tak nak makan bubur. Tak nak makan homemade food. So, maktok dan ayahnya bagi makan Cerelac Wheat & Prune. Itu sahaja yang Arissa lalu nak makan. And since that, memang ada stok Cerelac dalam rumah. Ibu Arissa refuse nak bagi instant food. So, memang makan bubur la dengan ibunya. Syukur Alhamdulillah dapat babysitter macam ibu. Bila saya balik, saya masakkan jugak. Minggu ni masak bubur campur ayam & carrot. Memang betul kata ibunya, Arissa tak suka carrot. Kena kasi lenyek betul-betul itu carrot baru telan. Huhu.

Kalau jalan-jalan, memang mashed potato jadi pilihan. 1 large mashed potato, Arissa akan makan half. Isk. Isk. Isk. Sabtu lepas, sementara makanan mak ayahnya nak sampai saya bagi mashed. Subhanallah. Gelojoh sungguh anak dara saya makan. Suap sekejap, terus jerit-jerit buat muka buruk dia nak lagi. Geram! Kita nak tiup mashed pun dah rasa macam tiup tak tiup. Kalut dok dengar dia bising-bising. Haha. Tapi, bila dah kenyang Arissa tak hairan dengan pelbagai makanan yang terhidang atas meja. Huhu. Video ada. Tapi, since update guna email memang tak boleh nak attach. Will attach bila dah transfer nanti. Hehe.

So, itu adalah antara 2 prinsip yang telah dicabuli dan terpaksa dipandang sepi. Huhu. Buai. Instant food. Pasrah. Asalkan tidak memudaratkan Arissa. 

p/s : syukur Arissa sangat ok minum air masak. masa makan, Arissa boleh minum lebih kurang 3 oz air masak. kuat minum macam ayahnya. huhuhu.
Read more>>>

Thursday, October 25, 2012

Anak : Daddy's Little Princess

Assalammualaikum. Hai.

Kalau dulu, saya diibaratkan sebagai princess kepada encik suami tetapi kini I am just a queen. Haha. Ok. Naik taraf. Tapi macam tak berapa nak sweet bila dapat title queen. =P. By the way, tak kisah juga. Sebab princess tersebut merupakan anak sendiri. Hoho. Ok lah tu. King and Queen bersama Princess. Nanti dah ada Prince. InsyaAllah. Lengkap sudah. ;))

Hujung minggu lepas, saya dan Arissa balik Sarawak. Jumaat, mak saya terus bawa Arissa balik kampung dan saya tinggal di Kuching untuk dinner. Malam itu mak saya cakap Arissa tak boleh salah sikit. Nangis terus macam kena cubit. Sampai tersedu-sedu. Tidur pun masih sedu-sedu dan banyak mengigau. Tidur beralaskan lengan nek wan nya. Beralih sikit, dia macam nak terjaga. Hihi. Kesian nek wan. Cucu torture. Haha.

Sabtu saya balik kampung. Arissa dok nak berkepit dengan saya. Tak boleh silap sikit. Merengek saja kerjanya. Ngantuk. Tapi, Arissa berusaha untuk membuka matanya dengan luas. Nak main. Nak panjat. Nak berdiri sendiri. >_<. At last petang itu, masuk buai tak sampai 5 minit. Bismikaallahhummaahyawaamut. Hehehe.

Malam, on the way nak pergi lepak dengan auntie iza, uncle talib, umi sulia & ayah man. Saya call encik suami. Loudspeaker. Arissa dengan je suara ayahnya, dia senyum dan terus bercakap. Bising betul mulutnya. Terlompat-lompat sambil tengok handphone. Terjerit-jerit entah apa yang dicakapkan. Jealous betul saya. Selama ini saya call, Arissa senyap je. Huhu. Nampak sangat sekarang mak tak ada dah tak rasa apa. Dah selalu kena tinggal. Huhu.

And obviously, masa sampai Ipoh. Dia tengok ayahnya. Dia senyum. Dia terus nak pergi kat ayahnya. Subhanallah. Anak saya rindukan ayahnya. Kesian. Apa lagi ayahnya pun dok cium anak macam orang tak jumpa sebulan. Adeh! Mak nya tengok aje la. Encik suami dah ada princess baru kan. Hehehe. On the way balik, mulut memang tak diam. Dok bising entah apa yang dia nak cerita kat ayahnya. Lepas tu siap tepuk tangan. Lagi ayahnya melayan, tak berhenti dia bercakap.

At night, she's slept well kat bawah ketiak ayahnya. Guling-guling je landing kat ayahnya. Saya senyum saja tengok gelagat anak ayah tuh. Bahagia melihat kesayangan-kesayangan saya yang lena diulit mimpi indah. InsyaAllah.

p/s: Salam Aidiladha buat semua. (^______________^)
Read more>>>

Tuesday, October 23, 2012

Kerja : Tawakal

Assalammualaikum. Hai.

KP : Ok Dayang. Ada apa-apa soalan?
Saya : Adakah kerana saya sudah bekerja sekarang akan menjejaskan peluang saya untuk berjaya dalam temuduga ini?
KP :  Ye. Sedikit.
Saya : Janganlah... (tindakan refleks)
KP : Awak tak kesian ke dengan organisasi awak sekarang. Awak baru dua bulan dan kalau saya ambil awak, macam mana dengan mereka. Apa pun. Semua ini adalah atas izin Allah jugak. Ingat, Allah berikan awak kerja itu pasti ada sebab yang baik untuk awak. Dan organisasi tempat awak berkhidmat sekarang sangat perlukan awak. Mereka pilih awak atas sebab awak berkebolehan. Saya kenal Dr. organisasi awak. Walaubagaimanapun, teruskan berdoa. Sebab semuanya atas kehendak Allah SWT. Itu philosophy yang saya boleh bagitau masa ini.

Serius! Mata dah berair jugak. Dalam bilik interview, saya berusaha sebaik mungkin untuk meyakinkan mereka. Saya nak sangat jawatan tuh. Pernah juga terfikir untuk menyembunyikan fakta saya sudah bekerja dalam sektor kerajaan. Tapi, saya tak mahu melipat-gandakan dosa. Dan saya perasan, KP merujuk kepada notebook yang ada dihadapannya. Kalau saya sembunyikan, semua boleh agak apa yang akan jadi kan?

So, chances itu ada. Kebarangkalian itu entah berapa, saya kurang pasti. Pastinya, kami sekeluarga tawakal dan terus berdoa semoga Allah melembutkan hati KP. Saat ini, kami semua perlu bersedia dengan keputusan yang bakal kami terima. Mungkinkah saya berjaya? Jika ya, dimana? Mungkinkah sebaliknya? Jika ya, maka kami akan menjadi penghuni hutan konkrit.

Mummies & friends, mohon terus doakan kami. Semoga Allah merahmati kalian.
Read more>>>

Thursday, October 18, 2012

Anak : Sudah Tau Buat Muncung

pukul 6 petang, ica dah ngantuk
mak ayah bawak ica g taman permainan

eh. ica rasa macam pernah main benda ni

weehuuu! syoknya!
berangin-angin turun bawah
nak lagi nak lagi

oooppppss!
jatuh pulak ica ni karang

hehehe
ica nak lagi
hehehe
mak paham ica nak lagi

hehehe. best oooo
ops. nampak 'spentoi'
hikhikhik
cantiknya sky
bukan selalu dapat tengok sky ngan mak ayah
(^____^)

yeah!
sampai bawah lagi

ayah jom la main

ayah! jom la.

nak lagi mak

tapi mak tak letak ica lagi
mak bergerak jauh dari benda tu

ica pelik
mak asyik cakap
sian anak mak
minggu depan kita pergi lagi ye

ica tengok ayah
ayah selamba aje ikut mak jalan

ayah kata hari hujan
ica temgok semua orang tak gerak pun
ica sorang je yang nak balik cepat

ica dah semakin jauh dari benda tu
ica pasrah
tengok muka ica yang pasrah tu
nampak kan?

mak pujuk
mak kata minggu depan pergi lagi
kita naik buai sekali
hari ni tak sempat
dah hujan

ica tengok mak
ica nak mak janji kat ica
tak puas main

bye bye benda tu
minggu depan kita jumpa lagi tau
buai sekali
 p/s: minggu ni Nur Arissa Batriesya tak dapat naik buai dan gelongsor lagi. tak dapat tengok sky dengan mak ayah lagi. sebab, esok Arissa dan mak akan berada di sky untuk balik ke Sarawak jumpa Nek Wan, Nek Aki, Nek Atuk dan semua family kat Sarawak. mak selalu kata, rezeki anak. kali ini pun rezeki Arissa. tiba-tiba pengarah ajak mak attend dinner dengan Sarawak Forestry Jumaat nih. so, mak bawa Arissa sekali. mak kata, mak sanggup berkorban wang dan tenaga. tambang Arissa sendiri. mak pula kena travel; kl - ipoh - lcct - kuch - sematan - kuch - lcct - ipoh - kl. sian mak Arissa kan. demi anak yang masih ada nek wan dan nek aki. semoga perjalan mak dan Arissa dipermudahkan oleh Nya.

p/s: semoga Allah mempermudahkan perjalanan kami. dan Nur Arissa Batriesya kekal menjadi budak baik dalam flight seperti sebelumnya. pengalaman pertama nak flight berdua sahaja dengan Arissa nih. akan dikongsikan kemudian! bye~!



Read more>>>

Monday, October 15, 2012

Anak : Huggies / Drypers / PetPet

Assalammualaikum. Hai.

Lampin pakai buang yang pertama Nur Arissa Batriesya pakai ialah Drypers Newborn. Arissa start pakai lampin pakai buang masa umurnya dah 14 hari. Nek Wan Arissa tak bagi Arissa pakai lampin pakai buang dulu sebab kesian katanya. Tak elok. Jenuh juga ayah Arissa cuci lampin kain anaknya masa tuh. Sebab awal-awal dulu Arissa rajin sangat berak. Ngeh3. Siap pergi beli 2 dozen lampin kain tambahan. Lampin yang ada macam tak sempat nak rotate. Hoho.

Dah habis Drypers tuh, saya bagi pakai Huggies (pek hijau). Mak saya selalu cakap, Drypers adalah lampin pakai buang pilihan yang paling mahal. Pet Pet tak ada dalam list mak. Pet Pet pun rasanya baru jer beberapa tahun kebelakangan ini commercialize kan compare to Drypers & Huggies. Mak berpengalaman penuh dalam penggunaan Drypers sebab arwah adik sejak kecil sampai ke saat dia menghembuskan nafas terakhir memang mak pakaikan Drypers. Oh! Saya pakai Huggies sebab kat Sarawak, Huggies lebih murah dari Drypers. Murah sangat tu tak la tapi dalam 2 3 ringgit lebih murah. Suka sangat pakai Huggies. Huggies nih kemas. Plus dia nyer tap tu tak perlu nak risau kalau kena minyak or powder. 

Dah di Ipoh, survey-survey Huggies sangat mahal weh! Drypers yang murah. Pelik! Mak pun pelik. So, kami pun mula pakaikan Arissa Drypers. Tap agak problem. Tapi so far tak pernah juga baru nak pakai dah tak boleh nak lekatkan tap. Cuma kalau dah pakai sekali memang tak boleh nak pakai lah. Kalau nak pakai kena pin kan. Hehe. Agak lama juga kami setia dengan Drypers. Then, Drypers upgrade dan kami nampak Pet Pet tengah sales. Maka kami sambar terus beberapa pek. Arissa ok pakai PetPet. Entah macam mana kami nak bagi Arissa try pakai Huggies (pek biru). Masa tuh tiba-tiba Arissa macam ada merah-merah kat 'flower' dia. Kami pun buat eksperimen. Jelas! Arissa tak sesuai pakai Huggies tuh. Huhu.

At last, kami memilih untuk setia dengan PetPet sahaja. Maleh teman nak pikior-pikior lagi. Ada, sambar. Toksah fenin-fenin. Sama jugak dengan perihal susu. As long as Arissa suit dengannya, so tak nak tukar dah. Letih teman. Haha. Pikior pun letih. APTB betul!! Haha. So, sekarang ni ada dua pek Huggies kat rumah size M. Kalau ada sesiapa yang pakai Huggies, kalau nak email kita ye. Kite jual murah dari harga pasaran sekali dengan pos. Email kite kat dayangmtib@gmail.com. Ada dua pek sahaja. 

Kadang-kadang bila tengok harga lampin pakai buang yang lain yang more cheaper, teringin rasa nak cuba mana tau elok. Tapi, kesian pulak kat anak sendiri. Haha. Banyak-banyak jenama, saya berkenan betul kat iklan WHOOPIE. Haha. Comel ok! Selalu je nak suh encik suami beli untuk try tapi tak kena layan. Huhuhu. Iklan DIAPEX pun menarik. Hoho. MAMY POKO pun ok tapi tak lah. Brand kategori mahei tuh. Ini pun dah boleh tahan jugak perbelanjaan untuk anak seorang. Huhu.

Eh mama Fayel, tiba-tiba saya terperasan. Adakah slogan kali ini sama? PetPet pilihanku. Hehe.

Bye!
Read more>>>

Sunday, October 14, 2012

Hidup : Mahligai Dari Suami

Assalammualaikum. Hai.

Sejak hujung minggu lepas, kami dah duduk rumah sendiri aka rumah atas nama encik suami. Rumah kami cuma berpenghuni bila hujung minggu. Kalau mak Arissa tak balik, Arissa dan encik suami akan duduk rumah mentua. Perasaan duduk rumah sendiri sangat berbeza dengan duduk rumah sewa. Semangat lebih tapi terbantut jugak sebab cuma duduk hujung minggu.

pandangan dari pintu
arissa suka sebab ruang hadapanyang tiada perabot membuatkan beliau bebas bergerak. hihi.
pandangan ke pintu
ayah yang tengah kiwi kasut dan anak yang tengah mengexplore anak patungnya. huhu.
ruang tepi
arissa suka panjat pada gril dan tersengih-sengih bila dapat tengok view semulajadi di luar. :P
ruang dapur
ruang kegemaran arissa. huhu.
Terima kasih encik suami kerana telah berjaya menyediakan mahligai indah ini sebagai tempat berteduh buat kita sekeluarga. Biarpun tidak seluas rumah orang lain, tapi kami selesa. Kami duduk dalam rumah yang dibeli oleh seorang lelaki bergelar ayah dan suami yang cukup keperluan asasnya. 

"Lantas nikmat mana yang mahu kau dustakan?"

Sayang, terima kasih. Ini semua menuntut pengorbanan. Pengorbanan seorang lelaki untuk menjamin keselesaan isteri dan anak. Seorang lelaki yang telah mengenepikan segala kehendak demi keperluan isteri dan anak. Semoga kita sama-sama tabah dalam menghadapi perjalanan kehidupan akan datang. Dan mari kita butakan mata, pekakkan telinga pada suara-suara sumbang yang mengata. Sesungguhnya apa yang kita miliki kini bukan hasil dari meminta pada mereka.

Hadis daripada Nafi' bin Abdul Harith bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Di antara tanda kebahagiaan seseorang itu adalah memiliki jiran yang baik, kenderaan yang elok dan tempat tinggal yang luas selesa". (Riwayat Ahmad)


ALHAMDULILLAH
(^______^)
Read more>>>

Saturday, October 13, 2012

Milestone: 8 Months Nur Arissa Batriesya

Assalammualaikum. Hai.

Nur Arissa Batriesya dah lapan bulan setengah. Kurang empat bulan, dah setahun anak seorang tuh. Hehe. Sejak menjadi weekend mum and wife, saya sangat teruja bila lihat perkembangan anak. Subhanallah! Setiap minggu balik jumpa anak, sekurang-kurangnya ada satu perkembangan baru. Happy sangat! Dan bersyukur sebab perkembangan anak seiring dengan umurnya. 

Till today, Arissa sangat aktif. Aktif nak berdiri. Crawling memang dah tahap hebat dah. Memanjat jugak dah terror. Japanese table jangan lupa lipat balik sebab Arissa akan panjat dan duduk elok atas meja. Oh anak! Kalau terjatuh, kan sendiri yang sakit. Huhu. But, even how many times dia jatuh gedebuk - she's keep on repeating the same thing. Lupa sakit masa jatuh. Haha. Well, dah nama pun budak kecik. Kan?

Hari ni, kami spend masa kat rumah mentua. Semalam tak sempat nak balik rumah kami sebab sampai Ipoh dah lewat. Sepanjang hari ni juga, Arissa tak tidur. Cuma tidur on the way dari rumah mentua nak ke rumah kami yang cuma ambil masa lebih kurang 15 minit. Geram betul bila tengok Arissa yang 'lupa diri' nak berdiri tanpa perlu berpaut. Hey anak!

Still, Arissa perlu berpaut pada sesuatu untuk berdiri. Berpaut pada apa sahaja benda yang dia rasakan boleh untuk digunakan sebagai 'alas' untuk berdiri. Dinding. Beg. Meja. Almari. Termasuk badan sesiapa sahaja yang berdekatan. Bila dah berjaya berdiri, Arissa akan lepaskan sebelah tangan dan seterusnya lagi sebelah. Sometime, Arissa boleh berdiri dengan kaki sendiri around 15 seconds. But most of the time dia jatuh gedebuk tak sempat nak berdiri. Haha.

Semalam, Arissa dapat anak patung baru dari mak dia. But seems, she does not really interested with it. Oh anak! Between anak patung comel dan kereta besar, Arissa pilih kereta. Huhu. Bila pegang anak patung, Arissa nak korek biji mata anak patung tuh. Bila dah tak dapat nak korek, Arissa campak patung dia. Eh anak! Amboi. Awak tu perempuan. Bukan boys macam abang-abang cousins awak tuh sayang. Cukup la kalau tak pakai scarf or headband, muka awak sebijik macam baby boy. Hehe.

Arissa still kuat makan. Kalau minggu lepas mulut Arissa macam mulut burng nak kita suapkan makanan, tapi minggu ni Arissa dah mula main-main bila kita suap makan. Dok memanjat-manjat badan mak nya. Dok pusing-pusing tengah rumah. Luahkan balik. Eh anak! Tapi, bila bagi snek - she'll sit calmly at her place sehingga two pieces of it habis. Seronok bila tengok Arissa makan sendiri dengan penuh khusyuk menggunakan enam batang giginya. Kui3.

Arissa sangat suka masukkan mainan atau apa je yang ada di tangan ke dalam mulut. Grrr. Geram betul! Kalau call nak cakap dengan dia pun, memang tak dengar suara. Gaduh-gaduh dengan ayahnya nak ambil handphone sebab nak masukkan dalam mulut. Agaknya dia geram handphone tiba-tiba boleh keluar bunyi suara orang kot. Tu yang rasa macam nak makan. Haha. Dah la suka gigit hidung mak dan ayahnya. Hehe. Subhanallah. Allahhuakbar. Indah sungguh saat-saat begini. 

Okay! Ini gambar budak musyuk masyam hari ni. Semoga esok petang cuaca cerah sebab plan nak bawa Arissa pergi main-main kat padang polo. Minggu lepas kami dah bawa Arissa main gelongsor dan buaian, tapi ayahnya terlupa dah bawa kamera. Dah tak boleh nak amik gambar budak yang sangat excited dapat main semua tuh. Hehehe.

mak nak arissa bawa mak gi mana?

arissa & her 'little friend'

Read more>>>

Friday, October 12, 2012

Anak : Susu Formula / Susu Lembu

Assalammualaikum. Hai.

Susu dari badan mak memang yang terbaik. Semua orang tau. Tapi, tak semua yang bernasib baik boleh menyusukan anak sampai umur 2 tahun. Tidak kisah samada nak bagi anak susu formula atau ada yang suka sangat sebut susu lembu, mahupun susu mak - semua mak dalam dunia nak yang terbaik untuk anak.

KIM : Saya suka inisiatif para ibu untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam media sosial yang mudah kita akses. Ilmu. Pengalaman. Semua itu tidak dapat kita peroleh dalam pembacaan semata-mata. Setiap seorang ada cara, petua, dan pengalaman yang berbeza. Jelas, sangat berguna terutama kepada para ibu muda. Tetapi, saya sangat tidak suka bila ada sesetengah para ibu yang suka seolah-olah terlalu obses dengan penyusuan susu mak kepada anak. Ya. Semua mak tahu yang susu mak adalah terbaik. Cuma jangan terlalu obses hinggakan kita mengguris hati orang lain.

Semua ada pandangan masing-masing. Kalau kita nak ajak orang sama-sama bagi susu ibu, rasanya sangat keterlaluan bila end up dengan perkataan yang lebih kurang begini, "...minum susu lembu..tu yang otak macam anak lembu..." Kalau kita tak setuju dengan pendapat orang walaupun orang tu tak kahwin lagi, rasa tak perlu nak kecoh-kecoh lebih kurang begini, "....eh kau tak kahwin lagi, pandai nak ajar aku pulak. siap suruh aku bagi susu tepung kat anak aku konon nanti anak aku jadi tinggi..." Kalau kita rasa nak ambil pengalaman orang untuk dijadikan pedoman, tak perlu la kau komen dekat gambar yang dihantar seorang mak supaya mendoakan anaknya yang telah kembali ke rahmatullah kerana tersedak susu dengan perkataan lebih kurang begini, "...boleh saya tau, baby minum susu ibu ke tak. bukan apa, boleh kita jadikan pengajaran dekat orang lain.."

Semua ada rezeki masing-masing. Kadang-kadang saya rasa macam KIM dah lahirkan ramai juga para mak yang mengalami tekanan. Bila diri-sendiri tak banyak susu macam orang lain - dia 4 oz orang lain 8 oz. Mula nak bagitau lebih kurang begini, "....saya sedih. susu saya 4 oz jer...kenapa..." Dan bila tengok seorang mak yang hantar gambar anak yang montel bersama penyataan lebih kurang, "....setelah minum susu ibu...", mula la nak bandingkan dengan berat badan anak sendiri. Tak lupa juga yang tertekan sebab orang lain dapat susu banyak bila amalkan petua sebegitu tapi kita tetap macam itu jugak, tak ada perubahan. Ada banyak lagi sebenarnya.

Bagi saya, pendapat seseorang kita kena terima. Kalau tak terima, cakap dengan cara baik. Tak perlu nak guna perkataan yang boleh menyinggung perasaan orang lain. Kalau diri-sendiri yang berada di tempat tu, agaknya baru faham bagaimana perasaan seorang mak yang dengar mak lain cakap anak lembu. Kot ye pun seseorang tu bagi pandangan pasal susu formula, janganlah kita nak mempersedakan sebab mereka juga bercakap berdasarkan pembacaan dan penglihatan. Kalau ye pun nak jadikan kisah orang lain pedoman, perlu ke nak tanya soalan yang sensitif bagi mereka yang baru kehilangan. Oh please la! Rasional sikit. Jangan terlalu ikut emosi.

Rezeki susu anak. Setiap anak ada rezekinya. Kalau dah sampai satu tahap setelah kita berusaha tetapi tak ada perkembangan yang positif, redha. Janganlah nak tertekan. Kadang-kadang para mak kata, "ala...cuma tulis je tapi sebenarnya tak ada lah sampai tertekan." Ok. Bagus. Alhamdulillah. Tapi, apa pandangan para mak lain yang membaca? Atau mungkin saya seorang yang sentiasa berada pada sisi negatif. Jika ya, maafkan saya. Ini sekadar pendapat peribadi saya sendiri. Saya suka baca semua yang dihantar pada KIM. Banyak input yang saya dapat. Alhamdulillah. Terima kasih buat mereka yang menyumbangkan ilmu.

Erm. Mesti ada yang kata, "pompuan ni pong pang pong pang, entah bagi susu mak ke tak. ke susu lembu." Kan? Kan? Saya bagi susu mak. Saya bagi susu formula. Saya tak suka dengan perkataan susu lembu atau susu cow or whatever words selain susu formula. Alhamdulillah. Walaupun anak saya minum 'camsusu' tapi sehingga hari ini susu saya masih ada lagi walaupun cuma bergantung kepada satu sahaja. Saya masih boleh memerah setiap hari semasa berjauhan dengan anak. Alhamdulillah. Anak tak pernah menolak bila saya direct BF bila berjumpa hari Jumaat walaupun dia akan ambil masa lebih kurang 5 minit untuk membiasakan diri sambil dahi berkerut. Hehe. Alhamdulillah. Inilah yang dinamakan rezeki anak.

Nenek saya pernah kata, "bagusnya arissa. walaupun jumpa mak nya seminggu sekali tapi masih nak juga susu mak nya. kalau sesetengah budak, dah 2 3 hari tinggal lepas tu dah tak nak terus". Alhamdulillah. Cuma, jumlah susu yang saya ada untuk anak kenyang itu memang tidak. Susu saya semakin tidak banyak. Bila dah direct BF dengan saya, Arissa kena minum susu formula pula. Anak dan membesar. Bukan si kecik yang minum 2 oz / 4 oz dah boleh kenyang. Kalau dulu minum tak sampai 4oz, Arissa masih cool. Sekarang, terus melalak macam kena cubit bila susu tak cukup. Hoho.

Atas sebab saya tak full BF, saya bagi Arissa minum Anmum. At first, nak bagi Arissa minum sampai 6 bulan sahaja sebab rasa macam nak demam-demam supply Anmum Arissa je. Kui3. Tapi, Alhamdulillah. Rezeki Arissa. Sehingga hari ini masih minum Anmum. Satu minggu, satu kotak. Satu rumah ibu, satu rumah kami. Satu bulan, lapan kotak. Boleh tahan jugak la kos susu Arissa kan? Itu susu sahaja. Belum cerita diapers dan makanan. Hehehehe.

Ok lah. Sebelum saya mengakhiri, maafkan saya sekiranya ada yang terasa hati dengan tulisan saya. Saya menulis semua ini bukan suka-suka. Saya bercerita berdasarkan pengalaman, pembacaan dan pemerhatian. Jika saya tidak layak untuk berkata seumpamanya begini, maafkan saya. Setiap seorang insan bernama mak mahukan yang terbaik untuk anak. Jangan sesekali merendah-rendahkan mereka. Bye!
Read more>>>

Wednesday, October 10, 2012

Kerja : Oh Sibuknya

Assalammualaikum. Hai.

Pheww! Dah dua bulan bekerja. Ada banyak benda yang nak kena belajar lagi dan ada lagi banyak benda yang tertangguh sebab kena buat kerja sambil belajar. 8 jam yang diperuntukkan (sebenarnya 7 jam selepas tolak 1 jam untuk rehat. haha.) rasa macam tak cukup. Atas sebab itu kebelakangan ini asyik balik 1 jam lewat. Haha. 1 jam je. Tak boleh lebih-lebih. Balik naik LRT jalan seorang-seorang. Takut kot. Plus bawah menara office ada night club. Korang ada? Hahaha.

Hidup hari-hari dengan nombor. Sejak hari pertama saya masuk, KP dah remind supaya saya not just stay in my room, sit in front if my PC. Kena turun padang. Tetapi! Itu tidak mudah berlaku. I've to stay in front of my PC, melihat numbers yang handsome dan pretty, dan mengubah si handsome serta pretty itu menjadi prince william dan kate middleton. Haha. Mari berfantasi bersama mak Nur Arissa Batriesya. Kui3. Nak turun padang macam mana? Tak turun padang pun banyak kerja pending. Kalau turun padang lagi tak terbuat. Hoho.

Every month, saya kena kejar deadline untuk publish monthly statistic. Statistik. Data. So, semua kajian dalam organisasi saya akan terlibat. Seringkali saya mendapat call last minute untuk masuk meeting dan mostly I end up with blur. Well you know, ad-hoc meeting. Saya percaya, nobody loves it. Huhu. Saya hanya akan clear bila board meeting kata, "I want dayang to provide us these data". That's it! Itu je la yang saya faham kenapa saya kena masuk meeting. And how wonderful if I just provide the data needed. LOL! Balik meeting, I've to study apa sebenarnya yang dalam meeting. Once you're in the meeting, automatically you're part of them. Huhu.

Alhamdulillah. Saya ada 6 staffs yang sangat superb! Bila dapat call / email dari mana agensi nak data itu dan ini, saya cuma interkom dan dalam half an hour paling lambat - they'll come out with table / chart / graph. Itu dari segi kerja hakiki. On other part, diorang sangat rajin untuk hias bilik saya yang kalau diorang tak hias tak mungkin akan cantik macam sekarang. i never thought that I'm going to keep a bunch of flowers in my room. Ouch! It is not so me. Haha. Tapi, kena terima dan appreciate lah kan. 

Ada banyak benda kena buat. Kaji mengkaji. Ramal meramal. Kira mengira. Kemas mengemas kini mengini. Hahaha. Ada banyak. Masuk meeting division hari ni, lagi bertambah banyak. Merungut-rungut jugak kenapa la banyak sangat idea bos aku ni kan. Kui3. Psst! Atas sebab itu saya menyokong penuh SPA nak revise gaji golongan macam kami ni. Hahahahahaha. By the way, I personally think that they must revise gaji semua peringkat especially A ke bawah. Telinga mendengar jugak keluh kesah staffs yang rasa macam it is unfair nak revise gaji orang atas je. Erm. Kita sama-sama doa semoga semuanya sama rata.

Zue, kerja I sangat simple compare than you. Hehe. Beza gov dan swasta itu sangat ketara. Kan? But, seriously tell you this is not ordinary things for me. Haha. Dan they are all challenging - for me. Haha.

Bye!
Read more>>>

Tuesday, October 9, 2012

Kerja : Perasaan Ini Berbeza

Assalammualaikum. Hai.

Each time I remember the date
My heart beat faster
The feelings is obviously different
Is it a sign that I'm not going to success
Or maybe I'm giving too much hope on it

QUESTION MARK!

Sesungguhnya, Perancangan Manusia Itu Usaha dan Perancangan Allah Itu Takdir. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan ku sehingga ke hari itu. 
Selebihnya, aku berserah segalanya pada Allah yang Maha Berkuasa. Allah Maha Mendengar. Allah Maha Bijaksana. Allah Maha Pengasih. Allah Maha Adil. Allah Maha Penyayang. 

p/s: tiba-tiba rasa menyampah dengan perasaan gelibang gelibu yang tak tentu pasal nih. arrgghhHHH!
p/s: Nur Arissa Batriesya dah dapat member bermain. biras dah selamat bersalin pukul 5 pagi tadi, baby girl jugak. dan dengan itu, secara rasmi Arissa dah boleh jadi Along Ica. :p
Read more>>>

Monday, October 8, 2012

Hidup : Peluang

Assalammualaikum. Hai.

Apabila ditanya, “apalagi yang kau mahukan sekarang ini?” Jujur dan ikhlas saya katakan, “tidak ada apa lagi selain nak duduk sebumbung dengan suami dan anak”.

Serius, saya rindu saat-saat 2 bulan sebelum ini. Setelah 8 jam di pejabat, kami suami isteri berebut-rebut nak peluk dan cium anak. Saya rindu suasana pagi saya dan anak mengiringi suami pergi kerja. Saya rindu pagi sebelum ke pejabat saya berborak kosong dengan anak sepanjang perjalanan ke rumah ibu. Saya rindu malam menatap wajah suami dan anak yang sedang tidur. Saya rindu.

Saya bersyukur dengan nikmat kurnia yang Allah telah berikan pada saya. Setiap kali saya tertanya-tanya akan perjalanan hidup saya kini, saya akan mengingatkan diri saya bertapa kasihnya Allah pada saya kerana telah memberikan saya pengalaman banyak mengajar saya erti sebuah pengorbanan, kekuatan dan kesabaran. Allah jadikan saya seorang anak, isteri dan mak sebagai seorang wanita yang gagah.

Sehingga saat ini, saya cuma ada satu peluang yang jelas. Dan saya perlu berjuang dan berusaha keras untuk tidak mensia-siakan peluang yang ada. Usaha. Doa. Tawakal. Selebihnya saya berserah pada Allah. Segala perancangan akan dibekukan sehingga tiba masanya. Selagi terdaya, saya akan terus berjuang. Berdoa. Dan selebihnya saya serahkan kepada Allah SWT. Saya pasti akan akur dengan ketentuan Allah SWT. Saya yakin akan perancangan Allah SWT.

Letih bila balik kerja. Letih bila setiap minggu ulang-alik. Tapi perjuangan mesti diteruskan. Saya berpegang kepada kata-kata ini, "nak kehidupan yang lebih baik, keep on moving. nak life yang statik, shut up and stay. that's it." Selalu cakap kat Nur Arissa Batriesya, "doakan mak berjaya ye ca...untuk kita semua".

p/s: n guys! please pray for me too. thank you in advance. (^____^)

Read more>>>

Hidup : Testing 1 2 3

Assalammualaikum. Hellloooo!!!

Roger and Out!

Kui3.

Posting guna email. Menjadi ke tak? :p
Read more>>>

Thursday, October 4, 2012

Iklan : Handmade Hat!

Assalammualaikum. Hai.



satunotahati : Usai membaca coretan ibu Syarifah Erry Eryna. Seorang kawan pernah menulis tentang pemergian bidadari syurga ini. Dan malam ini, mama Fayel telah meletakkan jejak blog dalam tulisannya. Dan ini mengingatkan saya akan arwah adik Awang Firdaus bin Awang Bakar. Mereka bidadari syurga. InsyaAllah.
Read more>>>

Wednesday, October 3, 2012

Hidup : Untuk Dia

Assalammualaikum. Hai.


semoga perit payah mak bapa
walaupun tidak terbalas oleh anakanda
sekurang-kurang mereka tersenyum gembira
menatap mms dikirim anakanda

alhamdulillah
(^______^)
ini kejayaan kita bersama

mak, bapak, adik-adik, nenek dan seluruh keluarga
serta
encik suami dan anak tercinta


Read more>>>

Istimewa : Happy Birthday Mr. Mama

ASSALAMMUALAIKUM
Ayah Arissa

selamat hari lahir yang ke dua puluh enam sayang. doa kami semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik, umur yang panjang, ketetapan hati, kekuatan diri, ketekunan meniti kehidupan dunia serta mengejar akhirat, ketabahan dalam membimbing isteri serta mendidik anak, kesabaran dalam berdepan dengan dugaan, murah rezeki dan dirahmati Allah SWT.

sayang, tahun ini insyaAllah lengkap sudah fitrah seorang lelaki dengan kelahiran puteri comel kita. tahniah sayang. bagi kite, ayah Nur Arissa Batriesya sudah berjaya melengkapkan keperluan keluarga. tanggungjawab seorang lelaki adalah menyediakan makan minum, pakaian dan rumah berteduh. Alhamdulillah. terima kasih dari kami.

terima kasih sayang. for being a good husband, father and mr. mama. and you know what? your wife always fall in love with mr. mama; seorang lelaki beranak seorang. your wife is so proud with you. your maturity inspire me lots although I am 2 months 4 days older than you. kui3.


p/s: mati kutu tak tau nak buat ayat. hadiah? Nur Arissa Batriesya. priceless & precious.
Read more>>>
"Ya Allah, peliharalah Nur Arissa Batriesya dan Nur Aflah Dayyina, dan sihatkanlah mereka. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, jadikankah Nur Arissa Batriesya dan Nur Aflah Dayyina sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Amin.

Iklaneka

Popular Posts

Copyright © Kalam D'Yatie Designed by azhafizah.com