Tuesday, August 21, 2012

Salam Aidilfitri 1433H

Assalammualaikum. Hai.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

khusus buat semua yang singgah di teratak saya ini

ampun dan maaf dipinta

untuk setiap kesilapan dan kesalahan

tanpa sedar mahupun disengajakan

sesungguhnya

baik itu dari Allah

dan sebaliknya adalah dari kekhilafan saya sendiri

tema tahun ini 

hitam + merah
ALHAMDULILLAH


p/s : esok balik sarawak. tak sabar nak bawa Nur Arissa Batriesya beraya di Sarawak. ;D
Read more>>>

Thursday, August 16, 2012

Book Review: Bersyukur Saat Diuji [1]

Assalammualaikum. Hai.

Rasanya sudah agak lama tidak fokus membaca. Seakan tempoh masa yang Allah pinjamkan selama 24 jam itu tidak mencukupi. Realiti, ternyata saya tidak bijak menguruskan masa. Siang hari, mencari rezeki. Malam, melayan anak dan tertidur. Alasan yang kerap kali diutarakan – letih. Manusia mudah memberikan alasan, kan?

Perhubungan Jarak Jauh (PJJ) antara saya dan suami serta anak akhirnya memberikan ruang waktu untuk saya membaca semula. Membaca merupakan salah satu cara untuk saya tidak terlalu memikirkan PJJ ini. Kalau terlalu mengikutkan rasa hati, pasti mata saya tidak akan pernah surut dari bengkak. Benarlah kata pepatah, “ikut hati mati, ikut rasa binasa”.

Mata Hati tertarik dengan sebuah buku “BERSYUKUR SAAT DIUJI”, tulisan Dr. Muhd Kamil Ibrahim (MKI). Tidak saya nafikan, ‘tarikan’ itu adalah kerana saya rasa saya sedang diuji. Diuji dengan PJJ ketika kami suami isteri telah membuat pelbagai perancangan untuk berpindah ke rumah sendiri serta membesarkan anak. Benar, “kita cuma merancang, Allah yang menetukan”.

Saya sangat tertarik dengan gaya penulisan MKI. MKI dengan bersahaja berkongsi pengalaman hidup; suka dan duka – paling penting ialah bagaimana MKI berdepan dengan ujian Allah SWT. Setiap satu cerita yang MKI kongsikan membuatkan hati saya tersentuh – sedar akan kekhilafan sendiri. MKI juga tidak menyembunyikan 'fitrah’ manusia, namun segera MKI atasi.

Mari saya kongsikan sedikit kisah yang sangat menarik perhatian saya;

Setelah diuji dengan banjir besar, seorang rakan MKI telah menghantar sepasang sandal BATA yang masih lagi ada tanda harga. RM69.90. Jauh beza dengan harga kasut Clarks MKI yang telah musnah dalam banjir. MKI juga dihadiahkan 4 pasang baju kemeja dari rakan sejawat yang juga berbeza dengan jumlah pakaiannya sebelum ini. Dan sandal itu yang menjadi peneman setia kemana-mana dan baju itu juga yang disarung pada badan MKI.

Dan kerana itu, MKI berfikir. Sandal berharga RM69.90. Selesa dan tidak memudaratkan. Maka, apa bezanya dengan sepasang kasut berharga RM699? MKI juga memaklumkan isterinya bahawa 4 pasang baju yang dihadiahkan oleh teman-teman itu sudah memadai. Bezanya, isteri MKI perlu membasuh baju-baju tersebut setiap dua hari. Maka, apakah nilai 40 pasang baju yang sebelum ini tergantung dalam almari pakaian?

”Masya-Allah, Subhanallah, Allahu Akbar, Astaghfirullah. Selama ini saya hidup di atas dasar pembaziran melampau. Lalu Allah ambil kesemuanya,….”

Sumber: Bersyukur Saat Diuji

Kisah ini saya kaitkan dengan diri saya. Masya-Allah, Subhanallah, Allahu Akbar, Astaghfirullah. Mungkinkah saya membazir selama ini? Saya kira baju kurung dalam almari pakaian. Tidak lebih dari 15 pasang. Sebelum ini, saya segan bila merasakan saya cuma memakai baju yang sama hinggakan ada yang boleh menghafal baju-baju saya. Sandal saya, harganya tidak mencecah RM200 tapi sandal itu yang saya bawa ke hulu ke hilir hingga mencecah hampir 3 tahun.

Saya tidak begitu yakin tapi Alhamdulillah dan InsyaAllah saya tidak berlebih-lebih. Mungkin tidak dari segi kebendaan. Saya rasa saya tidak perlu lagi berfikir untuk malu dengan pakaian yang sama saban hari. Begitu juga dengan sandal, selagi masih selesa. Tapi sebenarnya, di sebalik semua ini saya ada satu sikap ‘kedekut terhadap diri sendiri’. Mungkin atas sebab itu juga maka saya cuma memiliki beberapa helai pakaian dan sepasang sandal.

Berbalik kepada MKI, bertapa MKI merupakan seorang yang disegani dan berilmu telah menyedari akan ‘pembaziran’ ini – maka kita? Benar, “baik dijadikan teladan, jahat dijadikan pedoman”. Mari kita sama-sama bermuhasabah diri. Pandang setiap sisi kiri dan kanan serta atas dan bawah. 

Cukup setakat ini, saya akan berkongsi kisah MKI dalam Bersyukur Saat Diuji lagi pada entri akan datang. InsyaAllah. Saya sangat galakkan teman-teman sekalian membeli buku MKI. 

satunotahati: sekadar berkongsi apa yang telah dibaca, bermuhasabah dan mengingati diri sendiri. semoga semua mendapat manfaat.

Read more>>>

Wednesday, August 15, 2012

Duit Gaji ! Bayar Hutang !

Assalammualaikum. Hai.

Eh, korang semua mesti rata-rata dah dapat duit gaji kan? Hehe. Saya jugak! Alhamdulillah. Teruja dapat gaji pertama sebagai warga kerja MTIB. Kui3. I’ve listed few things dalam diary. Budget raya. Hu3. Seems like, I’ve to ‘cut off’ duit raya. Haish! Ini yang tak berapa suka raya di Semenanjung. Seolah-olah bagi duit raya itu perkara wajib. (kedekut nyer la bunyi mak Arissa kan? =P)

Eh. Dalam lists yang panjang itu, tak lupa akan perkataan ‘bayar hutang’. Haha. PTPTN, insyaAllah bulan depan start. Memang niat / janji pada diri sendiri, akan mula bayar once dah dapat kerja yang setaraf dengan level study yang menjadi punca pinjaman. So, hutang apa la kan ni? Hihi. Hutang kat encik suami. (eh! Suami isteri pun nak berkira ke?)

Hehe. Ok, we both share semua perbelanjaan rumah dan anak. Walaubagaimanapun, ¾ of expenses adalah dibiayai oleh encik suami. Jujur, kadang-kadang rasa bersalah sangat bila kita seolah-olah depends on suami. Encik suami tak minta tapi kita sebagai isteri kena ada juga timbang-rasa. Contohnya, saya move ke KL perlu bayar deposit bilik. Encik suami yang bayarkan dahulu. Saya awal-awal bagitau, I’ll pay you back.

Yes. He’s your husband. Dia tak mintak, so tak perlu kecoh-kecoh nak bayar. Tapi, as for me kalau saya kata saya nak bayar maka saya akan usahakan juga. Encik suami nak terima atau tidak, itu lain hal. But at the end, duit yang kita bayar itu juga sebenarnya akan digunakan untuk kita. Hihi. And you know what, itu merupakan salah satu cara saya mengelak dari nak berbelanja sesuka hati samada secara online mahupun swap. Isk. Isk. Isk.

Oh! Itulah rutin atau amalan kami suami isteri. Kalau saya begitu, encik suami juga akan turut sama. Simple, “kalau kita kata pinjam / bayarkan dulu – itu bermakna kita akan bayar balik” manakala “kalau kita kata minta / belanja saya – maka itu bermaksud percuma”. Suami isteri tak boleh berkira. Dan juga tak boleh berat sebelah. Bak kata encik suami, janji tetap janji. Cewah! Hehe.

Entah bila nak dapat duit gaji tak payah bayar hutang kan? Haha. Dapat gaji je, terus asing-asing duit. Hutang, simpanan, belanja, mak ayah, entertainment. Fuh! Complete. Gaji yang pertama ni, asing ke duit raya pulak. Hehe. Nak balik Sarawak lagi. Kan? By the way, itulah rezeki dari Allah untuk kami sekeluarga yang diamanahkan kepada saya untuk disalurkan pula kepada keluarga. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur....

satunotahati: in the mode of 'bahagi-bahagi' duit gaji. hehehe.

p/s : Nur Arissa Batriesya at 6 months 20 days old, dah terror mengesot ke depan dengan pantas sambil merangkan. Her mum was extremely excited bila her dad message tentang perkembangannya. Dear Arissa, mak believe on your ayah. Mak tahu, ayah is the best MR.MAMA. ;)
Read more>>>

Tuesday, August 14, 2012

Oh My English!

Assalammualaikum. Hai.

Tadi, attended briefing tentang study yang MTC buat. Presented by Dr. Roda. Walaupun namanya Roda tapi beliau bukan Malaysian. Hehe. Cakap omputih slang France kot sebab telinga nih macam susah nak tangkap. (salahkan slang. walhal memang telinga problem bila dengar bahasa omputih.) =_=' Timbalan Pengarah cuti, maka saya terpaksa ganti. Huhu.

 

So, tadi memang audiences terdiri daripada orang-orang timber industry. Ada juga yang dari DOS, FRIM, RISDA & MTIB. Rasa macam agak rendah bila you feel that your English sangat lintang pukang. Nak cakap pun malu ok. Haish! Dah lama tak berEnglish sememangnya sangat menyusahkan diri-sendiri. Jangan kata nak bercakap, nak catch up apa yang presenter cakap pun macam teragak-agak. 

Selain dari nak refer semula notes masa lampau, saya memang perlu improve English day by day. Dah lama tinggal speaking london orang kata, lidah tergeliat bila nak start balik. Urm. Kesian betul. Eh, last time saya tak terfikir bila masuk gov sector saya akan berbahasa English. Seriously! Dan atas sebab itu bila interview, tiba-tiba kena speaking London - saya rasa macam eh @&^&$@$&^#. 

Alkisahnya, Ketua Pengarah saya berasal dari educationalist area. So, CGPA and English antara yang diambil kira which is I noticed that kedua-dua ini terletak pada paras atas sebelum experience. (cgpa & english saya adalah pada tahap moderate). As for me, English memang lingua-franca yang sangat important sebab it has been use worldwide. (ada siapa2 yang tak tau ke? haha.)

Eh, alang-alang nak cerita pasal kerja. Hehe. Alhamdulillah, Pengarah saya izinkan / luluskan permohonan cuti raya saya mulai 22 Ogos - 30 Ogos since saya dah beli tiket raya awal. Alhamdulillah. Makanya, Nur Arissa Batriesya akan kembali ke tanah air Syawal ni walaupun raya ke-4. Apa yang penting? Balik Sarawak. Apa yang penting? Jumpa Nek Wan. Apa yang penting? Jumpa Nek Ki. Hehehe.

satunotahati: pening fikir macam mana nak brief kat Pengarah pulak. adoi~!
Read more>>>

Wednesday, August 8, 2012

Terima Kasih Ibu Arissa

Assalammualaikum. Hai.

Bila berjauhan dengan anak, otak dok fikir pasal anak. Risau akan keselamatan dan kesihatan dia. Cukup minum ke? Cukup tidur ke? Cukup makan ke? Haish! Memang dok fikir itu je la. Dan tambah satu lagi, penuh tak diaper dia? Haha. Sangat paranoid ok! Memang tak mau anak kena ruam-ruam tuh. (=_=').

Syukur Alhamdulillah sebab ibu Nur Arissa Batriesya is the best babysitter. Tanpa pertalian darah, sekadar saudara sesama Islam - Nur Arissa Batriesya di jaga, di belai seperti anak sendiri. Alhamdulillah. Saya tak rasa ada ramai babysitter yang menangis bila tengok anak jagaannya tak sihat, tak nak makan, tak nak menyusu dan terkenang anak jagaannya berjauh dengan mak kandung. Kan? 1 dalam 100, mungkin.

Bila berjauhan macam ni tahap risau tuh sepatutnya 100% tapi dengan adanya ibu, tahap tuh tidak lah 100%. Percaya akan ibu. Rasa macam bertuah sangat-sangat. Sekarang, ibu Arissa pun tak bagi encik suami atau mak mentua ambil Arissa awal sangat. Sebab kesian kat mak tok Arissa balik kerja, nak prepare berbuka. So, encik suami akan ambil dalam pukul 8. Itu pun kalau encik suami macam ada kerja nak buat. Saya pulak keep calling & SMS suruh ambil. Haha. Kesian kat ibu Arissa nak masak juga. :p

Yes, betul. Mak sendiri jaga tak sama dengan ibu penjaga. Kan? But as for me, since I am force to and I don't have any better option, leaving her with ibu cukup melegakan hati. At least you know, the one you asked to take care of your little kids is someone you trust so much. And really care with your kids. Kan? Arissa dah boleh makan. Last week, buat la frozen food for her. And weekend, ibu Arissa mesej,

Tie, jangan la buat kat ca makanan dia. kak na boleh buat. setakat nak buat kanji, puree kentang, keledek, brokoli, carrot tu takder masalah bagi kak na. kesian ca makan makanan yang dibeku. 

Terharu kot! Huhuhu. Kami seboleh-bolehnya taknak susahkan ibu Arissa. Sebulan bayar RM200 je. So, nak minta tolong masak memang rasa macam serba tak kena. Dah la mandikan Arissa pagi, tengahari dan petang. Sekarang, jaga sampai pukul 8 malam. Bagi duit extra, tak nak terima. Mau tak serba salah. Ikhlas katanya. So, last weekend decide beli barang-barang je. Beli beras, kentang, brokoli, keledek, bayam, apple, kiwi. Semua belik extra. Kasi semua makan. Huhu.

Dengan kebaikan ibu Arissa seisi keluarga, kadang-kadang rasa macam takper lah berjauh ngan Arissa lama mana pun. Sampai pandai jalan, pandai cakap. Dah ok. Tapi, tak boleh tahan kot mak Arissa nih. Malam je rindu. Malam je nangis. Malam je menatap gambar. Malam je tidur awal. Huhu. Nur Arissa Batriesya, this isn't easy for your mum okay. Leaving you was hurting me. (T__T).

I never knew true beauty until I held you in my arms for the very first time.
I HEART THEM
Read more>>>

Friday, August 3, 2012

Eh, Janganlah. Malulah~

Assalammualaikum. Hai.

Tajuk entri tak boley blah kan? Kui3. Before nak celoteh panjang, nak heboh sikit : HARI INI NAK BALIK JUMPA MUSYUK MASYAM!!!!! HOYEAH! (orang lain hari-hari jumpa anak kan? tak kecoh. tapi sebab saya dah 4 hari tak jumpa anak lah saya kecoh! lalalalala.)

Hari ni, hari ketiga di MTIB. Still masih tak berapa kenal ngan orang. Bukan senang kot. Satu office yang 15 orang pun, susah nak ingat dalam masa 1 minggu. Apatah lagi department sendiri yang thirty plus & satu MTIB yang ratus. Errr~! Senyum-senyum aje lah kan. 

Semalam, dah jumpa dengan timbalan pengarah untuk review job scope. She's very humble and nice person. InsyaAllah. Then, ada jugak la few task yang macam informally dia dah assign. Masa tu dia bagitau la, u mintak dekat si anu itu mende ini. Dia under u tau. So, nanti u kena suruh diorang buat. So, lebih kurang macam 6 / 7 orang bawah saya (unit statistik).

So, dalam tolong diorang pack kurma untuk sedekah anak yatim - diorang dok la panggil puan. Meremang bulu tengkuk mak Arissa. Huhu. Dengan lemah-lembut dan malu-malu bagitau, "eh janganlah panggil kite puan. pelik je rasa. segan lah. panggil dayang je". Hoho. Baik tak saya? Kui3.

Jawapan diorang dah tentu la, "mana boleh. kami kena hormat P". Rasa macam alahai tak perlu kot. Depan bos je la. Ini borak-borak pun nak puan jugak memang meremang-remang la. Huhuhu. Bukannya apa, ok mungkin atas sebab the status of P maka jadi puan. Tapi upon experience, I have nothing.

Segan plus rasa bersalah. Time being, rasa macam saya yang paling muda. Muahahaha. Macam tak sopan bila aunties atau kakaks suddenly panggil saya puan. Oh My Gucci! Rasa macam tak deserve lagi. Huhu. Btw, so far till today macam semua under control. Dah lama jadi kuli, so nak being a leader rasa macam agak susah. Huhu.

p/s: masih berharap pada result PAC Perangkawan. hehehehe. btw, Alhamdulillah. sesungguhnya semua ini dari ALLAH SWT.
Read more>>>
"Ya Allah, peliharalah Nur Arissa Batriesya dan Nur Aflah Dayyina, dan sihatkanlah mereka. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, jadikankah Nur Arissa Batriesya dan Nur Aflah Dayyina sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Amin.

Iklaneka

Popular Posts

Copyright © Kalam D'Yatie Designed by azhafizah.com