Tuesday, June 19, 2012

Demam Lagi

Assalammualaikum. Hai.

Malam tadi, tiba-tiba rasa kepala Nur Arissa Batriesya panas semacam. Mula gelabah minta encik suami ambilkan termometer. Oh, kami ada dua termometer. Satu digital, dan satu lagi yang tepek dekat dahi. Semuanya sebab musuk masam demam hari tu. Tak puas hati dengan satu, tambah lagi satu. Kot tak puas hati lagi nanti, kena tambah lagi lah. =P.

selingan: gambar hari Ahad
kenduri cukur jambul

Demam. Susah hati dibuatnya. Demam datang hinggap pun tanpa di duga. Tiba-tiba aje panas nye. Huhu. Menci! Mak menci! Anak demam, mak demam sekali ok. Serik tak nak macam last time happen lagi. Tiba-tiba suhu musuk masam naik mendadak sampai kena cucuk montot plus musuk masam dah tak bermaya. Oh! Sedih. Tak mau ingat dah.

Pagi ini, persetankan dengan mulut-mulut longkang yang bakal mengata mahupun mencucuk. Saya mesej senior bagitau datang lambat sebab anak demam. 8.30 am, kami berdua keluar rumah. Sasaran nak pergi Klinik Kembar yang letaknya di seberang taman je. Senang apa2 hal. Sampai kat situ, Doc tak datang lagi. 9.40am katanya. Frust giler.

Saya sambung drive tanpa arah. Nak ke mana? Drive dan terus drive. Nak ke Klinik 1 Malaysia ke? Tapi, service mesti lambat. Drive lagi. Singgah cucuk duit. Haha. Pastu sebelah bank tu ada satu klinik, Klinik Manalan. Last time (2009), pernah pergi situ ambil MC. Hehe. Jumpa doc :

Doc: Siapa sakit?
Mak: Anak.
Doc: Oh. (angguk2.)
Mak: Badan dia panas.
Doc: Sejak bila?
Mak: Rasa macam pagi tadi. Tapi mungkin jugak malam.
Doc: Susu ok?
Mak: Ok.
Doc: Aktif?
Mak: Aktif... (jawab dengan yakin.)

Tiba-tiba,

Musuk masam bukan main lagi rupa menggeletik badannya dengan sengih nyer dengan macam nak melompatnya.

Doc: Terlebih aktif ni.
Mak: (gelak.)
Doc: (check suhu tepek dahi.)
Anak: (pusing kepala kiri dan kanan.)
Nurse: (terpaksa tahan kepala anak.)
Doc: Baru nak demam. Takper, I bagi ubat.
Mak: Oh, baru nak demam.
Doc: Yup. Early stage.

selingan: gambar pagi ini

Bertapa gelabahnya saya. Jelas terpancar di wajah Doc anak saya tak berapa nak demam. Huhu. Serik! Dan Alhamdulillah. Musuk masam dah sihat. Petang, dia dah elok. Tak panas pun. Ramai yang kata sebab beralih bulan. Nak pandai apa lagi agaknya musuk masam saya tuh. Hihi. Sekarang dok sibuk nak angkat montot. :p
Read more>>>

Wednesday, June 13, 2012

Wordless Wednesday

Assalammualaikum. Hai.


ica baru bangun tido
masa ni baru sampai umah tok


mak letak ica kat bawah
mak buka sebelah sarung kaki
hoyeah!


 eh, ayah amik gambar ica la


jelir lidah sikit kat ayah
hihihi


ayah sengaja amik gambar kaki ica
sebab kaki ica comel
 ihihi


mak letak ica kat bawah pulak
ica sungguh-sungguh nak tarik satu lagi sarung kaki


ok
ica tau orang yang tengah berusaha tak ada nya comel.


eh
mak angkat ica


tingginya
tapi ica suka
hoyeah



ok
ica dah letih
pokde sedap je tdo
huhuhu

sekian kisah ica
kisah ica hujung minggu lepas

****************************************************

oh! ica tak pernah cerita kan ayah ica part time photographer
kalau macam berminat nak suh ayah ica
boleh email mak ica minta list package
email mak ica

nbatriesya@gmail.com

dan...
jangan lupa jenguk-jenguk 


Read more>>>

Tuesday, June 12, 2012

Kisah Empat Bulan Sudah

Assalammualaikum. Hai.

Masih panjang lagi masa bersama Nur Arissa Batriesya, InsyaAllah. Perjalanan yang kita tidak pasti bagaimana pengakhirannya mahupun perantaraannya. Perjalanan yang kita tidak tahu apa yang berlaku kemudian hari. Bukan mahu meneka atau mengagak masa depan, tapi ini segmen mengenang dan mengimbau. Hahaha.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Allah menganugerahkan saya seorang puteri yang sangat memahami pada perkiraan saya. Setiap kali saya disoal berkenaan kehamilan, kelahiran dan juga keibubapaan - saya menjawab dengan ikhlas serta jujur hati yang akhirnya membuatkan saya terdiam. Huhu. 'mungkinkah saya terlampau yakin atau seolah-olah bercakap besar?'

Q: Awak pregnant dulu ada morning sickness tak?
A: Alhamdulillah, tak ada langsung. 

Q: Sakit tak bersalin?
A: Kalau tak sakit bukan bersalin. Tapi, tak ada lah sampai nak mati. Huhu.

Q: Baby macam mana? Tak cukup tidur oh sekarang?
A: Alhamdulillah, baby ok. Tak pernah lagi saya tak tidur malam.

Bila saya menjawab, respons yang bertanya ialah 'senangnya', 'mudahnya'. Ya. Saya juga rasa begitu. Saya bersyukur Allah mempermudahkan segalanya. Tetapi, saya tidak tahu lagi akan 'kedua', 'ketiga', 'keempat' dan ke-duabelas seterusnya. Encik suami kata, "Allah belum lagi nak berikan kifarahnya pada awak". Ia berikutan dengan persoalan saya, "ramai yang kata sakit hinggakan ada yang berkata tak mahu lagi. bila baca dalam buku, isteri-isteri yang bersalin Allah akan menghapuskan dosa-dosanya dengan kesakitan yang ditanggung. adakah saya tidak terpilih untuk dihapuskan dosa-dosa pada saat itu?" Sedikit tersentap saya memikirkan hal itu.

Surah Al-Baqarah, ayat 286, Allah berfirman maksudnya, Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata):” Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau tersalah. Wahai tuhan kami! Janganlah Engkau membebani kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu dari kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berikanlah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.

Saya berpegang teguh pada ayat itu. Allah Maha Mengetahui. Maha Pengasih. Maha Penyayang. Tidak perlu untuk saya pertikaikan atau persoalkan. Semua itu sudah diaturkan oleh Allah. Allah tahu saya tidak kuat seperti wanita / isteri dan ibu yang lain. Allah tahu setakat mana kemampuan dan kekuatan saya. Allah beri saya 'peluang' kali ini supaya saya boleh bersedia pada masa akan datang.

Conversation hari ini bersama kawan sepejabat:

A: Masa kena gunting, rasa kan?
D: Serius, kite tak rasa. Kite tau kite kena gunting bila baby dah keluar midwife angkat gunting. Terus sentap.
A: Letih kan? Kakak saya kata letih. Dah tak heran dah.
D: Kite Alhamdulillah. Takder pulak. Elok je borak ngan midwife.

A: Dayang nih tak boleh nak tanya lah kisah dia. Senang sangat.
D: Haha. Alhamdulillah. 

Bukanlah nak berlagak SUPERWOMAN tapi itulah yang saya rasai dan alami. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Tidak tahu bagaimana harus saya ungkapkan kesyukuran saya ini. Allah Maha Mengetahui.

p/s: Cheq Sue, sesungguhnya Allah sedang menguji Sue. Sesungguhnya juga Allah mahu memberikan yang terbaik untuk Sue. Kita doakan semoga segera dikurniakan rezeki.

satunotahati: terkenang, mengenang dan seterusnya muhasabah diri.

Jenguk-Jenguk Sini Ye:
Read more>>>

HAPPY HOURS SALE!

Assalammualaikum. Hai.

HAPPY HOURS SALE!

Harga Asal : RM120
SEHINGGA TENGAH MALAM INI
12 AM

HARGA HAPPY HOURS

RM75 
postage RM7/RM10 (SM/SS)

gambar sekadar menunjukkan corak



QUEEN ROPOL
100% COTTON

ISI KANDUNGAN:

1 CADAR ROPOL
4 SARUNG BANTAL
1 SARUNG BANTAL PELUK

*************************************************

Rujuk Arissa's Gallery untuk melihat corak-corak dengan lebih jelas.

How to order?

PM through the FB pages

Comment below the pictures

Email: nbatriesya@gmail.com

PERINGATAN! HARGA INI SEHINGGA 12 MALAM INI SAHAJA!
Read more>>>

Sunday, June 10, 2012

Topi Comel Buatan Tangan

STICKY ENTRY!

Assalammualaikum. Hai.

Stock Hat HomeMade Arrisa's Gallery dah ready. Sekarang, mak Arissa tengah gigih ambil order. Hehe. 20 pieces sahaja hat nya...dan 5 pieces sahaja hair band. Model? Sudah tentu budak musuk masam saya Nur Arissa Batriesya. Hehehe.


Hat :
RM17 per piece
RM45 for 3 pieces
exclude postage
COD : Ipoh Area


Hair Band (w/out teeth):
RM15 per piece
RM40 for 3 pieces
exclude postage
COD: Ipoh Area

Jenuh jugak nak ambil gambar model. Haha. Muka sangat tak konsisten bagi setiap design. Haha. Hair band model tak boleh pakai lagi sebab tak muat plus model tak ada rambut lagi. Tak sesuai noks! Hihihi. By the way, nak tahu ke-available-an hat dan hair band nih, meh jemput ke Arissa's Gallery ye?

Berminat? 
Boleh directly drop comment di bawah pic di Arrisa's Gallery

atau

email nbatriesya@gmail.com

atau

boleh komen di bawah entri ini.

satunotahati: dalam edit gambar budak musuk masam, terjumpa muka masam beliau. esok lah upload. hihihi.


Read more>>>

Friday, June 8, 2012

LUCKY DRAW BY WWW.MYADYNA.COM


Assalammualaikum. Hai.

Muahaha. Nur Arissa Batriesya nak cuba nasib. EH? Mak Nur Arissa Batriesya. Muahaha. MyAdyna.Com sekarang ada buat Lucky Draw. Walaupun tak pernah langsung a.k.a NEVER dapat lucky draw, tapi kot la ada rezeki budak musuk masam saya nih. Hehehe.



Hadiah? Tengok lah kat banner atas tuh. Tertarik tak mommies? Hihihihi.

Siapa nak cuba nasib jugak.

5 hari lagi, tutuplah lucky draw nih.

Good Luck Yaww!





errrkkk??? takut penganjur tengok muka musuk masam nih.
hahahaha.

Read more>>>

Thursday, June 7, 2012

Baby Walker Oh Baby Walker

Assalammualaikum. Hai.

Semalam, ramai mak ayah dan bakal mak ayah share artikel dari Harian Metro. Siap ada conversation lagik yang saya join sekaki dua kaki. Muahaha. Tentang apa? Hehe. Tentang baby walker. Trend sekarang, parents bagi anak-anak naik baby walker.

Dan saya pula. Saya memang dah set dalam mind, SAY NO TO...ada dua benda. Pertama, NO TO BUAIAN. Kedua, NO TO WALKER. Itu lah NO yang saya keep in mind sejak dulu-dulu lagi. Well, semua benda ada pro and cons. Saya tidak mahu yang cons happen. So, saya memang dah awal-awal set NO. Haha.

Back to the topic, baby walker. Nek Wan Arissa memang tak bagi saya belikan walker untuk Arissa sebab beliau kerap dengar ceramah tentang baby / kanak-kanak. Cikgu tadika katanya, haruslah tahu hal anak-anak nih kan. Kalau part kaki dan mulut hari tu, balik ceramah jer Nek Wan Arissa akan bagi ceramah pula kat kami sekeluarga. Huhu.

Nek Wan Arissa kata, bagi pakai walker akan melambatkan perkembangan otak = menjejaskan growth development. Sebab baby dah jadi macam dependable dengan walker tersebut. Lebih kurang begitulah. Dan kawan saya yang jaga anak-anak saudaranya tiga orang since kecik lagi bagitau, "janganlah bagi walker. aku tengok si ani lambat giler jalan walhal bagi pakai walker. abang2 nya dulu cepat je."


Meh baca sini:



Nasib baik saya tak merancang langsung nak bagi Arissa naik walker. Kalau tidak, mesti saya akan rasa bersalah. Huhu. And because of that jugak, saya buat tak tau jer bila biras saya offer walker anak dia untuk Arissa. Saya tak ambil pun dari rumah mentua. Buat apa nak amik kalau tak pakai? Yer dak? Dan buai jugak. So far, Arissa tak pernah rasa duduk dalam buai. Tapi, tak tahu pulak kot Ibu Arissa senyap2 bagi Arissa dok dalam buai. Wallahhualam. InsyaAllah tidak. Instinct saya juga berkata tidak. Tehehe.

Based upon the articles, banyak yang list out the consequences secara fizikal. Means bahayanya kalau pakai walker. Macam accident ke apa. But, itu mungkin kita boleh kata malang tak berbau. Yer dak? Tapi, bagi saya pula since kita ada banyak sources / input yang boleh kita baca dan nilai, so buat yang terbaik untuk anak-anak. Apa pun selebihnya ialah kita berserah kepadaNya.

satunotahati: setiap seorang punya pandangan dan perancangan yang terbaik buat anak-anak. (^_^)


JEMPUT-JEMPUT SINGGAH KE GALERI ARISSA YE. TOPI EKSKLUSIF ON THE WAY! 
Read more>>>

Wednesday, June 6, 2012

Wordless Wednesday 10

Assalammualaikum. Hai.

Nur Arissa Batriesya was caught in action.
(sorry, budak musuk masam seksi sikit. ngeh3.)






Jemput-jemput ke Galeri Arissa ye! 
(^__^)

Read more>>>

Arissa Mandi....

Assalammualaikum. Hai.

Arissa mandi dalam sinki. Hahaha. Okay! Serius. Saya mandikan Arissa dalam sinki je. Entah. Mula-mula dulu, rasa macam susah sangat nak mandikan dia dalam sinki tuh. Besin mandi ada beli, tapi masa kat Sarawak. Bila balik Ipoh, dah few days mandikan dia dalam sinki - saya rasa macam comfortable. Dah tak beli-beli. =P.

Due to the weather yang panas sekarang, saya mandikan Arissa dengan air paip biasa je. Since duduk bandar, sukar nak jumpa air keluar dari hos paip sejuk macam kat kampung. (=_='). Arissa bukan main happy je kalau badan kena sentuh air. Kalau dulu, dia menangis kesejukan. Sekarang, menjerit kesukaan. Nak bagi sejuk badan si budak musuk masam tuh. Dah kuat berpeluh orang nyer. Huhu.

Kadang-kadang, tak sabar pulak nak tunggu Arissa boleh duduk. Mesti lebih senang nak mandikan. Tehehe. Berangan betul. 'menjulur' pun tak lagi. Dah berangan nak anak duduk. Hahaha.

IKLAN!

IQ BABY BATHER
(ready stock at supplier)

RM65 sahaja termasuk pos
Sabah Sarawak kena tambah RM5

Kami nak cukupkan 5 orang. Kalau cukup 5 orang, minggu depan boleh terus pos.
Booked: RM30

1. Mimie YM Radzi
2. Azie
3. ...............
4. ...............
5. ...............



  • Item boleh lipat.
  • Mudah simpan.
  • Senang untuk mandikan bayi.


Very practical bagi yang takut-takut nak bagi mandi baby lagi. (^_^).

Berminat? Boleh email saya di nbatriesya@gmail.com atau PM saya di Arissa's Gallery

Read more>>>

Tuesday, June 5, 2012

Model Galeri Arissa



Assalammualaikum. Hai.

Udah nama pun Galeri Arissa. Model nya sudah tentu Nur Arissa Batriesya. Hehehe. Atas permintaan mama Fayel nak gambar Arissa banyak-banyak, kak Mimi...mak Arissa pun upload lah gambar model tecik Galeri Arissa nih. Hihihi. Oh ye! Topi-topi yang Arissa pakai tuh akan ada dalam stock insyaAllah minggu ini. Ada siapa2 berkenan? Boleh la jenguk Arissa's Gallery selalu ye. Hehe. 20 pieces sahaja! Very limited. (^_^). (iklan sat. :p.)







Read more>>>

Monday, June 4, 2012

Orang Kata: Dia Nak Adik

Assalammualaikum. Hai.

Sabtu lepas, during our lunch time. Saya perhatikan Arissa. Budak musuk masam itu sedang giat berusaha untuk bawa jari-jemari kakinya ke mulut. Tapi, kurang berjaya sebab Arissa tarik stoking. Kasut dah tercampak ke bawah. Stoking dah tinggal separuh. Saya terus SMS mak.

"orang dulu kata, kalau gitu tanda nak adik"

Err. Haha. Ada few kawan yang cakap it's true. Happened kat diorang but for me, coincidentally je kot. Or maybe, otak dah set up macam tu. Kot la. Hihihi. Last night, kami borak sesama sendiri. Saya renung wajah budak musuk masam saya itu. Tiba-tiba saya rasa sebak. Isk. Isk. Isk.

"awak tengok muka budak busuk ni. sian dia kalau dah adik."

"hehe. kesian ye."

Weh! Serius. Kesian sangat! Teringat last time I cried sebab mak mengandungkan adik yang bongsu sedangkan adik nombor 4 kecik lagi. So, saya tak mau itu happen kat Arissa. InsyaAllah. Dengan izin Allah, saya akan bagi Arissa adik dalam tempoh dua tahun lagi. InsyaAllah. Dengan harapan, kami telah tumpahkan sepenuh kasih sayang dan perhatian pada usia kecilnya.


satunotahati: rindu Nur Arissa Batriesya sangat-sangat.!
Read more>>>

Friday, June 1, 2012

Dunia Office Ku!

Assalammualaikum. Hai.

Since dah jadi mak kepada budak musuk masam Nur Arissa Batriesya, rasanya untuk bercerita tentang mak tuh dah jadi tak fun. Jari-jemari tak hebat menari. Kalau cerita pasal anak, sebenarnya satu hari tak cukup masa untuk menaip. Ngeh3.

Awal-awal dahulu (lepas cuti bersalin), mati kutu otak cramp bila duduk office tak ada benda nak buat. Suddenly, bila hari pertama dapat kerja-an kemudian berduyun-duyun kerja-an datang sehingga ke hari ini. Haish! Tekanan! Tekanan bila kena buat kerja yang sama dua tiga kali lebih kurang sebijik macam masa mula-mula masuk kerja sini dulu. Argh! Stress mak!

Al-kisahnya, auditor datang. So, kena sorting the files lah kan. Memang 'semak' otak lah. Lagi 'semak' bila yang nak kau semak dan kemas itu datangnya dari orang yang memang suka buat 'semak'. Memang SEMAK!!! Benda dah berterabur sana-sini. Nasib baik company commenced on 2008. Tapi boleh tahan jugak lah. Auditor nak audit 2011, tapi nak kena sort since 2008. SAKIT HOTAK HAKU!

Actually tak sakit otak setakat nak buat sort. Tapi, masalahnya orang buat tiga orang. Kalau sistematik takpe. Ini tidak. Dalam saya buat yang 2009, yang sorang mintak. So, buatlah 2009 sorang lagi mintak. Tak ke sebenarnya nak mintak pelempang. Huhu. Bila kita bagitau kita punya pendapat, tak nak accept. Udah tu pulak pemindahan fail dari ring file kepada file tak ber'ring'. Dalam kau susun-susun dah nak siap tiba-tiba datang sorang bagi yang 2008 punya. Angin tak? Adoi la.

Saya PENAT lah. PENAT buat benda yang sama tak habis-habis. Akaun tolak tepi. Ada tiga company yang saya dipertanggungjawabkan untuk buat. Geram betul. Lagi geram bila..... Masuk topik lain...

Ini company keluarga. So, memang keluarga lah kerja sini. Kalau anak tokey, saya accept jugak. Tapi ini anak buah mak tokey. Okay. Mak tokey still tokey. But anak buah je kot. But masing-masing lagak macam anak tokey. Lagak macam tokey. Kalah anak tokey. Then, kalau boleh habis satu rumah nak angkut bawa kerja kat office.

Tak kisah. Tak kisah. Ini office family. So, hak you. Tapi, still staff kot. Currently, anak saudara tokey bawa sister in law masuk kerja tolong sort plus cop PAID kat bills. Then, dapat gaji RM50 sehari. Masuk pukul 11 balik pukul 5 (seminggu), kemudia masuk pukul 9 balik pukul 5 (2 minggu) TETAPI, dia tak nak sign the salary voucher kata gaji kecik sangat. HOTAK KAU!

Tau, this is your family business but still, kita sama-sama staff kot. Kalau yer pun sayang kata anak saudara yang malas (yes, serius malas) janganlah buat staff macam nih. We're not your family then you gedebuk segala file atas meja then kau bagi gaji gitu je. Naik sikit gaji hari ni, esok dah maki hamun staff (nasib baik masa tu saya tak ada). Ok. Bengang!

Siapa tak bengang kalau anak saudara perempuan dok bagi kat kite je kerja. Dia goyang ponggong plus kipas ponggong mak sedara kemudian nak 'cucuk' orang lain. Anak saudara lelaki pulak ikut suka dia ja nak datang office ke tak. Tak datang kang kata MC, tapi tak jumpa doktor. Mak sedara marah, marah depan kami staff je. Masuk office kerja nya naik turun macam busy tapi sebenarnya turun nak beli air dan merokok. Ipar anak saudara perempuan pulak dok kerja sort - sort, chop - chop. Gaji? Semua over 2K. Oh! Okay~ kau family!

satunotahati: TGIF! saya stress sekarang. geram. bengang. kadang-kadang rasa nak menangis. huk3. nasib baik saya kuat.

Read more>>>
"Ya Allah, peliharalah Nur Arissa Batriesya dan Nur Aflah Dayyina, dan sihatkanlah mereka. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, jadikankah Nur Arissa Batriesya dan Nur Aflah Dayyina sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Amin.

Iklaneka

Popular Posts

Copyright © Kalam D'Yatie Designed by azhafizah.com