Thursday, April 26, 2012

SuperMak Arissa!

Assalammualaikum. Hai.

Siapa kata Nasha Aziz je boleh jadi SuperMak? Nasha Aziz tu berlakon jek!~ Tapi, tetiba sekarang berangan pulak kalau boleh jadi 'SuperMak Nasha Aziz' yang ada keistimewaan desap desup berlari pantas. Hebat kau! Bukan setakat jaga anak, malahan jaga keamanan negara gittew. Boleh setiap kali lunch pergi rumah pengasuh Arissa. Berangan sampai tahun depan sekali pun memang tak akan jadi realiti. =P

 
si busuk 
Nur Arissa Batriesya

Tanpa sedar, samada diiktiraf orang lain atau tidak - kita telah menjadi supermak kepada anak kita sendiri. Betul tak? Dan kita sendiri juga memiliki SuperMak kita sendiri iaitu mak kita. Tiba-tiba saya teringat akan wajah mak saya yang bersusah-payah membantu bapa membesarkan kami adik-beradik. Mak pergi tadika awal pagi, balik tengahari uruskan rumah dan buat kuih untuk dijual. Kalau ada tempahan banyak, mak akan buat kuih dari petang sampai dekat nak Subuh kadang-kadang. Bapa akan tolong mak. Super kan?

 
Arissa dan SuperMak!

Saya tertanya-tanya, 'mampukah saya untuk menjadi super seperti mak saya?' Alhamdulillah. Berkat usaha dan doa mak bapa membesarkan saya, mendidik saya, memaksa saya - saya bekerja dalam sebuah pejabat yang ada penghawa dingin. Alhamdulillah, saya berjaya seperti apa yang mereka harapkan walaupun saya tak menjadi seseorang yang seperti mereka mahukan. (maafkan kak long mak, pak. T_T. sedih pulak.) Dulu, mak bapa selalu cakap supaya tidak menjadi seperti mereka.

Bersyukurnya saya sekarang. Balik bekerja cuma menguruskan rumah, anak dan suami. Terima kasih yang tidak terhingga buat mak dan bapa. Pengorbanan yang tidak mampu saya balas. Cuma saya perlu mencorakkan anak saya seindah corak yang mereka lukiskan untuk saya. (eh? saya indah? haha.) Saya perlu mejadi SuperMak kepada Nur Arissa Batriesya dan adik-adiknya (suka sangat sebut pasal adik-adik Arissa kan? huhu.) Saya dapat rasakan saya sememangnya SuperMak untuk Arissa. Ngeh3.

 
Arissa dan SuperMak lagi!

Kenapa saya kata saya SuperMak Arissa? Hehe. Kita mulakan pada detik 12 malam. Arissa kebiasaannya akan bangun pada jam itu untuk menyusu. Makanya, bukanlah ayah yang dicari Arissa. Semestinya mak Arissa gigih bangun  menyusukan anak sampai tersengguk-sengguk. Kalau nasib baik, pukul 5 / 6 baru bangun nak menyusu lagi. Kalau tak, dalam pukul 3 kena bangun semula. Kemudian baru pukul 5 / 6. Jujur, setakat ini saya tak pernah mengeluh. Saya bangun dengan senang hati malah sangat susah hati kalau anak tak bangun menyusu.

Lepas encik suami pergi kerja, saya akan membuat kerja rumah sebanyak mana yang boleh sementara Arissa tidur. Lebih kurang pukul 7, samada Arissa masih tidur atau sebaliknya saya akan kemas Arissa. Tukar pampers, pakaian dan sarung kaki tangan. Pakaikan bedak dan cologne. Kemudian angkut segala beg masuk dalam kereta, tutup semua suis yang ada dan angkat Arissa bawa masuk dalam kereta. Tutup pintu, tarik jeriji besi dan tarik pagar yang berat. Pffft.

 
Lagi?
Hik3.

Lepas tu, bermulalah pemanduan saya hantar Arissa ke rumah ibunya. Memandu, bawa anak di sebelah itu sangat mencabar okay! Tak risaukan diri sendiri, tapi otak fikirkan anak kat sebelah. Bila sampai tempat kerja, pong pang pong pang selama 8 jam. Balik ambil Arissa. Sampai rumah, encik suami sambut Arissa dan saya bergegas bersihkan diri, kemudian solat Asar. Selesai solat, saya akan bersilat di dapur sambil pasang telinga dengar drama Cinta Buat Emelda. (hebat tak? haha.)

Kebiasaannya, dalam pukul 8.30 saya dan encik suami dah makan malam. Lepas siap semuanya, baru boleh duduk rehat dengan Arissa yang dah tidur dan encik suami. Kadang-kadang Arissa merengek sebab panas (tak selesa) dan juga sekarang, Arissa kerap nak susu ori. Arissa akan melalak selagi tak dapat susu ori. Makanya, saya juga penyelamat. Takkan ayah Arissa pulak kan? Hihi. Dah selesai semuanya, barulah boleh tidur atau duduk depan pc atau tv.

 
Ok. Last SuperMak perasan.

Saya tidak pernah menjangka yang saya akan boleh begini. Kitaran kehidupan sehari-hari yang sama. Tanpa rasa jemu, mengeluh mahupun marah. Walhal sebelum ini, pantang buat kerja lebih sikit saya akan merungut. Haha. See!!! I suddenly became a SuperMak to a little daughter!~ Tepuk tangan pada diri-sendiri. Hehe. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Fasa demi fasa yang dilalui secara automatik mendidik diri menjadi lebih matang dan lebih POWER!

ini muka budak busuk masuk umur tiga bulan
(25.04.2012)
(^_^)

satunotahati: mesti korang pun sama kan? bersyukur kerana encik suami banyak sangat membantu. terima kasih sayang. 
Read more>>>

Monday, April 23, 2012

Arissa dan Mak Kebosanan

Assalammualaikum. Hai.

Kereta ayah Arissa tak boleh start.
Makanya, kami stuck di dalam rumah sendiri.
Ayah Arissa dah pergi kerja subuh tadi.
Dek kebosanan menunggu ayah 'U-TURN'.
Mak ajak anak berpossing.
=P


 Huhuhu. Nampak sangat mak Arissa syok sendiri.





 Arissa sebenarnya buka fokus pada kamera.
Tapi fokus tengok video reception Ally Iskandar & Farah Lee kat PC.
(O_o)

At last, Arissa keletihan.
Tidur dulu...

 
Tak apa hidung mak 'tak ada'.
Asalkan cukup figure Arissa.
Hahaha.

satunotahati: kalau boleh cuti, alangkah seronoknya. tapi, kena simpan cuti. (=_=') 
Read more>>>

Nur Arissa Batriesya #4

Assalammualaikum. Hai.

Jumaat lepas, mak dah bagitau Arissa yang mak terpaksa tinggalkan Arissa untuk satu malam. Jujur, ketika entri ini ditaip - mak tak tahu bagaimana atau apa yang bakal berlaku pada hari itu. Mungkinkah mak cool? Atau tak cool langsung mengongoi melalak mengalahkan Arissa. Huhu. Arissa pula surely super duper cool kan? Entah-entah, tidur lagi masa mak pergi or masa mak daftar. (=..=')

Mak musykil, Arissa macam tahu-tahu aje weekend minggu depan mak tak ada bersama Arissa. Arissa act different weekend nih sampai mak rasa macam 'alahai anak mak'. (T_T). Arissa macam tak nak berjauh dengan mak. Nak sentiasa mak dekat dengan Arissa. Dengan ayah pun tak nak. Mak cuma boleh buat kerja bila Arissa tidur je. Ayah ada pun tak boleh pakai. Huhu.

Part nak susu ori, sememangnya Arissa dah start pandai nak memilih since last two weeks kot. Tapi weekend nih mak rasa macam over dari biasa pulak sampaikan ayah sangat worry bila fikir mak tak ada next week. Cuma mak tanam keyakinan dalam hati yang Arissa tahu serta mengerti mak tak ada so Arissa tak akan notty - notty nak cari susu ori. 

1. Arissa baru bangun tidur. mata sembap.
2. Arissa prepare nak mandi. 
3. Arissa sudah segar!
4. Arissa sibuk nak pegang botol. 
(mak semangat hari ini capture every moment)

Itu satu hal - susu ori. Petang tadi, mak iron baju dan ayah teman Arissa. Kita sama-sama kat ruang tamu. Arissa non-stop merengek. Ayah tension. Mak senyum tengok ayah tension. Haha. Sebab hari ini first time Arissa berdrama hebat sebegini. But, each time Arissa tengok mak yang sedang iron baju Arissa berhenti menangis, tengok dan senyum. Ayah cakap, "Arissa tengok je mak. Tak payah tengok ayah." Haha.

Mak stop iron baju dan main-main dengan Arissa. Borak-borak. Then, Arissa nak susu ori. Lepas tu Arissa tidur. Ayah pun tidur dengan Arissa sekali. Huhu. And you know what my dear little angel? Hati mak gundah gulana bila fikir nak tinggalkan Arissa next week. Arissa buat mak sangat berat hati. Tapi mak perlu jugak pergi - untuk Arissa jugak. Cuma satu malam kan sayang?

Nur Arissa Batriesya. Setiap hari mak pesan kat Arissa masa dalam kereta on the way ke rumah ibu supaya tak nakal-nakal. Jangan susahkan orang. Jangan nangis-nangis. Jangan pula nak susu ori. Mak kena pergi kerja. Mak kena cari duit untuk bantu ayah, untuk Arissa. Kalau nakal-nakal nanti orang tak suka. So, sama juga nanti. Jangan nakal-nakal sayang.

satunotahati: sentiasa cakap pada arissa doakan mak lulus PAC ini. 

 
Semalam. Daddy Little Princess katanyer.
Muka ceria sungguh bila nak pergi berjalan.
Bijak~~~! 
(^_^)
Read more>>>

Sunday, April 22, 2012

Arissa Berlatih Meniarap

Assalammualaikum. Hai.

Tiga hari lagi, Nur Arissa Batriesya akan menyambut hari kelahiran yang ke-3 bulan. Dan semalam, jelas sekali Arissa berusaha untuk meniarap. Weekend - masa bersama Arissa. Sebelum ini, saya cuma dengar cerita dari ibu Arissa. And yesterday, I saw her effort by myself with my two eyes. Hikhik.

Apparently, she tried her best but she couldn't. Nek Wan Arissa kata belum masanya lagi. Sampai masa, kita akan very excited bila tengok dia dah pandai meniarap sendiri. The funniest moment was - bila separuh dari badannya sudah macam orang meniarap which is from punggung sampai hujung jari kaki dan another half tak boleh. Arissa marah-marah dengan membuat sound yang kelakar entah apa yang dia membebel. Dan akhirnya, she cried. 

Hahaha. Terpaksa la mak pergi dekat Arissa dan menenangkannya. She looks cute till I forgot to took her picture. Sigh! Maunya tak lupa. Bila dah tengok Arissa marah-marah dan nangis, mak Arissa pun tambah lagi dengan menggomoi-gomoi dan mencium-cium Arissa sepuas hati. Hoho. Dah Arissa melalak, mak barulah mak Arissa stop dan memberikan kata-kata galakan buat Arissa supaya tak berputus asa. Hik3. Believe she can understand.

Mungkin, saya tertinggal beberapa moment 'kali pertama' Nur Arissa Batriesya. Tetapi saya redha asalkan Arissa membesar dengan baik bersama aturan yang sepatutnya. Tak apa kalau tidak dapat menyaksikan saat 'kali pertama' yang penting Arissa sihat sejahtera. 

satunotahati: selalu nak arissa cepat berjalan. haha. meniarap pun tak lagi. :p
Read more>>>

Friday, April 20, 2012

Semoga Rezeki Arissa

Assalammualaikum. Hai.

November tahun lepas, saya gagahkan diri untuk menghadiri ujian SPA bagi jawatan Perangkawan. Kalau tak silap masa tu dah nak masuk 8 bulan kot. Alhamdulillah, keputusan ujian yang diumumkan pertengahan Januari tahun ini membuatkan hati berbunga-bunga. Lulus! Alhamdulillah. Actually, tak sangka boleh lulus ujian tersebut. Dalam rasa gembira, hati gusar takut kena pergi PAC dalam masa yang terdekat. Satu hal mak buyung lagi. Satu lagi, kalau dibuatnya exam tuh kena time baru lepas bersalin - mak dalam pantang. Huhu.


Alhamdulillah. Hari ini dapat email dari SPA berkenaan dengan PAC ini. Saya dijemput hadir pada 28 dan 29 April ini untuk bersama-sama meraikan PAC. Cewahhh! Haha. Meraikan sangat!~ Bila baca pengalaman mereka yang pernah meraikan PAC ini, saya terus rasa NERVOUS! Haish. Entah. Dup dap dup dap jer rasa. Bila fikirkan hal pengetahuan am yang tak berapa nak berpengetahuan. Public speaking yang dah semakin berkurang sejak working di sini. Dan stamina yang entah berapa sejak lepas bersalin. Ngeh3. 

By the way, tak kisah setinggi mana tahap kenervousan saya..kegugupan saya...kepengetahuan saya...saya akan berusaha dan berjuang demi Nur Arissa Batriesya khususnya dan seisi keluarga saya amnya. Saya akan buat yang terbaik, InsyaAllah. Those yang ada pengalaman, kongsi-kongsi kan lah yer. Dan mohon jua doa dari sekalian teman semua supaya saya berjaya dalam PAC ini. 

satunotahati: kalau bab parenting agak-agak mesti saya confident sikit kan? lagi-lagi kalau bab baby. hihihi. semoga rezeki Arissa disini. aamiin...

akan berjauhan dengan budak busuk ini satu malam
(T_T)

Read more>>>

Wednesday, April 18, 2012

Wordless Wednesday

Assalammualaikum. Hai.

tak lain tak bukan
meh layan muka
Nur Arissa Batriesya



bila headband sampai mak arissa semangat pakai kan
=P 


first romper arissa
hihihi



 beannie hat arissa
mak arissa feeling2 arissa anak jepun
muahahaha

Before korang tengok ticker umur Arissa, based on muka Arissa tuh. Korang rasa dia sesuai umur berapa? Hehehe. Ramai yang kata Arissa dah besar. Hihi. Bila kata gitu, mak Arissa tertanya, "tua ke rupa anak aku nih?" Hahaha. 

satunotahati: hati senang sentiasa melihat senyuman dan keceriaan yang terpancar di wajah Arissa. Alhamdulillah.
Read more>>>

Sunday, April 15, 2012

Nur Arissa Batriesya #3

Assalammualaikum.

Nur Arissa Batriesya.
Mak dan Ayah baru bertatih.
Kaki melangkah satu satu.
Penuh cermat dan hati-hati.

Nur Arissa Batriesya.
Mak dan Ayah masih mentah.
Mata tekun memerhati.
Telinga tekun mendengar.
Mulut tak berhenti bertanya.

Nur Arissa Batriesya.
Sedaya upaya.
Mak Ayah penuhi keperluan.
Mak Ayah turuti kehendak.
Asalkan tidak keterluan.

Nur Arissa Batriesya.
Tumpahnya kasih sayang dan cinta.
Khusus buat kamu.
Tidak akan berbelah bahagi.
Biarpun nanti Arissa kakak ataupun along.


satunotahati: lambat lagi kot nak jadi along~~ :)

Read more>>>

Dulu Anak, Kini Mak

Assalammualaikum. Hai.

Status Muka Buku
Beberapa Hari Lepas

Setelah memegang status mak kepada Nur Arissa Batriesya, ingatan kepada mak dan ayah bertambah kuat serta rasa kasih sayang semakin melimpah-ruah. Allahhuakbar. Allah Maha Adil. Adilnya Allah membentuk kitar kehidupan manusia. Dulu anak, kini mak. Dulu keutamaan, kini mengutamakan. 

Arissa kecik lagi untuk di bawa ke taman permainan. Makanya, tempat terbaik untuk bawa Arissa bersiar-siar ialah shopping complex yang sejuk-sejuk gitteww. Boleh juga mak ayah cuci mata. Ayah Arissa pun buntu sebenarnya nak bawa Arissa pergi mana. Mak sudah tentu senyum gembira. Arissa pula mesti gembira dalam hati ada bunga-bunga kan? 

Ayah Arissa: Nak ke mana?
Mak Arissa: Mana-mana je.
Ayah Arissa: Ipoh Parade lah. Arissa tak pergi lagi.
Mak Arissa: Ok je.
Ayah Arissa: Bahaya pergi sini. Duit mesti keluar lagi.
Mak Arissa: (senyum-senyum).

Bawa Arissa 'jalan-jalan' dekat zon baby. Mak Arissa cuci-cuci mata. Pancing sikit belek-belek baju comel-comel. Tetiba, ayah Arissa pulak yang over sambar baju untuk Arissa. Haha. Mak Arissa diam, tak mahu tegur. Hihi. Rezeki Arissa dari ayah. Serius, mak Arissa dah tak pandang kat Zon Mak dan ayah Arissa tak peduli kat Zon Ayah. Sibuk kat Zon Arissa. Teruja. 

Penuhi keperluan.
Lupakan kehendak.
Arissa keutamaan.
Kami, mungkin kelak.

 seni foto ayah
(d90)

seni foto mak
(nokia x3-5mp je)

satunotahati: setiap seorang punya kehendak, tapi kehendak itu tidak wajib untuk dipenuhi.
Read more>>>

Saturday, April 14, 2012

Happy Birthday Auntie!

Assalammualaikum Auntie Saila!

Mak Arissa kena update entri laju-laju sebelum jarum panjang dan pendek masing kat angka 12. Hehehe. Selamat hari lahir Auntie Saila.

Semoga diberi kesihatan yang baik.
Panjang umur.
Murah rezeki.
Dipermudahkan segala urusan.
Dunia akhirat.
Diberkati dan dirahmati.
Allah SWT.

  
Read more>>>

Arissa Naik Kapal Terbang

Assalammualaikum. Hai.

 Arissa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kucing
(Tidur)

Dah lama dah nak cerita pasal kali pertama Nur Arissa Batriesya naik flight. 19 March yang sudah Arissa naik flight dari Sarawak ke KL yang ambil masa 1 jam 45 minit. Masa tu Arissa dah over one month. Abang Ben pun nak bawa baby Qhaliff balik Kelantan naik flight. Cuma baby Qhaliff, kecik sangat lagi. ;)

Apa yang perlu kita bawa dalam kabin? Dalam beg wajib ada:

  • diapers
  • baby wipes - wet tissue (kot baby m'brooot)
  • susu (bagi yang minum susu formula)
  • blanket & baby hat (elak angin masuk dari mana-mana celah)
  • sepersalinan baju baby (prepare kot perlu)
  • puting (kalau baby reti isap puting)
  • travelling earphone (err, tak pasti betul tak namanya. suami beli di Guardian)

Serius memang sangat susah hati nak bawa baby naik flight. Buat research sana sini. Alhamdulillah, Arissa memang tidur je sepanjang dalam flight. Tak meragam. Saya dan encik suami pasangkan earphone tu je yang buat dua gelisah sebab dia tak boleh nak dengar apa pun. Then, puting tak pernah lepas dari mulut dia. Dalam tidur pun Arissa ada cot cot cot juga puting. Memang ada advantage juga la baby hisap puting. Macam kita juga ada time dalam flight telinga rasa cam pekak-pekak sikit tu kita telan air liur.

Bagi ibu pula, pakai nursing dress to make yourself comfortable bila nak breastfeed baby. Dan if masih dalam pantang, pastikan pakai sweater tebal dan socks tebal. Orang kata takut bentan. Bentan ni...entah. Bila tanya nenek dan mak pun diorang tak tau apa itu bentan. Bentan ni words dari Semenanjung. Orang Sarawak tak ada kot. Dan kami tak bawa stroller. Sebab rasa macam Arissa boleh lagi untuk di riba. Hihi.


Earphone nih yang warna kuning tu kenyal-kenyal macam marshmellow. Hihi. So, boleh di lenyek-lenyek / pulas-pulas jadi halus muat-muat masuk telinga baby. Lubang telinga baby kan kecik. So, nanti benda tu mengembang dalam telinga dan tak boleh dengar apa-apa dah. Keberkesanannya diakui oleh ayah Arissa yang turut try test benda alah ni terlebih dahulu. 

  
Arissa di LCCT
(tidur jugak)

satunotahati: kita berusaha sebaik mungkin. selebihnya, bertawakal. InsyaAllah baik-baik je.
Read more>>>

Friday, April 13, 2012

Jangan Terlalu Puji

Assalammualaikum. Hai.

Dialog Ibu Arissa :

"alololo. budak buruk ni."
"siapa cakap dia comel. buruk ica ni."
"ala pandai ica nih. eh, tak la. buruk ica ni."

Mak Arissa sekadar senyum. Saya tak kisah pun. Biasa kot kalau main-main ngan baby akan ada wording macam 'budak busuk' 'budak macam' 'budak tombam' dan segala budak lah. Saya juga kebiasaannya akan cakap "mana busuk mak mana". Haha. Tak adalah nak cakap "mana cantik mak mana." Huhu. Tak ada lagi cakap macam tu kot. Tak tahu pulak tanpa sedar. Normally, saya cakap "subhanallah. cantiknya ciptaan Allah untuk mak". Yes! Itu ada. Dan Arissa akan senyum lebar.

Satu petang tuh masa ambil Arissa, agaknya Ibu Arissa takut saya terasa hati dengar dia cakap Arissa buruk maka Ibu Arissa pun bagitau, "orang tua kata jangan panggil comel semua. takut sakit. kata orang tua." Saya pun oh..sebab baru tahu juga ada pantang sedemikian rupa. Then, ada juga borak dengan Mak Mentua. Katanya, "memang orang tua pesan jangan selalu cakap dia ni budak baik, budak comel, budak pandai. nanti boleh meragam lah. macam ada je hal atau masalahnya kat budak tu. kata orang tua."

Saya pun curious dengan larangan yang tersebut. So, berdiskusi sedikit dengan encik suami.

Cik Isteri: 
Saya curious lah. Dalam Islam, kata-kata itu satu doa.
Encik Suami: 
Betul. Dalam Islam memang begitu.
Cik Isteri: 
Tapi saya tak kisah pun. Niat Ibu Arissa baik walaupun cam pelik.
Encik Suami: 
Tapi menurut Cikgu Azizi, ada benarnya benda-benda ini semua.
Cik Isteri: 
(diam).
Encik Suami: 
Kalau pernah dengar ceramah Ustaz Asri, setiap pujian perlu disandarkan pada sesuatu.
Cik Isteri: 
Maksud?
Encik Suami: 
Guna perkataan yang baik macam Allahhuakbar, Subhanallah, Masyaallah.
Cik Isteri: 
Oh..macam saya selalu cakap dengan Arissa lah.
Encik Suami: 
Ermm.

Pada pendapatan saya, orang tua dulu menyatakan larangan ini berdasarkan pengalaman. Dan semuanya mungkin secara kebetulan dan akhirnya berterusan dari satu generasi ke generasi yang lain. Mungkin anak-anak kecil yang telah dipuji begitu banyak menjadi mengada-ngada. Yelah, dah kena puji cantik, kacak, comel bagai. Maunya tak budak-budak ni mendabik dada. Haha. Kononlah macam anak-anak kecil kita tu faham semua tu kan. Hahaha. Anggapan ku sahaja. Muahahaha.



satunotahati: Walau apa pun, semua yang terjadi adalah atas kehendak Allah SWT. Lafazkan apa sahaja yang baik-baik buat anak-anak kita. Alunkan ayat suci Al Quran dan Zikrullah buat halwa telinganya. Bisikkan doa pada telinganya. Dan jangan pernah berhenti dari memberi ciuman kasih saya serta dakapan yang menenangkan.

Read more>>>

Wednesday, April 11, 2012

Jangan Cium Anak

Assalammualaikum. Hai.

Nenek pukul paha saya sambil berkata, "eh, jangan cium". Pukulan dan kata-kata itu turut diselangi pandangan mata tajam. Saya? Blur. Apa hal pulak tak boleh nak cium anak sendiri kan? Hoho. Sebenarnya Arissa tengah membrooot. So, saya sangat geram bila tengok muka Arissa yang tengah membroot. Exclusive kot. Dah besar sikit nanti bukan boleh tengok muka macam tu dah. Haha. By the way, she looks very cute masa itu. Lebih comel daripada biasa. Hahaha.

 
tak cium
tengok je

Dulu-dulu, pernah juga dengar tentang larangan ini, JANGAN CIUM ANAK MASA ANAK BERAK. Tapi, siapa nak kisah kalau tak kahwin dan tak beranak lagi. Ye tak? Kalau dengar pun rasanya macam angin lalu je. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Hehe. Makanya hari itu saya bertanya akan kesan dan akibat jika saya cium jugak Arissa masa membroot. Tak boleh taham tengok muka walaupun dia tengah membrooot. Huhu. Tak boleh tahan. Tak boleh.

Nenek: Orang tua-tua kata, kalau cium nanti anak dah besar muka masam. Orang tua kata.

Nenek dah tua. Bila nenek kata orang tua-tua kata, huish! Dari generasi ke berapa agaknya pantang nih. Haha. Part pantang nih mak saya tak kisah. Part pantang saya yang mak kisah sangat-sangat. Bila nenek kata macam tu, saya tak percaya. Tapi malas nak panjangkan cerita saya tak cium Arissa yang tengah membroot depan nenek. Haha. Macam habit dan hobi bila Arissa membrooot, time tu jugak rasa macam nak peluk cium sayang Arissa ketat-ketat.

special edition

satunotahati: dengar tapi jangan percaya. semua itu kuasa Allah. =)
Read more>>>

Wordless Wednesday

Assalammualaikum. Hai.

mimik muka
Nur Arissa Batriesya
pada satu masa
(^__^)

gambar bertarikh  April 03, 2012
bermula 7:06:02 AM
(^__*)


 minum susu dulu
dalam perjalanan tak boleh menyusu






 excited nak pergi berjalan katanya
tapi tunggu mak berkemas sangat lama
dah penat main sorang




dah dalam kereta
syok sampai ajak mak drift
tapi dah dekat nak sampai rumah ibu
baru sedar nak kena tinggal
isk. isk. isk.

satunotahati: always fall in love dengan ragam Arissa walaupun sekadar ekspresi wajahnya. semoga Arissa terus ceria begitu walaupun kadang-kadang mak lupa tak boleh cium Arissa masa berak. err? apakah? ;)
Read more>>>
"Ya Allah, peliharalah Nur Arissa Batriesya dan Nur Aflah Dayyina, dan sihatkanlah mereka. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, jadikankah Nur Arissa Batriesya dan Nur Aflah Dayyina sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Amin.

Iklaneka

Popular Posts

Copyright © Kalam D'Yatie Designed by azhafizah.com