Saturday, March 31, 2012

Nur Arissa Batriesya [2]

Assalammualaikum. Hai.

Terimbau kembali bertapa aktifnya Arissa di dalam perut mak. Agaknya begitulah tangan dan kaki Arissa di dalam ruang yang sempit hinggakan mak susah hati dan terkadang geli hati. Saat itu mak tak sabar nak Arissa berada di sisi mak. Walaupun hakikatnya mak susah hati memikirkan bagaimana agaknya keadaan mak hendak melahirkan Arissa. Mampukah mak tabah? Bolehkah mak kuat? Dan hari ini, mak rasa rindu pula saat-saat mak mengandungkan Arissa. Saat Arissa menendang-nendang kuat perut mak. 


Pejam celik, Nur Arissa Batriesya sudah 2 bulan. Arissa semakin aktif. Kaki tangan Arissa tidak pernah diam walaupun sekadar baring. Mulut Arissa sering membuahkan butir bicara bahasa Arissa sendiri yang tidak mak dan ayah fahami. Arissa juga sering menghadiahkan mak dan ayah senyuman yang paling manis dalam dunia. Senyuman yang sangat menyenangkan hati tatkala mata terbuka di waktu pagi. Senyuman yang menghilangkan penat lelah ayah balik dari bekerja dan mak setelah membuat kerja rumah (buat masa ini sahaja). 

  
Wajah ceria Arissa pada pagi Jumaat, semalam.

Dua hari Arissa dihantar ke rumah pengasuh buat hati mak gundah. Mungkin lebih terasa apabila mak bersendirian di rumah. Mungkin akan sedikit kurang terasa apabila mak sudah mula bekerja nanti. Rasa rindu yang menerjah memang tak mampu ditahan. Tapi mak terpaksa. Ayah kata, "untuk kebaikan Arissa". Dan dalam terpaksa mak tinggalkan Arissa. Sedih bila tengok muka Arissa yang ditinggalkan walau sebenarnya Arissa masih tidak mengerti. Saat itu mak terfikir, 'indahnya jika mak boleh menjaga Arissa sepenuh masa'.

 
Setelah dijemput dari rumah pengasuh.

Beberapa hari ini, Arissa sudah mula menunjukkan kelainan yang pada mulanya buat hati mak ayah gusar. Huhu. Pada hari pertama Arissa di rumah pengasuh, malamnya Arissa sudah tidur dalam pukul 9 malam dan hanya bangun untuk menyusu pada pukul 4 pagi. Mak ayah pelik sebab kebiasaannya Arissa akan bangun lebih kurang pukul 12 malam dan seterusnya setiap 2 jam. Dan pada hari kedua pula, Arissa tidur pukul 6 petang dan cuma bangun pukul 12 malam untuk menyusu. Ini semua adalah luar dari kebiasaan Arissa.

Dan! Arissa sudah pandai hisap jari-jemari dengan jayanya. Tetapi! Mak tak berapa suka sebab muka Arissa sangat comot bila hisap jari. Orang-orang tua kata kalau baby pandai hisap jari itu bagus. Maknanya baby pandai bawa diri. So, Arissa pandai bawa diri dah kan? Tehehe. Ini yang mak super duper bangga. Baru dua hari rumah pengasuh dah pandai bawa diri bersamaan berdikari sama macam mak. Mak tau, Arissa mesti boleh punya sebab mak boleh. 

 
Arissa hisap jari.

Arissa, mak ayah tak sabar nak tunggu Arissa pandai meniarap. Pastikan Arissa membesar secara berperingkat ok. Tak mahu lah Arissa 3 bulan nanti dah pandai jalan pulak. Tak glamor masuk Harian Metro pun tak apa yang penting Arissa membesar mengikut perkembangan yang betul supaya minda Arissa juga berkembang dengan baiknya. Hihi. 

satunotahati: mak ayah sayang Nur Arissa Batriesya sangat-sangat.!
Read more>>>

Wednesday, March 28, 2012

Hari Pertama Bersama Pengasuh

Assalammualaikum. Hai.

Baru satu jam. Saya sudah merindui Nur Arissa Batriesya. 

Ya Allah. Aku memohon perlindungan Mu ke atas anakku dari segala tingkah laku yang tidak baik, dari segala tindak perbuatan yang tidak baik, dari segala nafsu yang tidak baik, dari segala macam penyakit yang berbahaya.

Hari ini saya hantar Arissa ke rumah pengasuh tetapnya, insyaAllah tak jauh dari rumah mentua. Belum mula kerja lagi tapi nak biasakan dia sebelum saya mula bekerja. Kalau dah masuk kerja nanti, dibuatnya Arissa meragam sampaikan pengasuh tak boleh handle. Tak pasal pulak kena balik. 

 
arissa tidur lagi masa bawa keluar dari rumah

Sedih sangat bila tinggalkan Arissa kat situ. Saya rasa macam tak boleh nak tinggalkan dia kat situ. To see her face pun tak sanggup. Serius! Tak tahu nak kata perasaan nih. Dan pada ketika entri ini ditaip, telinga terngiang-ngiang suara dan tangis Arissa. Ya Allah! Rindu sangat kat Arissa. Tengok gambar, sedih. Tengok barang-barang, sedih. Tengok tempat tidur, sedih. Akhirnya, menangis.

tak sampai hati nak kendong bawak masuk kete yang pasti mengganggu tidurnya 

Masa nak tinggalkan Arissa, cium Arissa berkali-kali. Rasa nak bawa balik semula. Huhu. Sebelum balik, singgah rumah mentua ambil kunci kereta dan balik. Masuk je dalam kereta, tiba-tiba je nangis. SMS encik suami. Encik suami kata sabar. Apa lah yang encik suami boleh buat pun kan. Then balik nak cari breakfast pun saya tak tentu hala. Lebih dahsyat saya telah melawan arus. Terkejut jugak. Nasib baik bukan main road. Beristighfar panjang. Huhu.

 
bagaimana tak rindu dengan arissa? (T_T)

Sekarang saya benar-benar faham akan perasaan seorang mak yang meninggalkan anak bersama orang lain. Dan saya terfikir akan perasaan mak saya ketika kami anak-anak berjauhan darinya. Dan pada ketika adik saya Awang Firdaus telah dijemput oleh Allah untuk kembali ke sisiNya. Lagi besar dugaan untuk mak. Ya Allah. Bertambah-tambah rindu. Rindu anak. Rindu mak.

p/s: mak tak setuju sekiranya saya nak quit dan duduk rumah. mak kata, kita tak tahu apa yang sedang menanti kita. urm...ok...serahkan segalanya pada Allah SWT! :)
Read more>>>

Wordless Wednesday

Assalammualaikum. Hai.



penyejuk di mata
penawar di hati


kecintaan sampai mati
insyaallah

Read more>>>

Tuesday, March 27, 2012

Arissa Check Up Dua Bulan

Assalammualaikum. Hai.


Semalam Nur Arissa Batriesya check up 2 bulan. Saya bawa Arissa bersendirian. Ayah Arissa tak boleh nak temankan. At first saya rasa macam 'sampai hati tak nak temankan'. Haha. Tetapi, wajib bagi saya untuk berfikiran positif. Ayah Arissa perlu simpan cuti dengan sebaik mungkin. Any case of emergency, ayah Arissa will responsible lebih sebab beliau senang ambil cuti. Compare dengan saya, haish toksah cerita. Alhamdulillah. Semuanya smooth. Drove okay. Enjin tak mati tengah jalan. Haha. 

`

Arissa anak yang baik. Arissa senyap je dalam car seat plus tidur lebih. Terbuai katanya. Hehe. Rasa kalut juga sebab mana nak dukung Arissa, mana nak kendong 'handbag' Arissa yang besar. Hoho. Cerita pasal 'handbag' Arissa, sekarang kemana-mana memang bawa 'handbag' Arissa. Makanya, haruslah Arissa menambah koleksi yang ada supaya mak boleh kekal bergaya. Haha. Poyos! Check up dua bulan bukan setakat nak timbang dan ukur semata, tapi Arissa perlu dicucuk. Part cucuk ini yang buat hati saya bagai dicucuk-cucuk. Sementara menunggu giliran Arissa, saya dah dup dap dup dap dengar babies yang menangis dengan 'hebat'nya lepas kena cucuk. (=_=')

 

Keputusan check up Arissa,
Berat : 4.6 kg
Tinggi : 55 cm
Lilit kepala : 37 cm
BMI : 16
Perkembangan sejajar dengan umur.

 

Sekarang, setiap hari MMS gambar Arissa kat Nek Wan, Nek Aki dan Nek Udak untuk tatapan semua. Nek Wan Arissa sangat risau cucunya terkena obesiti. Haha. Kelakar bila budak kecik macam Arissa, atau dengan kata lain Arissa sendiri kena cop obesiti. Nasib kamu lah anak! Haha. Nek Wan, Nek Ki, Nek Atuk, Nek Udak semua kata badan Arissa macam 'terpadat'. Maksudnya, seolah-olah badan Arissa dah macam patung Michelin. Boleh bayangkan tak? Hehe. Nek Wan Arissa kata bagi Arissa diet. Entah macam mana nak bagi Arissa diet kalau lambat lima minit je bagi susu, Arissa dah buat 'loud speaker'. Huhu. Hilang sifat gugurl Arissa kalau dah lapar. Btw, dah tak ada kerisauan dengan risiko obesiti buat bula ini sebab nurse kata perkembangan sejajar dengan umur. Ok lah tu! Haha. Agak2 bulan depan 5.6 kg tak? Muahaha. Baby girl kawan saya 5 kg ke atas tapi umur dah 4 bulan / masuk 4 bulan. Baby boy tak boleh compare sebab baby boy memang sedia ada berat ngan tulang. Bak kata Ima, 'el satu bulan dah 5 kg tapi el nampak kecik. arissa 4.6 kg. el tak berketul-ketul macam Arissa'. oh anak mak! Jangan berangan jadi Uncle Malek Nor tau. Arissa tuh gugurl. :p


Arissa anak yang gagah perkasa juga. Walaupun Arissa gugurl tapi Arissa kuat. Mulanya saya ingatkan Arissa akan melalak meraung macam other babies. Tapi, masa Arissa dicucuk saya memang tengok muka Arissa je. Tak sanggup nak tengok nurse cucuk jarum pada Arissa. Arissa cuma ngek sekejap je. Lepas tu dia tengok muka saya dan berkata, 'uh'. Rasanya dia mengadu paha sakit kena cucuk kot. Alhamdulillah. Mak mana yang tak bangga bila anak gagah perkasa. Hihi. Budget iklan Anmum pulak. =P. Sementara tunggu nak dapat kad Arissa balik, saya sapukan Vicks pada paha Arissa. Nek Wan Arissa kata, takut demam. Semoga Arissa tetap kuat dan tak demam. Hehe. On the way balik Arissa tidur aje. Biarpun saya terlanggar lubang, dia tak heran. Tidur dengan lena dalam car seat. Anak. Anak. Hehe. Bawa Arissa jalan-jalan pekan. Tujuannya nak try jalan menuju KKIA Greentown sebab dah kena halang buat check up di KKIA Simee. Sedih! Geram! Terpaksa pusing jauh wokeh untuk bawa Arissa pergi klinik, then saya nak ke office lagi. Faktor: bukan senang nak dapat cuti. Huhu. 

Di rumah, Arissa agak sedikit meragam. Mak cakap mungkin Arissa baru rasa sakit pada injectionnya. Arissa nak kena peluk, kena belai, kena main, kena borak. Nasib baik hari tu beli satu mainan untuk Arissa. Apa tah namanya. Apa yang penting, warna-warni : menarik perhatian mata. Dan ada loceng, bunyi : menarik perhatian telinga. Tehehe. Btw, itu lah permainan pertama Arissa yang dibeli bertujuan untuk meransang deria penglihatan serta pendengaran. Akhirnya semalam digunakan untuk mengalih perhatian. Hihi. 

 

Dah puas kena cium belai semua, Arissa tidur dengan nyenyaknya. Saya pulak kalut pong pang buat apa yang patut sebab rumah boleh tahanlah serabut. Haha. Arissa tidur sampailah ayahnya balik dari kerja. Bila ayahnya ke pasar malam, paksa Arissa bangun untuk dimandikan. Hoyeah! Arissa saya sangat cergas dan ceria. Alhamdulillah. Geram pula tengok anak sendiri bila tak berpakaian. Agagaga. BABY MICHELIN! Apa lagi, kena gomol-gomol dulu sebelum dimandikan. Wakaka. well, tak akan pernah puas cium Arissa. Hehe. 

 
Ada dua perkara yang saya belajar tetapi main point ada satu iaitu KEBERANIAN. Walaupun pada awalnya tidak yakin nak drive sendiri bawa Arissa ke klinik dan takut untuk menyaksikan anak kena cucuk, tetapi akhirnya semua berjalan dengan lancar. Ahamdulillah. Terima kasih Allah. Betullah, tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia. Tahu kenapa? Kerana demi anak, walau takut mahupun lemah pasti akan jadi berani serta gagah. Tak perlu risau akan siapa diri ada pada fasa bujang yang telah berlalu kerana anak boleh merubah segalanya. Tindakan refleks, mungkin. Hehe.
Read more>>>

Sunday, March 25, 2012

Eksklusif: Selamat Ulangtahun Pertama

Assalammualaikum. Hai.

Setahun sudah usia perkahwinan kami. Seakan semalam kami disatukan dengan lafaz ijab dan kabul. Seakan semalam kami disandingkan diatas pelamin nan indah. Setahun sudah usia perkahwinan kami. Allah kurniakan si permata hati, Nur Arissa Batriesya untuk menambahkan seri. Sesungguhnya, tiada ungkapan lain yang lebih indah melainkan terima kasih Allah atas nikmat kurnia-Mu. Alhamdulillah.

notakaki: terima kasih buat mak bapak yang memberi keizinan. terima kasih buat saudara-mara yang membanting tulang. terima kasih buat sahabat handai yang meraikan. terima kasih atas doa kalian.

25 Mac 2011: ijab kabul
25 Jan 2012: kelahiran permata hati
25 Mac 2012: setahun sudah~

25 Mac: happy birthday mak! semoga diberi kesihatan yang baik, umur panjang, murah rezeki, dipermudahkan urusan dunia akhirat dan dirahmati Allah. terima kasih atas setiap pengorbanan yang diberikan.

Kata-kata dan gambar pada laman muka buku tengah malam tadi. Tehehe. *gambar tak boleh blah!* Tak perlu dihuraikan dengan panjang lebar. Sejujurnya, saya bahagia. Alhamdulillah. Syukur. Kebahagiaan yang berlipat ganda dengan kehadiran Nur Arissa Batriesya. Syukur kerana dalam tempoh setahun ini keluarga saya menerima dua orang insan baru dalam keluarga. Alhamdulillah. seperti yang saya katakan, tidak ada kata yang lebih indah melainkan Alhamdulillah. Terima kasih Allah.

p/s: semoga cinta, kasih dan sayang yang disemai semakin bercambah seiring dengan pertambahan usia perkahwinan. semoga Allah memberikan kami suami isteri kekuatan dan ketabahan dalam berdepan dengan semua ujian yang diberikan. sesungguhnya tidak ada seorang pun yang terlepas dari ujian Nya yang memberi makna bahawasanya Allah menyayangi hamba-hamba Nya. bukankah, Allah sayang sebab itu Allah uji. :)

notakaki:
buat Zu, kami sekeluarga mendoakan Allah mengurniakan kamu cahayamata secepat mungkin. as u said, baby is on the way. ya. cuma cepat atau lambat. semua itu adalah atas kehendakNya. kunfayakun. keep smiling! kamu semakin baby face lah~! will always be a baby tu mr. hubby lah tu! ;)

buat As, banyak yang dah kita kongsi especially moment pregnant dan apatah lagi sekarang - parenthood. hihi. thanks a lot tau. kalau tak ada kamu kat Ipoh, saya memang tak ada kawan untuk berjumpa berjimba kot. next time kita berjimba berempat ok. hehe.


our bundle of joy

Read more>>>

Wednesday, March 21, 2012

Wordless Wednesday

Assalammualaikum. Hai.


Nur Arissa Batriesya
Cinta hati sampai mati
Kasih ku tidak terperi
Biar depan mata
Kau tetap ku rindui

p/s: biarpun anak dalam bilik, mak diluar bilik. hati rasa rindu nak tatap wajah anak. =)
Read more>>>

Wednesday, March 14, 2012

Wordless Wednesday

Assalammualaikum. Hai.



senyuman itu memberikan ketenangan hati, melapangkan dada, mententeramkan jiwa serta menghapuskan rasa letih dalam diri. senyuman itu mampu mengubah hari yang kusam, lesu dan sayu bertukar menjadi ceria, segar dan indah. senyuman itu yang dinantikan setiap ketika dan waktu. senyuman itu juga yang bakal dirindui semua insan yang mengenali.

terima kasih Allah atas anugerah yang tidak terhingga.
dengan izin Mu, akan kami jaga amanah ini dengan sebaiknya.
kami bermohon pada Mu agar memberikan kami kekuatan.
semoga kami tabah dan sabar dalam menempuh kehidupan.
amin.
Read more>>>

Tuesday, March 13, 2012

Lima Hari Lagi!

Assalammualaikum. Hai.





Hati rasa sayu semacam jer tengok muka Arissa nih. Seperti biasa, saya nih memang selalu terover feeling sedikit. Ta-cing Ma-cing itu dah jadi habit. Arissa akan buat muka ceria secerianya bila bersama Nek Aki nya. Bila Nek Aki dia panggil dia 'cucu cucu cucu', Arissa akan ketawa dengan lebar tapi tidak lagi terbahak-bahak. Tehehe. Arissa kecik lagi nak ketawa ada bunyi. Meleret-leret tawa Arissa bila dengan Nek Aki dia. Arissa la penawar penat mereka sekarang. Bila balik kerja, Arissa yang menjadi penghibur.

Allah mengambil kembali Awang Firdaus dan meminjamkan kepada kami Nur Arissa Batriesya. Kehadiran Arissa menceriakan kembali rumah kami walaupun ingatan kami terhadap Firdaus semakin kuat. Awal-awal dahulu kerap juga saya mengalirkan air mata bila berdua dengan Arissa dan tengok gambar Firdaus. Awal-awal dahulu juga saya rasa macam seolah-olah si kecil yang berada disisi saya itu Firdaus. Kadang-kadang saya tersasul panggil Arissa 'bujang' - nama gelaran Firdaus. Kadang-kadang saya tersilap membahasakan diri saya sebagai 'kak long'. Tapi, itu awal-awal dahulu. Mungkin dalam tempoh penyesuaian.

Nek Wan Arissa pernah cakap, "Arissa ni tak boleh nak rapat-rapat sangat, kejap lagi dia tinggalkan kita", "sekarang Lee yang rindu dengan Arissa, kejap lagi kami yang akan rindu dia". Sedih ok! Dalam menaip ni pun saya sedih. Sedih sangat. Saya faham perasaan mak dan bapak saya. Tapi apakan daya saya. Saya juga tak sanggup nak berjauhan dengan Arissa, jadi tak mungkin untuk saya tinggalkan Arissa. Tapi saya juga rasa tak sanggup nak bawa Arissa jauh dari mak dan bapak saya. AllahhuAkbar. Sesak rasa dada nak tahan rasa sedih nih.

Lima hari lagi, Arissa akan terbang ke Ipoh. Lima hari je lagi untuk Arissa bermanja-manja dengan Nek Wan, Nek Aki, Mak Ngah, Mak Ude, Mak Udak, Nek Atok, Nek Udak, Nek Usu dan semuanya. Lima hari je lagi Arissa nak bergelak ketawa dengan diorang. Lima hari je lagi ada Arissa yang nak dipandang bila mak bapak keletihan. Lima hari je lagi mak bapak akan terjaga mendengar rengekan Arissa di tengah malam. Lima hari je lagi Arissa akan tidur bersama-sama Nek Wan. Lima hari je lagi mak Arissa dan Arissa bersama keluarga di Sarawak.

InsyaAllah, bulan 8 nanti Arissa akan balik Sarawak. Agak-agak Arissa dah boleh berjalan tak masa tu? Hihi. Berangan tapi Amin~~! Semoga dipermudahkan segala urusan kami sekeluarga. Semoga diperkenankan oleh Nya setiap doa yang dititipkan.

p/s: memikirkan Arissa yang akan berjauhan dengan Nek Wan dan Nek Aki nya, mak Arissa yang terover pilu + sayu. taip entri sambil kesat air mata.






p/s: Awang Firdaus: dik, kak long rindu daus. kak long doakan daus aman dan tenang disisi Allah. dan kak long yakin, daus lebih bahagia bersama Nya. daus dah jadi pak usu. mungkin bukan masa terdekat tapi satu hari nanti kak long akan bawa arissa jumpa daus. insyaAllah.
Read more>>>

Thursday, March 1, 2012

Check Up Bulan Pertama


Assalammualaikum. Hai.

1st month check up, Arissa kena cucuk. Seriously, it was hurting me. Sedih kot dengar Arissa menangis kena cucuk. Sedangkan saya kena cucuk pun boleh terbeliak mata, apatah lagi Arissa yang baru satu bulan. Luckily bukan saya yang riba Arissa masa kena cucuk. Nek Nor dia yang riba. Saya menunggu tunggu kat luar bilik sambil pura-pura cool. Tapi bila dengar Arissa nangis, tak semena-mena mata rasa panas. Faham-faham aje la kalau dah rasa panas berair. Tehehe.

1st month check up merupakan last check up saya dan Arissa di KKIA Sematan. Arissa macam tau-tau aje hari itu last day dia, dia buat taik kat nurse. Haha. Bukan buat jahat ye. Tapi dia memang berak masa nurse nak timbang berat dia. Haha. Tak pasal-pasal nurse cuci punggung dia. Lepas nurse cuci punggung, dia ‘muntah susu’ pulak. Dah kalut nurse nak tepuk-tepuk dia. Nurse pun sempat cakap (atau mungkin merungut), “ai Batriesya ni..lepas satu..satu..” Haha. Mak Arissa pula mesti back up Arissa kan. “Arissa nak bagi kenangan kat nurse, hari ni dia last”. Hihi. Then, nurses pun semua cakap “oh..dah nak balik Semenanjung dah dia”. KKIA kan. Kampung pula. Memang kecoh. Hoho.

By the way, apa yang buat saya happy sangat bila dengar nurse cakap berat Arissa sudah 3.65kg. Alhamdulillah. Arissa membesar dengan cepat. Tak apalah kalau nanti lengan mak lenguh-lenguh kalau dukung Arissa. Boleh bagi ayah dukung, kan? Hihi. Eh, nak cerita berat Arissa je ke? Berat mak Arissa jugak dah kembali kepada asal. Hoyeah! Kena kasi kurang lagi untuk kembalikan moment sangat kurus dulu-dulu. Tapi pipi cengkung – itu yang tak berapa nak best. (=_=’). Oh manusia! Dah begini nak begitu. Apa pun, bersyukur.

Arissa dan saya ada lebih kurang 17 hari lagi untuk terbang ke Semenanjung Malaysia. Gembira sebab boleh bersama dengan ayah Arissa. Tapi, sedikit berduka nak berjauhan semula dengan mak ayah dan adik-adik. Mereka juga sedih nak berpisah dengan Arissa. Erm, oklah. Till we meet again – next entry!
Read more>>>
"Ya Allah, peliharalah Nur Arissa Batriesya dan Nur Aflah Dayyina, dan sihatkanlah mereka. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, jadikankah Nur Arissa Batriesya dan Nur Aflah Dayyina sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Amin.

Iklaneka

Popular Posts

Copyright © Kalam D'Yatie Designed by azhafizah.com