February 26, 2012

Pantang Empat Puluh Empat Hari

Assalammualaikum. Hai.

Pantang. Indah khabar dari rupa. Tak tipu. I am the queen of the day which is every day till 44 days end. Tapi, sebenarnya saya kebosanan. Bosan yang amat. Saya dilarang untuk buat itu buat ini. Saya ditegah untuk makan itu makan ini. Saya diarah untuk makan itu minum ini. Saya dipaksa untuk pakai itu pasang ini. Ok! I am the queen but I need to follow the rules and orders. Sometime, felt like alahai ridiculous lah. At the end, follow juga walaupun muka masam mencuka kena paksa. (=_=’).

Mak dan nenek saya sangat tegas. Tapi, saya masih juga mahu mengelat. Lately, setiap hari kena marah atas sebab yang sama – tak pakai pilis + scarf. Telinga macam dah lali, berdegil jugak. Tapi malam sejak malam semalam saya pakai. Haha. Dah tak nak dengar mak bising-bising masa saya tengah tidur. Hihi. Mak dan nenek selalu cakap begini, “yelah, sekarang sihat lagi. nanti belum tua umur dah sakit sana sini. sedangkan nenek dan mak yang betul-betul berpantang ni pun, sekarang dah sakit-sakit". Saya dah sengih-sengih sebab ayat penyata tersebut disebut kerana saya cakap, “ala. zaman moden”. Ha…tadah lah telinga kau mak zaman moden. Hihihi.

Makan? Memang pantanglah. Saya tak kisah sangat pun walaupun semakin dekat hari, semakin kuat nafsu nak makan macam-macam. Dah macam orang mengidam pula rasanya. Hehe. Kepelbagaian makanan saya pun tak seberapa sebab saya sendiri pun tak ada nak request apa-apa. As long as ada sayur, kemudian mak atau kak ngah buatkan ikan bilis goreng campur lada hitam, bawang putih dan halia – fuhhh! Tak pandang kari ayam atau kari ikan orang lain. Nasib baik pantang nenek saya, ‘tak boleh tambah nasi’. Kalau tidak, saya boleh gemuk. Pantang ini rasionalnya memang tak bagi kita makan banyak sangat takut berat bertambah dan perut memboyot. Hoho.

Set berpantang? Saya guna Jamu Selapan Mustika Ratu. Pilih set ini sebab set ini yang dipromosi kaw-kaw dalam Pa & Ma. Apa yang best? Set ini cuma ada dua jenis ubat untuk ditelan. Yeay! Hihi. Kapsul. Satu biji setiap pagi dan petang. Saya sangat susah nak makan ubat, so memang yeay lah kan. Lain-lainnya, pilis di dahi, perut, badan dan juga parem susu katanya. Then, mandi dengan mandian herba juga. Mandi herba itu sangat melegakan. Kadang-kadang saya guna mandian herba TYT. Both buat badan segar bugar. (^_^).

Bengkung. Ok! Bengkung saya tak pernah tak pakai sehingga hari ini. Part yang ini saya patuh konon tak nak bagi perut buncit. Err, actually tak nak bagi buncit sangat. Hihi. Ada satu malam saya buka sebab rimas dan mak tertengok. Dah kena marah. Hoho. Then kalau diikutkan tak boleh kena angin walaupun angin sepoi-sepoi. Tapi, kipas saya 24 jam. Mana tahan peluh turun macam mandi pula. Orang pakai sweater, saya pakai cardigan nipis. Hehe. Kipas tak la direct kat saya dan Arissa. Hala ke arah lain dan dapat tempias-tempias. Kepala juga kena tutup dengan anak tudung. Takut angin masuk mak kata.

Saya suka bertungku. Bertungku itu buat perut jadi selesa. Sangat selesa. Saya akan bertungku awal pagi dan petang. Tapi, kalau Arissa tidur saya akan ambil kesempatan itu untuk bertungku. Luka jahitan? Saya ikut nasihat doktor untuk tidak menggunakan sabun atau apa-apa ubat. Guna air paip biasa sahaja. Cuma saya akan guna pencuci dari set Mustika Ratu – air sireh. Alhamdulillah luka jahitan cepat sembuh. Syukur. Syukur.

Kalau diikutkan, ada banyak lagi pantang larang orang tua. Atas sebab itu orang akan kata kita akan jadi permaisuri. Satu apa kerja pun tak boleh buat. Sedangkan nak berjengket juga tidak boleh. (=_=’). Apatah lagi nak buat kerja yang berat-berat. Nak masak makanan untuk diri sendiri pun tak boleh. Apa pun tak boleh. Dah rasa macam tak boleh blah. Huhu.

p/s: another 11 days to go! :D

February 25, 2012

Allah Sayang Sebab Itu Allah Uji

…………………………………………………………………………….

“Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi Kami ada suatu kitab yang membicarakan kebenaran, dan mereka tidak dianiaya.”
(Surah al-Mukminun: 62)

…………………………………………………………………………….

23 Februari 2012,

6.46am
Alhamdulillah..fida selamat melahirkan baby boy kul 3.54 tadi..dengan berat 3.1kg :)

6.49am
Alhamdulillah.. Tahniah fida.. :D Selamat berpantang.. :D Sihat nanti share2 pengalaman ye.. ;)

6.50am
Tq Dyg..nanti kte share2 ye.. :)

Saya dapat merasai kebahagiaan teman saya, Rafida Shaharuddin serta suami ketika memaklumkan kepada sahabat handai akan kelahiran cahayamata pertama. Saya telah melalui hari sebulan yang lalu. Perasaan yang tidak terungkap dengan kata-kata. Saya juga turut gembira dan bahagia mendengar perkhabaran gembira ini.


24 Februari 2012

11.30am
Hati tergerak untuk melihat dinding mukabuku Rafida. Tersentak! 5 minit sebelum itu kakak kepada Rafida iaitu Rahayu menulis pada dinding mukabukunya :

Al- fatihah buat baby kepada Rafida yg telah pegi mengadap ilahi pg td...allah lebih sygkan die....baby tertelan air ketuban bercampur taik semasa dlm perut ibunye...sempat hidup sehari je....tabahkan hatimu adikku...berat betul ujian Allah padamu namun redha la..setiap kejadian ada hikmahnya...die telah menunggumu di pintu syurga ...amin...

Kaku. Diam. Sayu. Sedih. Menangis. Kalimat pertama, “Ya Allah”. Seakan tak percaya. Saya baca berulang kali. Dan kemudian, “Innalillahiwainnailaihirojiun”. Besarnya dugaan buat kamu Fida. Saya peluk erat Nur Arissa Batriesya. Mungkin inilah yang dikatakan naluri seorang ibu. Sungguh, saya tidak berada ditempat Fida. Sungguh, saya tidak dapat merasai apa yang Fida rasa. Sungguh, cuma Fida lebih tahu. Namun, saya dapat merasai kesedihan itu.

Saya mengenali Fida pada pertengahan tahun 2010 ketika kami sama-sama menjadi jurulatih PLKN di Kem PLKN Tegas Mesra. Jarak waktu majlis perkahwinan kami cuma selang seminggu. Begitu juga dengan kehamilan kami. Atas sebab itu kami banyak berkongsi cerita. Tentang persiapan majlis, kehamilan dan kelahiran. Tidak dapat online awal-awal berpantang, kami berbalas mesej untuk berkongsi cerita kelahiran. Sangat tidak sabar untuk berkongsi pengalaman bersama Fida.

There’s no best word to say. Dan perkataan sabar itu mudah untuk diungkapkan tetapi sebenarnya tidak mampu mententeramkan hati. Makanya,

24 Februari 2012

11.40am
Salam Fida, salam takziah dari saya sekeluarga.. Semoga Fida dan suami tabah dalam berdepan dengan ujian Allah.. Sesungguhnya dia menanti kamu berdua di pintu syurga.. Amin..

Allah lebih mengetahui akan kemampuan Fida dan suami. Allah sayang Fida, sebab itu Allah uji. Dan Allah lebih sayangkan Muhammad Adam Khalif. Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat cahayamata Rafida, Muhammad Adam Khalif.

p/s: doa saya semoga Rafida tabah dan tidak terganggu emosinya semasa berpantang. semoga fida dijauhkan dari 'baby blues'. semoga Rafida dikurniakan cahayamata akan datang.

February 24, 2012

Nur Arissa Batriesya [1]




Assalammualaikum Nur Arissa Batriesya.

Hari ini genap 30 hari usia puteri hati mak dan ayah.
Syukur Alhamdulillah.

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG.

Seakan semalam mak membuat UPT. Seakan semalam mak merasakan tendangan dalam perut. Seakan semalam mak merasakan kontraksi. Seakan semalam mak dimasukkan ke dalam wad bersalin. Seakan semalam dikelilingi jururawat mengarahkan mak meneran. Seakan semalam mak menatap wajah anak mak buat kali pertama.

SUBHANALLAH
CANTIKNYA CIPTAAN ALLAH

Satu bulan yang lalu, mak akan pastikan mak rasa tendangan atau pergerakan Arissa apabila bangun pagi. Kini, mak akan peluk dan cium Arissa setiap kali bangun pagi. Mak cakap berkali-kali pada Arissa, Subhanallah - Cantiknya ciptaan Allah. Sungguh indah perasaan itu Arissa. Mak bersyukur dan berterima-kasih kepada Allah kerana mengurniakan mak seorang puteri yang diberi nama Nur Arissa Batriesya. Mak bertambah bahagia dengan adanya Arissa disisi. Alhamdulillah.

Nur Arissa Batriesya. Nama yang mak dan ayah pilih untuk puteri hati. Sejak dari awal lagi mak dah berkenan dengan nama Arissa. Arissa yang bermaksud keazaman / kekuatan. Kemudian ayah memilih Batriesya yang bermaksud cerdik / pandai. Nur pilihan mak dan ayah untuk Cahaya-mata mak dan ayah. Doa mak dan ayah, semoga peribadi dan akhlak Arissa seindah nama Nur Arissa Batriesya. Nanti dah masuk sekolah, Arissa bagitahu cikgu mak ayah minta maaf sebab nama Arissa panjang ye. (^_^)


Sepanjang 40 minggu kehamilan, mak bersyukur sebab mak melalui tempoh itu dengan mudah bersama Arissa. Alhamdulillah. Mak bersyukur kerana dipermudahkan olehNya urusan mak melahirkan Arissa. Alhamdulillah. Mak bersyukur Allah memberikan kesempatan buat mak untuk bersama Arissa untuk satu tempoh lagi. Alhamdulillah. Mak bersyukur kerana Allah menganugerahkan Arissa sebagai penyeri kehidupan mak dan ayah. Alhamdulillah.

Sekarang, kitaran kehidupan malam mak berubah 100%. Sebelum ini, letak sahaja kepala atas bantal mak akan tidur sampai pagi tanpa sedar. Tapi sekarang Arissa akan kejutkan mak setiap dua jam untuk susu. Mak pula pantang dengar sedikit bunyi dari Arissa, terus terbangun dari tidur. Bangun tidur, mak akan peluk dan cium Arissa. Mak akan pastikan urusan bersama Arissa diutamakan terlebih dahulu. Urusan mak, kemudian. Arissa keutamaan mak sekarang.

Untuk tempoh lebih sebulan ini, mak cuma menguruskan Arissa selain diri mak sendiri. Mulai 19 Mac, mak akan menguruskan rumah, ayah dan juga Arissa. 1 April pula mak akan mula bekerja. Masa mak bersama Arissa tidak akan seperti sekarang. 24 jam disisi Arissa. Nanti lebih kurang 10 jam Arissa akan bersama dengan pengasuh. InsyaAllah. Mak dan ayah akan pastikan masa yang terluang bersama Arissa akan mak isi dengan segala hal yang baik.


Arissa, rasanya tak sabar untuk menunggu Arissa membesar. Tak sabar rasanya mak nak lihat Arissa ketawa bila diagah. Tak sabar rasanya mak nak tengok Arissa menoleh apabila dipanggil. Sekarang Arissa ketawa tanpa bunyi bila Arissa rasa nak ketawa. Arissa senyum bila Arissa rasa nak senyum. Sekarang juga Arissa menoleh bersahaja apabila dipanggil. Tak sabar mak nak tunggu Arissa sudah mula mengerti. Subhanallah. Tidak ada perkataan yang sesuai untuk mak gambarkan perasaan mak Arissa.

Nur Arissa Batriesya, mak dan ayah memilih panggilan ‘mak’ ‘ayah’ untuk Arissa. Tipikal kan? Tapi, setiap apa yang mak dan ayah pilih semuanya bersebab. Ikutkan hati mak, mak nak Arissa panggil ayah ‘bapak’ sebab mak panggil Nek Aki ‘bapak’. Hehe. Tapi, ayah seperti mak juga nak kekalkan panggilan ‘ayah’ sepertimana ayah panggil Tok ‘ayah’. Mak pula sudah semestinya sebab mak panggil Nek Wan dan Tok Wan ‘mak’. Kelakar bukan? Hehe. Walau apa pun panggilan yang diberikan, maksudnya tetap sama.

Cukup untuk kali ini Nur Arissa Batriesya.
Semoga mak istiqamah dalam menulis untuk Arissa.
Amin.

February 18, 2012

Jaundis - Petua Orang Kampung

Assalammualaikum. Hai.

Saya tahu tentang jaundis pada tahun 2000. Jaundis yang telah memberikan satu kenangan yang agak menyedihkan apabila adik keempat saya terpaksa dimasukkan ke dalam wad. Sedih sebab hari itu ialah hari terakhir berpuasa – esoknya hari raya. Sedih ok. Cuma tinggal saya, kak ngah, imani dan juga bapak. Bapak yang siapkan juadah hari raya. Dan petang itu, kami berbuka bersama dengan linangan air mata. (T_T).

Ok. Enough with the intro yang merepek entah apa-apa. Apa itu jaundis? Jaundis itu juga demam kuning. Nak tahu bayi kena kuning atau tidak, kita tengok kulit dan juga mata bayi. Part tang mata tu kalau tak silap bila tahap jaundis bayi agak tinggi. Saya set dalam minda, kalau si kecil saya terkena jaundis – itu normal. Sebab 50% bayi yang dilahirkan cukup bulan akan menghidapi jaundis pada hari kedua atau ketiga dan akan hilang selepas seminggu. Tapi, itu bukan bermakna saya tidak risau. Risau juga tapi orang kata, mild je. InsyaAllah si kecil saya ok-ok sahaja.

27 Januari, bawa Nur Arissa Batriesya ke KKIA Sematan. Arissa kena cucuk dekat tapak kaki. Kesian sangat dekat Arissa bila dia menangis kena cucuk. Nak sangat marah kat orang tu. Tapi, bukan saya yang dukung Arissa bawa pergi cucuk. Saya menunggu di luar makmal. Tak sanggup ok. Bangganya dengan Arissa, dia menangis sekejap aje. Orang makmal dan nek usu Arissa kata, Arissa menangis bila sarung kaki di buka – sejuk kena air-cond. Masa kena cucuk tu Arissa tak nangis pun. Kesimpulannya, Arissa kuat macam mak dia. Hik. Hik. Hik.

Hari itu, tahap bilirubin Arissa – 9.3 mg/dl. Bagi kami, tahap itu memang dah agak tinggi. Nek wan, nek aki, nek usu, nek udak dan nek atok Arissa memang risau sangat. Lagi risau bila nak fikirkan kalau lagi tinggi bacaan, kena masuk wad. Atas sebab bacaan yang agak tinggi, Arissa perlu melawat KKIA setiap hari yang bermaksud saya sebagai emak perlu merelakan tapak kaki Arissa dicucuk lagi. Hari-hari seterusnya, 28 Januari – bacaannya meningkat ke 10.8 mg/dl, 29 Januari – 10.9 mg/dl dan 30 Januari – 9.6 mg/dl. Bila tahap bilirubin menurun, Arissa diarahkan untuk pergi selang sehari. Makanya, 1 Februari – 8.3 mg/dl, 3 Februari – 7.8 mg/dl dan 5 Februari – 6.1 mg/dl. Alhamdulillah. Dah tak perlu ke klinik lagi. =)

Ada banyak petua yang diberikan oleh pakar perubatan moden dan juga pakar perubatan kampung. Hihi. Saya ikutkan sahaja asalkan tidak mendatangkan kemudaratan kepada Arissa. Lagipun, nek wan, nek aki dan nek atuk Arissa banyak makan garam. Selain dari usaha, berdoa dan bertawakal. So, saya sebenarnya nak kongsikan petua-petua ini. Semoga bermanfaat. InsyaAllah.
  • Mandikan si kecil dengan air ‘amben buah’ yang direbus bersama daun belimbing tunjuk. Warna air mandian – kuning.
  • Titiskan air anggur hijau ke dalam mulut si kecil – kuantiti tak kisah. Cuma jangan terlalu banyak, khuatir si kecil sakit perut. Arissa beberapa titis je nek aki bagi. Belinya satu kilo. Mak saudara Arissa yang seronok habiskan. =P
  • Mandikan si kecil dengan air kelapa dari kelapa gading. Kelapa yang kulitnya berwarna kuning. Arissa cuma dimandikan sekali sahaja.
  • Mandikan si kecil dengan air tepung beras. Petua ini agak lambat dapat tahu dan Alhamdulillah, entah kebetulan atau sememangnya mandi air beras ini berkesan – tahap bilirubin Arissa menurun setelah dimandikan dengan air ini.
  • Jangan ‘bungkus’ si kecil. Arissa cuma dipakaikan bedung dan lampin kain sahaja. Tapi, pagi-pagi janganlah biar si kecil tu kesejukan. Huhu.
  • Si ibu juga jangan makan jamu-jamu dan makanan berlada terlebih dahulu. Tahu, semua nak sihat. Tapi pastikan si kecil sihat dahulu. Sejak dari hari pertama Arissa sehinggalah Arissa sudah berusia 12 hari, saya cuma makan nasi putih berlaukkan ikan bilis yang digoreng tanpa minyak. Demi anak. :)
  • Si ibu juga perlu susukan si kecil dengan susunya sendiri dengan lebih kerap. Arissa, siang-siang dia tidur dengan nyenyaknya. Saya akan kejutkan Arissa setiap 2 jam untuk diberi susu.
  • Jangan sesekali nak jemur si kecil ok. Dulu, berkesan sebab udara ‘cantik’ lagi. Sekarang? Lain pula jadinya nanti.

Itulah sedikit sebanyak yang saya nak share. Ada orang kata, jangan biar si kecil guna selimut kuning lah, tengok warna kuning lah. Tehehe. Rumah nek wan dan nek aki Arissa fully cat kuning ok dalam rumah dan even dalam bilik. Takkan nak tukar cat sebab Arissa kena demam kuning. Hihi. Saya sebenarnya nak highlight petua-petua kampung. Sebab, petua perubatan moden memang kita akan dapat dari nurse dan doktor nanti tanpa diminta.

Walaupun kadang-kadang saya rasa macam tak logik kena mandi dengan air-air yang telah disenaraikan (tak pasti bagaimana air mandian itu bertindak mengurangkan kuning), tapi pengalaman orang lama tidak boleh juga diperlekeh. Asalkan tidak memudaratkan si kecil. InsyaAllah. Apa yang pasti, kalau si kecil kerap berak dan kencing – InsyaAllah segeralah kuningnya berkurangan. Arissa kerap berak. Setiap malam kena bangun lebih dari dua kali untuk ‘disalin’.

p/s: kita berdoa, kita berusaha dan seterusnya tawakal. saya dan Arissa doakan semoga kawan-kawan Arissa semua sihat sejahtera hendaknya.

February 16, 2012

Push Itu Meneran

Assalammualaikum. Hai.

Saya tak pernah menghadiri mana-mana kelas antenatal. KKIA Simee tak provide kelas agaknya sebab they never mentioned pun. Dan tak pernah walaupun indirectly nak explain tentang meneran. Teran oh teran. Bila tanya mak, mak cakap teran macam nak berak. And I was thinking, ada teran lain ke selain nak teran berak? =P So, the day saya bersalin - saya agak 0 knowledge dalam berteran. Pernah baca sekali tentang teran di Adrinis.com. Tahu serba sedikit bila dok mengalami kontraksi yang semakin kerap dalam bilik bersalin. Hoho.

How to teran?

1. Baring atas katil dengan keadaan kaki dinaikkan. Tak tahu the best word to describe. Rasanya boleh agak kan? Dan of course kaki kita perlu dibuka seluasnya.

2. Kedua-dua tangan kita pula diletakkan pada pangkal paha / punggung dengan tujuan untuk membantu kita menahan punggung dari terangkat semasa meneran serta membuka paha.

3. Kita hanya boleh mula meneran bila kontraksi tiba. Tak ada kontraksi, teran pun tak guna. Teran sehingga tidak ada lagi rasa sakit dan teran lama-lama.

4. Semasa meneran, kita kena pastikan kepala kite diangkat dengan dagu mencecah dada dan pandangan mata ke arah perut kita. Part ini saya terlupa hinggakan nurse yang tolong angkatkan kepala. Haha.

5. Teran dalam satu nafas. Kalau nak tarik nafas pun kena guna teknik curi nafas. Kesian baby sebab kalau kita tarik nafas masa meneran, baby akan masuk balik. Salah satu kesilapan saya.

6. Please listen to your midwife and nurses. Dengar baik-baik arahan mereka cause it won't harm you. Sudah tentu mereka nak memudahkan kita. Kan?

Itulah serba sedikit ilmu meneran yang diberitahu pada saya sebelum saya meneran. Dan inilah yang saya aplikasikan. Dalam meneran midwife suruh teran dalam satu nafas bila saya suddenly berhenti meneran dan tarik nafas semula bila rasa baby belum keluar sebenarnya. Oh. My fault! Saya ingatkan bila midwife cakap dah nampak kepala, nampak rambut yang lebat means baby saya dah selamat. Tapi bila saya stop, tak keluar lagi. Huhu. Cetek ilmu sungguh masa itu! :(

Alhamdulillah. Biarpun saya agak terlambat tahu akan ilmu ini tapi saya bersyukur kerana semuanya juga telah selamat dan saya dapat berkongsi ilmu ini dengan kawan-kawan. =) Semoga dipermudahkan semuanya.

p/s: buat Ima, congratulations dear! Comel baby boy, 3.69kg!. Nanti kongsi-kongsi cerita di YM yer. hehe. :D

February 13, 2012

BEN ASHAARI AJAK BACA BLOG AKU


Assalammualaikum. Hai.

(^_^). Meh sama-sama join segmen:


Ben Ashaari nak satu sebab ringkas kenapa mereka patut baca blog saya.

Atas sebab saya sudah memegang jawatan tertinggi seorang wanita iaitu EMAK, makanya saya ada banyak perkara untuk dikongsikan. Pengalaman saya yang terutamanya dengan harapan semoga ada yang membantu atau dijadikan pedoman mahupun teladan. InsyaAllah.

Ben Ashaari nak satu entri menarik saya sebagai bukti blog saya menarik.

Saya memilih entri Kronologi Kelahiran Si Kecil ini sebagai entri yang menarik. Sebab entri ini memuatkan kisah kelahiran anugerah dan amanah Allah buat saya.

p/s: perasan ada blog yang menarik. =p

February 10, 2012

First Family Potrait

Assalammualaikum. Hai.

Mode mak dan ayah Nur Arissa Batriesya : agak sedih. Hari ini ayah Arissa akan kembali ke tanah Semenanjung Malaysia, merentas Laut China Selatan. Penerbangan jam 10.50 malam ini. Walaupun flight lambat lagi tapi encik suami dah duduk bertapa di airport sekarang. Ayah Arissa sedih sebab tinggalkan Nur Arissa Batriesya Mohd Fadhlil Rahman. Ayah Arissa tak sedih tinggalkan mak Arissa. Isk! Isk! Isk! Sedihnya mak Arissa.

Tehe. Ok. Mak Arissa tak kisah pun. Mak Arissa ok je. Mak Arissa tak sedih pun. Kenapa nak sedih-sedih kalau ayah Arissa sedih nak tinggalkan Arissa kan? Lagi sedih kot kalau ayah Arissa tak sedih tinggalkan Arissa. Alhamdulillah. Ayah Arissa sayang sangat kat Arissa. Ayah Arissa pesan dekat mak Arissa supaya jaga baby elok-elok. Ayah Arissa tak pesan pun mak Arissa akan jaga Arissa elok-elok. Nur Arissa Batriesya kan anugerah dan amanah terindah buat mak ayah.

Pagi tadi ayah Arissa dah bagitau dekat mak nak ambil gambar family. Mak, Ayah dan Arissa. Ayah suruh mak pakai elok-elok. Jadi, mak pun dress up sekejap untuk our first family portrait. Tehe. Tapi bila sekarang mak Arissa tengok balik gambar tuh, mak Arissa rasa sayu hati pulak. Isk. Isk. Isk. Rasa sedih pula ayah Arissa tak ada disisi. Bulan depan ayah Arissa datang ambil. Nanti sedih pula Arissa dan mak Arissa nak tinggalkan nek wan, nek aki, nek atuk, nenek-nenek sedara, plus mak-mak sedara dan seantero family lah. Huhu.


p/s: we both are start missing Arissa's father. errr~ Arissa ke mak Arissa nih? Tehehe.

February 8, 2012

Anak : Biodata Si Kecil

Assalammualaikum. Hai.

Nama:
Nur Arissa Batriesya binti Mohd Fadhlil Rahman

Tarikh Lahir:
25 Januari 2012

Tempat Lahir:
Hospital Lundu, Sarawak

Masa:
1.37 pm

Berat:
2.92 kg

satu jam selepas kelahiran

hari kedua

hari ketiga

hari keempat

hari kelima

Dah lima belas hari. Tepek gambar sampai hari kelima je. Nanti-nanti tepek lagi. =)

p/s: pada setiap kebahagiaan ada pengorbanan. tehehe~~~ (^_^)

February 3, 2012

Kronologi Kelahiran Nur Arissa Batriesya

Assalammualaikum. Hai.

Setiap seorang ibu punya cerita dan pengalaman yang indah untuk setiap kelahiran. Ramai yang bertanya, "sakit tak?" Dan saya budget macam dah berpengalaman sangat menjawab, "kalau tak sakit, bukan bersalin namanya" atau "kalau tak sakit, tak lah kita boleh jadi syahidah". Hihi. Walhal sebelum ini saya juga tertanya-tanya akan kesakitan bersalin tersebut. Kecoh dok google sana-sini nak baca pengalaman orang. Sibuk dok tanya para ibu yang sudah tentunya berpengalaman. Tapi, saya memang mengelak dari nak tengok video orang bersalin. Takut lagi bertambah takut. (=_=') So, sekarang saya juga nak kongsi pengalaman yang terindah ini. Happy reading! :)

22 Januari 2012

Saya sudah mula susah hati mengingatkan esoknya merupakan hari saya dijangka bersalin. Segala keperluan memang dah completely prepared. Kad merah jambu ada disebelah kepala. Beg pakaian sudah ada pada bucu katil. Hehe. Semangat! =P

23 Januari 2012

Ternanti-nanti akan segala tanda yang sepatutnya. Berkesempatan untuk menikmati linut / ambuyat serta merepek merapu. Feeling nak bersalin pun tak ada lagi.

24 Januari 2012

PAGI

Semangat bangun awal pagi nak pergi majlis bertunang BFF, Amiruniza Kamil. Mak buyung yang dah overdue tetap gigih nak pergi walaupun BFF dah pasrah kalau tak dapat hadir. Kalau bukan sebab BFF, memang tak lalu nak berkenduri-kendara. Seperti biasa, soalan cliché dari sekalian rakyat jelata yang mengenali: "bila due?" Terkejut orang yang bertanya bila mak buyung jawab, "due semalam". Hehe. Then, tak terlepas dari kena usik-usik manja. =P

PETANG

Semangat juga edit gambar tunang BFF dan upload di muka buku dengan line yang slow mengalahkan siput. Bertapa dalam bilik sambil beronline sehingga ke Maghrib.

MALAM

Keinginan hati nak makan beef burger bagai tak dapat dibendung. Paksa adik pergi cari. Alhamdulillah. Ada rezeki, walaupun tidak begitu sedap tapi tetap berselera. Fuh! Lega bila hajat hati sudah tertunai. Dan saya sambung bertapa dan beronline sambil berSMS dengan encik suami. Dalam sibuk beronline duduk atas lantai, saya sempat capture gambar perut masa si kecil mengeras. [Si kecil mengeras : salah satu tanda nak bersalin tapi atas sebab sejak akhir-akhir ini perut asyik mengeras je. So, tak expect apa-apa.] Sebenarnya, saya risau dok pikior pasal esok hari. Yelah, esok kena jumpa doktor. Dok luah perasaan takut kat encik suami lah. Dengan siapa lagi, yer dak? Hehe. Lebih kurang pukul 11 malam, saya sudah tutup lampu dan berselimut. Sayup-sayup dengar mak cakap, "awal kak long tidur malam ni". Hoho. Kebiasaannya mak buyung kalau belum pukul 12, belum tutup mata lagi.

25 Januari 2012

12.30am

Terjaga dari tidur bila perut rasa memulas dan terasa nak buang air besar. [Kontraksi : perut memulas seperti sakit perut nak buang air besar. Tanda bersalin yang jelas lagi nyata tapi tidak diketahui oleh tuan badannya. Huhu.]. Malas nak ke toilet, buat-buat tak layan rasa sakit perut. Lagipun, memulasnya tak berapa lama. Sempat tengok handphone, pak sedara SMS tapi tak ada hati nak reply. Sambung tidur.

1.15am

Terjaga lagi atas sebab yang sama. Kali ini, rajin pergi toilet konon nak membuang. Tapi hampa. Merungut-rungut jugak lah. Jangan kata nak buang air besar tapi buang angin pun tidak. Huhu. Sambung tidur balik. Terfikir jugak pasal kontraksi tapi hati menafikan. Dok salahkan beef burger sebab tak makan nasi malam tadi. Dalam tempoh 12.30am - 1.15am, ada juga terasa sakit-sakit memulas tapi wat tak layan.

2.30am

Sekali lagi, bangun dan terus ke toilet. Perut memulas. Rasa nak membuang tapi tak boleh. Feeling dah rasa macam lain. Dok terfikir pasal kontraksi yang orang selalu cerita. Tapi hati tetap menafikan. Tambahan pulak tak perasan jarak selang masa sakit perut. Ada rasa nak tengok masa, tapi bila dah tidur - terlupa tidur balik pukul berapa. So, abaikan sahaja. Since feeling dah rasa lain dan mata pun macam tak boleh nak lelap, saya berwudhu - solat sunat hajat dan tahajjud serta bacakan si kecil surah Yusuf dan Maryam. Then, saya terus duduk depan notebook. Hehe. Berpuluh-puluh kali baca tentang kontraksi. Tak juga tahu apa sebenarnya kontraksi. Diri-sendiri tengah berkontraksi pun masih tak pasti. (=_=').

Tubuh badan dah tahu masanya dah hampir tiba tapi saya masih tak tahu. Cuma hati tergerak nak solat, baca Quran dan juga topup handphone siap-siap. Hihi. Tapi, tetap tak terfikir yang saya akan bersalin hari itu. Hoho.

3.45am

Perut memulas. Masuk toilet. Ada kesan darah seakan-akan warna coklat. ZUPPPP! Sentap mak buyung. Dah mula takut. Keluar dari toilet, kejutkan adik yang ketiga. Dalam nak tunggu dia bangun, saya dah macam tak tau nak buat apa. Mundar-mandir. Suruh adik panggil mak sebab saya sendiri tak berani nak panggil mak. Entah apa-apa je. Huhu. Then, mak pun kalut keluar dari bilik.

Mak: Sakit perut kah?
Saya: Aah. Memulas rasa nak berak.
Mak: Dah lama?
Saya: Lama gak lah. Ada macam darah kat seluar.
Mak: Kenapa tak bagitau awal-awal.
Saya: Mana orang tau. Tapi betul ke? Mak nak tengok seluar orang?
Mak: Eh, tak payah nak tengok-tengok.
Saya: Hehehe.
Mak: Nak mandi kah?
Saya: Aah.

Saya pergi mandi. Mak dah panggil emak-emak saudara. Hihi. Adik-adik semua terbangun dari tidur. Mak check barang-barang yang patut saya bawa. Mak keluarkan baju-baju, kain-kain yang saya pack. Mak kata tak payah nak bawa sebab nanti kat hospital saya akan pakai baju diorang. Saya ikutkan aje. Mak lebih tahu. Call encik suami, tapi tak jawab. SMS je. Malas nak call banyak kali. Lagipun tak rasa nak bersalin lagi. =P.

4.20am

Saya gerak ke hospital bersama mak, udak, usu, dan adik ketiga. Sebelum keluar rumah, salam dengan bapak dan bapak pesan ikut arahan doktor. Hihi. Dalam perjalanan nak ke hospital, saya SMS mentua, saudara-saudara, teman-teman dan sesiapa sahaja yang terlintas dalam kepala.

5.00am

Sampai hospital. Takut. Usu registerkan nama. Then, nurse bagi sehelai baju dan kain merah jambu. Dah tak boleh pakai baju sendiri. Nurse suruh masuk bilik bersalin. Lagi takut. Nurse arahkan saya baring atas katil. Perasaan bercampur-aduk. Dengan rasa takutnya plus malu. Haha. Nurse nak buat VE (Vaginal Examination): check bukaan rahim. Selalu baca orang kata bila buat VE ni sakit. Cuak jugak. Nurse suruh tarik nafas bila dia check. Nurse cakap bukaan saya baru 3cm. Serius. Tak sakit. Mungkin sebab teknik tarik nafas itu atau mungkin juga hari itu saya gagah bagai hulk hogan. Ngee. Kemudian, nurse masukkan ubat dekat dubur untuk suruh buang air besar. Huhu. Kalau rasa sembelit memang boleh pergi hospital minta cucuk ubat dekat dubur. Serius. Tak sampai 5 minit, memang membuang. Hehe. Nurse suruh masuk bilik bersalin lepas membuang.

Dah namanya first experience, kononnya bila masuk bilik bersalin tu dah terus nak bersalin. Haha. Sebelum masuk saya jumpa mak, salam mak, minta handphone dan buku doa. Handphone saya sembunyi bawah bantal. Nurse masuk pasang CTG pada perut untuk check denyutan jantung si kecil dan juga kontraksi. Kemudian, nurse tinggalkan saya bersendirian. Sambil-sambil baca doa apa yang patut saya SMS encik suami konon takut tak sempat kan. Biasalah, minta ampun minta maaf semua. Feeling-feeling, touching-touching bila baca SMS encik suami. Bila dah sudah, nurse kata pindah katil. Saya blur bila kena suruh pindah katil. Ingatkan kena tukar katil sebelah, rupanya kena tunggu dekat katil dalam wad bersalin. Haha.

6.00am

Saya dah baring-baring tenangkan diri. Tengok orang kiri kanan. Perut rasa lapar. Ting tong juga sebab tak pernah duduk hospital sebab diri sendiri yang kena warded. Mak, usu dan adik setia menanti di luar. Dalam pukul 5.45am ada seorang ibu datang. Bukaan dah 4cm. Masuk bilik bersalin tak keluar-keluar. Usu dan adik pergi belikan Anmum Lacta sebab nurse dah suruh beli. Lepas bersalin terus minum susu katanya. Then, attendan hospital serve breakfast. Bubur campur kicap campur lobak masin. Atas sebab dah lapar, hehe. Makan dengan lahapnya. Mak SMS dari luar cakap, "orang suruh makan, makan je". Around pukul 7, kedengaran nurse-nurse dari bilik bersalin kecoh suruh push. Kagum kot dekat ibu mengandung tu, tak lama dah bersalin. So, saya pun expect lah saya lebih kurang begitu. Haha. Tapi, toksah mimpi ler. =P

8.30am

Nurse check BP, jantung baby dan kontraksi. Nurse Ahing sangat baik hati. Sangat peramah. Sangat lembut. Nurse akan tengok kontraksi dalam masa 10 minit. Nurse letak tangan pada perut sambil tengok jam. Dan masa ini saya very sure bagaimana kontraksi. Perut mengeras, sedikit memulas dan terasa nak membuang. Senaman kegel yang diamalkan dapat membantu. Hehe. Nurse cakap, bila kontraksi kita tarik nafas panjang dan hembus perlahan-lahan. Dalam masa 10 minit, saya mengalami tiga kali kontraksi - mild contraction. Kadang-kadang saya rasa kontraksi macam selang 5 minit, kadang-kadang 10 minit, dan kadang-kadang berbelas minit. Average saya rasa lebih kurang 5 minit kot. Alhamdulillah. Saya masih kuat. Ecewah. Hehe. Tak sakit sangat, cuma rasa memulas dan nak membuang.

10.00am

Doktor pula yang check. Doktor lelaki. Tapi, tak check apa pun. Belek-belek fail dan tanya, "kontraksi ok?" Blur bila ditanya kontraksi ok ke tidak sebab mana nak tahu. Doktor tanya lagi, "kotraksi selang berapa lama?" Saya cuma jawab, "tak berapa pasti. tapi ada lah." Doktor tanya,"regular?" Saya angguk. Angguk dalam keadaan kurang pasti. Angguk sebab kontraksi sentiasa ada. Then, doktor berlalu pergi. Hihi. Saya request pau mentega dari mak. Then, saya bersarapan lagi sekali dengan 3 biji pau mentega dan segelas Milo suam. Hoho. Selera lagi mak buyung. Usu asyik keluar masuk sampai tertidur-tidur duduk sebelah saya. Mak pula setia menanti di luar bersama adik. Usu asyik cakap, "lambat juga kau nak bersalin. dia tu sekejap je. tapi yelah, dah anak yang kedua." Dia itu merujuk kepada ibu mengandung yang datang dalam pukul 5.45am tadi. Lebih kurang pukul 11 am, nurse Sinuyah check BP, heartbeat dan kontraksi sekali lagi. Kali ini kontraksi cuma sekali dalam 10 minit. Bagi nurse, itu perkara biasa. Kontraksi yang kurang sekata. Tapi bagi saya pula, risau. Takut last-last tak ada kontraksi, tak pasal kena paksa. Hoho.

12.00pm

Attendan hospital serve makan tengahari. Nasi putih + sup ayam + sayur. (=_='). Tak sedap plus tak selera. Mak suruh makan kenyang-kenyang untuk tenaga. Tapi serius, saya memang tak selera. Tak selera sangat. Kontraksi memang ada. Dok duduk bersimpuh menghadap makanan yang tak sedap. Bila mak tengok saya tak nak makan, mak keluar dengan makcik jiran sebelah. Tinggallah saya dan usu berdua. Tiba-tiba saya rasa macam lagi kuat kontraksi. Saya baring. Usu saya dok susah hati saya tak beranak lagi. Then usu tanya, "takder sakit lagi ke yatie?" Saya jawab, "ada gak." Then, nurse dok panggil, "dayang, masuk LR sekarang. dah ada darah dah tu." Saya tengok usu, usu tengok saya.

Kami tak perasan yang darah saya dah keluar. Agak banyak jugak. Nurse suruh tukar kain dan usu saya ikut sampai ke toilet. Usu tak bagi saya kunci pintu. Takut apa-apa katanya.

12.40pm

Saya masuk bilik bersalin. Baring. Nurse Sinuyah nak buat VE. Nurse Sinuyah suruh tarik nafas sementara dia check bukaan. "6cm", katanya. Nurse kata biar dulu. Tunggu 10cm. Oh, walaupun saya dah keluar darah + lendir tapi air ketuban saya tak pecah lagi. Nurse check lagi, "eh, 5cm. ada teran ke?" Saya jawab, "takder." Tapi, bermonolog sendiri : iye ke takde? =P Then, nurse cakap pegang satu stick warna biru. Hoi! Macam menakutkan tengok. Teringat orang kata dipecahkan ketuban itu sangat sakit. Saya tanya, "nak pecahkan ketuban ke?" Nurse sudah tentu mengiakan. Saya cuak. Tapi, Alhamdulillah. Tak sakit langsung malahan tak sedar yang dah dipecahkan ketuban itu. Bila nurse beralih nak simpan stick tersebut saya bertanya, "ketuban dah pecah ke?" Alhamdulillah.

Sementara menanti bukaan penuh, nurse Ahing pasangkan terus jarum panjang yang lembut untuk drip air. Tapi, tak masuk air lagi. Alang-alang katanya. Nanti tak payah cucuk lagi. Hoho. Nurse Ahing duduk tepi saya sambil check dia nyer BP dan entah apa entah then borak-borak pasal penyusuan. Nurse Ahing nasihatkan saya supaya fully breastfeed baby sampai 6 bulan. Saya cuma cakap InsyaAllah. Borak-borak dengan nurse lain.

Saya: Kalau masa kontraksi tu nak buat macam mana eh? Rasa nak berak.
Nurse: Kalau rasa sakit tu, tarik nafas panjang dan hembus.
Saya: Itu je ker caranya? Eee..memang rasa nak berak. Hehe.
Nurse: Memang tak ada cara lain. Itu aje la.
Saya: Oh. Kalau nak teran nanti teran macam mana?
Nurse: Teran macam nak berak.
Saya: Macam mana pula kalau terberak?
Nurse: Ish. Tak lah. Tadi dah bagi ubat untuk berak kan?
Saya: Dah.
Nurse: Tak ada apa lah. Tak berak. Kamu baring mengiring.
Saya: Mengiring?
Nurse: Aah. Bila kamu baring mengiring, cepat lagi baby nak keluar.
Saya: Oh..
Nurse: Sebabnya, bila baring baby akan iku postur tubuh kamu.
Saya: Oh...

1.00pm

Dalam berborak, tiba-tiba saya rasa memulas yang amat plus nak membuang yang amat.

Saya: Adoi. Saya rasa nak berak.
Nurse: Belum tu.
Saya: Yeke? Aduh. Rasa nak berak betul. (sambil gelak ok)
Nurse: Ni saya check. (tengok guna mata kasar). Belum lagi ni. Pukul 1.30 nanti check lagi.
Nurse Sinuyah: Kalau kamu dah betul-betul nak beranak nanti kamu tak akan boleh senyum.
Saya: Oh. Yeke? Hehe.
Nurse Ahing: Kita biarkan semuanya semulajadi ye. No paksa-paksa.

Kontraksi hilang. Haha. Saya dengar aje diorang borak. Saya teruskan membaca doa Nabi Yunus, Ayatul Kursi, Al Fatihah, An-Nas, Al-Falaq dan Al-Ikhlas. Kerapnya saya baca doa Nabi Yunus. Setiap kali tarik nafas saya baca Laillahhaillaanta, dan semasa hembus nafas Subhanakainnikuntuminazzolimin.

1.15pm

Saya: Saya rasa nak berak sangat-sangat.
Nurse: Yeke?
Saya: Aah.

(seriously masa ini memang rasa nak berak. nak meneran. rasa macam tak lalu nak tarik nafas panjang. nak meneran. dalam menahan dari nak meneran, rasa macam ada air. dok susah hati jugak takut saya yang terkencing. takut malu sebenarnya. haha.)

Saya: Rasa nak berak sungguh.
Nurse Sinuyah: Mari tengok.

(Nurse Sinuyah buat VE)

Nurse Sinuyah: Eh. Dah 10cm. Dah full.

(Masing-masing dok pakai 'apron'. Nurse Ahing masuk dan terkejut bila dengar saya dah buka 10cm.)

Nurse Ahing: Aik. Dah buka penuh dah?
Nurse Sinuyah: Aah.
Nurse Ahing: Cepatnya? Kau ada guna minyak 'senyonyong' jugak ke?
Saya: Mana ada. Haha. Saya tak guna minyak tak guna air tak guna apa.

(siapa kata nak bersalin tak boleh gelak? =D)

Nurse Sinuyah: Kalau rasa sakit terus teran ok.

Bermulalah proses teran-meneran. Dan serius, saya agak failed bab teran-teran since tak ada pendedahan secara langsung. Kalau orang lain, mungkin sekali teran dah keluar. Tapi, saya lebih dari sekali. Lebih dari dua kali. Berkali-kali. Kesian baby. Huhu. Saya ingatkan teran-teran keluar. Rupanya tak. Dalam meneran dok confuse bila nurse cakap, "ok dayang. dah nampak kepala baby." Huish! Ingatkan dah sudah dah lah tu. Haha. Shame on me! :(

Teran-teran. Disuruh tarik nafas panjang. Diarah untuk mencuri nafas. Dipuji konon pandai meneran. Apakah? Apa yang pandainya entah. Nurse Ahing tolong angkatkan kepala. Kedua-dua tangan saya memang pegang paha. Selain dari berusaha sesungguhnya nak keluarkan baby, saya berusaha juga untuk pastikan saya tidak angkat punggung. Telinga saya sangat peka mendengar arahan untuk push serta disuruh buka paha lagi luas.

And finally, Alhamdulillah at 1.37pm

Baby keluar dan saya nampak gunting pada tangan nurse Sinuyah. Episotomi! Zuuppp! Ah sudah. Confirm berjahit. Then, saya terasa kaki baby dok tendang-tendang lembut paha saya sementara nurse sedut cecair dari baby. Perasaan? No tears. Tak tau kenapa. Hati rasa lapang. Hati rasa tenang. Nurse Sinuyah angkat dan tunjuk baby. Saya senyum. Saya cakap, "baby girl". Nurse letak baby pada katil sebelah. Baby berak. Nurse cuci. Baby berak lagi. Nurse cakap, "wah. dah berak kuning dah." Kecoh je dalam bilik bersalin diorang cakap kulit baby bersih. Saya cuma senyum dan tengok baby saya. Nurse Sinuyah cakap, "jangan teran lagi ye. nak keluarkan uri." Saya dah tak peduli dah apa yang orang buat. Saya cuma tengok baby. Baby yang menangis dengan suara yang nyaring. Hehe.

Nurse bawa baby dekat dengan saya dan letakkan dia diatas dada saya. Saya renung baby saya. Walaupun baby tengah menangis tapi hati saya tenang tengok dia. Comel! Then nurse dekatkan baby pada muka saya. Saya cium baby saya. Nurse bawa keluar untuk dimandikan. Serius tak puas cium baby! Huhu. Bilik bersalin yang tadinya bising kini senyap sunyi. Cuma saya dan nurse Sinuyah yang tinggal dalam bilik. Tak sabar nak keluar. Tapi kena berdepan dengan proses menjahit pula. Seorang nurse tanya nurse Sinuyah, "banyak ke koyak." Nurse Sinuyah jawab, "tak. dia pandai teran. cuma yang kita potong sikit tu je". Fuhh! Lega jugaklah saya.

Tapi....sakit tak sakit lah. Bila part kena jahit pada kulit tu memang saya Auw! Hush! Ergh! Fuhh! Haha. Macam-macam bunyi jugaklah. Nurse Sinuyah borak-borak dengan saya. Rupanya dia kawan sekolah mak saya dulu. Huhu. Patutlah caring sangat. Hik3. Then nurse Sinuyah kata, "sanggup mak kamu tunggu kamu dari Subuh tadi sampai sekarang ye." Hehe. Anak sulung nak lahirkan cucu sulung. Sanggup aje. Hihi. Love mak so much!!!! Saya tanya nurse Sinuyah, "ada berapa jahitan?" Nurse Sinuyah cakap, "tak ada berapa-berapa. nak sambungkan je ni". Part ni saya memang tak faham. Saya oh kan saje. Hihi.

2.15pm

Selesai sudah jahit menjahit. Attendan bawakan kerusi roda. Hoyeah. Part nak turun dari katil, saya sangat takut ok. Tak pernah kau kerja nak berjahit bagai. Tak tau nak control movement yang azalinya kasar ini. Haha. Diorang suruh berhati-hati dan cepat duduk, takut pengsan. Saya tak ada pula pening-pening or nak terpengsan. Biasa saja. Tapi kalau tetiba terjatuh, naya juga lah makcik attendan yang kecil molek itu. Huhu. First time juga duduk atas kerusi roda. Kena sorong. Malu kot. Saya kan orang yang kuat. Hoho. Keluar-keluar, tengok muka mak, bapak, adik, usu, udak dan makcik sebelah. Senyum lebar. Senyum bahagia. Cuma kurang seorang, encik suami. Tak sabar nak MMS gambar baby dekat encik suami.

Praise to Allah

Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas anugerah Mu yang terindah ini. Permata hati - si puteri kecil tanda cinta, kasih dan sayang suami isteri. Amanah dari Mu untuk kami sepanjang hayat. InsyaAllah akan kami jaga amanah ini dengan sebaiknya. InsyaAllah akan kami bimbing amanah ini untuk kehidupan di dunia dan akhirat juga.

Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana memudahkan urusan hambaMu ini. Terima kasih Allah kerana memakbulkan doa hambaMu ini. Terima kasih kerana menjadikan hambaMu yang lemah ini sebagai seorang yang tabah pada hari kelahiran si permata hati. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih, Ya Rabbi.

Wajah Si Kecil Satu Jam Selepas Kelahiran

Tips / Petua

Saya tak ada petua nak dikongsikan. Minyak 'senyonyong' yang dimaksudkan oleh Nurse Ahing itu sebenarnya minyak selusuh. Ibu yang dah bersalin awal pagi itu pakai minyak selusuh. Sebab itu dia tanya saya pakai minyak juga ke since bukaan saya cepat. Orang kata, penggunaan minyak tersebut untuk mempercepatkan dan memudahkan proses bersalin. Wallahhualam. Mungkin sama juga kot dengan air selusuh. Kot lah. Saya tak tahu dan kurang pasti. Saya tak minum air selusuh, tak minum minyak, tak makan telur mentah, tak guna minyak selusuh. Memang tak ada. Dulu pernah juga nak cari semua itu tapi tak tercari. Bab telur mentah bukan susah nak cari tapi tak lalu kot. Hihi.

Saya cuma amalkan baca Yassin, At-Taubah, Yusuf, Luqman dan Maryam. Dan paling mudah ialah doa Nabi Yunus untuk kita amalkan sentiasa selain berzikir. Kemudian beberapa ayat Al Quran. InsyaAllah, akan dikongsikan nanti. Apa yang paling penting? Redha dari suami, mak bapak serta mentua. Juga doa dari semua yang mengenali. =)

p/s: saya nak bersalin lagi. tapi tak nak berdepan dengan pantang. boleh? hehe.

Blog design by Rainy Day