January 24, 2012

Dapur : Linut / Ambuyat

Assalammualaikum. Hai.

introducing all of you with one of our traditional food.

 Sambal Belacan + Sup Sayur Sawi

Tepung Sagu

Linut / Ambuyat

Prepared by my aunt and sisters : very simple plus very yummy! Bila sangat lama tak makan juadah ringkas sebegini, bila dapat makan - oh! syurga dunia. Haha. Alhamdulillah. Hajat tertunai. 

p/s: masih mengidam disaat-saat menunggu hari? hehehe.

*scheduled post*

January 23, 2012

Hamil : Baby's Stuff !!

Assalammualaikum. Hai.

Bangun pagi dengan penuh rasa syukur. Sebelum solat Subuh, saya kejutkan si kecil yang mungkin sedang tidur. Hehe. Bukan kejam, tapi kalau bangun dari tidur tak rasa pergerakan si kecil hati saya menjadi tidak begitu senang. Si kecil memberi tindak balas. Saya senyum dan terus melaksanakan kewajipan. Usai Subuh, saya bacakan surah Yusuf buat si kecil. Alhamdulillah.

Setiap hari, saya akan tengok iklan jualan barang budak-budak. Kadang-kadang, saya sengaja tengok. Kerap-kali, saya tak sengaja tertengok. Hihi. Kalau dah ada dalam news feed, I've no choice selain dari terus tengok. Tapi, sekadar tengok. Belum masanya untuk membeli-belah secara gilang-gemilang untuk si kecil. Kalau si kecil sudah bersama kami, I can't imagine how crazy I will be. Even sekarang pun saya rambang mata. Nasib baik we're very unsure with baby's gender. Kalau tidak, habislah!~ =P

Saya belum pernah lagi menulis tentang barang-barang si kecil. Orang kata, check list. Basically, barang-barang si kecil sememangnya khusus untuk newborn. Tak mahu berlebih-lebih untuk elakkan pembaziran walaupun we were very excited to bought all those things especially encik suami. Encik suami sudah bersemangat membeli-belah since si kecil baru berusia tiga bulan. Biras saya pula sentiasa mengingatkan saya supaya tidak berlebih-lebih sebab nanti si kecil akan membesar dengan cepat, InsyaAllah. Biras saya dah siap packing baju-baju newborn babies dia untuk kami gunakan. Orang kata; kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Orang juga kata; rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari. Haha.


It was funny bila saya susun-susun barang-barang si kecil dalam bakul biru ini. Eh! Macam biru yang mendominasi kan? Hehe. Sebenarnya, bakul biru itu memang bakul mak. Bukanlah sebagai sign yang si kecil saya merupakan baby in blue. Kenapa funny? Sebab saya rasa macam percaya tak percaya yang saya tengah susun barang-barang untuk si kecil saya sendiri. Last time, saya tolong mak kemas barang-barang arwah adik. Hehe. Ini barang-barang si kecil untuk digunakan sehingga bulan Mac nanti.


Barang mandian si kecil still dalam bakul kecil biru. Haha. No choice masa beli tempoh hari sebab tergesa-gesa nak balik rumah. Sambar apa yang nampak di depan mata. Beli barang mandian si kecil pun saya ting tong plus rambang mata, rambang hidung - terpaksa call encik suami tanya pendapat. Encik suami lebih bijak memilih berbanding saya. Encik suami kata, 'tak kisah. ambil lah mana-mana pun. tapi tak nak pureen. johnson pun ok.' Ok. Itu bukan lagi 'tak kisah'. Haha. So, saya pun ambil-ambil sahaja barang-barang yang tertulis nama Johnson dan bayar. Saya lebih suka sekiranya encik suami tidak membiarkan saya memilih sendiri. Kalau tidak, saya akan terus 'pening'. I am not really good in shopping. (T_T)


MMS encik suami gambar bath tub dan mendapat balasan SMS. 'Kenapa warna pink?' Haha. Saya cuma cakap saya suka warna pink. Saya tak suka warna biru. Option yang ada pun cuma pink dan blue. Tak ada warna merah ke, kuning ke. Tapi, bath mat tu encik suami yang beli dan pos. Pink jugak. Apakah? Haha. Tak boleh pakai sebab bath tub ada partition untuk letak punggung si kecil. Encik suami cakap, potong mat tu. Haish! Rugi. Nanti kat Ipoh kena cari bath tub yang kosong supaya mat tersebut boleh dimanfaatkan sepenuhnya tanpa pembaziran. (^_^)


Ok, ini buku untuk cik isteri dari encik suami. Sedikit terkejut bila keluarkan barang-barang yang di pos encik suami tiba-tiba ada buku ini. Hehe. Bukan apa, jarang encik suami nak beli buku secara sendirian berhad. Nama-nama itu saya tengok juga tak tak berapa nak tengok sebab setakat ini insyaAllah kami dah ada nama yang terpilih for both boy and girl. Cuma nama untuk baby girl still KIV sebab nama banyak lawa-lawa. Haha. Saya suka buka ini sebab ada memuatkan ayat-ayat yang boleh diamalkan untuk memudahkan bersalin. Makanya, bertambahlah ayat-ayat dalam koleksi saya untuk diamalkan sebelum bersalin. 

Hari itu, encik suami pos sekali lampin. Kakak ipar saya pelik kenapa saya nak pakai lampin lagi. Tapi, mak dan family saya yang lain prefer kaedah tradisional. Tak jadi masalah nak guna pampers ke, cloth diaper ke. Tapi, mak kata prepare juga lampin. So, kami beli dua set dan kak ngah dah tolong cuci. Hihi. Botol susu pun ada bawa balik juga. Sememangnya merancang untuk fully breastfeed juga tapi tengoklah keadaan dulu macam mana. Mak kata, kami adik-beradik tak ada yang lama breastfeed sebab masing-masing menolak tak mahu bila dah umur 2 atau 3 bulan begitu. Tahu. Breastfeeding merupakan yang terbaik. Tapi buat masa ini, saya tak boleh nak yakin sangat akan boleh since saya pun bekerja. Oh! Semoga saya kuat, rajin dan sihat. InsyaAllah.

p/s: belum rasa ada tanda-tanda lagi. petang ini kami rancang nak makan linut. ho-yeah! semoga sempat. hihihi. apa itu linut? sila google ye! =D

Eksklusif : Rasa Hati.

Hai.

*scroll ke bawah untuk entri baru*

23 Januari 2012: Terkadang, kita merasakan begitu pantas masa berlalu hinggakan apabila tiba pada satu hari kita sedar ada banyak hal yang masih tidak sempat untuk kita perkatakan, bincangkan, luahkan dan lakukan. Dan hati juga tertanya-tanya, masih adakah kesempatan buat kita pada masa akan datang untuk merealisasikan hal-hal yang telah ditinggalkan. Lebih menyesakkan dada apabila kita terfikir akan adakah masih punya waktu untuk kita menebus setiap kesilapan atau dosa yang telah kita lakukan serta punya kesempatan untuk memohon keampunan dari Allah SWT serta setiap insan di sekeliling kita. Khilaf, silap dan salah yang kita lakukan biarpun adakalanya tidak disengajakan atau diluar kawalan namun pastinya semua itu memberi kesan.

Meniti hari-hari akhir kehamilan sedikit sebanyak menimbulkan rasa gelisah, resah dan debaran dalam diri saya. Saya kurang pasti akan perasaan atau pengalaman para isteri / ibu yang lain. Mungkinkah saya terlalu lemah hingga membuatkan saya berperasaan sedemikian?

"Ingat bersalin ni bukan sebab nak kuar kn anak tapi sebab ibadah kerana Allah ingat kat Dia ikhlas n redha time bersalin bukan ingat kat saya."

Pesanan ringkas dari encik suami apabila saya menyuarakan rasa resah gelisah dalam menghitung hari. Saya tahu, biar sekerap mana saya mengadu pada beliau akan keresahan, kegundahan, ketakutan saya untuk berdepan dengan 'hari itu', encik suami hanya mampu menasihati sebanyak mana yang boleh. Encik suami cuma mampu mendoakan dan memberikan sokongan penuh dengan memberikan pandangan yang positif serta pesanan yang sentiasa mengingatkan saya tentang kekuasaan Allah SWT. Alhamdulillah. 'Terima kasih sayang'.

Sesungguhnya, tidak ada seorang ibu yang tidak mahu menjaga anaknya sejak dari hari lahir sehingga ke akhir hayatnya. Saya tahu, siapalah saya untuk dipilih sebagai salah seorang hamba yang syahid. Namun sebagai manusia biasa yang percaya akan Qada' dan Qadar Allah SWT, saya turut menyiapkan diri dengan sebarang kemungkinan. Allah Maha Mengetahui. Allah Maha Berkuasa. Kita cuma merancang, Allah jualah sebaik-baik perancang. Jauh nun dari hati yang paling dalam, saya turut berharap saya seorang hamba yang terpilih. Dan pada masa yang sama saya juga berharap saya berkesempatan untuk membesarkan anak saya bersama suami tercinta.

Esok merupakan tarikh jangkaan untuk saya bersalin. Disebalik rasa resah terselit rasa teruja dan tidak sabar untuk bertemu dengan si kecil. Semalam tatkala bersendirian, saya melihat gerakan si kecil yang begitu aktif. Saya senyum dan bertanya, 'agaknya bila baby nak keluar ye? baby tunggu ayah ye.' Dan kemudian hati terdetik, 'i will miss this moment.' Percaya atau tidak, saya tidak 'berperasaan' yang esok saya akan bersalin. Mungkinkah saya yang terlalu 'buta' untuk mengenal pasti tanda-tanda awal mahu bersalin atau mungkin juga sememangnya belum tiba masanya. Saya turut tertanya-tanya, 'adakah si kecil tetap mahu menjadi si kecil naga yang bertuah mengikut perkiraan kawan-kawan sepejabat yang berbangsa cina?' atau 'mungkinkah si kecil menunggu ayahnya ada bersama di sini?' Wallahhualam. Kami suami isteri serahkan pada Allah SWT.

Entri ini sudah sekian lama berada dalam draf. Sejak awal pagi tadi, saya berhempas-pulas memerah idea yang terkurung dalam minda. Ikutkan rasa hati, tak cukup satu entri untuk luahan perasaan. Namun, tidak semua kita boleh luahkan secara terbuka. Orang kata; ikut rasa binasa, ikut hati mati - rasa hati. Sedangkan pembikinan filem perlu ditapis oleh FINAS, apatah lagi rasa hati kita. Mungkin kita akan terlebih. Dan mungkin juga kita akan tersilap. Jadi, kesannya pasti pada diri kita sendiri. Saya kurang pasti, adakah rasa hati saya ini sesuatu yang normal. Saya musykil, adakah saya yang terlalu banyak berfikir? Saya bermonolog, adakah saya seorang yang berfikiran negatif? Sejujurnya dan seikhlas hati, saya suka berfikir secara positif tetapi tidak akan memandang sepi atau tidak peduli akan perkara negatif sebagai persiapan diri.

Hampir pukul 12. Masih belum ada tanda-tanda yang jelas dan nyata. Terharu dengan pesanan ringkas encik suami yang menyatakan kerisauannya terhadap diri saya. 'Terima kasih sayang. Kite tak sabar nak jumpa awak Jumaat nanti.' Encik suami saya pasti akan berada disisi saya dan si kecil pada hari Jumaat ini, InsyaAllah. Dengan izin Allah juga, si kecil akan tunggu sehingga encik suami ada disini. Harapan itu ada, tapi bukanlah menjadi satu kemestian. Allah Maha Mengetahui. Seperti kebiasaan, doa seorang mak dan ayah ialah keselamatan anaknya. Anak - anugerah dan amanah Allah untuk pasangan suami isteri.

Akhir rasa hati: saya memohon ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki kepada semua yang mengenali saya. Atas segala salah, silap dan khilaf saya. Saya juga memohon dihalalkan segala-galanya, apa yang terlebih dan terkurang dari saya. Saya hamba Allah yang tidak sempurna. Pasti ada yang pernah terasa, terluka, terusik dan terkesima disebabkan oleh perkataan dan perbuatan saya.

Akhir rasa hati: khusus buat encik suami, Mohd Fadhlil Rahman Mohd Ali. Cik isteri memohon ampun dan maaf terutamanya sejak kita diijabkabulkan pada 25 Mac yang lalu. Cik isteri mohon halalkan makan minum pakai dari encik suami. Di kesempatan ini juga cik isteri ucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas cinta, kasih, sayang, perhatian dan layanan kelas pertama sejak hari pertama kita bergelar suami isteri. Terima kasih atas setiap pengorbanan yang diberikan demi kebahagiaan dan senyuman cik isteri.

Akhir rasa hati: khusus buat mak bapak, Kamsiah Ass dan Awang Bakar Awang Hobri. Kak long minta ampun minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. Halalkan makan minum pakai kak long sepanjang kak long di bawah tanggungjawab mak bapak. Terima kasih atas segala-galanya. Terima kasih atas setiap pengorbanan mak bapak yang tak mungkin kak long mampu untuk membalasnya. Setiap detik saat biarpun kita berjauhan, mak bapak tetap di hati.

SUBHANALLAH

ASTAGHFIRULLAH

"MENCUKUPILAH ALLAH BAGIKU"
"DAN SEBAIK-BAIK TEMPAT AKU BERSERAH DIRI KEPADA ALLAH"

Ya Allah
PadaMu aku memohon keampunan
PadaMu aku memohon pengharapan

Ya Allah 
Aku memohon ketabahan hati dalam urusan ini
Aku memohon ketetapan pada jalan yang benar
Aku memohon untuk dapat mensyukuri nikmatMu
Aku memohon untuk dapat beribadah dengan baik
Aku memohon lidah yang benar dan hati yang baik
Aku memohon kebaikan yang Engkau ketahui
Aku memohon perlindungan dari keburukan yang Engkau ketahui
Aku memohon keampunan dari dosa yang Engkau ketahui
Engkau Maha Mengetahui yang ghaib

Rasa hati: Semoga diberi kesempatan untuk terus bersama dengan insan-insan yang dicintai untuk satu tempoh lagi. Ada banyak impian serta harapan yang belum lagi terlaksana dan berjuta kata yang masih belum terungkap. Amin. 

January 21, 2012

Hamil : Kenalpasti Jantina Si Kecil

Assalammualaikum. Hai.

Lumrah. Bila bujang, orang tanya bila nak berdua. Bila dah berdua, orang tanya bila nak bertiga. Bila berbadan dua, orang tanya bila dijangka keluar. Bila dah cakap sekian sekian tarikh, orang tanya jantina. Hoho. Nak marah pun tak boleh sebab kadang-kadang bila diimbas kembali, saya juga mungkin pernah bertanya soalan yang sedemikian rupa. Normal. Cuma ada beberapa hal atau situasi yang perlu kita pertimbangkan samada untuk terus bertanya atau sebaliknya. Tak mahulah nanti ada kes kena lempang sebab tanya tak kena pada masa atau orangnya. Fikir dahulu sebelum bertanya. Hehe. Ok, kembali kepada tajuk asal.

Mak ayah mana tak nak tahu jantina si kecil dia? Walaupun encik suami kata tak nak tahu tapi saya tahu jauh dari sudut hati dia nak tahu. Cuma hari itu ter-tahu bila tak sempat nak beritahu doktor tak perlu tengok jantina si kecil. Ter-tahu maka kami pun meng-ia-kan dan men-diam-kan. Bila orang tanya, kami cakap surprise! Haha. Adakah ultrasound itu betul? Hehe. Ok, jom kita tengok cara-cara nak tentukan jantina bayi ikut cara lama. Dulu-dulu mana ada ultrasound. Kan?

1. Perut ibu. Sekiranya kelihatan tajam iaitu meruncing ke depan - lelaki. Sekiranya bundar atau melebar ketepi - perempuan.
  • Ramai cakap perut saya meruncing ke depan. So, LELAKI.
2. Arah tidur ibu. Mengiring ke kanan - lelaki. Mengiring ke kiri - perempuan.
  • Saya suka mengiring ke kiri. So, PEREMPUAN.
3. Arah berat perut. Sebelah kanan - lelaki. Sebelah kiri - perempuan.
  • Disahkan oleh nurse, kanan. So, LELAKI.
  • *Puan As, dulu kamu bagitau saya kalau sebelah kanan perempuan kan? Makcik jiran sebelah saya juga cakap sebelah kanan perempuan. Tapi jumpa petua ni, sebaliknya. Haha.
4. Perangai ibu. Suka bersolek, bergaya - perempuan. Malas bersolek, bergaya - lelaki.
  • Err, yang ini rasanya memang sentiasa malas. So, LELAKI.
5. Garisan pada perut ibu. Garisan tegak dari bawah ke atas terang dan tak putus - lelaki.  Garisan tegak dari bawah ke atas terang dan terputus - perempuan.
  • Ini kurang pasti bagaimana sebenarnya. Tak putus. So, LELAKI.
6. Wajah ibu. Berseri - lelaki. Tak berseri - perempuan.
  • Ini lagi kurang pasti. Rasa macam tak berseri. So, PEREMPUAN.
7. Buku lali ibu. Licin putih berseri - lelaki. Kehijauan - perempuan.
  • Kurang pasti juga. Macam kehijauan. So, PEREMPUAN.
8. Response baby terhadap ibu mengandung. Kalau baby suka, maknanya si kecil bertentangan jantina. Kalau baby tak suka, maknanya sama jantina.
  • Baru-baru ini nak pegang baby girl kawan. Dia nangis. So, PEREMPUAN.
  • *Bapa cakap hari tu, since baby girl kawan ralit macam kehairanan tengok saya mungkin baby saya boy. Mak saudara juga cakap benda yang sama bila ada seorang baby perempuan dok tengok saya di klinik. 
9. Morning sickness. Teruk - perempuan. Sebaliknya - lelaki.
  • Yakin tak teruk. So, LELAKI.
10. Cenderung makan. Protein seperti daging + makanan masin + asam - lelaki. Manis dan buah - perempuan.
  • Saya suka makan buah. Suka kukus kek. Hoho. So, PEREMPUAN.
Hahaha. Sebelum kita buat kesimpulan dari jawapan yang saya berikan, perlu diingatkan bahawasanya ini semua cuma kemungkinan sahaja. Even ultrasound pun saya tak begitu percaya kerana semua itu ketentuan Allah. Kun Fa Ya Kun. Kan? Dia Maha Pencipta. Dia Maha Berkuasa. Ok. Daripada 10 guidelines tersebut, 5 perempuan dan 5 lelaki. Haha. Kesimpulannya, SURPRISEEEEE!!!!! Hahaha. Adeh! Saya ingatkan ada terlebih satu ke. Tak sangka pula genap. =P Ok, jom kita survey apa kata orang sekeliling saya.

Puan As : Perempuan.
Sulia : Lelaki.
Kak Farah : Perempuan.
Stephanie : Lelaki.
Michelle : Lelaki.
Wadah : Perempuan.
Kak Luda : Lelaki. 
Mak Usu : Lelaki.
Mak Ngah Ju : Lelaki.
Kak Neng : Perempuan.
Encik Suami : Lelaki.

Ok. Otak dah tepu. Dalam 11 orang, 7 kata lelaki dan selebihnya kata perempuan. So, dominan sekarang ini ialah LELAKI. Ultrasound tu LELAKI ke PEREMPUAN eh? Hehe. Reveal soon. (^_^). Apa pun, lelaki atau perempuan saya tidak kisah. Semoga dia selamat dilahirkan - sempurna, sihat, panjang umur, bijak berakal serta beramal, berakhlak baik dan menjadi anak yang soleh/solehah buat kami suami isteri. 

p/s : baby nak tunggu ayah balik Sarawak ye? hehe. 

January 20, 2012

Hamil : Temujanji Terakhir

Assalammualaikum. Hai.

Pejam celik. Pejam celik. Semalam, temujanji saya yang terakhir di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. Tiba-tiba terasa begitu pantas masa berlalu. Awal-awal dahulu lemah lemau lembik nak pergi klinik sebulan sekali. Sejak balik Sarawak, saya diarahkan untuk pergi seminggu sekali sebab dah cukup bulan. Syukur Alhamdulillah, kat klinik kampung tak perlu nak tunggu berjam-jam. Kadang-kadang tak sampai setengah jam saya sudah balik ke rumah. Seronok kan? Hehe. Kalau di Ipoh, encik suami setia menemani saya. Tapi disini, mak usu saya setia menemani saya sehingga masuk ke dalam bilik pemeriksaan. (^_^).

Berat badan naik lagi 1kg dalam seminggu. *eyes strolling*. Angka pada jalur berat badan dalam buku merah jambu itu sangat mengerikan. Kalau bukan kerana angka itu dalam buku merah jambu, pastinya menimbulkan tekanan. Huhu. Semalam, BP saya agak tersasar dari biasa. 120/90. Kebiasaannya, 120/80. Nurse ulang semula periksa BP, Alhamdulillah kembali seperti biasa. Sebenarnya, sebelum ini pernah juga beberapa kali perlu repeat periksa BP sebab tiba-tiba ada sedikit naik BP. Alhamdulillah, back to normal bila dah rehat seketika. Nurse ada tanya, 'ada pening-pening ke?'. Saya mengaku, these few days memang ada pening-pening. Tapi tak ada pula berdebar-debar. Mak usu saya mula susah hati takut BP saya naik semasa nak bersalin. Haish! Semoga tidak. Semoga dipermudahkan oleh Allah.

Kemudian, misi check jantung si kecil seperti biasa. Heartbeat si kecil cantik. Hehe. Nurse cakap kepala si kecil memang dah engage. Dan si kecil  juga nampaknya lebih ke sebelah kanan. Sebelah kiri kosong. Ok, mesti ada yang mula meneka jantina si kecil saya dengan pernyataan ini kan? Kan? Betul tak Puan As? Haha. InsyaAllah sekejap lagi akan ada entri bab-bab jantina. Fuh! Fuh! Rajinlah. Rajinlah. Hehe. Since ada banyak masa yang terluang, godek-godek, jumpa macam-macam. So, saya ingat nak kongsi-kongsi sikit dekat sini. Itupun kalau rajin. =P

Kelakarnya, nurse tengok saya dengan muka yang ada sedikit cuak. 'tak ada tanda-tanda lagi ke?' Sambil gelak-gelak saya jawab, 'tak ada'. Nurse tengok buku merah jambu, tengok kalendar. '23 Jan, public holiday. 24 Jan, pun sama. bila nak suruh refer doktor ye?' Saya dan mak usu diam. Nurse cakap lagi, 'kalau tak bersalin lagi sampai 24 Jan, 25 Jan pergi hospital terus ok. jumpa doktor.' Saya? Cuak! Terus tanya, 'kalau jumpa doktor nanti dia buat apa?' Haha. Ok, macam soalan bodohkan? Nurse jawab, 'saya kurang pasti doktor akan buat apa. tapi doktor akan scan, check apa yang patut. kalau perlu, doktor akan masuk ubat.' Serius! Lagi cuak!!

Masuk ubat itu bersamaan dengan paksa yang dinamakan kelahiran induced. Apa itu induced? Dulu-dulu, saya memang tak tahu apa benda. Normal kan? Selagi tak mengandung, tak kisah sangat hal-hal ini semua. Kelahiran induced, ibu still bersalin secara semulajadi tetapi cuma memerlukan bantuan atau pertolongan. Kenapa ibu ini perlu dibantu? Ada beberapa punca atau sebab yang memerlukan bantuan : overdue (main cause), tumbesaran bayi yang tidak normal, darah tinggi, kencing manis, pendarahan pada faraj dan pecah air ketuban. Kerisauan yang jelas dan nyata bagi saya ialah : overdue. Huhu. Harapan : semoga paling lewat si kecil nak keluar ialah pada 25 atau 26 Jan. (^_^).

Makcik jiran sebelah rumah saya terus emosi bila dengar saya kena suruh jumpa doktor. Nenek juga. Haha. Ok, serius kelakar tengok muka diorang. Dua-dua tanya, 'kamu tak lambatkan ke tarikh period kamu? diorang ni sesuka hati je nak paksa-paksa. walhal memang budak tu belum time lagi nak keluarnya. mana boleh diorang buat macam tu.' Haha. Kelakar ok. Saya yang disuruh jumpa doktor tapi diorang yang emosi lebih. Saya acting cool sebenarnya. Dalam hati, cuak! Kalau memang dah terpaksa macam seorang kawan saya yang terlambat sehari, si kecil dia dah makan tahi dalam perut so kena emergency bedah - redhalah kan. Tapi kalau sengaja-sengaja nak paksa atau bedah saya, saya memang akan minta masa. Hihi. Kononlah. =P. Kita sama-sama tunggu harinya nanti.

p/s: tiket flight hari ini, esok dan lusa = TIADA. so, sekiranya saya bersalin dalam beberapa hari ini maknanya encik suami tidak akan ada disisi. encik suami cakap, 'kalau rasa nak beranak, tahan dulu.' haha. dalam mimpi, mungkin boleh tahan. realiti, memang tak boleh tahan-tahan. hihi. encik suami selalu pesan dalam apa juga situasi yang kami hadapi, 'Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita dan Allah tahu apa yang telah Dia aturkan buat kita.' Kesimpulannya, kami redha.

January 18, 2012

Hamil : Menghitung Hari - IBU!!!

Assalammualaikum. Hai.

Saya nak menulis. Saya nak bercerita. Tapi, sejak kebelakangan ini saya tak tahu mahu menulis bagaimana. Ke-Tak! Ke-Tuk! Ke-Tik! Dan akhirnya saya padam semula. Ke-Tak! Ke-Tuk! Ke-Tik! Kemudian simpan sebagai draf. Haish!

Saya sedang menghitung hari. Menghitung hari untuk menjadi seorang ibu secara rasminya. Sekarang saya juga sudah jadi ibu sebab si kecil saya sedang membesar dengan sihat InsyaAllah dalam rahim saya. Cuma kini saya menunggu masa untuk si kecil lahir ke dunia untuk bersama-sama dengan ibu dan ayahnya. Selama lebih 9 bulan ini saya cuma dapat rasa pergerakannya yang sangat aktif dan tengok beberapa kali di skrin pengimbas. Sejujurnya, saya tak sabar untuk tengok, cium dan peluk si kecil saya ini. Ehe~~

Tetapi, pada masa yang sama saya juga ada rasa takut. Sebenarnya, bukanlah takut sangat tapi cuak. Eh? Tak sama kan? Hehehe. Tipulah kalau tak ada rasa takut-takut, resah-resah dan cuak-cuak. Apatah lagi ini yang sulung. Banyak persoalan tak berjawapan dalam fikiran saya. Tak ada jawapan sebab semua orang melalui pengalaman yang berbeza. Apabila sudah terlalu banyak berfikir, akhirnya semua itu terbawa-bawa ke dalam mimpi. Alhamdulillah setakat ini mimpi-mimpi itu tidak menakutkan malahan mimpi-mimpi itu telah membuatkan saya tersenyum. Mimpi yang terindah ialah apabila saya bangun dari tidur, menoleh ke sebelah dan melihat seorang bayi perempuan. Adakah ini petanda jantina si kecil saya? Sama atau bertentangan? (^_^)

Dua orang sepupu saya telah selamat melahirkan putera dan puteri sulung masing-masing. Si putera telah dilahirkan secara normal pada 1 Jan 2012, 10 hari lebih awal dari EDD. Si puteri dilahirkan pada 13 Jan 2012 dengan kaedah pembedahan. Begitu juga dua orang emak saudara saya yang masing-masingnya putera. Kedua-duanya juga terlebih dari EDD, seorang dipaksa dan seorang lagi saya kurang pasti. 15 Jan 2012, isteri kawan saya juga telah selamat melahirkan anak sulungnya sebelum sempat mereka balik ke kampong. EDD isteri kawan saya ialah pada 5 Feb 2012. Dan saya? EDD saya ialah pada 23 Jan 2012 ini.

Si kecil saya nampaknya tertinggal di belakang. Agaknya si kecil saya mahu duduk lama lagi dalam perut ibu dia. Atau mungkin si kecil saya sememangnya nak tunggu ayah dia ada di Sarawak. Atau perkiraan yang salah kira. Atau. Atau. Atau. Ok. Persoalan tiada jawapan lagi. Sepatutnya, mengikut perancangan encik suami akan balik ke sini semalam. 18 Januari 2011. Tapi, atas sebab semua orang cakap saya tak ada tanda-tanda lagi – makanya kami ambil keputusan supaya encik suami balik lambat sedikit. Dengan izin Allah, encik suami akan bersama kami pada saat kelahiran cahayamata kami. Sekiranya tidak, kami redha. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kami. Apa yang penting ialah si kecil saya selamat dan sihat. Cuma mungkin ayahnya lambat sedikit jumpa si kecil kami. :) 

Sehingga hari ini, semua cakap perut saya tak nampak ‘jatuh’ lagi yang khabarnya membawa maksud – mungkin lambat lagi. Kaki bengkak iaitu apabila isi yang ditekan lambat atau tidak kembali kepada asal juga tidak ada lagi. Kalau kerap buang air kecil, buang air besar, buang angin dan rasa sakit perut memulas itu memang ada. Tanda-tanda yang jelas nyata macam keluar lendir, darah atau pecah air ketuban itu tak ada lagi. Sakit belakang? Ho-yeah! Memang ada lah kan. Tidur memang mengiring saja. Apatah lagi sekarang si kecil dah kurang bergerak. Jadi, cara yang terbaik bagi saya untuk rasa pergerakan si kecil ialah dengan baring mengiring. Hehe. Cuak kalau tak rasa si kecil ini bergerak. 

Esok, check up saya yang terakhir sebelum due. Semoga baik-baik sahaja. Semoga tiada cadangan-cadangan mahu di ‘paksa’ atau di ‘bedah’. Semoga Allah mempermudahkan segalanya. 

p/s: dengan rendah hati saya memohon doa dari teman-teman sekalian.

p/s: dengan rendah hati juga saya mohon ampun dan maaf atas segala salah, silap dan khilaf saya terutamanya kepada mereka yang mengenali saya di luar (khusus) dan semua (umum). saya mohon dihalalkan semuanya apa yang terlebih dan terkurang.

Nota kaki: panjang umur, kita jumpa lagi nanti. (^_^)

January 1, 2012

Hidup : Ucapkan HELLO kepada 2012!



31.12.11. Hari ini genap adik bongsu saya Awang Firdaus berusia 9 tahun (hanya jika beliau masih bersama kami). Hari ini saya masakkan bubur kacang durian untuk disedekahkan kepada anak-anak kecil. Tak ramai. Cuma anak-anak kecil jiran yang terdiri daripada saudara sendiri juga. Hihi. Comel-comel semua anak-anak kecil itu bila diajak bersama-sama membacakan Al-Fatihah buat arwah adik. Semoga adikku Awang Firdaus ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

31.12.11. Tiba masanya untuk kita mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2011. Bila tahun ini berakhir dan tahun depan bakal bermula, ramai yang akan bercerita tentang 2011 yang bakal ditinggalkan dan seterusnya menyatakan azam untuk tahun yang akan datang. Kadang-kadang, saya merasakannya sebagai sesuatu yang ‘oh, very cliché’. Tapi, sebagai manusia biasa yang tidak terlepas dari ‘mengenang’ dan ‘merancang’, saya juga memilih untuk menyimpan semua memori itu disini selain terpahat dalam ingatan kita sendiri. Suka, duka, tangis, tawa. 

2011. Sesungguhnya setiap apa yang telah kita lalui telah tertulis dalam aturan Allah. Allah telah mengatur kehidupan kita dengan sebaiknya cuma mungkin kita tersilap memilih lorong ketika kita berdepan dengan lebih dari satu lorong yang lurus. Realitinya, kehidupan ini tidak lurus seperti pembaris yang digunakan untuk membuat garis lurus pada sehelai kertas. Kehidupan ini juga tidak mempunyai serakan taburan normal sentiasa seperti dalam data-data yang terdapat dalam buku ketika membuat taburan statistik. Walaubagaimanapun, terima kasih dan rasa syukur yang tidak terhingga dipanjatkan kepada Allah SWT atas nikmat kurniaNya yang dipinjamkan. Setiap rasa suka, duka, tangis dan tawa merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai kerana setiap satu rasa itu menjadikan diri kita pada hari ini iaitu si tabah, si cekal, si kuat, si gagah, si berani, si pengasih, si penyayang, si pemurah dan segala si yang positif. 

2011. Usia menginjak suku abad, 25 tahun. Alhamdulillah. Janji dan harapan seorang kekasih untuk mengakhiri hubungannya dengan ikatan perkahwinan tercapai. 25 Mac 2011, saya telah dinobatkan sebagai seorang isteri kepada encik Mohd Fadhlil Rahman yang dikasihi. Alhamdulillah. 29 Mei 2011, saya secara rasminya disahkan hamil setelah buat pemeriksaan di Klinik Lee & Lee walaupun pada 27 Mei 2011 saya sudah buat pemeriksaan UPT sendiri. Allah menganugerahkan kami suami isteri si kecil yang bakal mewarnai kehidupan. Alhamdulillah. Allah juga telah menjemput kembali adik saya Awang Firdaus untuk berada disampingNya setelah hampir 9 tahun bersama kami. Akhirnya, adik terlepas dari menanggung derita kerana penyakitnya biarpun kini kami sangat merindui dia. Inilah Qada’ dan Qadar Allah yang wajib kita terima walaupun adakalanya agak perit untuk kita terima. Apa yang nyata, setiap apa yang Allah turunkan pada kita walaupun tidak semuanya indah tetapi sebenarnya yang tidak indah itu merupakan antara nikmat dan kurnia Allah yang tidak ternilai.

2012. Tahun baru. Azam baru. Azam? Tiada azam disini. Telah berazam pada 1 Muharram yang lalu. Semoga tercapai. InsyaAllah. Semoga dipermudahkan olehNya. Pastinya, bermula tahun ini ramai yang menghitung hari. Menghitung hari untuk menjadi seorang nenek / atuk / ibu / ayah / isteri / suami / tunangan seseorang. Menghitung hari untuk memulakan hidup baru bersama yang dicintai / buku yang digilai / sesi persekolahan yang digemari / musim bekerja yang disayangi. Ramai yang menghitung hari bagi sesuatu yang pasti. Namun hakikatnya, tiada apa yang pasti biarpun untuk tempoh satu jam lagi. Mungkinkah kita akan berdepan dengan satu kisah gembira atau sebaliknya? Atau masihkah ada satu jam lagi untuk kita pinjam di dunia ini? Wallahhualam. Sesungguhnya semua itu adalah dari Dia yang Maha Berkuasa. Allahhuakbar.

01.01.12. Semua orang mengharapkan permulaan hari pertama di tahun baru yang terbaik. Diwarnai dengan warna-warna ceria, suka dan tawa. Namun, siapalah kita untuk menolak takdirNya seandainya kita berdepan dengan perkara yang membuatkan kita kecewa. Yakinlah bahawasanya pasti setiap apa yang Allah turunkan pada kita merupakan salah satu cara untuk menguji kita sebagai tanda bertapa Dia menyayangi dan mengasihi kita. Jangan pernah sesekali lupa, Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia. Pasti ada hikmah disebalik setiap apa yang berlaku. Jangan pernah sesekali berburuk sangka terhadapNya.

01.01.12. Inilah saya. Seorang isteri kepada suami yang dicintai, Encik Mohd Fadhlil Rahman. Menghitung hari untuk secara rasmi menjadi ibu kepada anak Encik Mohd Fadhlil Rahman. Buat pertama kalinya berjauhan bagi tempoh masa yang lama membuatkan saya tanpa segan silu mengatakan bahawasanya saya kini amat merindui Encik Mohd Fadhlil Rahman. Sekarang, saya sedang bersenang-lenang sambil menghitung hari di rumah bersama mak, bapak, adik-adik, nenek dan saudara-mara yang dikasihi. Apa yang penting? Paling penting sekali saya bahagia dan bersyukur atas nikmat kurnia yang Allah pinjamkan kepada saya. 

p/s : tiada doa dan harapan yang terbaik selain mendoakan diri sendiri bersama-sama mereka yang dicintai dan disayangi akan terus menjalani kehidupan ini dengan jayanya tanpa menoleh ke belakang. semoga juga Allah memberkati dan merahmati kehidupan kami serta mempermudahkan segala urusan kami dunia dan akhirat. akhir kata, selamat tinggal 2011. (^_^). 

Blog design by Rainy Day