Pages

Dec 11, 2012

Info : Angkat Jari Ketika Duduk Tasyahud

Assalammualaikum. Hai.

Kali ini nak berkongsi sedikit tentang pergerakan kita dalam solat. Ketika duduk tasyahud, kita akan mengangkat jari telunjuk kita. Betul tak? Maka, kali ini saya anak kongsi apa yang telah saya baca berkenaan mengangkat jari ketika duduk tasyahud.

Isyarat Jari Semasa Tasyahud

Hadis yang terdapat dalam bab isyarat "musabbihah".

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Nabi s.a.w. apabila duduk semasa solat, Baginda meletakkan kedua-dua tangannya di atas lutut dan menaikkan jarinya yang selepas ibu jari (jari telunjuk) dan kemudian berdoa ketika itu." (Riwayat Muslim, no. 113)

Daripada Ali bin al-Ma'awi bahawa beliau bersolat di sebelah Ibn Umar r.a. dan padanya Abu Bakar berkata : "Aku nampak Abu Bakar al-Siddiq menggenggam tiga jarinya dan menegakkan jari telunjuk." (Riwayat Humaidi)

Kefahaman daripada dua hadis di atas ialah, riwayat pertama dan kedua daripada hadis sahih di atas menjelaskan dengan terang, sunnah Nabi s.a.w. untuk menaikkan jari telunjuk. Walaubagaimanapun, dalam kedua-dua hadis di atas, tiada yang menyebut tentang Nabi s.a.w. menggerakkan atau menggoyangkannya. (Kajian pentahqiq dalam Nuzhah al-Nazr Tawdih Nukhbat al-Fikr, Dr. Abd Sami' al-Anis, hlm. 146)

Berkata para ulama, dikhaskan jari telunjuk ketika tasyahud kerana kaitannya, ia bersambung terus ke hati, maka dengan menggerakkannya dapat mendatangkan kekhusyukan. (Subul al-Salam, jil. 1, hlm. 363)

Hikmah menaikkan Jari Ketika Tasyahud

Jawapannya diperoleh daripada Ibn 'Abbas r.a. ketika beliau ditanya soalan yang sama, beliai menjawab: "Ia adalah tanda ikhlas." (Riwayat al-Baihaqi)

Imam al-Nawawi pula berkata selepas itu: "Memberi isyarat (menaikkan jari) yang dihalakan ke arah kiblat dan berniat ketika itu 'tauhid' dan 'ikhlas'." (Sharh Sahih Muslim)

Apa yang korang rasa ketika berbuat demikian? Tepuk dada tanya hati. Semoga ibadah kita semua diiterima oleh Allah s.w.t. Wallahhua'lam. 

No comments

Blog design by Rainy Day