Pages

Dec 26, 2012

Hidup : Manusia Merancang

Assalammualaikum. Hai.

Sabtu yang lepas kami merancang untuk pergi kenduri teman saya, Arina Mohd Rosli di KL. Kesihatan puteri hati seorang tidak begitu baik setelah berjaya menapak lebih kurang 10 langkah pada hari sebelumnya. Kali ini saya beranggapan mungkin ada benarnya Arissa demam nak berjalan. Hehe. Arissa muntah dan suhu agak suam-suam kuku, 38dc. Ralat sebab Arina sanggup terbang ke Sarawak untuk menghadiri kenduri kami tahun lalu. Tapi lagi ralat sekiranya saya bawa Arissa jalan jauh ketika kesihatannya tidak begitu baik.

Ahad. Demam masih suam-suam kuku. Tak muntah. Tak meragam. Tetap aktif. Kami pergi membuat sistem barter di AEON (kertas dan barang :p). Niat asal nak beli barang untuk diri sendiri. Tapi. Seperti kebiasaan. Satu botol Mag Mag Pigeon, satu permainan Leap Frog Dinasour dan dua pasang baju Arissa nilainya hampir bersamaan dengan nilai sepasang kasut / seutas bag yang idaman hati. Hati lebih dari gembira bila melihat anak begitu asyik dengan musik ABC dari Dinasour sambil minum dengan botol Mag Mag.

Beranggapan Arissa sudah beransur sihat, kami merancang ke LWOT pada hari Isnin. Bangun pagi, saya rasa seakan-akan badan Arissa panas sedikit. Kami ke rumah Mak Tok Arissa. Ayah Arissa pergi mencari barang untuk kereta tok Arissa. Saya ambil kesempatan pergi ziarah ibu Arissa dan hantar barang-barang yang telah dibeli untuk ibu. Petang kami ke Parade untuk mengintai SALES sambil saya mengintai barang idaman hati. Arissa dengan tiba-tiba muntah lagi. Tanpa menunggu lama kami balik. Singgah pasar malam Tasek. Arissa lepas muntah terus selesa.

Selasa. Arissa tak sihat lagi. Kami bersantai di rumah. Masak bubur berlaukkan brokoli, kobis, lobak merah dan ikan merah. Lebih dari biasa sebab 25 Disember bermaksud Arissa sudah 11 bulan. Saya perasan Arissa ada sedikit batuk-batuk. Lepas makan, dia batuk dan muntah. Petang sebelum ke rumah mak tok, kami singgah makan di Ayam Penyet. Arissa tiba-tiba muntah lagi selepas batuk kecil. Bergegas balik bawa Arissa ke Poliklinik Azhar dan Rakan-Rakan. Doktor kata demam Arissa tidak sampai tahap perlu antibiotik dan ada sedikit kahak sahaja. Tidak serius.

Alhamdulillah. Sepanjang 11 bulan Arissa bersama kami, ini kali pertama Arissa batuk. Batuk dan termuntah itu normal bagi saya. Anak kecil usianya 11 bulan tak tahu bagaimana untuk mengawal batuk sendiri. Sedangkan kita adakalanya gatal-gatal tekak tak tertahan rasanya. Apatah lagi Arissa. Saya bersyukur kerana diberi kesempatan menjaga Arissa ketika kesihatannya tak begitu baik setelah sejak lebih 4 bulan yang lalu saya kehilangan saat-saat begini. Saya yakin Arissa boleh melawan anasir-anasir yang tidak baik itu dengan pantas.

Arissa dah boleh menapak beberapa langkah. Semoga segala yang dirancang untuk akan datang berjalan dengan lancar. Dalam tempoh sebulan, Arissa InsyaAllah dah boleh berjalan penuh yakin. Hehe. Semoga kesihatan Arissa juga mengizinkan dan saya mendapat kelulusan cuti. InsyaAllah. Sesungguhnya, perancangan Allah itu lebih baik.

p/s: 2012 tak habis lagi dah fikir pasal tahun depan. hehe. haruslah kan~! 2 Januari terus mohon cuti. Ngeeee.

p/s/s: mak doakan Arissa sihat sentiasa sayang.

p/s/s/s: love and hugs to ayah Arissa dan Arissa. wink!!!

4 comments

My Life's Journey said...

Harap baby arrisa cepat sembuh ... mun baby sakit memang mak pak c pat duk diam .. bingung (~_~)

Nursaila Norman said...

arissa dh boleh berjalan..seronoknya tgk anak bertatih sikit2..hehe :D tahniah arissa XOXO

D Yatie said...

@My Life's Journey aok pyna...nang susah hati gila2 oleh nya...huhuhu

D Yatie said...

@Nursaila Norman betul3! seronok sangat. memang rasa nak melompat mak nyer. hahahaha.

Blog design by Rainy Day