Pages

Dec 12, 2012

Hidup : Jawapan Kepada Persoalan

Assalammualaikum. Hai.

Kebelakangan ini, saya sering dihujani dengan soalan-soalan :

"bila suami nak pindah sini?"

"suami boleh pindah kan?"

"tak stress ke berjauhan?"

"sampai bila nak berjauhan begini?"

Dan hati saya tersentuh apabila ada seorang hamba Allah berkata:

"tak apalah kalau ok berjauh."

Saya pelik, kenapa orang suka menjadikan jawapan-jawapan saya sebagai satu helah dari saya. Tidak mungkin saya mahu berhelah atau mencari alasan sedangkan hati saya meronta-ronta mahu bersama suami dan anak saya. Sepotong ayat yang dilontarkan seolah-olah kami tidak punya perasaan dan kami gembira berjauhan. Mungkin saya terlalu sensitif hinggakan saya menjadikan ini sebagai punca saya begitu terkesan membaca sepotong ayat itu.

Saya tidak ada jawapan yang tepat untuk setiap soalan buat masa ini. Bila encik suami akan berpindah ke sini; kami tidak pasti. Tapi tidak mungkin sehingga kami sudah menjadi si bongkok kaki tiga. Suami boleh pindah; bila-bila masa sahaja tapi kesesuaian perlu diambil kira. Tak stress bila berjauhan; Allah SWT sahaja yang tahu apa yang telah kami lalui dan lebih lagi saya.  Sampai bila berjauhan bergini; sampai diizinkan Allah SWT untuk kami hidup dibawah satu bumbung semula.

Kami tidak meminta begini tetapi Allah SWT telah susun dengan cantik perjalanan kehidupan kami begini. Setelah pelbagai urusan dipermudahkan olehNya, Allah berikan sedikit ujian supaya kami tidak lupa akan Dia. Bertapa kasihnya Allah SWT pada kami. Kekuatan yang kami ada sebenarnya datang dari Allah SWT. Saya sendiri tidak sangka saya boleh dan InsyaAllah saya redha dengan kehidupan saya sekarang. Malah saya bersyukur dengan nikmat kurnia yang Allah berikan pada kami sekeluarga.

Seringkali kita diingatkan, "jangan melihat kepada mereka yang berada di atas, tetapi keraplah melihat kepada mereka yang berada di bawah - lantas kamu bersyukur akan apa yang kamu miliki". Suka saya memetik sepotong ayat dari sebuah buku karya Dale Carnegie yang bermaksud, "jarang sekali kita melihat apa yang kita ada tetapi seringkali kita melihat apa yang kita tiada". Saya juga suka dengan sepotong ayat dari Hami Asyraff, "redha itu bukan mudah. tapi redha itulah menghilangkan hati yang resah". 

Nikmat yang Allah berikan disebalik kejauhan ini yang paling ketara ialah; saya dan Nur Arissa Batriesya memiliki seorang lelaki yang terlalu banyak melakukan pengorbanan buat kami. Lelaki ini yang pada mulanya tidak yakin dan teragak-agak untuk menjaga anak kecil tetapi kini, segalanya Mr. Mama. 

Saya teringat dulu-dulu saya pernah bermain kata, "lepas bersalin suami yang jaga semua. isteri dah melahirkan". Allah Maha Mendengar. Betul, kini Arissa dibawah jagaan suami saya sepenuhnya. Saya cuma bersama mereka pada hujung minggu. Itu pun, encik suami yang akan bangun tengah malam untuk bancuh susu puteri hatinya. Si isteri sekadar menepuk-nepuk si anak. Hehe.

Walau apa jawapan yang kami beri, kami tahu tidak mungkin akan memuaskan hati semua orang. Kuatnya kami dengan keputusan kami adalah dari Allah SWT juga. InsyaAllah keputusan kami kini adalah yang terbaik. Kami mahukan yang terbaik untuk puteri hati kami. Biarlah dia membesar dalam persekitaran yang terbaik. Ya, kasih dan perhatian seorang mak itu berbeza. 

Tapi saya yakin, pada satu ketika Arissa sudah mengerti dia tahu akan pengorbanan emaknya. Arissa tetap bahagia bersama ayah, tok, maktok, makcik dan pakcik serta ibu. Mak Arissa balik tiap-tiap minggu juga. Bukan tak balik. Kan? Tak apa lah penat sedikit berulang-alik asalkan anak mendapat yang terbaik.

Aturan Allah SWT kepada kita semua telah tersusun indah:

Kami berjauh. 
Allah hadirkan ibu dalam hidup Nur.
Allah kurniakan kesihatan yang baik pada Arissa.

Allah memberikan rezeki melimpah ruah kepada Batriesya.
Lantas nikmat apakah yang mahu kau dustakan.

Bukan tidak kasih.
Bukan tidak cinta.
Bukan tidak sayang.
Kerana kasih, cinta dan sayang.
Kami tidak mahu terburu-buru.
Kerana kami tidak mahu.
Kami bertindak melulu.

5 comments

Nursaila Norman said...

dyg kuatkan semangat demi anak dan suami..siapa yg nak berjauhan dgn suami,anak..tp apa yg berlaku dlm hidup kita kan ada hikmah..org lain xtau apa yg kita rasa,org lain pun xtau apa hikmah kita dpt..dyg dgn arissa beruntung sgt2 dpt lelaki yg kuat dan penyayang :)) ntah berapa org lelaki je yg sanggup jaga anak sepenuh masa bila isteri jauh..

rezeki masing2 kan xsama..xpe lah mereka2 tu..kuat ye dyg :)

adyna said...

bersangka baik selalu yatie.. Allah dah atur cantik..akak dulu pun berjauhan dgn suami..keje dlm kem pregnant lagi.. sekarang bile dah pindah ikt suami dpat keje kat cni..sedangkan suami nak bertukar ke perak..last2 dok je slgr nie hehehe

adyna said...

psst. yatie ltk kedai backlink utk bagi backlink byk ke blog.. ;) tips

D Yatie said...

@Nursaila Norman yes! you're absolutely right! ramai yang cakap macam tuh especially kakak - kakak office. tak ramai yang sanggup macam tuh. Alhamdulillah. saya pun tak kisah tak peduli dah saila. biarlah mereka2 itu. they never in my shoes! :D btw, thanks dear!

D Yatie said...

@adyna insyaAllah kak... saya bukan apa kak, saya sebatang kara kat KL ni ha... itu lah buat kadang2 tersentuh sangat... kalau ada family tak apa jugak.. huhuhu.. :'(

Blog design by Rainy Day