Pages

Dec 28, 2012

Hidup : Ada Apa Dengan Pangkat

Assalammualaikum. Hai.

Encik Suami sangat jarang to express his appreciation kepada Cik Isteri secara terang-terangan. At the moment he did, hati Cik Isteri melting sungguh. Haha. Thanks sayang!


Nur Arissa Batriesya tidak sihat lagi. Alhamdulillah esok Jumaat. Petang esok dah balik Ipoh, InsyaAllah. Semoga dipermudahkan segala urusan dan perjalanan. Tadi, encik suami balik awal untuk bawa Arissa ke Poliklinik Kembar lagi. Ada sedikit infection pada kerongkong yang membawa kepada batuk dan suhu badan lebih sedikit dari paras normal - lebih kurang panas suam kuku. Tapi, masih juga aktif dan kuat berpeluh. Sekadar memerlukan perhatian lebih dari semua orang - kerap merengek.

Saya simpati dengan Encik Suami. Bukan senang untuk menjaga anak kecil yang sakit. Lelaki tetap lelaki walaupun diberi gelaran Mr. Mama. Lelaki tak sama dengan perempuan. Saya tahu Encik Suami mesti letih meladeni karenah anak kesayangannya. Apakan daya, inilah yang harus kita tempuh sayang. Inilah juga ujian yang Allah berikan pada kita sekeluarga yang menjadikan kita lebih berpengalaman, matang, kuat, tabah dan sentiasa sabar. Tak semua orang boleh berada dalam posisi kita sekarang, kan? 

Saya teringat akan perbualan ringkas kami tempoh hari,

Cik Isteri : Awak ingat saya suka ke sorang-sorang kat sana. Tak ada siapa-siapa. 
Encik Suami : Dan awak ingat saya suka ke saya sorang kat sini dengan Ica, awak tak der.

*tersebak : ini sebenarnya bukan mudah bagi kami suami isteri*

merujuk kepada ayat dalam gambar tersebut


Inilah kami. Tidak akan berada dalam mode serius bagi satu tempoh masa yang lama terutamanya Encik Suami. Nak berlebih-lebih bukan di muka buku lah kan. Kalau terlebih di muka buku ada pula yang tak pasal sentap mak jemah. Kan ke haru? Hehe. Saya tidak akan bertanggungjawab dengan orang yang sentap mak jemah nih. Lagi-lagi kalau spesis mak jemah yang nak tahu tentang kita lepas tu sentap dalam diam bila kita dah bagitahu tentang kita. Faham tak? Tak faham sudah. Huhu.

Ok, back to the topic. Encik Suami tidak miskin kerana beliau telah menyediakan segala keperluan kami dengan hasil titik peluh sendiri. Rumah tempat berteduh atas nama beliau. Kenderaan untuk bergerak atas nama beliau. Keperluan asas makan minum dan pakai. Sejak saya telah bekerja tetap, ada mulut berkata "duit bini lah tu" bila Encik Suami beli motosikal baru tempoh hari. Walhal, Encik Suami menggunakan duitnya sendiri. Mungkin ada banyak lagi kata-kata yang dilontarkan oleh kebanyakan orang tapi Encik Suami sering mengingatkan saya untuk membiarkan.

Tapi, kalau betul sekalipun itu duit Cik Isteri - so??! Kan? Suami isteri susah senangnya bersama. Kalau rezeki saya lebih, apa salahnya saya membantu dalam perbelanjaan keluarga. Encik suami dah sediakan rumah, kenderaan dan keperluan yang lain maka saya perlu membantu dari sudut yang lain. Pangkat mahupun status saya di pejabat akan tinggal di pejabat. Once saya melangkah keluar dari pejabat, sayalah Cik Isteri kepada Encik Suami dan Puan Mak kepada Cik Anak. Wajib bagi saya untuk mentaati suami. Wajib juga bagi saya untuk ke dapur untuk juadah suami.

Toleransi dalam sebuah rumahtangga itu penting. Saya tidak pernah membawa watak saya di pejabat dengan di rumah. Walaupun sebenarnya di pejabat saya sangat tidak pandai mengarah orang walaupun pengagihan tugas. Kebiasaannya, staffs saya yang tahu-tahu / pandai-pandai memilih task yang perlu mereka buat. Alhamdulillah. Walau siapa pun kita di pejabat, jangan sesekali kita membiarkan perwatakan di pejabat itu bersama suami. Saya sangat menjaga perkara ini sebab saya tidak akan membiarkan Encik Suami saya terguris hatinya. 

p/s : Ya Allah. sihatkanlah suami dan anak tuan rumah ini. sembuhkanlah mereka dengan penyembuhan Mu. penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. aamiin.

6 comments

Pinkbubblegumprincess said...

dugaan berjauhan,,,tapi dengan dugaan camyalah mengeratkan hubungan ktk 3 beranak hehe.. :)

D Yatie said...

@Pinkbubblegumprincess nang bena yu... ya la mengeratkan agik sbnrny... rasa ng zaman bercinta ~ haha

aTieYusof Family said...

Salam kenal..singgah follow sini #112...
erm.. situasi awk mcm lebih kurang dgn sy..huhu..
biasa nya org hanya pandai mengata tanpa tau perkara sbnrnya.. walau mcm mana tinggi status kita kt Pejabat, suami tetap ketua keluarga kan?..
redha Allah terletak pd redha nya...:)

D Yatie said...

@aTieYusof Family Salam kenal Atie.. Kan? tak suka dengan mulut2 orang tu kan.? betul...redha Allah datang dari redha suami bila kita dah kawen... huhu...

adyna said...

Dugaan yg ada hikmah yg tersembunyi.. ;) sentiasa bersangka baik.. Manis akan dtg kemudian ;)

D Yatie said...

@adyna itu lah kak dyna...kalau di layan mmg sakit hati sgt...huhuhu...

Blog design by Rainy Day