Pages

Dec 13, 2012

Anak : Tak Bersedia?


Assalammualaikum. Hai.

Seronok bila dengar para ibu mengandung lagi. Anak belum sampai setahun dah mengandung anak yang kedua. Murah rezeki. Alhamdulillah. Jujur, kadang-kadang saya rasa macam 'NAK JUGAK'. Hehe. Eh, naluri hati seorang perempuan - itu normal. Tapi, itulah. 

Buat masa ini saya macam belum bersedia. Fizikal insyaAllah bila-bila masa. Ecewah! Eh, ini bukan ayat penyata yang riak tapi mengikut rasa sihat tubuh badan insyaAllah dah bersedia. Hehe. Walaubagaimanapun, persediaan mental rasanya tidak mencukupi lagi. Eh! Haha. Macam nak mengandung esok pulak ye. 

Kami suami isteri merancang untuk sekurang-kurangnya dua tahun lagi. Tapi, sejak saya berseorangan di KL dan keputusan kami untuk duduk berjauh maka kami rasa mungkin lebih lagi. Ok! Bukan lah sepenuhnya kami, tapi saya. Ikutkan encik suami, lagi cepat lagi baik.

Seandainya Allah anugerahkan juga, kami terima dengan hati yang terbuka dan saya juga akan kata yeay! Nak dapat baby lagi. Fitrah seorang mak dan ayah suka menerima cahayamata. Kan? Ye lah, sebaik mana kita merancang Allah perancang terbaik. So, kita merancang dan selebihnya kita serah kepada Allah SWT.

Kenapa tak bersedia lagi? Alasan pertama sejak awal-awal lagi; saya nak tumpukan sepenuh perhatian terlebih dahulu kepada N.A.B. Kononnya kesian anak kecik lagi dah nak dapat adik. Takut nanti terbiar. Kurang perhatian. Tak cukup kasih sayang. Ok fine! Saya memiliki sedikit pemikiran tipikal. Ini kes nak kata bagi selang 2 tahun.

Alasan kedua, alasan terakhir - kes mungkin selang lebih dari 2 tahun; saya tak dapat bayangkan kalau saya mengandung lagi. Duduk KL seorang diri, turun dari tingkat 8 berjalan menuju ke LRT, berhimpit-himpit dalam LRT, naik turun jejantas, berjalan lagi ke bangunan tinggi naik tingkat 16 bawa perut ke depan. Tak sanggup nak bayang. T___T

Bayangkan, hidup sebatang kara. Balik kerja tengok dinding. Balik kerja penat-penat, tengok muka kawan serumah. Kalau sakit-sakit pinggang, siapa nak tolong urutkan? Kalau masa emosi tak stabil, siapa nak tolong tenangkan? Kalau kaki kejang, nak menangis-nangis kejutkan siapa? Kalau teringin nak makan apa-apa tengah malam, siapa nak tolong belikan? 

Ok, sekarang pun air mata dah mengalir. Apatah lagi kalau betul-betul mengandung. Sedih bila membayangkan, sedih lagi bila mengenangkan. Lebih haru bila nanti dah melahirkan, anak dah cukup tiga bulan saya kena tinggalkan dia untuk bekerja. Agak-agak mungkin boleh meroyan akibat tertekan. Isk. Isk. Isk. Nauzubillahhiminzalik.

Ehem. Ehem. Macam saya seorang yang duduk berjauh dengan suami dan anak? Kecoh sekampung? Rata-rata yang berjauhan, mereka dekat dengan keluarga yang lain sekurang-kurangnya. Rata-rata yang berjauhan, anak mereka ada bersama mereka. Bezanya dengan saya, saya sememangnya bersendirian. Tak ada saudara mara yang terdekat. 

Kalau apa-apa jadi pada saya sekarang pun memang mengharap ihsan kawan serumah semata-mata. Oleh sebab ini jugalah kami suami isteri membuat keputusan untuk duduk berjauhan dahulu. Kalau tiba-tiba saya ada urusan luar dan encik suami pula sibuk, N.A.B macam mana? 

Sekadar dua alasan kenapa saya tidak bersedia. Tetapi, jangan salah faham. Saya tahu para ibu semua mampu memberikan yang terbaik buat anak-anak. Tidak kira jarak yang dekat mahupun jauh. Cuma, saya ingin nasihatkan janganlah sesekali abaikan anak. Saya melihat dengan mata, mendengar dengan telinga - pengalaman yang terpampang jelas di depan saya.

Alasan saya berdasarkan 'drama' yang saya tonton secara 'live' serta 'drama' kehidupan saya sendiri yang berjalan atas kaki sendiri di bumi orang. Tapi, saya tak sabar jugak nak ada next baby! Nak tengok N.A.B sayang adik-adik sendiri. Sekarang kerja nak cium adik cousinnya dan 'baby' dia. Alolololo. 

p/s pernah tersentap lewat period. wakakakakaka. 

1 comment

mummy ammar said...

takpela apa2 pun reason, kita yang hadapinya...kita yang nak beranak, so kita tahu kemampuan diri kita...abaikan mulut2 org berkata...

:)

Blog design by Rainy Day