Pages

Dec 14, 2012

Anak : Anak Lembu?!

Assalammualaikum. Hai.


Eh? Tak perasan muka FB sendiri pun kena highlight merah. Hahaha. 

Orang ini buat saya betul-betul aaaannngggiiinnn di tengah-tengah malam. Terus naik geram baca. Siapa entah yang anak lembu?! Sebelum ini baca kisah orang je, tapi kali ini dalam komen yang ada diri saya jugak. Haa... Nasib baik saya masih mengekalkan sikap bersopan. Kalau jenis anak lembu macam tu agak-agak nak bersopan tak? Geram betul!

Bukan nak cakap la. Tapi pengalaman la sepanjang lebih 10 bulan jadi mak nih kan. Ramai yang tak menjaga sangat tutur kata / penggunan bahasa. Sebab tu saya suka nak remind family saya dan close friends, "jangan bermain kata. nanti terkena kat muka. kelu lidah tak terkata. orang bukan sengaja ketawa suka. tapi padan muka". 

Hamba Allah yang kat atas tuh, baru sahaja bergelar ayah seminggu yang lepas. Anak sulung. Anak fresh lagi. Susu isteri tengah melimpah-ruah lagi. Itu gamaknya berani benar nak buat statement macam tuh. Bercakap / Menaip perlu tengok kiri kanan dan sensitiviti orang. Kalau setakat kata jangan malas nanti anak malas jugak saya boleh terima. Tapi, part tiba-tiba nak kata anak manusia anak lembu....

Nak jugak tengok sampai rezeki anak awak tu nanti dengan susu ibu sampai umur berapa. Kita kena tau rezeki Allah bagi pada setiap anak tu tak sama. Kang terkedu tak sampai sebulan dah kena bagi susu lembu. Baru tau langit tu tinggi ka rendah. Ha.. Geram dah ni. Time macam ni sepatutnya solat tengah malam tapi dia buat pasal pulak.

Gurau? Ada cara lain kot nak gurau! Ok lah! Semoga Allah mengurniakan susu ibu yang melimpah ruah buat anaknya. Aamiin.

5 comments

My Life's Journey said...

Susu tepung dengan susu ibu tok nang isu sensitif .. kenak laa ada juak orang yang mempertikaikan part ya .. bukan badan semua orang sama kan .. nak buat mcm ne mun cpat mau bf .. rezeki setiap orang c sama ..

Pelik2 tangga orang main isu anak lembu tok haha .. lak tikam dlm kandang lembu baru tauk hihi

YanaHime said...

Ooo....inilaaa yg duk heboh kata kat org anak lembu...maaf ye, sy ni fm mum & anak sy membesar dgn sihat sbg anak manusia, syukur alhamdulillah. Riak sgt nt Allah tarik balik nikmat tu nt kelat muka bg anak fm jgk...takkan nk bg teh tarik kut....berdoalaa susu utk anak dia trrus meriah sbb dh berkoyan2 org duk maki org tersebut kerana statement yg melampau ni

D Yatie said...

@My Life's Journey yalah pina...ya kmk geram..geram gilak...benar susu mak ya better..tp jgn la sampey nak madah anak org ya anak lembu..WTH nak?! huhuhuhu. x boh d tikam. ny nang datang dari kandang NFC ya. hahahaha.

D Yatie said...

@YanaHime lebih kurang la yana...ada banyak sbnrnya but unfortunately, this happened kpd saya pulak. in reality. sebelum ni baca orang punya pengalaman jer kan. emosi gitu2 je. tapi bila part dengan saya macam ni. angin jugak la. sy jugak bagi susu FM kt anak. itu la yana. saya tak mendoakan yang tak baik buat dia. sy pun malas nak panjang2 kan cerita. lg pun td ad lg sorg hamba Allah yang kata statement tu betul. tak apa lah. doa kan jer la yang terbaik untuk depa. :)

Nursaila Norman said...

mmg la susu badan lebih baik,tp jgn la sebut anak lembu dekat anak manusia..xsopan sungguh..kecik hati org tu :(

suka gilak baca komen bhs s'wak kitak org tok..hihi :D

Blog design by Rainy Day