26 November 2012

Info : Kencing Kotor

Assalammualaikum. Hai.

sumber : google

Pernah tak berdepan dengan masalah kencing macam tak puas tuh? Orang kata, kencing tak lawas. Pernah tak? Saya pernah. Mungkin kerap tapi baru sekarang tahu amende sebenarnya. Huhu. Tak kisah lah kerap ke, first time ke or etc. tapi yang penting pernah. Tak pernah tuh jaga diri baik-baik ok. Kena kencing kotor nih memang sangat tak best. Sebab kita akan rasa macam sakit jer masa kencing dan lepas kencing, rasa nak kencing balik. Kadang-kadang, baru jer tutup pintu toilet dah rasa nak kencing lagi.

Teringat perbualan dengan ex-colleague saya dulu, "kadang-kadang, saya tak sempat nak duduk tempat sendiri dah pergi masuk toilet balik". Huhu. Perasaan kena kencing kotor ini adalah sangat tak best ok. Tak selesa. Boleh dikatakan rasa macam menderita. Saya kena kencing kotor lepas bersalin which was Arissa dah 3 4 bulan kot usianya. Rasa macam nak pakai 'pampers'. Hahaha.

Menurut Dr. Khairiah Seman (Pakar Obstetrik & Ginekologi, Puat Perubatan Barakah - kencing kotor bermaksud jangkitan kuman pada sistem saluran kencing termasuk buah pinggang. kebanyakan kencing kotor adalah jangkitan kuman pada pundi kencing (cystitis) dan jika jangkitan ini tidak dirawat ia boleh merebak ke buah pinggang (pyelonephritis). Jika jangkitan sudah merebak ke buah pinggang, seseorang itu akan mengalami demam yang tinggi dan sakit di bahagian belakang. Kadang kala boleh rasa loya dan muntah-muntah.

Ngeri tak baca kesannya? Huhu. Selama ini saya tak tahu dah buat tak kisah bila terkena kes kencing tak puas nih. Kalau tidak silap saya, sekolah rendah saya pernah mengalami benda nih tapi M.A tu cakap, "minum air ais banyak-banyak lagi ye". Selamba jer M.A tu perli saya. Huhu. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah. Saya tak pernah mengalami simptom-simpotm seperti yang dinyatakan oleh Dr. Khairiah. Na'uzubillah. 

Kebanyakan masalah kencing kotor adalah disebabkan oleh kuman yang merebak dari luar (ascending infection) dan kencing tertahan (urine retention). Perempuan secara umumnya lebih senang untuk terkena jangkitan ini kerana salur kencing dan pundi kencing ke luar (urethra) prempuan lebih pendek. Oleh yang demikian, kuman dari luar akan lebih senang untuk masuk ke dalam pundi kencing dan menyebakan jangkitan.

Saya tak ambil apa-apa ubat atau rawatan untuk sembuhkan kencing tak lawas saya. Saya banyak minum air masak walaupun saya rasa macam malas sangat nak pergi buang air kecil. Tapi, pergi buang air kecil yang sebenar dengan lebih kerap adalah lebih membahagiakan berbanding buang air kecil dengan kerap tapi tak lawas. Oh! Sangat tidak best, ok. Trust me! Minumlah air banyak-banyak. Hehe. 

Jika seseorang itu kerap mendapat kencing kotor, satu ujian terhadap sistem saluran kencing per lu dibuat untuk memastikan tiada masalah dengan salur kencing itu sendiri. Pesakit boleh menjalani ujian cystoscopy atau intravenous urogram. Ini biasanya tidak melibatkan kemasukan ke hospital atau pembedahan dan boleh dilakukan dalam tempoh satu hari.

Mencegah Masalah Kencing Kotor
  • Minum air yang cukup dan jangan menahan kencing - air minuman mebantu mencairkan air kencing dan memastikan bahawa anda akan membuang air kecil lebih kerap. Oleh yang demikian ia membenarkan bakteria akan dibuang dari saluran kencing anda sebelum jangkitan boleh mula.
  • Pastikan kebersihan bahagian kemaluan / preneum dijaga dengan sempurna terutamanya bagi para ibu yang baru lepas bersalin.
  • Jika anda mengelap air kencing, mulakan dari depan ke belakang - membantu mencegah bakteria di bahagian dubur daripada merebak ke faraj dan uretra.
  • Kosongkan pundi kencing sejurus selepas persetubuhan. Juga minum segelas penuh air untuk membantu bakteria dikeluarkan.
  • Elakkan produk feminin yang berpotensi untuk membawa mudarat seperti menggunakan semburan deodoran atau lain-lain produk feminin seperti douches dan serbuk di kawasan kemaluan kerana ini boleh merengsakan uretra.
So, seperti biasa. Biarlah kita mencegah daripada mengubati. Bagi saya, minum air banyak-banyak insyaAllah dah boleh mengelakkan kencing tak lawas nih. Saya boleh dikatakan seriau bila dengar benda nih boleh effect ke buah pinggang. Huhu. Insaf mak Arissa minum air banyak-banyak dah. Haha.

Dr Khairiah mengingatkan kepada wanita yang hamil dan selepas bersalin agar mengambil berat mengenai masalah ini. Jika dijangkiti masalah kencing kotor, segeralah mendapatkan rawatan agar tidak merebak lebih teruk. 

Okay uollsss! Saya harap info ini berguna buat semua. Mungkin ada yang dah tau. Mungkin juga ada yang dah baca di Pa&Ma. Mungkin juga ada yang 'oh rupanya yang aku rasa tak puas nak kencing tuh sebab jangkitan kuman'. Mungkin. Hehe. Suka saya berkongsi sebab saya juga mengalami masalah ini. Well, sharing is caring right?! Wink! Wink!

sumber info : solely Pa&Ma.


NUR ARISSA BATRIESYA IS JOINING A BABY CONTEST. PLEASE HELP HER TO WIN BY CLICK 'LIKE' AT HER PICTURE AT THIS LINK: 

7 comments:

cheq sue dieyha said...

sue sdri pn dah selalu kena mcm tu,lebih2 lg lps gugur.yg penting kne minum i masak byk2 :D

hasmi said...

mmg perit bila kena jangkitan kencing kotor ni..saya kena lps bersalin ari tu..hmm...mmg btol, kuar toilet bkn saja rasa nk kencing lg, tp yg xthn sakit n perit sgt kt bhg pundi kencing...cara terbaik selain mkn ubat kena minum air kosong byk2. tp itu la my weakness...tp paksa jgk minum.huhu...Ya Allah bila kena ni, terus rasa betapa nikmat Allah bg selama ni sgt la besar xterkata. bila kena ni....huk..huk..:(

Anonymous said...

Sy sekrg tgh menderita penyakit kencing kotor ni derita nya bukan kepalang. Sakit masa nak kencing tu yg terakhir tu tarik perut skali. Sekrg ni tgh menderita demam panas siap mengigil-gigil. Langkah silap sbb pegi klinik biasa. Bila pegi hospital specialist baru ok sket ubatnya. Dah 2 minggu menderita sakit ni. Ingatkan sakit batu karang tp takde tanda2 sbb bila doktor tepuk bahagian belakang ok je tak sakit. Punca sy rasa slalu guna public toilet haha

Rani Hasan said...

Saya pun sedang mencari punca apa yg kalian ceriakan ini..memang rasa tk selesa setiap masa...rasa nk tidur dlm tandas jer...tapi saya lelaki..bagai mna untuk sya berubat..sya baru 2 3hri ni jer kena..

Fauzi Ali said...

Sy pn baru jew kna ni..x selesa sesangat nk menangis rasa..asyik nk g tandas jew..nk tdo pn ssh..

Fauzi Ali said...

Sy pn baru jew kna ni..x selesa sesangat nk menangis rasa..asyik nk g tandas jew..nk tdo pn ssh..

WoonA (wana) said...

Sy baru kena dlm dua hri nih... Adik rase nak kncing jer.... X tahan la..... Mcm mana nih... Perlu ke berjumpa dgn doktor???