Pages

Nov 8, 2012

Hidup : Persediaan Jalan-Jalan

Assalammualaikum. Hai.

Semalam selesai sudah buat reservation hotel di Melaka dan Muar. Semangat semakin membara nak jalan-jalan minggu depan. Hoho. Semoga semuanya berjalan lancar dan cuaca baik. Sekarang ni kan musim hujan. Petang je, hujan. Tadi sembang dengan kawan yang baru balik dari program di Melaka cakap hujan tiap-tiap petang. Huhu.

Pada mulanya encik suami nak pergi on 15th tapi atas sebab saya baru balik dari KL on 14th malam maka kami akan bertolak awal pagi 16th. Encik suami tak nak saya rushing nak packing segala. Lagipun at least saya ada 1 hari untuk berehat. Saya tak kisah pun sebab yang penting ialah semoga semuanya berjalan dengan lancar dan kami selamat pergi dan selamat balik.

Sebenarnya, faktor utama yang boleh pergi bercuti ke Selatan atas sebab nak pergi kenduri sahabat saya, Nor Farahuda Maidin di Muar. So, dah alang-alang pergi kita menyelam sambil minum air lah kan. Memang dari dulu lagi plan bila dah ada anak nak bawa pergi zoo melaka. Hahaha. Macam tak ada tempat lain! Kah3 ketawa berdekah2. =P (oh USS, kau tetap dalam senarai wishlist ku. hihihihi.)

Dah reserve bilik, so sekarang nih akan buat checklist barang yang perlu dibawa. Seriously saya kena buat checklist sebab dah ada anak. Kalau tertinggal salah satu barang camner? Jenuh jugak nak kena beli baru. Yer dak? Stroller wajib lah. Carrier pun kena bawa jugak. 

Selain nak buat checklist, nak kena buat juga list tempat nak pergi. Nak kena ada plan yang cantik. Sampai-sampai Melaka nak ke mana. Buat apa. Tak mau berjalan tanpa hala tuju tak tau nak pergi mana. Haha. Macam lah pergi overseas yer dak? Hihihi. tapi, bab-bab planning nih sebenarnya encik suami lebih bijak mengatur. Ngeeee.

Apapun, semoga Allah merahmati perjalanan kami nanti. Semoga cuaca juga baik. Jalan pun lancar. Dan kami semua sihat sejahtera terutamanya Nur Arissa Batriesya. 

p/s: 7 days to go! =)

No comments

Blog design by Rainy Day