Pages

Nov 13, 2012

Hidup : KWC

Assalammualaikum. Hai.

First of all, Happy Diwali to all Indians.

So, Diwali means cuti for Malaysian and I bet you guys were having a great moment with family. Kan? Alhamdulillah untuk korang semua yang ada opportunity bersama family. And how was mine? Hehe. This morning I SMS encik suami, "alone mother nak meronggeng". Haha. 

Actually, tujuan nak keluar cuma nak beli tiket bas untuk esok. Semalam keluar lewat sangat dari office so malas nak patah balik ke Pudu Sentral. Keluar awal sebab takut terlajak kemana-mana. So, tak lah kalau terlajak tuh nanti balik lewat. Kan? Lepas beli tiket saya menuju ke KWC. Hehehe.

Kenapa pilih KWC? Ok, selama ni spend tak lama kat situ. Tak berkesempatan nak tawaf semua tingkat. Haha. Tau tak KWC tu apa? Bagi yang tak tau, KWC nih ialah Kenanga Wholesale City. Siapa yang naik kereta, jangan tanya saya macam mana nak pergi. Tapi kalau naik LRT / Monorail, saya dengan yakinnya cakap sila berhenti di Stesen Hang Tuah. Hehe.

Tadi encik suami tanya, "tempat apa tuh?" Jawapan saya, "inilah syurga dunia wanita. dulu jalan TAR sekarang kat sini". Haha. Eh, tapi betullah. Kalau nak cari baju kurung / jubah / blouse & etc., saya memang pilih KWC. Kalau tudung, Jalan TAR still no.1. Muaz Textile semakin banyak tau cawangan dia. Hahaha. (dulu macam best jer muaz tuh. sekarang dah tak ada apa pulak rasanya. huhu.)

Di KWC, diorang dah kategorikan mengikut setiap tingkat. But still ada jugak yang campur-campur. Kategori yang utama macam Ladies & Mens Wear, Kid, Islamic dan Bag. Dan never go to their Food Court sebab tadi saya baru nampak, NON HALAL Food Court. Selama ni kami pergi makan Hot & Roll jer yang sempat. Haha.

Saya spend dalam 4 jam. Actually dah bosan dah. Encik suami, you should tadah tangan dan berkata Alhamdulillah sebab dapat isteri macam saya tau. Dalam tempoh 4 jam, saya cuma keluarkan duit RM10 dari dalam dompet. Beria-ia jer sampai KWC terus cucuk dinding nak buat standby. Huhu. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Nafsu membeli tidak menguasai saya. Hehe.

Oh. Ikutkan tak ada sampai 4 jam tapi atas sebab hujan yang sangat lebat. Pusing-pusinglah serata penjuru setiap tingkat. Bukan selalu dapat peluang macam ni. Haha. Esok kalau cerita dekat Hani, mesti kena cop 'sengal'. Huhu. Bukan tak berkenan. Ada juga yang berkenan. Tapi kenan tu tak kuat. Boleh? Hihi. Terjumpa kasut baby, semua tak berkenan. Terkenang jugak dengan 3 pasang kasut Arissa kat rumah. :p

Encik suami saya rasa dia faham isteri dia need something to do to avoid perasaan rindu membuak-buak apatah lagi tak ada benda nak buat. Encik suami tak halang dan tak banyak soal. Encik suami jugak tak pesan jangan membazir tau. Haha. Tapi walaupun dia tak pesan, sendiri mau ingatlah kan! Next entri, keperluan vs kehendak. Hihihi.

Oklah korang! Selamat bercuti bagi yang ambil peluang besar nih - 3 days annual leave boleh dapat cuti 9 hari direct! WOW!!!! Kalau saya ada cuti lagi, saya memang dah apply 3 days tu dah. Hahaha. Tapi, Alhamdulillah bos luluskan juga cuti on this Friday. Melaka, Muar ! InsyaALLAH kami datang! :)

NUR ARISSA BATRIESYA IS JOINING A BABY CONTEST. PLEASE HELP HER TO WIN BY CLICK 'LIKE' AT HER PICTURE AT THIS LINK: 

1 comment

aishah said...

salam perkenalan

Blog design by Rainy Day