Pages

Nov 5, 2012

Hidup : Faktor Kegemukan

Assalammualaikum. Hai.

Dengan bangganya, saya ingin memaklumkan bahawasanya saya telah berjaya menambah berat badan dalam satu kilogram setiap bulan sejak berkhidmat di organisasi sekarang tetapi syukur Alhamdulillah masih berada dalam lingkungan 'ideal'.

Faktor kenaikan yang selari ini adalah kerana 'sikap kakitangan saya yang sangat rajin memasak'. Haha. Adoi la. Hari-hari makan. Setiap hari dua tiga kali makan. Kadang-kadang, kita beli breakfast roti atas sebab nak kawal nafsu makan. Tapi sebaik sahaja masuk office, "puan dayang. jom makan. hari ini akak bawa mee ketam", "puan dayang, makan. akak ada bawa nasi goreng". Itu situasi pagi.

Lunch, duduklah dalam office dan tutup lampu. Pintu kena ketuk, "puan dayang, jom makan kami ada masak. ada udang masak lemak, terung sambal, telur dadar", "puan dayang, jom makan. kami masak sup sayur dan goreng ikan. jom. jom. sejuk nanti tak sedap". Masa selingan, pintu kena ketuk juga "puan dayang, jom ada goreng pisang dan kelada". Lalu depan diorang, "puan dayang, jom makan ada kuih ni. ada kek akak try masak".

Isk. Isk. Isk. Kadang-kadang, saya sampai mengah rasa nak muntah bila dah penuh padat perut makan seharian. Nak menolak, tak sampai hati. Cubit-cubit pun makan juga. Bukan keropok / kerepek yang boleh ambil sekeping. Sudahlah kerja saya, masuk office terus la duduk melekat depan PC. Tak usah mimpi nak jadi seorang yang sangat sibuk ke hulur ke hilir. Huhu. Nak begitu, kena jadi PR. Haha.

By the way, segan juga nak timbang berat badan sebab dapat rasa pipi dah kembali seperti asal. Tak ada orang yang nak kata "kak, akak tak sihat ye?" Haha. Dah lama dah tak ada orang tanya. Haha. Oh, sebenarnya berat saya sekarang adalah sama dengan berat saya masa anak dara zaman-zaman dah nak abis study di UUM. Zaman form 6, semester 1 2 3 itu saya selalu dianggap sakit dengan berat 56 - 57kg. Ketinggian saya 163cm membuatkan pipi saya kelihatan sangat cengkung seperti orang sakit. Huhu.

Eh! Perlu ke kau nak cerita details ni mak Arissa? Hahaha. Asalkan tak overweight, tak malu sangat nak cerita. Kui3. Eh, sebenarnya berat saya meningkat bila saya jumpa encik suami saya, 2008. Ngeee. Bahagia sangat kot dengan si Budak Nakkal tuh. Hahaha. Dan sekarang, adakah saya bahagia berjauhan dengan suami dan anak? Hahaha. Tidak! Faktor seperti yang saya tulis kat atas tuh, saya ada staffs yang sangat rajin.

Encik suami kata okay. Saya pun okay lah! Encik suami pun tahu yang itu berat saya selama ini. Haha. Cuma saya sendiri kena beringat-ingat. Tak turun tak apa. Asalkan ideal. Asalkan tak overweight. Saya lebih suka ada pipi yang agak 'tembam' sedikit supaya tak ada orang akan tegur saya, "akak sakit ke?" Hohoho.

2 comments

izfanora said...

izfa susah nk naik berat walau mkn byk pun.. asalkan sihat pun ok kan.. :)

oo, student uum yer? izfa baru je konvo last month..

D Yatie said...

@izfanora zaman study dulu sy pun mcm tu..susah sangat nak naik brat badan..tp itu dulu.... hihihi

Blog design by Rainy Day