Pages

Oct 13, 2012

Milestone: 8 Months Nur Arissa Batriesya

Assalammualaikum. Hai.

Nur Arissa Batriesya dah lapan bulan setengah. Kurang empat bulan, dah setahun anak seorang tuh. Hehe. Sejak menjadi weekend mum and wife, saya sangat teruja bila lihat perkembangan anak. Subhanallah! Setiap minggu balik jumpa anak, sekurang-kurangnya ada satu perkembangan baru. Happy sangat! Dan bersyukur sebab perkembangan anak seiring dengan umurnya. 

Till today, Arissa sangat aktif. Aktif nak berdiri. Crawling memang dah tahap hebat dah. Memanjat jugak dah terror. Japanese table jangan lupa lipat balik sebab Arissa akan panjat dan duduk elok atas meja. Oh anak! Kalau terjatuh, kan sendiri yang sakit. Huhu. But, even how many times dia jatuh gedebuk - she's keep on repeating the same thing. Lupa sakit masa jatuh. Haha. Well, dah nama pun budak kecik. Kan?

Hari ni, kami spend masa kat rumah mentua. Semalam tak sempat nak balik rumah kami sebab sampai Ipoh dah lewat. Sepanjang hari ni juga, Arissa tak tidur. Cuma tidur on the way dari rumah mentua nak ke rumah kami yang cuma ambil masa lebih kurang 15 minit. Geram betul bila tengok Arissa yang 'lupa diri' nak berdiri tanpa perlu berpaut. Hey anak!

Still, Arissa perlu berpaut pada sesuatu untuk berdiri. Berpaut pada apa sahaja benda yang dia rasakan boleh untuk digunakan sebagai 'alas' untuk berdiri. Dinding. Beg. Meja. Almari. Termasuk badan sesiapa sahaja yang berdekatan. Bila dah berjaya berdiri, Arissa akan lepaskan sebelah tangan dan seterusnya lagi sebelah. Sometime, Arissa boleh berdiri dengan kaki sendiri around 15 seconds. But most of the time dia jatuh gedebuk tak sempat nak berdiri. Haha.

Semalam, Arissa dapat anak patung baru dari mak dia. But seems, she does not really interested with it. Oh anak! Between anak patung comel dan kereta besar, Arissa pilih kereta. Huhu. Bila pegang anak patung, Arissa nak korek biji mata anak patung tuh. Bila dah tak dapat nak korek, Arissa campak patung dia. Eh anak! Amboi. Awak tu perempuan. Bukan boys macam abang-abang cousins awak tuh sayang. Cukup la kalau tak pakai scarf or headband, muka awak sebijik macam baby boy. Hehe.

Arissa still kuat makan. Kalau minggu lepas mulut Arissa macam mulut burng nak kita suapkan makanan, tapi minggu ni Arissa dah mula main-main bila kita suap makan. Dok memanjat-manjat badan mak nya. Dok pusing-pusing tengah rumah. Luahkan balik. Eh anak! Tapi, bila bagi snek - she'll sit calmly at her place sehingga two pieces of it habis. Seronok bila tengok Arissa makan sendiri dengan penuh khusyuk menggunakan enam batang giginya. Kui3.

Arissa sangat suka masukkan mainan atau apa je yang ada di tangan ke dalam mulut. Grrr. Geram betul! Kalau call nak cakap dengan dia pun, memang tak dengar suara. Gaduh-gaduh dengan ayahnya nak ambil handphone sebab nak masukkan dalam mulut. Agaknya dia geram handphone tiba-tiba boleh keluar bunyi suara orang kot. Tu yang rasa macam nak makan. Haha. Dah la suka gigit hidung mak dan ayahnya. Hehe. Subhanallah. Allahhuakbar. Indah sungguh saat-saat begini. 

Okay! Ini gambar budak musyuk masyam hari ni. Semoga esok petang cuaca cerah sebab plan nak bawa Arissa pergi main-main kat padang polo. Minggu lepas kami dah bawa Arissa main gelongsor dan buaian, tapi ayahnya terlupa dah bawa kamera. Dah tak boleh nak amik gambar budak yang sangat excited dapat main semua tuh. Hehehe.

mak nak arissa bawa mak gi mana?

arissa & her 'little friend'

No comments

Blog design by Rainy Day