Pages

Oct 23, 2012

Kerja : Tawakal

Assalammualaikum. Hai.

KP : Ok Dayang. Ada apa-apa soalan?
Saya : Adakah kerana saya sudah bekerja sekarang akan menjejaskan peluang saya untuk berjaya dalam temuduga ini?
KP :  Ye. Sedikit.
Saya : Janganlah... (tindakan refleks)
KP : Awak tak kesian ke dengan organisasi awak sekarang. Awak baru dua bulan dan kalau saya ambil awak, macam mana dengan mereka. Apa pun. Semua ini adalah atas izin Allah jugak. Ingat, Allah berikan awak kerja itu pasti ada sebab yang baik untuk awak. Dan organisasi tempat awak berkhidmat sekarang sangat perlukan awak. Mereka pilih awak atas sebab awak berkebolehan. Saya kenal Dr. organisasi awak. Walaubagaimanapun, teruskan berdoa. Sebab semuanya atas kehendak Allah SWT. Itu philosophy yang saya boleh bagitau masa ini.

Serius! Mata dah berair jugak. Dalam bilik interview, saya berusaha sebaik mungkin untuk meyakinkan mereka. Saya nak sangat jawatan tuh. Pernah juga terfikir untuk menyembunyikan fakta saya sudah bekerja dalam sektor kerajaan. Tapi, saya tak mahu melipat-gandakan dosa. Dan saya perasan, KP merujuk kepada notebook yang ada dihadapannya. Kalau saya sembunyikan, semua boleh agak apa yang akan jadi kan?

So, chances itu ada. Kebarangkalian itu entah berapa, saya kurang pasti. Pastinya, kami sekeluarga tawakal dan terus berdoa semoga Allah melembutkan hati KP. Saat ini, kami semua perlu bersedia dengan keputusan yang bakal kami terima. Mungkinkah saya berjaya? Jika ya, dimana? Mungkinkah sebaliknya? Jika ya, maka kami akan menjadi penghuni hutan konkrit.

Mummies & friends, mohon terus doakan kami. Semoga Allah merahmati kalian.

1 comment

Bie said...

mudah2 han ada rezeki nanti ye.. ;)
bie lagi lah,,1 intview ofer pon belom dapat. insya-ALLAH ALLAH akan tolong hambanya yang banyak berusaha ;)

Blog design by Rainy Day