Pages

Oct 8, 2012

Hidup : Peluang

Assalammualaikum. Hai.

Apabila ditanya, “apalagi yang kau mahukan sekarang ini?” Jujur dan ikhlas saya katakan, “tidak ada apa lagi selain nak duduk sebumbung dengan suami dan anak”.

Serius, saya rindu saat-saat 2 bulan sebelum ini. Setelah 8 jam di pejabat, kami suami isteri berebut-rebut nak peluk dan cium anak. Saya rindu suasana pagi saya dan anak mengiringi suami pergi kerja. Saya rindu pagi sebelum ke pejabat saya berborak kosong dengan anak sepanjang perjalanan ke rumah ibu. Saya rindu malam menatap wajah suami dan anak yang sedang tidur. Saya rindu.

Saya bersyukur dengan nikmat kurnia yang Allah telah berikan pada saya. Setiap kali saya tertanya-tanya akan perjalanan hidup saya kini, saya akan mengingatkan diri saya bertapa kasihnya Allah pada saya kerana telah memberikan saya pengalaman banyak mengajar saya erti sebuah pengorbanan, kekuatan dan kesabaran. Allah jadikan saya seorang anak, isteri dan mak sebagai seorang wanita yang gagah.

Sehingga saat ini, saya cuma ada satu peluang yang jelas. Dan saya perlu berjuang dan berusaha keras untuk tidak mensia-siakan peluang yang ada. Usaha. Doa. Tawakal. Selebihnya saya berserah pada Allah. Segala perancangan akan dibekukan sehingga tiba masanya. Selagi terdaya, saya akan terus berjuang. Berdoa. Dan selebihnya saya serahkan kepada Allah SWT. Saya pasti akan akur dengan ketentuan Allah SWT. Saya yakin akan perancangan Allah SWT.

Letih bila balik kerja. Letih bila setiap minggu ulang-alik. Tapi perjuangan mesti diteruskan. Saya berpegang kepada kata-kata ini, "nak kehidupan yang lebih baik, keep on moving. nak life yang statik, shut up and stay. that's it." Selalu cakap kat Nur Arissa Batriesya, "doakan mak berjaya ye ca...untuk kita semua".

p/s: n guys! please pray for me too. thank you in advance. (^____^)

2 comments

Cik Saila said...

kalau lah sy dekat tmpt dyg xtau la mampu bt ke tak :( keep it up ya dyg.. :)

Mimy Hamid said...

Insya Allah...doa selalu kay..pengorbanan berbaloi..Allah mengetahui dan menentukan semua..amin

Blog design by Rainy Day