Pages

Oct 14, 2012

Hidup : Mahligai Dari Suami

Assalammualaikum. Hai.

Sejak hujung minggu lepas, kami dah duduk rumah sendiri aka rumah atas nama encik suami. Rumah kami cuma berpenghuni bila hujung minggu. Kalau mak Arissa tak balik, Arissa dan encik suami akan duduk rumah mentua. Perasaan duduk rumah sendiri sangat berbeza dengan duduk rumah sewa. Semangat lebih tapi terbantut jugak sebab cuma duduk hujung minggu.

pandangan dari pintu
arissa suka sebab ruang hadapanyang tiada perabot membuatkan beliau bebas bergerak. hihi.
pandangan ke pintu
ayah yang tengah kiwi kasut dan anak yang tengah mengexplore anak patungnya. huhu.
ruang tepi
arissa suka panjat pada gril dan tersengih-sengih bila dapat tengok view semulajadi di luar. :P
ruang dapur
ruang kegemaran arissa. huhu.
Terima kasih encik suami kerana telah berjaya menyediakan mahligai indah ini sebagai tempat berteduh buat kita sekeluarga. Biarpun tidak seluas rumah orang lain, tapi kami selesa. Kami duduk dalam rumah yang dibeli oleh seorang lelaki bergelar ayah dan suami yang cukup keperluan asasnya. 

"Lantas nikmat mana yang mahu kau dustakan?"

Sayang, terima kasih. Ini semua menuntut pengorbanan. Pengorbanan seorang lelaki untuk menjamin keselesaan isteri dan anak. Seorang lelaki yang telah mengenepikan segala kehendak demi keperluan isteri dan anak. Semoga kita sama-sama tabah dalam menghadapi perjalanan kehidupan akan datang. Dan mari kita butakan mata, pekakkan telinga pada suara-suara sumbang yang mengata. Sesungguhnya apa yang kita miliki kini bukan hasil dari meminta pada mereka.

Hadis daripada Nafi' bin Abdul Harith bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Di antara tanda kebahagiaan seseorang itu adalah memiliki jiran yang baik, kenderaan yang elok dan tempat tinggal yang luas selesa". (Riwayat Ahmad)


ALHAMDULILLAH
(^______^)

No comments

Blog design by Rainy Day