Pages

Nov 1, 2012

Hidup : Loan / Cred Card

Assalammualaikum. Hai.

Ehem3! Topik tak ingatt! Kerja baru 3 bulan. =P

Pernah tak dengar statement lebih kurang begini, "kerja gomen kalau tak berhutang, tak ada harta". Alkisahnya, kerja gomen senang sikit kalau nak apply loan. Mak saya kerja gomen. Bapak saya bukan kerja gomen. So, bapak memang tak ada nama dalam bank lah kan. Kui3. Kebelakangan ini ada acah-acah encik suami.

Situasi 1,

Cik Isteri : Awak, saya nak buat loan la.
En. Suami : Nak buat apa?
Cik Isteri : Nak bayar macam-macam. Nak beli barang rumah. Nak itu. Nak ini.
En. Suami : Eh, tak payah. Awak tak payah nak berhutang-hutang. Saya je.
Cik Isteri : Tapi, bila rumah nak lengkap.
En. Suami : Eh, takper. Pelan2. Ada rezeki nanti.

Situasi 2,

Cik Isteri : Saya nak apply credit card.
En. Suami : Ish nak buat apa?
Cik Isteri : In case emergency. Macam saya kena outstation ke.
En. Suami : Eh tak payah. Tu nak masuk dalam kancah hutang je.
Cik Isteri : Ala untuk emergency je.
En. Suami : Eh tak der. Nanti lain pulak jadinya. Swap2 aje.
Cik Isteri : Ermm.
En. Suami : InsyaAllah ada je rezeki kita.

Kadang-kadang rasa macam kelakar bila saja nak ngusik encik suami tentang benda-benda macam ni. Encik suami gaji kena potong tapi nampak rumah. Kalau nak swap-swap nampak apa je? Kalau nak gedebuk cash nampak apa je? Ok, lebih kurang begitulah alasan encik suami. Best jugak. Sebab slip gaji nampak cantik (sehingga kini). Haha. Fikir-fikir ada betulnya. Dapat cash segedebuk, terlupa diri nanti dah tah ke mana. Pastu bulan-bulan kena bayar. Tapi, tu la. Nak kumpul duit sikit-sikit tuh macam lambat lak nak dapat apa yang kita nak. Kan?

Cred card. Ada pro & con. Bahaya kalau lupa diri nak swap aje. Apatah lagi saya yang 'bisa gila' bila berada dalam kawasan 'pantang' - barang babies. Hehe. Masa emergency memang useful sangat. Tapi yelah. Bahaya. Bahaya. So, kena la simpan duit. Hehehe. Paling syok staff saya buat 'bank bergerak'. Hehe. Nak simpan sendiri memang agak susah. So saya tumpang menabung sekali dengan diorang. Kui3. Perancangan tahun hadapan ada banyak. Semoga dipermudahkan segala urusan. Semoga berjaya mengurus kewangan dengan baik. Aamiin.

notadyatie: jom bayar hutang! jom menabung! kemudian baru jom bershopping. hahahahha. hutang sesaje kau kan. oh NO! =P

1 comment

elanie*Q said...

salam yatie. Salam kenal jugak :) i follow u k.. N yup,btol tu, set aside duit byr hutang dl, then saving and br duit lbh tu spend utk shopping. Hehe

Blog design by Rainy Day