Pages

Oct 12, 2012

Anak : Susu Formula / Susu Lembu

Assalammualaikum. Hai.

Susu dari badan mak memang yang terbaik. Semua orang tau. Tapi, tak semua yang bernasib baik boleh menyusukan anak sampai umur 2 tahun. Tidak kisah samada nak bagi anak susu formula atau ada yang suka sangat sebut susu lembu, mahupun susu mak - semua mak dalam dunia nak yang terbaik untuk anak.

KIM : Saya suka inisiatif para ibu untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam media sosial yang mudah kita akses. Ilmu. Pengalaman. Semua itu tidak dapat kita peroleh dalam pembacaan semata-mata. Setiap seorang ada cara, petua, dan pengalaman yang berbeza. Jelas, sangat berguna terutama kepada para ibu muda. Tetapi, saya sangat tidak suka bila ada sesetengah para ibu yang suka seolah-olah terlalu obses dengan penyusuan susu mak kepada anak. Ya. Semua mak tahu yang susu mak adalah terbaik. Cuma jangan terlalu obses hinggakan kita mengguris hati orang lain.

Semua ada pandangan masing-masing. Kalau kita nak ajak orang sama-sama bagi susu ibu, rasanya sangat keterlaluan bila end up dengan perkataan yang lebih kurang begini, "...minum susu lembu..tu yang otak macam anak lembu..." Kalau kita tak setuju dengan pendapat orang walaupun orang tu tak kahwin lagi, rasa tak perlu nak kecoh-kecoh lebih kurang begini, "....eh kau tak kahwin lagi, pandai nak ajar aku pulak. siap suruh aku bagi susu tepung kat anak aku konon nanti anak aku jadi tinggi..." Kalau kita rasa nak ambil pengalaman orang untuk dijadikan pedoman, tak perlu la kau komen dekat gambar yang dihantar seorang mak supaya mendoakan anaknya yang telah kembali ke rahmatullah kerana tersedak susu dengan perkataan lebih kurang begini, "...boleh saya tau, baby minum susu ibu ke tak. bukan apa, boleh kita jadikan pengajaran dekat orang lain.."

Semua ada rezeki masing-masing. Kadang-kadang saya rasa macam KIM dah lahirkan ramai juga para mak yang mengalami tekanan. Bila diri-sendiri tak banyak susu macam orang lain - dia 4 oz orang lain 8 oz. Mula nak bagitau lebih kurang begini, "....saya sedih. susu saya 4 oz jer...kenapa..." Dan bila tengok seorang mak yang hantar gambar anak yang montel bersama penyataan lebih kurang, "....setelah minum susu ibu...", mula la nak bandingkan dengan berat badan anak sendiri. Tak lupa juga yang tertekan sebab orang lain dapat susu banyak bila amalkan petua sebegitu tapi kita tetap macam itu jugak, tak ada perubahan. Ada banyak lagi sebenarnya.

Bagi saya, pendapat seseorang kita kena terima. Kalau tak terima, cakap dengan cara baik. Tak perlu nak guna perkataan yang boleh menyinggung perasaan orang lain. Kalau diri-sendiri yang berada di tempat tu, agaknya baru faham bagaimana perasaan seorang mak yang dengar mak lain cakap anak lembu. Kot ye pun seseorang tu bagi pandangan pasal susu formula, janganlah kita nak mempersedakan sebab mereka juga bercakap berdasarkan pembacaan dan penglihatan. Kalau ye pun nak jadikan kisah orang lain pedoman, perlu ke nak tanya soalan yang sensitif bagi mereka yang baru kehilangan. Oh please la! Rasional sikit. Jangan terlalu ikut emosi.

Rezeki susu anak. Setiap anak ada rezekinya. Kalau dah sampai satu tahap setelah kita berusaha tetapi tak ada perkembangan yang positif, redha. Janganlah nak tertekan. Kadang-kadang para mak kata, "ala...cuma tulis je tapi sebenarnya tak ada lah sampai tertekan." Ok. Bagus. Alhamdulillah. Tapi, apa pandangan para mak lain yang membaca? Atau mungkin saya seorang yang sentiasa berada pada sisi negatif. Jika ya, maafkan saya. Ini sekadar pendapat peribadi saya sendiri. Saya suka baca semua yang dihantar pada KIM. Banyak input yang saya dapat. Alhamdulillah. Terima kasih buat mereka yang menyumbangkan ilmu.

Erm. Mesti ada yang kata, "pompuan ni pong pang pong pang, entah bagi susu mak ke tak. ke susu lembu." Kan? Kan? Saya bagi susu mak. Saya bagi susu formula. Saya tak suka dengan perkataan susu lembu atau susu cow or whatever words selain susu formula. Alhamdulillah. Walaupun anak saya minum 'camsusu' tapi sehingga hari ini susu saya masih ada lagi walaupun cuma bergantung kepada satu sahaja. Saya masih boleh memerah setiap hari semasa berjauhan dengan anak. Alhamdulillah. Anak tak pernah menolak bila saya direct BF bila berjumpa hari Jumaat walaupun dia akan ambil masa lebih kurang 5 minit untuk membiasakan diri sambil dahi berkerut. Hehe. Alhamdulillah. Inilah yang dinamakan rezeki anak.

Nenek saya pernah kata, "bagusnya arissa. walaupun jumpa mak nya seminggu sekali tapi masih nak juga susu mak nya. kalau sesetengah budak, dah 2 3 hari tinggal lepas tu dah tak nak terus". Alhamdulillah. Cuma, jumlah susu yang saya ada untuk anak kenyang itu memang tidak. Susu saya semakin tidak banyak. Bila dah direct BF dengan saya, Arissa kena minum susu formula pula. Anak dan membesar. Bukan si kecik yang minum 2 oz / 4 oz dah boleh kenyang. Kalau dulu minum tak sampai 4oz, Arissa masih cool. Sekarang, terus melalak macam kena cubit bila susu tak cukup. Hoho.

Atas sebab saya tak full BF, saya bagi Arissa minum Anmum. At first, nak bagi Arissa minum sampai 6 bulan sahaja sebab rasa macam nak demam-demam supply Anmum Arissa je. Kui3. Tapi, Alhamdulillah. Rezeki Arissa. Sehingga hari ini masih minum Anmum. Satu minggu, satu kotak. Satu rumah ibu, satu rumah kami. Satu bulan, lapan kotak. Boleh tahan jugak la kos susu Arissa kan? Itu susu sahaja. Belum cerita diapers dan makanan. Hehehehe.

Ok lah. Sebelum saya mengakhiri, maafkan saya sekiranya ada yang terasa hati dengan tulisan saya. Saya menulis semua ini bukan suka-suka. Saya bercerita berdasarkan pengalaman, pembacaan dan pemerhatian. Jika saya tidak layak untuk berkata seumpamanya begini, maafkan saya. Setiap seorang insan bernama mak mahukan yang terbaik untuk anak. Jangan sesekali merendah-rendahkan mereka. Bye!

1 comment

Mimy Hamid said...

Eh kebetulan topik kita sama la pasal susu..anmum juga pilihan ku

Blog design by Rainy Day