Pages

Oct 29, 2012

Anak : Mengetepikan Prinsip

Assalammualaikum. Hai. 

Semua orang nak yang terbaik untuk anak-anak termasuk saya. Dan oleh yang demikian, saya punya prinsip sendiri dalam membesarkan Nur Arissa Batriesya. Walaubagaimanapun, segala prinsip tersebut saya terpaksa ketepikan memandangkan saya berjauhan dengan anak. Anak dibawah jagaan dan seliaan orang lain. Adalah tidak adil juga bagi saya untuk menyusahkan orang lain semata-mata untuk mentaati prinsip saya. Huhu.

Anak saya dah tidur dalam buai. Maksudnya, kalau masuk buai cepatlah dia lena. Nak pastikan Arissa tidur lama, Arissa perlu dibawa keluar dari buai dan tidur di bawah. Arissa tidak akan tidur lama dalam buai sekiranya dibiarkan. Selalunya anak-anak lain akan tidur lebih lama dalam buai. Tapi, Arissa sebaliknya. But still, tak jadi masalah kalau nak tidurkan cara biasa. Cuma agak lambat sebab dia asyik nak main. Ligat nak memanjat, nak berdiri. Huhu. Arissa mula masuk buai bila dia demam, cirit dan kembung dalam seminggu tempoh hari. Semua jadi serba tak kena bila Arissa susah nak tidur.

Anak saya juga sudah makan instant food yang juga bermula sejak Arissa tak sihat tempoh hari. Arissa tak nak makan bubur. Tak nak makan homemade food. So, maktok dan ayahnya bagi makan Cerelac Wheat & Prune. Itu sahaja yang Arissa lalu nak makan. And since that, memang ada stok Cerelac dalam rumah. Ibu Arissa refuse nak bagi instant food. So, memang makan bubur la dengan ibunya. Syukur Alhamdulillah dapat babysitter macam ibu. Bila saya balik, saya masakkan jugak. Minggu ni masak bubur campur ayam & carrot. Memang betul kata ibunya, Arissa tak suka carrot. Kena kasi lenyek betul-betul itu carrot baru telan. Huhu.

Kalau jalan-jalan, memang mashed potato jadi pilihan. 1 large mashed potato, Arissa akan makan half. Isk. Isk. Isk. Sabtu lepas, sementara makanan mak ayahnya nak sampai saya bagi mashed. Subhanallah. Gelojoh sungguh anak dara saya makan. Suap sekejap, terus jerit-jerit buat muka buruk dia nak lagi. Geram! Kita nak tiup mashed pun dah rasa macam tiup tak tiup. Kalut dok dengar dia bising-bising. Haha. Tapi, bila dah kenyang Arissa tak hairan dengan pelbagai makanan yang terhidang atas meja. Huhu. Video ada. Tapi, since update guna email memang tak boleh nak attach. Will attach bila dah transfer nanti. Hehe.

So, itu adalah antara 2 prinsip yang telah dicabuli dan terpaksa dipandang sepi. Huhu. Buai. Instant food. Pasrah. Asalkan tidak memudaratkan Arissa. 

p/s : syukur Arissa sangat ok minum air masak. masa makan, Arissa boleh minum lebih kurang 3 oz air masak. kuat minum macam ayahnya. huhuhu.

No comments

Blog design by Rainy Day