Pages

Oct 15, 2012

Anak : Huggies / Drypers / PetPet

Assalammualaikum. Hai.

Lampin pakai buang yang pertama Nur Arissa Batriesya pakai ialah Drypers Newborn. Arissa start pakai lampin pakai buang masa umurnya dah 14 hari. Nek Wan Arissa tak bagi Arissa pakai lampin pakai buang dulu sebab kesian katanya. Tak elok. Jenuh juga ayah Arissa cuci lampin kain anaknya masa tuh. Sebab awal-awal dulu Arissa rajin sangat berak. Ngeh3. Siap pergi beli 2 dozen lampin kain tambahan. Lampin yang ada macam tak sempat nak rotate. Hoho.

Dah habis Drypers tuh, saya bagi pakai Huggies (pek hijau). Mak saya selalu cakap, Drypers adalah lampin pakai buang pilihan yang paling mahal. Pet Pet tak ada dalam list mak. Pet Pet pun rasanya baru jer beberapa tahun kebelakangan ini commercialize kan compare to Drypers & Huggies. Mak berpengalaman penuh dalam penggunaan Drypers sebab arwah adik sejak kecil sampai ke saat dia menghembuskan nafas terakhir memang mak pakaikan Drypers. Oh! Saya pakai Huggies sebab kat Sarawak, Huggies lebih murah dari Drypers. Murah sangat tu tak la tapi dalam 2 3 ringgit lebih murah. Suka sangat pakai Huggies. Huggies nih kemas. Plus dia nyer tap tu tak perlu nak risau kalau kena minyak or powder. 

Dah di Ipoh, survey-survey Huggies sangat mahal weh! Drypers yang murah. Pelik! Mak pun pelik. So, kami pun mula pakaikan Arissa Drypers. Tap agak problem. Tapi so far tak pernah juga baru nak pakai dah tak boleh nak lekatkan tap. Cuma kalau dah pakai sekali memang tak boleh nak pakai lah. Kalau nak pakai kena pin kan. Hehe. Agak lama juga kami setia dengan Drypers. Then, Drypers upgrade dan kami nampak Pet Pet tengah sales. Maka kami sambar terus beberapa pek. Arissa ok pakai PetPet. Entah macam mana kami nak bagi Arissa try pakai Huggies (pek biru). Masa tuh tiba-tiba Arissa macam ada merah-merah kat 'flower' dia. Kami pun buat eksperimen. Jelas! Arissa tak sesuai pakai Huggies tuh. Huhu.

At last, kami memilih untuk setia dengan PetPet sahaja. Maleh teman nak pikior-pikior lagi. Ada, sambar. Toksah fenin-fenin. Sama jugak dengan perihal susu. As long as Arissa suit dengannya, so tak nak tukar dah. Letih teman. Haha. Pikior pun letih. APTB betul!! Haha. So, sekarang ni ada dua pek Huggies kat rumah size M. Kalau ada sesiapa yang pakai Huggies, kalau nak email kita ye. Kite jual murah dari harga pasaran sekali dengan pos. Email kite kat dayangmtib@gmail.com. Ada dua pek sahaja. 

Kadang-kadang bila tengok harga lampin pakai buang yang lain yang more cheaper, teringin rasa nak cuba mana tau elok. Tapi, kesian pulak kat anak sendiri. Haha. Banyak-banyak jenama, saya berkenan betul kat iklan WHOOPIE. Haha. Comel ok! Selalu je nak suh encik suami beli untuk try tapi tak kena layan. Huhuhu. Iklan DIAPEX pun menarik. Hoho. MAMY POKO pun ok tapi tak lah. Brand kategori mahei tuh. Ini pun dah boleh tahan jugak perbelanjaan untuk anak seorang. Huhu.

Eh mama Fayel, tiba-tiba saya terperasan. Adakah slogan kali ini sama? PetPet pilihanku. Hehe.

Bye!

2 comments

abd rahman said...

setuju ngan mrs lee..kamek org johor kje kt swk..kt citok mmg huggies lg murah dr drypers..tp blk johor terbalik lak..so klu nk blik johor kne siap2 bwk pampers huggies blk skali..he2..

MAT NOR said...

Jom pakat beli online kat 11street.my. Hari ni beli untuk PetPet M76 RM20.33 after less discount coupon RM 11 dan payment by Maybank card entitled less lagi 12%. Consider mula giler dapat harga serendah RM20.33.

Blog design by Rainy Day