Pages

Nov 1, 2012

Anak : Finally, I Am Not That SuperMak

Assalammualaikum. Hai.

Emosi agak kurang stabil minggu ini. Hati begitu cepat terusik. Air mata juga sangat mudah bergenang. Keadaan ini tidak seperti kebiasaannya. Semakin rajin menatap gambar-gambar lama. Semakin kerap menonton video-video lama. Semuanya bermula dengan senyuman tipis dan diakhiri dengan tumpahnya air mata. Kadang-kadang, ketika saya sibuk dengan kerja otak saya melayang jauh dan tak semena-mena air mata mula bergenang.

Semalam, encik suami mengirimkan gambar Nur Arissa Batriesya. Kebetulan saya baru sahaja sampai di rumah. Akhirnya saya kalah. Kalah dalam membawa watak seorang yang kuat dan tabah. Saya gagal. Air mata seorang mak tumpah tatkala melihat wajah anak yang begitu ceria pada skrin telefon.

Nur Arissa Batriesya
Setelah sekian lama 
Mak memendam rasa
Mak berlagak kuat
Mak menyembunyikan air mata
Mak hidup penuh pura-pura
Mak senyum dalam duka

Mak gagal membawa watak
Setelah sekian lama mak berlagak
Mak bukan lagi supermak

wajah ceria anak yang mengundang air mata mak

Apabila perubahan hormon di 'publish' pada muka buku. Semua memberi komen, 'ada isi' / 'bunting'. Saya cuma dapat menjawab Wallahhua'lam. Agak mustahil bagi saya itu berlaku. Tetapi, Allah SWT boleh menjadikan sesuatu yang mustahil itu sebagai tidak mustahil. Allah Maha Berkuasa. Allah Maha Pencipta. Allah Maha Mengetahui. Allah Maha Bijaksana. Sekiranya betul apa yang dijangka, maka kami menerima dengan redha. Wallahhua'lam.

No comments

Blog design by Rainy Day