Pages

Oct 25, 2012

Anak : Daddy's Little Princess

Assalammualaikum. Hai.

Kalau dulu, saya diibaratkan sebagai princess kepada encik suami tetapi kini I am just a queen. Haha. Ok. Naik taraf. Tapi macam tak berapa nak sweet bila dapat title queen. =P. By the way, tak kisah juga. Sebab princess tersebut merupakan anak sendiri. Hoho. Ok lah tu. King and Queen bersama Princess. Nanti dah ada Prince. InsyaAllah. Lengkap sudah. ;))

Hujung minggu lepas, saya dan Arissa balik Sarawak. Jumaat, mak saya terus bawa Arissa balik kampung dan saya tinggal di Kuching untuk dinner. Malam itu mak saya cakap Arissa tak boleh salah sikit. Nangis terus macam kena cubit. Sampai tersedu-sedu. Tidur pun masih sedu-sedu dan banyak mengigau. Tidur beralaskan lengan nek wan nya. Beralih sikit, dia macam nak terjaga. Hihi. Kesian nek wan. Cucu torture. Haha.

Sabtu saya balik kampung. Arissa dok nak berkepit dengan saya. Tak boleh silap sikit. Merengek saja kerjanya. Ngantuk. Tapi, Arissa berusaha untuk membuka matanya dengan luas. Nak main. Nak panjat. Nak berdiri sendiri. >_<. At last petang itu, masuk buai tak sampai 5 minit. Bismikaallahhummaahyawaamut. Hehehe.

Malam, on the way nak pergi lepak dengan auntie iza, uncle talib, umi sulia & ayah man. Saya call encik suami. Loudspeaker. Arissa dengan je suara ayahnya, dia senyum dan terus bercakap. Bising betul mulutnya. Terlompat-lompat sambil tengok handphone. Terjerit-jerit entah apa yang dicakapkan. Jealous betul saya. Selama ini saya call, Arissa senyap je. Huhu. Nampak sangat sekarang mak tak ada dah tak rasa apa. Dah selalu kena tinggal. Huhu.

And obviously, masa sampai Ipoh. Dia tengok ayahnya. Dia senyum. Dia terus nak pergi kat ayahnya. Subhanallah. Anak saya rindukan ayahnya. Kesian. Apa lagi ayahnya pun dok cium anak macam orang tak jumpa sebulan. Adeh! Mak nya tengok aje la. Encik suami dah ada princess baru kan. Hehehe. On the way balik, mulut memang tak diam. Dok bising entah apa yang dia nak cerita kat ayahnya. Lepas tu siap tepuk tangan. Lagi ayahnya melayan, tak berhenti dia bercakap.

At night, she's slept well kat bawah ketiak ayahnya. Guling-guling je landing kat ayahnya. Saya senyum saja tengok gelagat anak ayah tuh. Bahagia melihat kesayangan-kesayangan saya yang lena diulit mimpi indah. InsyaAllah.

p/s: Salam Aidiladha buat semua. (^______________^)

1 comment

suSueEmiMie said...

Wow..moment2 yg sgt best..:)

Blog design by Rainy Day