Pages

Sep 3, 2012

Milestone : 7 Months Nur Arissa Batriesya

Assalammualaikum. Hai.

Jarang nak cerita pasal Nur Arissa Batriesya punya perkembangan secara details kan? Hehe. Actually, entri ini ditulis sebab saya memang teruja dengan perkembangan terkini Arissa. Dan lebih teruja bila Arissa membesar bagaikan juara dengan jayanya sepanjang seminggu di Sarawak. Hoyeah!!!

First day Arissa di Sarawak dan sebaik sahaja kaki Arissa berpijak di rumah Nek Wa (kakak sulung bapak), Arissa terus duduk - duduk timun. Weehhuuuu! Everyone was extremely excited especially Nek Wa. Nek Wa jerit-jerit bagitau anak-anak dan suaminya. Saya? Memang berganda-ganda teruja la. Geram! And I thanks Allah by giving me that opportunity on he first time. Rasa nak gigit-gigit anak sendiri. Hoho.

Fyi, Arissa balik Sarawak bersama gigi bawah sebatang. Dan surprisingly, within 7 days - 4 batang gigi menunjukkan diri. Waalllaaa! Hihihi. Dan semalam, sebatang gigi juga sudah berjaya merentasi lapisan nipis gusi Arissa. Makanya, at 7 months 8 days - Nur Arissa Batriesya sudah ada 6 batang gigi! Weee!!! Anak mak dah besar! Dah ada gigi! Dah pandai gigit!!! (=_=') - part gigit memang ngeri. Huhu.


(^_^) Ok, itu kisah terkini. Khusus! Dan sekarang nak sambung secara general pulak perkembangan Arissa sepanjang 7 bulan. Hehe. Alhamdulillah. Nur Arissa Batriesya membesar dengan gemilang. Sejak hari pertama sehingga hari ini, Arissa cuma pernah selsema 2 kali. Demam pula tak lebih dari 5 kali. Dan tidak pernah lagi Arissa membuatkan kami tidur subuh / menjelang subuh / tidak tidur malam langsung. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Allah...bukan niat saya untuk menunjuk-nunjuk. Saya cuma mahu berkongsi. Saya cuma mahu mengabadikan kisah ini sebelum saya terlupa. Arissa pernah demam panas yang telah membuatkan saya paranoid sehingga ke hari ini. Arissa pernah jatuh. Arissa pernah tersembam. Dan setiap kesakitan yang dirasainya saya akan ungkapkan, "ish. tak mau nangis. sikit je tau. nak pandai kena sakit-sakit sikit". Haha. Adakah Arissa memahami maksud mak nya? Hihi.

Nur Arissa Batriesya berjaya meniarap sendiri ketika usianya 4 bulan 1 hari. Haha. Then dia dok reverse dan buat pusingan 360 darjah. Arissa agak lambat menjulur ke depan. Dan each time Arissa nak mendapatkan sesuatu, Arissa akan bergolek dan bergolek. Hehe. Comel kot tengok anak sendiri! Ngeh3. Tapi kan, bila Arissa dah mula pandai menjulur ke depan. She's eager to angkat bontot setinggi-tingginya. Dan sekarang, Arissa tak pandai merangkak lagi tapi dah sibuk duduk timun. Anak..Anak...

She's started to eat on her 6 months (fully). 3 hari sebelum nak 6 bulan, mak Arissa tak penyabar. Dah bagi rasa sikit-sikit. Haha. Dan till now, frankly saya tak berapa nak pantang sangat. Still, food w/out MSG / Salt but sometime bagi Arissa makan mash potato. But, I love mash potato from MarryBrown and Kenny Rogers. They are pure compare to KFC's. Try it! You'll agree with me. Hoho. (but I believe, ramai mommies yang betul-betul jaga food baby dia kan?)

Dan juga, Arissa dah rasa cakes. Eh! We celebrated her 7 months old at Sarawak with Chocolate Indulgence but we believe that she didn't like it much compare to Choc Mud. Fuhh! Bukanlah saya bagi banyak, macam enough for her to taste the scrumptious of the cakes. Errr! Okay. Some might sosek sosek tentang ini. Urm...jangan sampai nak kondem ye. Saya mengagumi anda yang berjaya mengikut 100% nutrisi makanan. (shame on me, huh?)

Dan paling best, she knows her name. Panggil Nur Arissa dia toleh. Panggil Batriesya dia toleh. Panggil Ica dia toleh. Happpyyyy sangat-sangat. Bila tengok saya, dok la goyang-goyang badan nak pergi kat saya. Kelakarnya, bila ada mak - ayah dilupakan. Haha. Kecik hati encik suami kat anak kesayangannya. Tapi sekejap je. Lebih kelakar, bila Arissa langsung tak mau tengok muka ayahnya. Macam ayah ada buat salah kat dia. Tabiat merajuk / tak layan orang memang dah pandai sejak dalam pantang.

Ada lagi yang tertinggal ke eh? Rasa macam dah cukup dah. Esok lusa cerita pasal raya Nur Arissa Batriesya pulak ye. Hehehehehe.

p/s : minggu ni boleh balik Ipoh. weekend di PD telah dibatalkan. rasa macam nak melompat sampai ke bintang. hahahahaha. (^__^)

1 comment

Yuras lina said...

haha..dhiya lagi la..mkn mcm2 masa raya..pe yg kite mkn dhiya nk bg je la..en hubby siap bg tapai ag,,skit je la..tp xde pantang2 ehh..sume belasah..hahahaha

Blog design by Rainy Day