Pages

Sep 2, 2012

Kembali Ke KL - Pasca Raya.

Assalammualaikum. Hai.

Mood : SEDIH. Bila sedih, baru ingat nak cerita kat blog. Bila gembira suka ria, lupa teruih. Kui3. Esok Isnin kan? Memang sedih tak boleh nak campak ke laut lah. Tambahan pulak balik KL hari ini. Petang, jam 3. Bukan sengaja nak balik awal tapi banyak benda nak kena settle. Banya barang yang kena angkut. Buku dan nota terutamanya. (=_=').

PRINCESS ARISSA
focus on her badge
hehehehhe
Berganda sedih bila terkenang peristiwa petang semalam Nur Arissa Batriesya tak nak langsung ayahnya tidurkan. Melalak macam kena cubit. Air mata tak perlu cerita - memang Arissa menangis macam kartun. Air mata meleleh-leleh. Bila tengok saya, memang badan melentok nak pergi kat saya plus nangis-nangis syahdu. Baik je Arissa masuk dalam pelukan, auto - SENYAP. Anak..anak... (hebatnya seorang mak kan? ^_^ )

Dan tadi. Dah cuba tidurkan Arissa supaya tak ada la feeling sangat bila tengok dia menyengih dan dok nak dekat dengan mak dia je. Tapi, Arissa membuka mata seluas-luasnya dan since morning memang sejauh mana pun saya biarpun di seberang 2 pasang kaki ayahnya, Arissa berusaha gigih untuk pergi kepada saya. Buat pertama kalinya, saya bagi Arissa tengok Upin Ipin dengan sengaja - menyengih sakan. (kami seboleh-bolehnya tidak menggalakkan Arissa asyik dengan kartun. National Geography boleh. hahahaha. PANG!)

So, lepas salam semua saya pergi dekat Arissa yang tengah meniarap sambil hisap puting pink nya. Tak boleh tahan. Dah sedaya upaya cuba tahan tapi saya tetap lemah. Saya dah cuba cari kekuatan dari alam semesta kot-kot boleh macam Goku, tapi itulah kartun. Fantasi semata-mata. Realitinya saya menangis, melangkah pergi tanpa menoleh. Macam jahat kan? Tapi saya tak mampu! Entah macam mana adik encik suami panggil tak salam lagi, kakak encik suami bawa Arissa dekat depan pintu. Cium lagi. Menangis lagi.

bagaimana hati tidak keruan melihat wajahnya
Subhanallah. Allahhuakbar. Perasaan yang saya sendiri tidak mampu bendung. Biar sekuat mana saya cuba melangkah, hati saya tetap rapuh bila melihat wajah Arissa. Tidak dapat saya gambarkan perasaan itu. Sepanjang perjalanan ke stesen keretapi saya terus-menerus bermonolog bersama air mata, 'sudahlah. pergi nak cari rezeki. untuk siapa? untuk arissa jugak kan? bukan untuk diri-sendiri je. arissa baik-baik je. arissa anak yang baik. tak pernah susahkan sesiapa. semua orang sayang arissa.'

Saya baru melalui keadaan ini tak sampai sebulan (tolak cuti raya. :p). Saya mengagumi teman saya Rina yang telah 3 tahun hidup membujang begini. Jauh dari anak dan suami. Ada sosek-sosek yang mengatakan sanggup tinggal anak demi kerja. Tapi bagi saya saya bekerja untuk anak. Bukan tinggal tak jumpa balik. Orang memang suka berkata-kata. Dan saya tidak akan pernah terkesan dengan kata-kata mereka. Kerana I'm not live to please them! Kan?

Btw, perjalanan hidup perlu diteruskan. Nur Arissa Batriesya, please help your mum to help you. Always be a good princess to us, okay? I know you will always be. InsyaAllah. Jumpa 2 minggu lagi, sayang! :)

No comments

Blog design by Rainy Day