Pages

Sep 25, 2012

Hidup : Segalanya di Hujung Jari

Assalammualaikum. Hai.

Alhamdulillah. 25 September, gaji bulan kedua berkhidmat dah masuk. Syukur Alhamdulillah. Seawal 6 pagi saya sudah 'berdua' dengan Maybank2U untuk klik, klik dan klik. Tak sampai satu jam kelihatan angka tersebut berada pada ruang debit, dah beralih ke ruang kredit. Kui3.

Syukur Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah beri. Tak banyak macam orang lain tapi syukur sebab dapat dikirimkan sedikit kepada mak bapak. Selainnya, bayar kepada ibu Arissa. Tolong 'tong tong' encik suami bayar roadtax. Paling penting, dapat bayar hutang sesama manusia. Huhu. Tak habis-habis dengan hutang. 

Saya teringat kata-kata seorang penceramah induksi saya minggu lepas, 

"saya ingatkan pada kamu semua. jangan sesekali meminjam sesama rakan. nak pinjam, pinjam pada institusi kewangan. kenapa? hutang tersebut boleh membuatkan hubungan tersebut menjadi 'kucar kacir'."

Tersentap sedikit saya walaupun hutang dengan keluarga bukan rakan. Tapi sentap yang sedikit itu pulih bila tak pernah leka dari membayar walaupun sedikit. Prinsip saya, biarlah tak ada apa-apa yang penting hutang langsai. 

Semoga Allah memberkati rezeki yang kita perolehi. Aamiin.

p/s : kursus lagi!
p/s : happy 8th month Nur Arissa Batriesya!!!!

No comments

Blog design by Rainy Day