Pages

Sep 4, 2012

Anak : Raya 2012 di Perak

Assalammualaikum. Hai.

Syawal sudah hampir ke penghujungnya. Dan saya baru nak bercerita pasal raya. Hoho. 2012, kami beraya di Ipoh dan Sarawak. Tiket kami dah booking sejak December 2011 lagi, promosi Air Asia Amazing Wow. Tambang kami suami isteri pergi dan balik cuma 40 sen dan campur-campur jadi RM70++. Worth kan? Kalau kata tak dapat cuti, tak ada ralat sangat. Haha. Then, kami tambah beg tambah nasi lemak pak naser tambah pizza tambah tambang Nur Arissa Batriesya tambah seat. Still worth sebab total tak sampai RM300. 

Hari last puasa, kami keluar cari baju melayu encik suami. Actually encik suami tak setuju nak pakai baju hitam. But since bapa saya nak sangat baju melayu hitam, saya memilih untuk ikut tema bapa. Kata anak bapa. Kan? Hehe. Tak lah. I just wonder, what if it is our last Aidilfitri together? Ok! Saya memang berfikir buruk. Dah. Enough! Alhamdulillah, jumpa juga baju melayu hitam. Thanks sayang sebab bertungkus-lumus juga cari baju melayu hitam tuh. (^_^).

Err. Saya tak masak apa-apa tahun ni. Hehe. Al-maklum beraya di rumah mentua (rumah baru belum siap sepenuhnya) dan semua ready made. Semua tempah. Makanya, saya goyang kaki je lah. Plus, beraya rumah mentua berbeza dengan rumah orang lain sebab keluarga encik suami merupakan institusi keluarga yang agak kecil. Tak ada saudara-mara yang nak datang menziarah di Ipoh sebab semua balik kampung. So, kalau nak rasa nikmat raya memang kena balik kampung. Hehe.

Bangun pagi, saya semangat nak siapkan Nur Arissa Batriesya. Hehe. Siapkan Arissa terlebih dahulu sebelum diri-sendiri bersiap. Hehe. Saya tak tempah baju kurung untuk Arissa sebab saya tak fikir she'll comfortable with it. She wore blouse and trouser. Serius, she's soooo cute with them. Errr. Through my eyes! Hehe. Dan tak lupa, her hat yang sebenarnya saya panggil scarf. Lucky me sebab Arissa baby girl yang tak sibuk nak buka her scarf or headband. =')

Seperti biasa, pagi 1 Syawal dimulai dengan sesi bermaafan dan bagi duit raya bagi yang layak. Kui3. Dan Alhamdulillah, ada juga rezeki Arissa walaupun mungkin tak banyak macam babies lain. Hehe. Kan dah kata keluarga kecik. Mungkin sebab tu bila Arissa buka sampul mak tok dan tok ayah bagi - walllaaa! Haha. Alhamdulillah. Bertambah simpanan si musyuk masyam tuh. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Yer dak? Harapan tinggi mak ayah, si anak tak akan sambung belajar dengan PTPTN. InsyaAllah.

Then, menjelang tengahari kami pergi rumah mak long encik suami merangkap nek long Arissa (sebelah ayah). Itulah satu-satu rumah yang kami pergi pada hari pertama. So, boleh bayangkan tak bertapa keciknya keluarga encik suami? Hehe. Balik dari rumah mak long, kami bersama kakak dan adik ipar pergi Parade jalan-jalan. Yes, kami anak-beranak jalan je sebab nak simpan duit balik Sarawak. Haha. Kakak ipar yang shopping sakan. Bonus kan? Hehehe.

Saya pula, feeling memang dah terlebih dahulu terbang jauh ke Sarawak sebelum jasad. Ngeee. Dan families kat Sarawak memang lagi tak sabar nak jumpa Arissa. Sedih tau! Mak dia dah tak da sapa nak tunggu. Hahaha. Saya ada SMS mak dengan ayat ni dan mak replied, "anak pun mak ingat jugak. cucu cucu. anak anak." Hehe. Saja suka nak menyakat mak sendiri kan? Diri-sendiri dah jadi mak, memang faham jugak la perasaan mak ni. Kan? Kan? Cuma perasaan nak jadi nenek tu lambat lagi. Haha.

2 adik beradik encik suami tiada dalam gambar
hehehehe
Ok, ini lah antara gambar raya Nur Arissa Batriesya. Hehe. Atas sebab line lembab, maka saya dah compile menjadi satu. Saya sendiri tak puas. Tapi nak buek camno. Kat ofis? Semua kena blocked. Kecuali time rehat. Rehat nak rehat la. Hehehe. Tata!

p/s: preaparation raya memang obviously more to Nur Arissa Batriesya. serius, tak terpakai baju-baju raya nyer. huhuhu. nak pakai hari-hari terasa sayang. dah mentioned kat encik suami, pakai bila weekend je. berhias untuk mak dia. hahahaha. ;P

1 comment

Yuras lina said...

awk ni cm kite la...beli bajy banyak2 pas tu xterpakai pun.,.last2 pakai weekend je..en hubby ckp kite pakai time cuti leh tgk..huhu

Blog design by Rainy Day