Pages

Sep 17, 2012

Anak : Muntah. Cirit. Demam

Assalammualaikum. Hai.

Subuh tadi, Arissa bangun dari tidur. Terganggu oleh 'batuk kecil' yang pada pendengaran saya agak berbeza. Tidak pernah terjadi. Saya andaikan, Arissa tersedak air liur. Bunyi yang Arissa keluarkan agak menakutkan membuatkan saya segera bangkit. Angkat dan tepuk belakang Arissa. Gelodak hati Allah sahaja yang tahu. Jelas terpancar Arissa tidak selesa dengan keadaannya. Apatah lagi pada perkiraan saya agak sukar untuk Arissa bernafas.

teman mak kat luar sebelum nak balik kl
 
Saya membayangkan bayi-bayi yang meninggalkan dunia kerana tersedak susu. Nauzubillah. Tapi kemungkinan besar, situasinya lebih kurang begitu. Arissa memuntahkan air liur yang agak banyak dan kemudian, Arissa merengek sedikit. Situasi menjadi normal semula. Arissa tersenyum manis. Seperti kebiasaannya. Saya bersiap nak balik KL. Arissa muntah sekali lagi. Mak Tok Arissa kata angin. Saya langsung tidak terfikir tentang angin.

Sedangkan kita yang dewasa tidak selesa bila badan angin, apatah lagi seorang bayi. Sedangkan kita kadang-kadang tak mampu mengawal air liur yang seakan tersekat pada kerongkong, apatah lagi budak berusia 7 bulan itu. Saya sedih. Saya terkilan. Hari ini saya akan balik KL. Seawal 8.30 pagi. 'Arissa, kenapa ni? Jangan lah macam ni nak. Mak nak balik KL jap lagi'. 

wajah yang sentiasa dirindui tatkala jauh
 
Sepanjang hari ini hati tak keruan. Encik suami memaklumkan perkembangan terkini. Sedihnya bila dalam perjalanan ke KL encik suami suami SMS Arissa cirit-birit. Ya Allah. Kasihan anak mak. 'Maafkan mak sayang. Mak tak bersama Arissa sekarang'. Menjelang tengahari, encik suami khabarkan Arissa demam. Arissa dah dibawa ke klinik. Balik membawa empat jenis ubat. Allah.

Alhamdulillah. Sehingga ke saat entri ini ditulis, suhu Arissa masih terkawal. Tidak melebih 38.3 dc. Encik suami SMS perkembangan Arissa dari semasa ke semasa. SMS turut diiringi MMS yang membuatkan air mata seorang mak mengalir. Sayu melihat wajah anak yang jelas kurang bermaya. Sedih mengenangkan hanya gambar yang boleh ditatap. 

hanya lampin pakai buang bersama tuala basah
 
Ubat makan sudah. Bungkus seluruh badan sudah. Kool Fever pada dahi sudah. Urutan pada kaki sudah. Ubat masuk punggung sudah. Encik suami maklumkan, suhu Arissa sudah turun. Alhamdulillah. InsyaAllah. Semoga akan terus turun. Saya disini bersusah hati. Bukan tidak sayang anak. Tapi inilah harga yang perlu dibayar untuk sebuah masa depan. 

Saya panjatkan doa padaNya agar segera Arissa sembuh. Semoga Arissa kuat melawan sebarang sakit yang menimpa. Semoga ayah Arissa juga kuat dalam berdepan dengan ujian kecil dari Allah SWT ini. Maafkan saya wahai sayang-sayang ku. 

semoga sayang mak tidur nyenyak 

mrs lee : bermulanya kursus induksi hari. anak, mak doakan semoga Arissa segera sihat. 

No comments

Blog design by Rainy Day